Friday, March 29, 2013

Kunci rumah dah hampir sebulan dapat. Asal balik rumah abah kemuning je, komprom2 dia tanya, "Apa progress??" Nanti terkulat2 la kitorang jawab, "Errr....tengah tunggu developer repair defect...." Hui3... Abah cakap, takyah tunggu siap repair defect, buat je dulu grill tu. Asalkan tak mengganggu kawasan yang ada defect la..

Memang betul pon kan. Jenuh la nak tunggu siap repair defect baru terkujat2 nak pasang grill kan. Tapi, last two weeks kitorang ada singgah 1 kedai grill ni. Siap tokey dia datang rumah lagi nak ukur tingkap pintu bagai. Gaya dia memang macam pro la. Sekali, bagi quotation je kena tunggu sampai seminggu. Tu pon Ibnu call dia. So, kitorang assume mungkin dia da banyak project kot. Sebok kot. Takley amek order rumah kita dah kot. Huhuhu.

And, dia quote pon boleh tahan maheyyy berpeluh ketiaks gak ler.

RM 7,300 - wrought iron + awning sket kat belakang rumah.

Rasa macam mahal sangat je.. Ke memang wrought iron harga camtu? Huhuhu. So, kitorang hold dulu dia. Nak cari 2nd / 3rd option pulak. Maybe kedai lain boleh offer lagi murah ke..... Kan? Huiii333...

Weekend ni insyaAllah kitorang akan redah lagi cari contractor grill yang ada. Harap2 boleh settle grill ni cepat2. Lepas tu nak fikir nak upah orang pasal kipas + lampu pulak.

After tu boleh dah la kot nak pindah masuk situ. Yang lain2, pelan2 kayuh... 

Kitchen cabinet idaman kelebu ku itu, kena HOLD. Huuu~ Selain sebab faktor $$$ (sobssss), + saya nak design yang best yang betul2222 buat tak menyesal punya lah, ada lagi satu sebab utama yang saya rasa lebih penting la.

Iaitu, nak test dulu saluran air dapur tu okay ke tak. Maksudnya, mungkin dia tersumbat keee dengan apa2 (contoh: kerak2 pasir simen hasil developer buat rumah etc). Kalau dah buat kitchen cabinet, baru sedar saluran bawah tanah tu tersumbat, tak ke satu hal nak kena bongkah balik KC tu. Pecahkan balik simen2 bagai.Takut rosak calar balar je karang KC berkilat2 tu haa.

So okay la, biar je dapur tu togel dulu. Cukup la setakat table top je dulu, untuk taruk sink dengan dapur hob + hood.

Plaster ceiling?? Pon HOLD dulu. (Huwaaaaaaaa) Huhuhu. Biarlah kitorang masuk je dulu rumah tu dengan apa yang ada. Plaster ceiling tu bukan priority sangat. Agak2 dah boring tengok ceiling tu nanti, time tu la kot baru buat plaster ceiling cun2. Lagipon, rumah tu memang dah original diorang taruk plaster ceiling. Tapi plaster ceiling plain tu je la. Okay la kan... Boleh jimat sikit di situ.. Kan... :)

Apa lagi ek. Owh ya, auto-gate. Actually, saya nak auto-gate ni awal2 terus, takyah la nak kena naik turun kereta bukak pintu gate. Sebab dok fikir2, kalau Ibnu outstation, saya balik kerja malam, tak ke menggeletorrr lutut nak keluar kereta malam2 bukak pintu gate. Dah ler saya ni penakot. Hui3... Hmm, nanti saya discuss dengan Ibnu. Lupa pulak pasal auto-gate ni. Huhuu.

Itu je la kot kan. Nanti dah ada progress lagi, kita sembang2 lagi nooo.... Have a great weekend ahead, guys! Semoga kita semua sentiasa dikurniakan nikmat sihat yang berpanjangan.... Ameen.... :)

p/s: Bulan 3 ni je, dah 6 hari saya MC. Demam, muntah, migraine, macam2 lah. Selera makan pon dah kurang. Slim sikit dah ni haa rasa. Keh3...



