Monday, July 30, 2012

Assalamualaikum & Hi...

I was having quite difficult days this week. :( Things that I've planned are not working out as expected. :( Can say that I am at a low-side of my life blablablablabla. But need something to build back the strength. Acquire it from Allah the One and Only who knows the best for me - lifting the big stone on my shoulder by sharing the loads with my beloved husband & mother - doing things that I love with hope that they could ease the stress and strain - etc etc etc.

Besides, I also did google for some motivational inspiring words. And I found this article. Enjoy reading guys - hope it helps to motivate you as well. Have a good day onwards, ya~ anddddd, never quit! :)

>>><<<

Here is the TRUTH: like anything else in life that’s difficult, when you first try it,YOU WILL FAIL…you will make mistakes…you will get frustrated…and you’ll want to quit.  Think of anything new or foreign that you’ve tried for the first time as an adult (perhaps a new instrument, sport, or language)…were you an immediate expert, or did you fumble around for a while?

We’ve ALL had setbacks and failures.  We can whine, moan, feel sorry for ourselves, and blame others, or we can get ourselves a nice, tall, refreshing glass of “suck-it-up” juice!  When we fall short, when we fail, we MUST get up and put one bloody, dusty boot in front of the other and drive on towards our potential…towards success.

I heard once that the most beautiful gift from God is potential!  That’s a powerful statement, and it strikes me that one of the saddest facts of life is all that power-of-potential lying in graves around the world.  Why?  Because most of those people never took action to realize their potential, or they simply gave up before ever reaching their potential.

Failure does not define you.  The way you respond to failure, defines you. 

NEVER, NEVER, NEVER QUIT!

Good Day! 

Monday, July 9, 2012

Assalamualaikum...

Syukur, alhamdulillah... Syukur sangat2 ya Allah atas nikmat dan perasaan ini yang Engkau beri... Alhamdulillah, saya dan En Suami tercinta telah selamat dinikahkan oleh Tok Imam Teroi, di Masjid Teroi, pada 1 Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433 yang lalu. Dengan sekali lafaz (ayat cliche bila hari walimatulurus hihihi :p), kami sah diikatkan sebagai suami isteri. Waktu tu perasaan bercampur baur. Happy + sedih + blurr + bersyukur + syahdu + hening + etc2222.

Tapi, lepas tu, terasa sangatttttt happy! Bersalaman dengan families, makan2, shooting gambar outdoor, makeup2, inai2, pakai baju pengantin, pegang bunga tangan, tengok silat, potong kek, naik pelamin, semuaaaaaaanya lah, semua dalam mode yang happy. Memang ada few downturns yang menyebabkan emosi sedikit tercalar (ayat takley blah, hui3333), tapi alhamdulillah rintangan tu berjaya jugak dihadapi atas bantuan dan gigih jerih semangat ahli keluarga yang ada. TQ guyssssss~~~ Muah muah! : )

Kitorang pergi baaaaaaanyak tempat sebagai honeymoon. (Sikit je sebenarnya tapi saja nak over sikit sorry hihi). Dengan yang honeymoon yang memang di plan iaitu Kuching, Sarawak, ditopup lagi dengan hadiah kahwin honeymoon dari kawan2 (Resort di Sungai Besar & PD), ditopuppp lagi dengan hotel free company bayar kat Mandarin Oriental KL (sempat lagi tu...hihi). Best tauuuu. InsyaAllah next entry saya try ceritakan pasal honeymoon trip kitorang ni ya... Hihi. 

Entry malam ni, saya nak juruskan khas buat En Suami saya ---- Tan Seri Tengku Mahkota Putera Ibnu Nizar B Dato' Hamzah. (", )

!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()

Assalamualaikum,

Hi Sayang,

Firstly, TQ for approaching me on 28th May 2011. Saya memang takkan dapat lupakan moment tu, bila awak luahkan apa yang awk pendam dalam hati. Dah lah kat Chemerong, okayy! Memang, sangat unexpected. Eventhough dah boleh rasa "pelik2" sikit bila malam sebelumnya tu, awak ajak ke Chemerong dan syaratkan untuk kita gunakan bahasa "saya-awak". Kekok tauuuuuuu nak start cakap saya-awak ni.... sebab dah hampir setahun setengah kita ber"aku-kau". Hihihihi.... Ingat lagi tak? Hihi...

