Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

IS HERE!

Kekeke.. Okay, sejak2 ada bibik ni rajin pulak masak. Jap2 nak try list apa yang dah pernah masak since hari sabtu aritu,

1. Tomyam ayam
2. Ayam goreng tepung
3. Ikan bilis sambal kering
4. Serawa labu manis
5. Ikan kembung masak lemak cili api
6. Ayam masak kicap
7. Nasi goreng ala kampung

Pastu bahan basah nak masak and sayur2 semua dah habis..... So semalam pergi pasar tani kota kemuning beli bahan2 nak masak. Petang semalam dah study dah nak masak apa for weekend ni. Sejak2 mak abah cakap nak datang rumah, jantung asyik dok dup dap dup dap. Sebab masterchef wannabe nak try tunjuk skill kat mak. Before ni asai depa mai ja dari Kedah, mak yang masak. Bayangkan siap bawak dari Kedah, bawang udang ikan bagai. Ikan bilis and belacan pon pernah! Depa risau kat rumah takdak bahan masak. Pastu if nak keluaq pi pasaq, abah tak tahu jalan. Nampak tak tinggi ka rendah level memasak saya ni di mata mak bapak sendiri? Sobsssssssssss.....

Maka dengan ini, beta bertekad nak masak for depa selagi depa ada di rumah, selagi beta mampu. *ayat exception selagi-beta-mampu, kot2 beta tak termasak pulak nanti* Kui33.

Tekak bapak den tu tekak melayu sejati. Western tak boleh. Bau western pon dah cukup buat dia pening kepala. Dulu2 beta rajin buat spaggeti Bolognese (itu ja yang reti pon). Bapak den tak makan. Buat nasi ayam, dia kata tak minat. Pastu beta tapau pizza or kfc, sebab dulu takdak bibik, susah nak melayan si amina perha tu sambil nak masak2 bagai. Maka oleh sebab benda2 camni lah, mak bapak beta decide nak masak sendiri bila depa mai rumah anak depa ni. Dulu beta happy sebab rasa fefeeling macam di Kedah bila makan masakan mak, tapi la ni beta rasa seperti terhina pina. Salah sendiri la kan. Huwaaaaaaaaaaaaaa.....

Oleh itu, *trenggg trengg trengggggggggggggggg - bunyi drum*, beta nekad nak masak sendiri untuk depa! Hiyakkkkkkkkkk! Bring it on!

Ni proposal menu yang nak dijamu.... Baru plan untuk 3 hari punya dinner.. Harap2 abah makan dengan gembiranya.... Uhuhuhukkksss....
  • Day 1
    • Mee goreng
    • Ayam goreng masak kicap
    • Daging masak kurma
    • Ikan bilis and tempe sambal kering
    • Sayur campur goreng
  • Day 2
    • Siakap sweet sour
    • Butter prawn floss
    • Gulai ayam
    • Ulam kacang panjang
    • Dessert : Corn in cup
  • Day 3
    • Daging ala thai
    • Sup tulang
    • Ayam goreng masak kunyit
    • Cendawan goreng tepung
    • Dessert : Agar agar santan
Siap study lagi apa tips nak bagi ikan kerapu digoreng rangup, siap youtube lagi cara2 nak buat udang butter flos, youtube cara2 nak fillet ikan style butterfly cut.... etc...

Okay now bila try nak recall step  by step memasak tu, terus rasa seram sejuk kaki tangan. Mampu kah? Berjaya kah? Sempat kah? Wuuwuwuuu...

Ni saya share video cara2 nak masak udang butter flos.... Tak tahu kenapa tak boleh search pulak. Just click je ek link video tu kat sini....

Kalau nak tahu detail resepi, boleh bukak link ni....

Agak2 nanti kalau iols masak butter prawn tu, boleh dapat rupa cenggini idokkk? We'll see ek....