JustForFun :)


Tuesday, February 26, 2013

Akhirnya.... Harap2 entri ni berjaya ditulis sampai habis. Haha. Nak ikutkan banyak je benda nak ditulis. Tapi risau2 kang jadik macam sesi luahan perasaan ke...atau tiba2 jadik macam asyik risau apa yang orang dok fikir. Nak tulis pasal apa2 yang dah dibeli untuk rumah, risau orang fikir kita ni nak menunjuk2. Dah tu camno? Hmmm... Husnozon husnozon... Anggap macam sharing2 caring2 je la ek. Saya pon dok cari info pasal itu ini thru blog2 jugak. Boleh tahu apa pandangan / pengalaman orang lain kan..

Okaylah, rumah ni kitorang bayar downpayment 3% bulan 8 tahun lepas lagi. Katanya 3 bulan boleh settle, and boleh dapat kunci. Tapi tup tup tup, bulan 12, diammmm je jugak. Masuk bulan 1 aritu, saya dah takley dok diam.

Start bulan 1 tu, saya gi hunt track seeeemuuuaaaa orang yang terlibat secara langsung dalam proses pembelian / tukar nama etc untuk rumah ni. Rumah sub-sale la katakan. Macam2 alasan. Call lawyer kitorang tu, katanya dia tunggu document bank kitorang. Call bank kitorang, katanya tengah tunggu document dari lawyer bank dia. Call lawyer bank dia, katanya tengah tunggu document dari lawyer bank first owner. Hadeyhhhh.. Last2 call agent, agaknya dia dah malas nak jadik orang tengah, dia kasik la kontek number lawyer first owner.

Fine. Call lawyer first owner, katanya tengah tunggu document dari itu ini itu ini. Macam2 la. Semua orang dok tunggu2. Dah tu, kalau menunggu, tak kejar, sape nak tolong expeditekan, smoothkan proses beli rumah kitorang ni?

Berapiii, macam naga jap. Kesimpulannya, habis semua orang yang terlibat kitorang call.
- Lawyer kitorang
- Lawyer bank kitorang (RHB)
- Agent bank kitorang (RHB)
- Lawyer first owner
- Developer (Naza TTDI)
- Agent rumah kitorang (Tak ley pakai dia ni. After sale punya service hampeh. Ada ka patut, bila kita dok tanya2, dia kata, "Cik puan, saya ni hanya tolong masa peringkat beli rumah. Saya tak berkerja dengan Naza TTDI untuk tahu progress diorang". Durhhhh~ Terus tak pernah kontek dia lagi dah lepas tu. Huhu)

Every week kitorang keep track progress. Ada je yang sangkut mana2, kitorang call pihak yang terbabit tu. Kalau orang tu kata dia tunggu orang ni, kitorang call orang ni pulak and minta dia tolong take fast action. Macam tu la kisahnya.

Akhirnya, bila call bank last week, katanya diorang dah release final payment kepada owner tu. Tapi dia passkan kat lawyer dia. Lawyer dia kena pass kat lawyer kitorang. Lawyer kitorang kena passkan kat lawyer first owner.

See... Nak pass pass pon sampai berapa kali pindah tangan. Stock sekali pindah tangan berhari2 kadang2 berminggu diorang amek masa. Huhuhu.

So, call lawyer kitorang. Katanya boss keluar. Clerk dia tak tahu apa2. Then dah tinggalkan pesan suruh call balik, tak call2 sampai ke sudah.

And semalam saya message je lawyer first owner. Just nak tahu samada dah receive final payment belum. Tiba2 dia terus call. And explain. Rupanya diorang dah dapat cheque tu pada 19 Feb lagi. Nak ikutkan perjanjian, dalam masa 5 hari dia kena passkan kunci kat kitorang. Rupanya dia kata ada problem sikit.

Kitorang ada penalty charge sebab lambat! Total nak dekat RM4.5k. Gilakkkkkkk.... Dia kata dia dah hantar surat ke lawyer kitorang. Bestu nape lawyer kitorang diammmmmm je? Sabo je la.