Hari tu jugak lah awak beritahu niat awak untuk serious dengan saya. Siap mention lagi timeline bagai. On the first day of "couple"! Hihihi. I love you sayang, for that. Seriously. :') Awak plan, dalam tahun 2011 jugak untuk bertunang dan berkahwin dalam tahun 2012. Ingat lagi tak sayang? Hihi. Dan saya sangat bersyukur kepada-Nya, diberi ruang dan waktu dan kemampuan untuk jadikan plan kita itu satu kenyataan. Syukurrrrrrrrr, alhamdulillah. 

Perasaan waktu tu? Hik hik.. Mestilah malu. Tapi happy! Tapi malu. Hihihi. Dan perasaan saya sehari sebelum kita bertolak ke Kedah (dalam bulan Jun 2011 kan sayang?), sangattttttttt carca merba. Saya nangis tau sayang... Saya risauuuuu sangat. Tak tahu mampu ke tidak, bersedia ke tidak, untuk menjadi isteri, menghadapi alam rumah tangga. Nangis sangat222222. Then saya buat solat istikharah. Mohon kekuatan hati dan petunjuk dari Allah... Lepas tu, saya ajak awak keluar dinner. Kat Zara. Ingat lagi sayang? Hihi... Balik dari dinner tu, perasaan saya jadik lega. Boleh tidur dengan lena. Yakin dengan aturan kita. InsyaAllah. Alhamdulillah.. :)

Masa sangat pantas. Dari tarikh 28 May 2011 beranjak ke merisik 4 Syawal 1432H = 2 September 2011, ke tarikh bertunang 10 December 2011 sehinggalah hari bernikah 1 Jun 2012, semuanyaaaaaa berlalu dengan cepat. Tak terasa dah setahun rupanya kita ber"sweet2"an. Hihihi. Sekarang, dah lebih sebulan kita bersuami-isteri. Apa perasaan awak? Saya, sangat berharap, akan tiba masa yang kita boleh hidup sepenuhnya sebagai pasangan suami-isteri. Setakat ni, long distance relationship ni, saya boleh terima lagi. Sebab saya selalu jugak turun ke KL, dan awak memang kerap datang Kerteh untuk projek PGB tu... Tapi saya berdoa, keadaan ini hanya temporary. Kan sayang kan?

Sayang,

Tadi saya terbaca satu benda ni...

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi
 kagum

Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi
nafsu

Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi
kasihan

Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi
 rasa terima kasih

tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya! (n_n)”

Terus teringat awak! Maksudnya, betul lah yang saya asyik cakap "tak tahu, tak tahu" tu. Or bila awk cakap "tak tahu" lepas dah kekeringan idea nak jawab soalan saya yang sama ber-repeat juta juta kali tu. Kikiki. Tapi, saya harap awk still ingat jawapan saya, yang saya jawab duluuuuuu tu. "Saya suka awak sebab......" Sekali tu je jawapan jujur ikhlas saya. Slow2 je saya jawab. Tapi saya harap awak dengar. Awak dengar kan? Hihihi...... :))) 

Ermmmm...panjangnya dah ni. Macam tulis surat pulak kan... Hihi. Sayang dah boring ke? Hihihi.... Sikit je lagi ni. Nak habis tulis dah ni. Hihihi.