Source : From blog dapur kak yah

Hmmm, okay lah rasanya tu je nak membebel for today. Owh and btw, benda paling best bila food yang dimasak tu dipuji oleh lakiku namanya Ibnu Nizar itu... Ibnu susah nak puji, selalunya dia kritik bila iols masak. Terlebih garam la, gula la, itu la, ini la.. Tapi maybe berkat dia kritik tu, now iols dah pandai sikit2 ejas rasa food. Ibnu siap cakap ayam masak kicap tu the best dia pernah makan. Ihiks2 kembang kuncup muntut iols. Siap cakap makan nasi goreng ala kampung tu sampai licin tak tinggal sebutir nasi pon, rasa nak jilat2 pinggan. *errrrrr, puji sikit2 je boleh tak....... T____T*

Let's see what my parents gonna say about the food later. Nevesnya nevesnya nevesnyaaaaa.......

Wednesday, August 27, 2014

Ehem2, testing testing. Betulkan kerongkong, moh nyanyi sama2 feeling2 pls okay...

***

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua lupa
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatmu mengalir luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah berakhir
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

***

Ni lirik lagu bertajuk Mengemis Kasih, nyanyian kumpulan nasyid Raihan.

Tapi masa weols2 sekolah menengah dulu weols2 pernah gak nyanyi lagu ni.. Iols dulu ahli kumpulan nasyid sekolah hokay uols2.. Nama kumpulan nasyid weols2 Sautul Adnin. Sautul bermaksud bunyi atau suara2, dan Adnin pula sempena salah satu nama syurga - Syurga Adnin. So konon2nye suara2 syurga la ni gamaknya. Merdu sungguh uols suara weols2. Selalu kalau masuk pertandingan sekolah menengah peringkat daerah, mesti dapat nomot 3 dari 3 buah sekolah. (T___T)

Sebab, 2 sekolah yang dapat number 1 dan 2 tu, group nasyid lelaki, so suara and team percussion depa memang heybat heybat sekali..... *coverline* :p

Btw, my po-int (read: po-in) is, iols very the setuju dengan setiap bait2 dalam lirik lagu di atas.

Iols ni tak habeh habeh dosa memanjang - dosa kering, dosa basah, dosa banjir, tapi Alhamdulillah umur masih panjang, kesedaran kadang2 diketuk terketuk, so dengan ini iols sedaya upaya akan cuba perbaiki diri. Sebelum......ajal tiba. Sobsss....

Anggap dunia ni ibarat ladang. Kita usahakan, kita tanam pokok, semai macam2.... Hasil tanaman akan dituai di akhirat kelak. Nak yang ranum, yang manis, yang sedap? Ka nak yang masam, yang sudah buruk, yang rejectshop?

Mulai saat ini, beri 100% kepergantungan pada Yang Maha Esa.

Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.

Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian,
Bersusah2 di dunia dahulu, bersenang2 di akhirat kemudian.

Susah! Memang susah! Dugaan macam2, expectation manusia macam2. Hasutan shaitonnirajim, qarin, hawa nafsu.... Astaghfirullah.....

Semoga kuat dan istiqomah, insyaAllah, ameen!

Nah bawah ni videonya, untuk dengar lagu Mengemis Kasih ni.... Kaaaa, hampa2 uols2 ni nak dengaq suara original iols ni nyanyi lagu ni? Ahaks sorry dek, hakak tak kuasa tawwwwww.. *royan eh?* :p


Friday, August 22, 2014

I saw this online at www.myfashionstyle.com.my:


So tempting one maahh.... My right hand clicked "Add to Cart".

Then continue browsing again.


Such a pretty one mahhhhh.... Right hand clicked "Add to Cart" again.

Never mind, click click first, choose later.

So now I have two beautiful human creation in my cart.

Then continue browsing again.

This one also! Sooooo niceeeeee.........


Right hand was about to click "Add to Cart" when my left hand quickly grabbed and pulled back the right hand from clicking the haunted button.

Are u sureeeee u want to have a complicated decision making later?

Long silence.

Keep staring at both bags in view item in "Shopping Bag" list.

Start thinking on the pros and cons.

To choose only one bag.

Must make a wise decision.

MUST!

Long silence again.

Awkwardly clicked "Cancel" on one of the beg. Left me with the cheaper one.

Long silence again.

It costs almost RM400 for one small macromini bag for god sake!

Are u sureeeee, Munirah?

After few minutes, I guarded my mouse to the top right corner of the screen, and clicked "close window".

The end.


Now my face is like this (O____________________O)

Left ear hears : U should have just bought that! RM400 is a blownail babe!

Right ear hears : With RM400 you can pay your monthly insurance fee for two months dear!