Rayu punya rayu punya rayu, mintak first owner waive je la penalty charge tu. Nak nangis woo time ni. RM4.5k tu banyak tuuu... Rumah tu dah la kosong je. Banyak lagi nak pakai duit. Wiring lagi, itu lagi ini lagi. Huhuhu.

Alhamdulillah, lawyer tu cakap, first owner agree nak waive. Arini dia akan passkan kunci tu dekat lawyer kitorang. And tolong tanyakan dekat Naza TTDI tentang defect report rumah tu yang kitorang dah buat. Alhamdulillah333... Baik sangat lawyer tu. Nama dia Edorra. Dia je la yang sabar and rajin entertain kitorang. Even saya rasa, service dia lagi bagus dari service lawyer kitorang sendiri. So, kalau sesiapa nak menggunakan khidmat lawyer untuk urusan jual beli rumah, memang saya highly recommend Edorra ni. Message siang or malam semua dia layan. Tip top! Hehe.

Okaylah, tu je. Panjang sangat dah ni. Hahaha. So now tengah tunggu khabar berita dari lawyer kitorang. Buat penat bayar lebih kurang 21k, tapi diorang punya service macam hape je. Asyik2 kitorang yang call. Harapkan dia call, memang berjanggut laa.. We'll see camana. Sepatutnya dalam minggu ni rasanya diorang dah boleh call kitorang, passkan kunci rumah. Kalau takkkkk... Jumaat ni saya call dia lagi. Haha.

Ukkkeiiii... mood tak sabar nak masuk rumah sudah kembali. Nak kena kira berapa budget ni untuk buat macam2 lagi kat rumah tu... Duwit duwit di mana kau duwittttt $______$



Thursday, January 31, 2013



Rindu plaks nak menulis~
Tapi asyik bertangguh2 sebab laptop best cikabey bawak ke turkmenistan. Laptop yang ada tu tak boleh nak transfer gambar dari phone. Asyik error je tak berhenti. Tapi ni da gian sangat. Tulis aje la ye dok? Tak tahu la ada yang membaca ke tak. Hoho.

Life sekarang ni macam ni lah. Kadang2 rindu life kat Kerteh, especially bila every time merempuh jem. Wo ho. Menguji keimanan betoi jem jem ni tau! Kadang tu asyik buat kitorang gadoooo aje. Sebab saya ni la. Penakut pelik2. Takut brek kereta tak makan la. Takut potong line tapi tak tengok cermin sisi kereta tu la. Takut macam2 la. Akibatnye tensi la cikabey yang dok pegang stereng tu. Hahaha. Rindu plaks kat cikabey ni. Dah 2 minggu tak jumpa. Sobss.

Now dah 5 bulan kerja kat sini. Workload okay la. Sangat light and easy je rasa, compare dengan masa kerja kat Kerteh dulu. Bak kata boss, kerja kitorang dok buat ni macam experience data entry clerk je. Cisss.. Itu pandangan dia rupanya. Hahahohohihi.

Tapi baru2 ni telah di-inform, yang diorang bukak 1 job opening as operations technical engineer kat sini. Boss suruh try apply. Happy sangat masa tu. Rasa macam dihargai pulak bila boss kata position ni macam naik pangkat. (Pada mata dia la kot. Padahal sama level je macam sekarang ni. Still technical. Still executive jugak huhu). Hmmm terasa hasil kerja beberapa bulan ni ada yang monitor la kot. Eheks eheks eheks. Kembang semangkuk sat. 