@~"~ TQ for being a great husband-bestfriend-leader-partner to me, yang selalu menyokong saya. Memang support dan kata2 awak tu mampu buat saya rasa lebih kuat semangat..
@~"~ TQ for being my imam, yang dengar dan betulkan bacaan al-fatihah saya, yang ajar 3 cara terbaik islam dalam meletakkan tangan atas dada yang betul dalam solat. TQ TQ TQ sayang..
@~"~ TQ sebab makan masakan saya yang tak semenggah tu, kejap masin, kejap cayaq, kejap tu kejap ni. TQ sebab makan jugak sampaiiiii habis. Hihihi. 
@~"~ TQ sayang (this one a serious TQ one), sebab......... vacuum, sapu & mop lantai bilik saya. Huwaaaaaaaaaaaa........ Terharu sangat! Even saya sendiri tak tahu kewujudan vacuum kat rumah. Normally saya sapuuuu je. Hihihi. Sekarang ni, bilik saya ni terasa ada 1 aura baru. Hasil pengemasan awak kots. Hihihiiiii. TQ sayang. Soooo much! Harapnya awak tak menyesal nak datang tidur sini lagi yer.... Hihihiiii....

Okay, dah. Tak nak dah teruskan "surat cinta" saya ni. Mau nanti kot awak skip2 je baca. Hihihi.... Okay sayang, I'll see you on Friday evening nanti ya.... Tak sabar nak jumpa. Rinduuuuu~ Hihihi. Love u sayang. So much! TQ Allah for sending him to me. TQ TQ TQ! :)))

Loves <3
Munirah :)
09.07.2012 








Sunday, May 20, 2012

Salam,


Hi all..... :)


Nak cerita tentang sticker. Ni sticker yang nak ditempek atas doorgift a.k.a. thank you note. Tapi men-simple-kan lagi dengan terus buat TQ note tu as sticker. Tak sempat nak survey sangat. Was a bit rushed to settle tentang hal-hal lain. So, pergi 1 kedai ni, terus order situ. Kedai printing nama Creative xxxx (tak ingat nama full kedai tu). Dalam PKNS Shah Alam tu.. Drama jugak tau time episode nak tempah sticker ni. Tapi taknak lah memanjangkan cerita. Nanti boring pulak orang nak baca. Hihi...


As promised, few days after visit kedai tu, saya terima 1 email yang di-attached bersama-sama few sample designs untuk sticker... 
Design yang dihantar. Request untuk buat sticker bulat, just letak quote "terima kasih" & nama kami. Tarikh tak yah lah sebab taknak serabutkan lagi sticker. Huhuhu


Saya agak blurrr bila tengok contoh design. So the next weekend nya, saya kontek a good friend of mine and Alhamdulillah, dia free untuk temankan saya. Kitorang sama-sama pergi kedai tu - dengan niat, design and confirm on the spot je terus senang. So, jadik lah sticker kami seperti di bawah ini.... Comel kan? Tak sabar nak tempek tempek atas doorgift. Hihi..
Kabur kabur kaburkannnnn ia......... Ni namanya mengado. Nak letak betul betul lah sikit kan. Ngado. Ngeh3


Kosnya, RM270, untuk 1400 pieces of sticker... Saya tak boleh nak cakap murah or mahal or standard, sebab bab sticker ni memang saya tak survey langsung. Takpelah, janji setel.... So, another checklist crossed-out! :D :D :D


Love & Thanks,
Munirah
Assalamualaikum,


Hellllooooo my dearssss,


Sorry lama tak tulis apa-apa. Makin dekat dengan THE DAY ni, makin macam menggelabah tah pape ngokngek. Huhu. Tapi malam ni saya nak tulis tentang hasil bunting dan banner yang saya dan En Tunang tempah. Kitorang dah pergi beberapa kedai. First kedai was kedai dekat dengan area Kemuning. Time ni lawak. Saya ada niat nak kasik idea untuk banner and bunting. Tapi En Tunang cakap (dengan muka serius), "tak perlu susah-susah, biar orang kedai yang design everything". Merajuk okay. Taknak join discussion, turun pergi beli air kat kedai runcit seberang jalan dan merayau masuk kedai pet busukkkk. Haha. Ended up orang tu janji nak tunjukkan hasil design dalam masa seminggu. Total charge RM180++ kot kalau tak silap, untuk 1 bunting (6x2 feet) dan 1 banner (7x3 feet). Tapi tunggu punya tunggu dia tak hantar pon design tu.