Sobs. End of story. I have to make a happy face. Purchase those bags with less price, please. Appreciate each ringgit.


Okay. (O________________________O)

Friday, August 8, 2014

Okay now terasa macam gian pulak nak menulis entry dalam blog ni hari2. Kui3...

Alkisahnya, semalam borak2 dengan someone ni. And bila dia tahu saya nak ber-long distance relationship (LDR), dia menentang gilos2 punya. Dia cakap bahaya. Zaman sekarang lelaki tak boleh dipercayai. (>,<)

Saya diam je sepanjang dia cerita. Setakat, "oooo, yeke?" "iskkkkk, biar betul?" "huishhhhh, dasat sangat tu.." Macam mak jemah tak saya? Haha.. Macam saja je nak simbah2 petrol bagi semangat dia membara2 sket cerita pasal lelaki-bernama-suami-tidak-boleh-dipercayai. Uhuhuhuks

Katanya, orang2 sekeliling dia yang ber-LDR ni, semua problem. Semua husband curang. Ada awek lain. Sampai ada yang akhirnya jatuh terjerumus ke kancah "itu" dan bercerai berai. And that is why katanya, dia akan sentiasa kerja di satu kawasan dengan husband dia. Johor, Terengganu and now KL. Dia akan try apply kerja dekat2 dengan tempat husband dia kerja, so that diorang still boleh tinggal 1 rumah sama2.

Balik dari kerja tu, saya cerita kat Ibnu, Ibnu rileks je.. Dia cakap dia takde masa nak melayan benda2 camtu. Huhuhu.

Tapi just to share my thoughts je la.. Mungkin ada orang berbeza pendapat dari saya, kalau ada, sila share nooo..

Ermmm, Okay, my points.

1. Tak dinafikan perkara itu memang terjadi. Dekat tempat Ibnu kerja sekarang pon ada colleague dia yang tengah mengayat syok bercinta dengan sorang minah vendor ni, walhal wife dia dok 1 rumah je lagi dengan dia. Means, diorang bukan LDR husband & wife. Tapi still, perkara suami curang tu berlaku. Why?

2. I trust my Ibnu. Walaupon saya selalu kecah lebih and buat merajuk atas sebab2 yang tak relevant (i.e. merajuk bila dia kata kat tak suka shopping kat KLCC sebab KLCC ni banyak awek seksi - which is benar kan?), deep down saya tahu Ibnu bukan a guy yang mudah sewenang2 nak mengorat orang. Pendek cerita, he's loyal. His standard is high. (Puji diri ke? ekekekekek :p) Nak curang tu, saya tak pernah terfikir la. Suka tengok perempuan cun, ermmmm, semua lelaki suka kot. Saya yang perempuan ni pon suka tengok perempuan cun. Tapi setakat tu je la. I know Ibnu pon sama. Tengok sekadar tengok. Taklah sampai nak dibuat bini kot.. Dia cintan kitorang (saya dan Amina) gila2 kottttt..... Ekekeke

3. After more than 5 years dalam oil n gas ni, saya perasan, perkara suami kahwin 2 atau lebih, samada isteri masih ada (bermadu) atau bercerai, memang macam perkara biasa. Tak tahu lah kenapa kan. Mungkin sebab si suami rasa dia berkemampuan? Atau memang si suami rasa dia nak meramaikan umat Nabi Muhammad? Atau si suami tak dapat tahan nepsu yang satu itu? Atau memang sebenarnya perempuan2 tu yang dok tergila2 terkejar2kan si suami orang? Dunno... Sekarang ni macam2 boleh jadik. Especially zaman nisbah perempuan lebih ramai dari lelaki ni...

Conclusion. Eceh baru 3 points dah nak conclude dah? Kekeke... Tah la, malas nak fikir benda ni sebenarnya. Rasa macam mengabehkan borehhhh ja if fikir "what if oneday this happens to our marriage?" Memang sampai ke sudah lah asyik nak berprasangka camtu kan. I'm a woman. I make friends. I got to know my husband. We got married. We have Amina. And should I think now "our marriage won't last long?" Nauzubillahiminzalik.