Tapi tu la. Bila baca job scope dia... Dah boleh bayang dah working life lepas ni camana. (Tu pon kalau dapat la. Hihi). Mesti BIZI SANGAT SANGATTTTT~ Aaaaaaaaa~~~~ Haruskah daku terima. Huhuhu. Lagi 1, sekarang ni memang la contract jugak kerjanya saya ni, tapi kitorang dapat monthly rate tau. Siap ada entitlement annual leave bagai. So kalau cuti2 pon, gaji tetap camtuuu je jugak. Yang engineer punya ni, daily rate! Habissss la daku nak bercuti2 ke apa ke. Kalau dibuatnya sebulan tu memang banyak public holiday, berapa je gaji nye nanti?? Wuwuwuwu~~~

Eh chop2. Ape yang dok meroyan gaji bagai ni? Komfem belum lagi tau. Interview pon belum lagi. Har har har~ (T_____T)

Dah2. Kalau dapat nanti baru sembang kencang. Nak fikir rate rate ke apa tu. Itu kemudian punya cerita. Hehe. (>____<)  

Tuesday, January 22, 2013


#Entry ini sangat random#

Bukan multilevel marketing yerrr.. Keke. Tapi, Maharaja Lawak Mega tu haaa.. Yang baru je habis last weekend kan.. Dah tau sapa yang menang.

Jozan - Sangat rasa tak fair bila diorang menang. Dah la tak lawak sangat tapi tukang gelaknya ramai. Lawak ke part Zizan terkinja2 jadik budak skolah ajar peribahasa tu? Huhu.

Jambu - Tetttt. Dah lali dengan lawak dia. Asyik2 terjerit2 gado2 lepas tu buat muka selenge baik balik. Huhu. Tetttt.

Syiro - Suka team ni. Memang dulu2 diorang ni tak perform, tapi time final tu, lawak diorg menjadi gak ar kan.. I think they deserve la to be top three. Just kalau boleh, nak dia dapat nombo 2. Kalau bole... Keke.

Boboi - Lawak cina diorang, adalah lawak paling TOP dalam MLM #2 ni. Seriously. Sampai mengalir air mata dok gelak2. Hihi.

Saywho - Awal2 actually saya minat sangat Saywho tu. Tapi minggu2 terakhir tu diorang nyer performance macam dah drop. Hmm.

Kalau nak tengok video2 diorang, boleh like facebook page "Best Giler". Link dia kat sini.

My favourite : Maharaja Lawak Mega 2012 - BOBOI part 1!! :D


Monday, January 21, 2013

Sumber: http://blinkblinkbuzz.blogspot.com

Sebenarnya saya dah nak tido dah..... :(
Tapi, terperasan 1 entry dekat dalam blog yang saya follow ni... link kat atas tu... :(

SEDEY..... :(


This was mine... It was then decided by doctor yang baby tu dah stop growing after 5 weeks kot if tak silap. Time tu spatutnya usia dia dah 9 minggu.. I wrote it in this entry before.

Sangat sedey. Sebab bila baca, baru tahu yang pengalaman yang saya lalui waktu "miscarry" dulu tu, bukan lah macam keguguran normal. Tapi lebih tepat disebut sebagai kehamilan kosong... Atau english dia, blighted ovum....

Tapi, hurm, tak boleh give up! Cuba cuba dan terus mencuba... Adik saya kat Gajah Mada, study medic ada bitau, waktu subur is 14 hari sebelum next cycle 1st day period. Which is, salah la fahaman kitorang before ni. Ingatkan seminggu lepas habis period. Huhu.

Well, we shall try again this month. And just wait for the time to tell. 

Entry tu saya re-paste kat bawah ni...


~*~*~*~*~*~*~

Ibu2 or mama kat luar sana penah dengar tak dengan kehamilan kosong atau Blighted Ovum...atau disebut gak sebagai kehamilan anembryonic
hmm... mama pun 1st time dengar dan berminat tuk kongsi sume ni kat blog mama yg cenoet ni.ok...jom kite pakat kongsi ek.