Tapi tak kesah. Sebab lepas tu, hari yang sama, kitorg pergi PKNS Shah Alam. Terjumpa 1 kedai ni. 
Ni lah kedai nya. Creative something. Nampak tak bunting pink tu? Yang tu size if tak silap, 4x2 feet kot.
Kat situ kitorang tempah sticker. Nanti saya buat another entry pasal sticker ni ek... Al-kisahnya situ pon ada service untuk tempah bunting dan banner. Lebih murah sikit okayyyy. Tak dapat nak recall quotation price dia. If tak silap, 1 bunting dan 1 banner dengan size yang sama macam di atas tu, harganya tak sampai RM150 pon. Tapi.... Ermmm, design dia agak tidak terkenan di hati.. Huhuhu. Tak jadi lah. Survey lagi...


Usya lah kat internet. Ada few websites yang saya jumpa, harga standard, design not sure okay ke tak tapi saya rasa okay kot. Sebab pictures yang dia tempek kat website dia tu, not bad jugak. Tapi disebabkan terlampau pack jadual masa tu, kitorang tak sempat menyempat pon nak pergi kedai-kedai tu. 1 kat ampang, 1 kat Shah Alam. Time tu, kitorang di Bangunan MARA. So pusing usya kat situ je lah. Kat situ pon banyak kedai printing. Tapi bunting and banner, 2 2 sama size. Bunting 6x2 feet. Banner pon 6x2 feet, sama macam bunting, cuma ia melintang. Harga, RM60 each. Design dia ermmmmm, tah. Tak suka jugak. Haha. Ngado kan saya. Nasib En Tunang penyabar orangnya.. Kikiki...
Kedai kat Shah Alam...
Kedai kat Ampang...


Akhirnyaaaaaa, tanya kawan saya ni, kat Kerteh ni apa kedai printing yang ada. Dia ada mentioned beberapa kedai. Tapi saya pergi kedai ni... Namanya Tinta.  Pakcik tu serious je muka dia. Macam muka askar. Masa tu dah pukul 6 petang lebih. Saya terus cakap nak buat bunting dan banner. Kasik idea kat pakcik tu nak macam ni macam tu macam ni. Last-last pakcik tu suruh saya buat sendiri. Guna Adobe Photoshop. On the spot. First time sentuh menda alah tu. Struggle jugak lah. Tapi lama kelamaan Alhamdulillah, okay sikit... Siap design pukul 7.30 malam. Cakap dengan pakcik tu, nak ambil besok petang. Dia cakap okay. Tapi saya pergi pagi besoknya around pukul 11 pagi, dah siap dah. Yeayyyyy! Simple je design dia. Terasa dekat je di hati. Gituwwww. Hik hik hik...
Atas, banner. Bawah, bunting. Sipi sipi je. Nanti tak best lah if dah tahu whole picture kan.... Sedikit poyo di sini. Hihi. Gambar rembat yang outdoor masa tunang dulu.
Harganya? Murah okay... 1 bunting 6x2 feet, RM30. 1 banner 8x3 feet, RM80. Murah kot... Banner tu pakcik tu yang suruh besar sikit. Katanya kalau ambil 7x3 feet, lebih kurang bunting je.. So deal! Kitorang buat 2 bunting & 1 banner. LEGA... Another checklist crossed out. Hihi. 


So friends, sesiapa nak gunakan khidmat printing, sila pergi Kedai Tinta. Highly recommended. Sangat cantik printing dia. Gambar clearrrrr gilos. Puas hati lah, insyaAllah. :D


Thanks & Love,
Munirah

Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum! Hi~! :)


Okayyyyyyy... Patutlah rasa lama tak berblogging. Memang dah sebulan tak menulis apa2. Well, memang sangat busyyyyy mengenangkan masa yang sangat pantas! Pejam celik pejam celik, hanya tinggal sebulan lebih sikit je lagi sebelum diri ini bergelar isteri. Perasaan? Bercampur baur. Happy sudah semestinya. Tapi saya sekarang sangat risau, mampu atau tidak nak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tahu ke tak pon tanggungjawabnya ha? I mean, sesesesebenarnya benar benarnya? Tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, sudah tertunai kah? Tanggungjawab pada diri sendiri, pada Yang Maha Menciptakan, dah 100% cantik kah? Errrmmm, obviously yang last question tu, belum 100%. Come on Munirah you really don't have much time left...


