Wednesday, April 9, 2014
Monday, March 31, 2014
Todate (31 March 2014) - Amina (5mth 3wk 1day) dah mula kenal orang; to be exact, kenal ibu dia i.e. ME siapa lagi kan. Sebab sekarang ni kalau sesiapa dokong dia or tengah main dengan dia, but suddenly dia nampak saya or sengar suara saya ja pon, kepala dia akan quickly turn and lepas tu buat muka suruh ibu dia ni ambil dia. That include her father jugak tau. Ibnu pon kadang2 dia reject. Dia nak ibu dia ni jugak. Sorry ayah, ibu memang ada kuasa extra power (read: boobies power). Haha.
Alalaalaa tanje2 ibu, ibu loves you more sayang. Tapi kadang2 tu tak bole la nak dekat ibu all the time je kan.. Kena be fair to your father jugak tau. Ciann ayah nak main dengan amina lama2 tak boleh. Hihi.
And ada satu perangai baru. Gaya menetek kuak bebas. Kuak lentang kuak football kuak ragbi kuak berdiri kuak meniarap semua ada. Nasib baik nenen ibu ni pon flexible boleh pusing2 dari semua arah. Haha. Ibu pasghah aje la melayan style pelik2 awak tu Amina Nawwarah wuii. Asalkan awak nak minum susu. Huuuu..
Ermmm tapi ada satu yang dok merisaukan saya. Amina suka sangat33333 geget nip nip saya tu. Sakit wuiiii. Termenjerit malam2 terkejut dia gigit. Tak tau nak bagi dia stop perangai menggigit2 ni camana lagi. Itu nasib takdok gigi lagi. Kalau dah ada?? Oh myyyyyy mintak simpang 44 x 1000. Huhu.
Apa2pon, ibu sangat happy now that I have you. Seeing amina membesar from day to another, sangatlah mengeterujakan. Haha. Last weekend kitorang spend 1 malam kat grand lexis PD tu. Nak ajak amina main pool kat situ. Will blog that one later insyaAllah. :)
Okay, masa rehatku sudah tamat. Sesi mengepamku sudah habis. Now nak pi simpan susu dalam fridge and basuh pump. Till then. :)
Friday, March 7, 2014
Sebab apa saya cakap camtu? Sebab....
Isnin : An old good friend of mine from UTP+Kerteh datang visit kat rumah
Rabu : An old good friend of Ibnu datang visit kat rumah
Khamis : Had a date over the lunch with an old good friend of mine from SSP
Jumaat : Had a good jejak kasih with two old good friends of mine from UTP over the two hours lunch
Perasan tak, i mentioned "old good friend". Ni memang kawan yang bukan baru setahun dua tahun, tapi jap nk kira... erm... since 1999 ada, since 2004 ada...
Jejak kasih pon ada. Really longggggggggg lost contact with this one girl, sebab ada salah faham sikit, sebab my mistake, i jemput friends guna fesbuk je masa nak kawen aritu. Too busy! I know, alasan sangat unacceptable. I have the cards ready with me (to invite my friends), but I don't get the time to write addresses and post them out. I should have passed this task to my brothers or sisters... Sigh... But really, I got married during my peak year/months in Petronas (at that time). The invitation part was my clumsiest part. Plus i lupa this one really REALLY close friend of mine takdok fesbuk! Kitorang slalu call2 je if rindu2. It was like macam nitemare, eversince our last meet up (unaccidentally bumped into each other) kat KLCC, after kawen. I was happily waving at her, and she did this facial expression and said, "Munie! Kau kawen tak ajak aku!"