Kehamilan kosong atau Blighted Ovum (kehamilan anembryonic) ini ialah apabila seorang ibu yg hamil dan tak mengalami gejala aneh *senang cite cam preggy biasa la*, tapi
dalam kandungan ibu tersebut takde janin or embrio. Sedangkan bile kite jalankan UTP, kite disahkan hamil dan mengalami gejala2 wanita hamil seperti biasa cam mual, pening2, letih or cik b kite mengeras.

nie sbb telur yg telah disenyawakan, kat dlm rahim mengembang dengan kantung rahim tapi gagal tuk membentuk selepas 6 minggu, so ia akan diserap semula ke dalam rahim. jadi, plasenta terus tumbuh, but tubuh lak biasanya xde rase aper2...so kite lmbt tuk kesan bhw embrio kite dh xde....erkk...faham x?...senang cite.... kantung kite berkembang secara normal, tapi saiz perkembangan janin yg ada prob..cam janin x berkembang. ada yg berpendapat kes blighted ovum ni terjadi sbb sel telur or sperma tak sehat...kire x berkembang secara sempurna.

yang bahayanya, sesetgh orang xkan sedar bhw dia alami blighted ovum, sehingga doc akan kesan tiada degupan jantung embrio dlm kandungan or semasa doc membuat ultrasonografi(USG)...*biasa kite panggil ultrasound jek...dua2 tu sama je ek*...kite akn lihat kantung ibu kosong.

kalau kite dah preggy selama 1 setgh bulan, semasa melakukan pemeriksaan USG, didapati katung kite kosong, maka kite akn disahkan oleh doctor yg kandungan kite blighted ovum...tetapi biasanya doc akn lakukan pemeriksaan 2 kali...cth la kan...masa 1st check USG usia kandungan 5week++, tapi xde nmpk embrio...so doc akn suh kite check lagi skali pada 7-8weeks....kalau xde gak pembesaran embrio..maknanya mmg kene blighted ovum dan kite kene gugurkan kandungan...kalau ada perkembangan embrio...so kite blh la jg smpi cukup 40weeks.


ok..kenapa kene wat USG?
sbb...pemeriksaan ultrasound biasa melalui atas *atas bdn kite tu*, embrio kelihatan bermula minggu ke 7 dgn panjang 0.5cm. kalau nak kepastian yg jitu, kene la wat ujian ultrasound melalui faraj...*erkk..*, yg dpt bantu pada minggu yg lebih awal...maksudnya...sblm 7 minggu tu la. kite kene buat checkup USG yg kedua *selepas yg pertama td* sbb, embrio ni akan membesar hanya 1mm sehari...so kalau dah 10 hari..dah jadi 10mm...so leh la nmpk dlm USG nnt....tuk degupan jantung lak, doc xdpt kesan KECUALI....pemeriksaan USG melalui faraj.


ada yg menyatakan blighted ovum berkaitan dengan kromosom. selain dari kes telur or sperma yg kurang sehat, faktor usia dan tahap hormon yg rendah boleh dikatakan blh menyebbkn kes ni terjadi.


Human chorionic gonadotropin (HCG), dihasilkan selama kite preggy utk membuat plasenta yg dibuat oleh sel2. ia dpt dikesan dgn melakukan ujian darah pada sekitar 11 hari selepas persenyawaan. 12 - 14 hari oleh ujian urine dan akan berlipat ganda setiap 72 jam. ia akn meningkat sehingga 8 - 11 minggu preggy (bulan ketiga) dan akan turun sehingga tahap mati untuk sisa kehamilan. *saat kite nk bersalin*. Penurunan awal mungkin membantu dalam mengesahkan pregancy loss, seperti blighted ovum.

*4-5 week : dapat divisualisasikan dgn melakukan ultrasound faraj
*5-6 week : embrio dpt diukur melalui ultrasound faraj
*8-9 week : dapat periksa degupan jantung bby

*kesimpulannya, blighted ovum boleh terkena kepd sesiapa saja, sekiranya kite disahkan preggy blighted ovum, kite mmg dipaksa menggugurkn kandungan*


Info : SSM office kat The Mall PWTC ni dah pindah tau dari level 2 ke level 16. Jangan salah level lak nanti. :) Lagi satu, kalau nak naik public transport, ada 2 pilihan; samada LRT (turun PWTC) atau KTM (turun Hentian Putra). Paling senang? Naik LRT. :)

Hi~ Yang baca entry ni sure ada niat nak register SSM kan. So, saya try tulis sebaik boleh kay. :)

Nak register ni hanya boleh dibuat pada hari berkerja. Weekend tak bole. Dalam banyak2 hari, kebetulan hari ni cikabey nak kena gi outstation. So, apa lagi, amek cuti, boleh la nak hantar Ibnu ke KLIA and lepas tu pergi The Mall PWTC tu, untuk register company dengan SSM. Hihi..