Huuuu... dah dah stop pikir. Jom meng-update. Btw, dekat rumah mak cakap tengah rancak mengemas, mengecat, menge-jahit langsir, menge-motong rumput, menge-itu, menge-ini, etc2.... Siap dah tebang pokok konen dengan pokok apatah lagi satu tu..... Sebab halang lalu lintas kawasan rumah. Huhuhu. Tapi tak sabar nak balik.... Mesti cantik langsir mak. Jangan anggap kami berlebihan yer... Seingat saya, itu bakal jadi langsir ke tiga yang pernah ditukar kat rumah, sepanjang belasan tahun duduk di situ. So bukan nak membazir, tapi saja nak ambil peluang, tukar langsir, hibur2. Hihi. Tak sabar nya tak sabar nya tak sabar nyaaaaaaaaaaaaa.... Hihi.


Tapi, baju semua tak siap lagi. Baju pengantinnya belum, baju familinya belum. So how?? Cuwaks okay... Harap harap last minute ni, tailor semua jadik macam superman/woman. Harus siapkan secepatnya. Tinggal beberapa hari je kot lagi..... Haiyohhhh.... Tapi baju pengantin yang saya lebih gerun. Dah nak kena start fikir mitigation plan nih. In case.... Just in case.... Takda lah kelam kabut di kemudian hari. Kannnn.... Tapi sayang lah. Penat2 ja tempah baju, tak dapat di pakai hari yang satu itu... Semoga Allah mempermudahkan urusan dan menaikkan semangat dan memberikan ketabahan kepada tailor2 kami untuk menyiapkan semua baju seperti yang telah dijanjikan. InsyaAllah...


Owh dan, sangat banyakkkkk benda2 cekonet2 yang harus diconfirmkan. Thats include the pelamin. (Pelamin tu cekonet awak kata?? Major kottt...) Okay, I'll call her tomorrow. Please jangan lupa lagi. Asyik lupaaaaa aje. Kang lambat2 kang haaaa.... Ni pun dah dikira lambat tau. Hurmm.. Fara, please terima tempahan saya pleaseeeeeeee.... Huhuhu. Cekonet2 lain, seperti props2 ketika hari kenduri tu nanti e.g. bunga telur, bunga manggar, tanda arah, paperbag doorgift, ribbons, etc. Luckily cake dihandle oleh mak. Kalau tak tu pon pening nak memikiorkannye. Apa lagi ek..apa lagi..? Hurmmmm... Veil? Tudung nikah? Kasut nak pakai time nikah? and nanti time bertandang, familiku nak stay mana? Huuuuu banyaknyaaaaaaaaaaa lagi.... (@,@)


Okaylah, sebelum saya menyerabutkan dan menggelabahkan lagi diri sendiri ini, better for me to stop here. Kang tak tidur malam plak. Olrite, till we meet again! Assalamualaikum! Good night! :)


Selingan. Homestay cantik! Should be selesa enough for a team of travelers. Ada dua ketul aircond kat "hall". Its called hall sebab rumah ni tiada bilik. :) Tapi murah tau sewa 1 mlm! Dekat je dengan rumah saya.... Cantik kan?? Nanti saudara mara jauh boleh la stay sini.. :)




Friday, April 20, 2012

My first time hereeeee.... Ofkoz harus dibawa masuk blog kan... Ditambah2 dengan makan free. Contractor belanja. Jakuns mode on! Hehehe. 