Nampak tak conclusion nya apa? Conclusionnya, jangan fikirkan benda2 negative macam tu... It's your life. It's your choice. Benda2 macam tu yang jadik, mesti ada reason. Think back. What has happened to the love of yours masa awal2 decide nak kahwin?

Mak saya pernah cakap, "Hubungan antara manusia ni ibarat pokok. Nak pokok yang subur, kena siram, kena bajai pokok tu, even kena cakap2 dengan pokok tu. Kena ada effort. InsyaAllah akan suburlah ia."

Bermadah sangat kan mak den tu kan... Tapi betul ape. Dah kalau lepas kahwin tu, si suami asyikkkk tengok youtube tengok tarian ke tengok wanita2 melagho, lepas tu si isteri dapat tahu, memang la berapi2 rumah tangga nya. And si isteri pulak, 24 jam main handphone, main fesbuk, memang la lama2 si suami pon boring. Macam dah takde kerja lain pulak kan. Sekali sekala nak melagho main handphone tu standard la kan. Tapi bukak youtube tengok benda mendatangkan dosa, tinggal2kan lah. Benda2 macam tu yang buat hubungan husband and wife ke laut.

So? Dua2 kena pandai main peranan. Dua2 kena sentiasa berkelakuan "in love". Appreciate each other. Puji each other. Usik2 each other. Buat lawak sama2. Buat house chores sama2. Sembahyang sama2. Mengaji sama2.

Kalau dok jauh? Dah ber-LDR, camana nak buat sama2? Well, di zaman terkini serba canggih dan moden ni, guna la teknologi yang ada. Phone canggih2 tapi tak guna kemudahan tu buat apa kan? Whatsapp pon jadik. Whatsapp la gambar2. Update each other selalu2. This is a must bila dah ber-LDR. Takleh malas2 nak kontek your spouse. Kata cinta, kan? Mesti automatic punya nak berkontek2 berhubung2 kan.. :) Update je, tengah buat apa, nak ke mana, anak tengah buat apa, etc. Videocall pon boleh kalau dah rindu sangat2. Setiap hari kena jugak cuba untuk keep in touch. Kalau selalu berhubung macam ni, yang jauh pon rasa dekatttt je. Kan kan? Plus, iman kena kental. Dugaan memang sentiasa ada. Tapi mesti always, back to basic. Muhasabah diri. Fikir sebelum action. Remember, nobody is perfect. Love your other half seikhlas hati. Terima semua baik buruk seadanya.

Apa yang penting, tepuk dada tanya iman. Nak buat benda yang tak elok, ingat2lah malaikat di bahu kiri dan kanan, juga Allah yang Maha Melihat. Ingat2 je la, dunia ni sementara je...

Okay dah tu je. Ngonge ngonge juge, moh kite mengaji. (^____^)




Love of my life. Will do anything for them. LDR pon LDR lah. Gambatte!

Tuesday, January 22, 2013


#Entry ini sangat random#

Bukan multilevel marketing yerrr.. Keke. Tapi, Maharaja Lawak Mega tu haaa.. Yang baru je habis last weekend kan.. Dah tau sapa yang menang.

Jozan - Sangat rasa tak fair bila diorang menang. Dah la tak lawak sangat tapi tukang gelaknya ramai. Lawak ke part Zizan terkinja2 jadik budak skolah ajar peribahasa tu? Huhu.

Jambu - Tetttt. Dah lali dengan lawak dia. Asyik2 terjerit2 gado2 lepas tu buat muka selenge baik balik. Huhu. Tetttt.

Syiro - Suka team ni. Memang dulu2 diorang ni tak perform, tapi time final tu, lawak diorg menjadi gak ar kan.. I think they deserve la to be top three. Just kalau boleh, nak dia dapat nombo 2. Kalau bole... Keke.

Boboi - Lawak cina diorang, adalah lawak paling TOP dalam MLM #2 ni. Seriously. Sampai mengalir air mata dok gelak2. Hihi.

Saywho - Awal2 actually saya minat sangat Saywho tu. Tapi minggu2 terakhir tu diorang nyer performance macam dah drop. Hmm.

Kalau nak tengok video2 diorang, boleh like facebook page "Best Giler". Link dia kat sini.

My favourite : Maharaja Lawak Mega 2012 - BOBOI part 1!! :D


Follow Us @munirahmohdali