Proses dia sangat simple! Lebih kurang macam bawah ni:
  1. Fotostate IC sekeping. 
    • Better fotostate kat kedai mana2 dulu before datang sini. Sebab kat SSM ni takda service photocopy. Kena turun gi Level 4 baru ada. Sekeping dia charge 3 posen. Huhu..
  2. Isi borang
    • Borang ni boleh dapat from kaunter @ download je awal2 dari website dia. Isi siap2 tau.
  3. Beratur untuk amek number
    • Akan ada brader tolong check details lengkap ke tak. Selagi tak lengkap selagi tu la dia takmo kasik number.
  4. Tunggu number dipanggil
    • Tak lama pon nak tunggu number kita dipanggil. Depends la berapa ramai orang kat ofis dia haritu kan. Macam tadi, ramai gak, tapi mungkin orang lain datang atas urusan yang lain2 (renew license etc)
    • Bila dia panggil, dia just check nama company kita tu dah pernah wujud atau tak. Dia akan suruh kita state 3 nama, in case nama pilihan pertama kita tu dah ada orang lain guna. Saya tadi confidentttt aje nama tu tak diguna langsung lagi, so just tulis 1 je pilihan nama company saya. Sebaik lepas. Hihi
    • Bayaran?
      • Setahun : RM60
      • Charge 1st time register : RM10
      • Hmm.. Ikut la nak register berapa tahun pon. :)
    • Then bila everything okay, dia cop dan suruh kita sign kat tempat cop tu. Seriously sekejap je process step ni. Tapi lepas tu dia cakap, "dalam masa sejam, number cik akan dipanggil di kaunter 2". Erk?? Sejam? (T_T) Masa tu dah  pukul 11.30pagi lebih, perut dah lapar. Kena tunggu sejam. Tak berani keluar cari food takut masa tu number kena panggil. Huwaa~ (T_T)
  5. Tunggu di kaunter number 2
    • Tak sampai sejam pon. Dalam 40 minit, dahhhh siap. Alhamdulillah. Yeay~~ :))

Tiga kali saya beratur, sebab takda IC photocopy la, lepas tu isi borang tak lengkap la. Kali ke 3 baru dapat number. Bagus betul brader ni.

Tunggu number dipanggil untuk process nama company confirmation dan bayar license fee.

Itu dia~ Moonlight Avinezza. Certain orang tahu apa maksud sebalik nama ni. (Poyo2) Keke :p

Dahhh tu je. Tapi saja2 je nak nyelit gambar2 bawah ni, gambar time saya hantar cikabey ke KLIA. Dia outstation 2 minggu. Tu pon kalau semua okay. Kalau tak okay, maybe kena extend lagi. Sobsss~ 

Naik Emirates. Dapat naik business class. Best sangat la tu kan..  *Nada jelesh* Kui33

Eh sekeping je gambar kitorang? Ada lagi... Nanti saya update balik. Macam la orang nak sangat tengok kan. Pedulikkkk~ Hihi. ;p

Saturday, January 19, 2013

Selalu dah Ibnu bawak saya datang sini. Tapi everytime pon mesti akan terlupa nak snap2 gambar. Kedai ni memang special. Komprom2 diorang ni fanatik habis ar dengan liverpool tu. Kalau musim bola sure penuh kedai ni. 

Yang bestnya, ada charkewteow dengan otak2 yang best! Datang sini itu je la yang saya dok hadap pon. Hihi.. Food dia yang lain2 pon okay jugak. Kalau tak, takkan la Jalan2 Cari Makan tv3 pon boleh datang kedai ni kan.. :)

Rasa macam nak makan sini lagi malam ni. Har har harrr~





Me as usual, char kewteow takmo sayur2. Sedappp~

Ini part cikabey punya. Lapau sangat dah.



Recommended! :)

Follow Us @munirahmohdali