Actually we were having a meeting with our contractor and project coordinator at Menara Perak for two days consecutively. And this Menara Perak is just beside Wisma UOA building. U just need to cross the street to get to Wisma UOA from Menara Perak. 

During the lunch hour, to our (or only me? kui3) surprise, they brought us here. The place is quite spacey, they were having quite a number of customers that day, so some foods did run out fast from the trays. Huhu. While eating, I kept on thinking whether is this the feeling if I were to have the meals in Japan? I mean real real Japan? Hmm, I wish I could go to Japan one day... InsyaAllah... :)

Some info on this restaurant :

T: 03-2166 3728
F: 03-2166 6728


Operation Hours:
Lunch: 12 - 3PM Daily
Dinner: 6 - 10:30PM Daily

Seating Capacity: 270 pax









I didn't eat this. One guy just took the shells randomly. Huhuhu..


Ok, that's it! :)

Saturday, March 31, 2012

Assalamualaikum.... Hai hai hai!

Subhanallah, perasaan teruja masih ada. Tadi berdebar2 sepanjang majlis pembukaan 2012 PBPP di SK Seri Gelugor. PBPP ni apa? Program Bakti Pendidikan Petronas. Dah diwujudkan sejak tahun 2003, dan SK Seri Gelugor ni dah jadik sekolah angkat PCSB-PMO untuk PBPP sejak tahun 2008(?). Eh yeke, tak sure plak ngeh222. Alhamdulillah, it went well as per planned, tapi macam biasa memang masih ada some rooms for improvement. Stended la tu kan. Hihi.

Pagi hari dimulakan dengan pendaftaran para pelajar. Bagi tag and signed attendance. Lepas tu breakfast di kantin. Around 8.30am++ kita berkumpul di dewan dan sesi memperkenalkan fasilitator bermula. Lepas tu buat sesi stretching2 badan. Pagi lagi kot, so buat event lite2 dulu. Event controller is Fahmi. Dia ni memang pandai lah berceloteh. Sesuai sangat dengan kanak2. Hihi. Activity 1 dinamakan 3G iaitu Game Gerak-Gerak. Fahmi menari "chicken dance" bersama dua orang lagi facee. Tarian ni popular la dalam event2 camni. Song dia pon nice. Next is activity 2K iaitu Katak Kembung. It's a fun game. Kalau perasan, lama2 bunyi yang terhasil dari game 2K ni boleh buat macam bunyi kompang orang kahwin tu. Tak tak tak tak bung bung bung bung tak bung tak bung. Haha. Interesting game. Hihi. Lepas tu mereka diberikan note lagu rasmi Bakti dan nyanyilah beramai2. :)

Lepas tu kita nak bahagikan dan pecahkan students kepada few smaller groups. Time ni main game lagi. Asyik main gameeee je students ni. Syok la depa. Hihi. Mereka diberikan belon yang perlu ditiup dan perlu dipecahkan untuk dapatkan clue group masing2. Facee pon cekap jugak membuli. Game ni dinamakan 3B (Belon Binatang Bunyi). Yeayhhhh, they have to make sounds yang menyerupai clue belon itu. Clue itu adalah jenis2 binatang. Harimau, mengaum lah. Kucing, mengiau lah. Melelong2 lah jugak students tu pusing cari ahli group dengan bunyi tu. Dah macam zoo dah. Yang paling xdengar bunyi, lebah. Dok bzzz bzzz walhal orang lain dok mengaum lah, berkokok lah, macam2. Hahaha. Sian lebah. Takpa, lebah kecil tapi berbizza. Kuat penangan tu. Hihi.

Dah masuk group, kita ajar English words yang ada dalam lagu Bakti. Lagu ni mix few rangkap in Malay and few rangkap in English. Hebatnya students Terengganu ni, mereka dilengkapkan dengan e-book. Maka, kakak yang jakun first time nampak e-book ni pon, dok menempek lah kat sisi student ni. Bagi saya, e-book ni bagus sebab dia sort of mampu menggalakkan students to always search for definition of words. Semangat kot buka cari through e-book, compare to cari through buku dictionary tu. Tapi either way pon should be okay. Bukan alasan untuk tak pandai english eventhough takda e-book pon. Kannnn. Tapi tengok ramai jugak tadi yang bawak kamus stended tu. Adakah bukan semua orang dapat e-book? I don't know, taktanya plak tadi. Then buat war-cry (betul ke maksud ni? e-book pls! haha). Dan cipta nama group berdasarkan nama binatang kumpulan masing2.

Pukul 10 pagi mereka berehat selama 15 minit. Lepas tu sambung lagi activity dalam kumpulan. Presentation of group war-cry. Sekejap je ni saja nak bising2 kasik excited. Hoho. Then masuk next activity which is melukis bertemakan My Dream. Macam2 impian students2 ni tau. Most of them kaitkan My Dream ni dengan my ambitious. So dok pakat melukis gambaran profession yang dicita-citakan. Alhamdulillah, semua punya cita2 yang tinggi, dan baik. Kakak harap kamu semua akan berjaya mencapai cita2 dan berjaya dalam hidup, insyaAllah... Time ni je sempat teringat nak snap2 gambar. Sebelum tu tak teringat la plak. Dok kelam kabut ke sana ke mari bantu kawan yang organize event ni.

Pukul 11 pagi ibu bapa ada yang sudah tiba. Cuwaks okay sebab activity kami belum habis. Slot bersama guru dan parents is pukul 11.30 pagi. Tapi lepas tu ubah sikit agenda so semasa presentation My Dream, parents semua boleh tengok. Sepatutnya slot ibubapa adalah formal, tapi kita lewatkan sikit, bagi laluan kat presentation adik2 ni. Kagum because ramai tau adik2 ni yang volunteerkan diri untuk present. Tapi hanya 6 orang yang boleh dipilih. Kalau saya dulu, time sekolah rendah dulu, komfem tunduk malu sikit lagi nak cecah ke lantai taknak volunteer. So adik2 ni memang sangat special, insyaAllah kalian mampu berjaya... :)

Kami akhiri event kami dengan slot yang formal, slot bersama guru2 dan para ibubapa. Ada bacaan doa, presentation mengenai Bakti, ucapan dari pihak sekolah dan pihak pengurusan Petronas, nyanyian lagu Bakti sebagai simbolik perasmian PBPP 2012, dan sesi penyerahan hamper dan hadiah kepada presenter My Dream. Lastly, di-wrap dengan sesi group photo. All in all, alhamdulillah syukurrrrr amat kepada Allah kerana atas keizinan-Nya, program ini berjalan dengan baik. Kekurangan tu memang ada la kan, untuk di-improve-kan di masa depan. Tak sabar nak jumpa adik2 lagi! Harapnya saya tidak punya kekangan untuk join activity Bakti yang seterusnya di bulan akan datang, insyaAllah...

Enjoy lah few pictures yang sempat di-snap. :)

3 flowers from the Tiger Extreme group. Jasmin - Najwa - Natasha

Facee, Aziz.

Cer teka apa My Dream beliau? Nak jadik teacher. :)

Engineer-to-be, insyaAllah... Semangat adik!

Doctor-to-be, insyaAllah... :)

Nak jadik policeman. Aik?? Awak tulis BM? Next time in english okay! hihi..

Another teacher-to-be.... :)

Inilah dewan yang dimaksudkan. Dewan terbuka hihi

Center-court. Besar and cantik sekolah ni. Sekolah baru. Dibuka tahun 2007

Semangat adik2 melukis dan mewarna. Sampai baring2 siap. Baikkk punya posing hihi

Bahagi secara sama adil okayyy. Siap kira lagi gula2 sebijik2. Hihi :)
Okay, dah. Puas tulis panjang2. Kalau buat karangan BM pon lepas kot ni haha. Nanti dah tua boleh belek2 balik dan teringat2. So now is masa untuk berbakti kepada diri sendiri. Kemas bilik!! Hihi.

Follow Us @munirahmohdali