Me, speechless. Dunno what to say. SORRY? No words can really heal her at that time. Knowing her, I've been trying to contact her lepas2 tu via sms, call, etc tapi semua no reply. :( Yelah, kitorang has been a good buddy in a group of 5, for five years -- gi lectures, makan, minum, tido, study, lab, homework, meronggeng, movie, karok, semuaaaaaaa sama2. Must be so sad for her to know about my wedding from somebody else. I know. Sorry.. :(
And tadi, on this blessing Friday, we got to meet again, after like ermmmm almost two years? Lama kan? Lost contact at all. Walhal office dekatttt sgt2. :(
Sorry panjang pulak cerita. Sebab I was too happy that now dia dah tak kecik hati anymore. Pls no merajuk2 no more after this okay? I think, she knows me that well, my perangai tak semenggah etc, I did that out of my intention at all. Sangat22222 lessons learnt okay. Getting married is one big thing and pls don't invite your good friends via FB only. Huhuhuks.
Cukup2 cerita jejak kasih.
Apa yang nak dikongsikan is, disebalik itu is, last month has been tough for me. Tiga minggu baby down with flu, fever, cough. Siang okay, malam mencanak2 naik smpai almost nk reach 39deg c. Baru baik, pastu berjangkit2 demam balik. My Amina was losing her weight constantly, sampai sikit lagi nak kembali ke berat dia masa 2 bulan. T____T
So biasa la kan, ragam baby yang tengah tak sihat. I have to cope with her, and coping with my sakit yang masa tu every week kena jumpa doctor (ada appointment). And my next appointment is next week. And throughout the tough days, I kept feeling down and all the bad thoughts came into my mind. Macam2 lah yang benda tak elok tu bergayut2 dalam otak ni. But syukurrrrrrr alhamdulillah, mak abah datang from kedah, stay kat rumah kitorang for 4 days 4 nights, jagakan Amina, jagakan kitorang (sebab hari2 mak masak. Hahahahah). Amina dah sihat, dah tak demam, and berat dia naik sikit! Dalam 60grams macam tu. Cukup buat saya happy. Kalau makin turun, ada yang resign kerja karang. Hui3....
And then the good days were followed by visits from kawan2 lama ni. Borak yang to me, bukan borak kosong. Borak yang somehow makes me feel motivated back, feel happy, feel blessed. Alhamdulillah. Despite the hard times, now come the good times. Alhamdulillah3333.
I now have a new mission, which might seem small mission tapi, buat sikit2 dulu, start from basic, but mesti istiqomah/consistent. Malu nak share kat sini, let me do this dulu and get the mission accomplished. In sya Allah.... Let's get better - be a better mother, a better wife, better daughter, better sister, better friend, better employee and on top of that, better Hamba Allah. In sya Allah.... Pls stay strong Munirah! :)
p/s: Tajuk takdo kena mengena pon... Jiwa kacau baru nak pulih, gini laaaa.. Keke :)
Tuesday, February 25, 2014
Alkisahnya... Satu hari ni, Ibnu cakap, "sayang tolong cari baju saya kat walk-in wardrobe kite pls".
My respond was, "sejak bila kita ada walk-in wardrobe?"
"Tuuuuuuuuu... Kat luar bilik tu...." Tunjuk ibnu menggunakan muncung mulut.
Hukalohhhh. Kekkekeke. Verangan ala2 pon jadik la eh? Haha.
Malam tadi rajin sekejap. Asingkan 1 rail baju2 saya n 1 rail baju2 ibnu.
Pastu bila tgk hasil, hurmmmm.... Ermmmm... Hmmmmmmmmmm
Baju kerja Ibnu lagi banyak dari saya~~~ Unacceptable!! Ada alasan la for me topup baju bajan. Kekeekeeke :p
Wednesday, February 19, 2014
That's the name given.
Amina : Yang dipercayai
Nawwarah : Yang amat bercahaya
:)
She was born on Nineth of October 2013, which makes her 4 months young ++ to-date.
Alhamdullilah, the first word I threw in operation theater after hearing her voice for the first time. She looked different (from now) back then. Soooo cute with mata cepet2 and soooo putih merah2. Macam anak cina. Fresh from the oven, they said. Now? Becoming even more cuter, big bright eyes, love making silly cute faces, and looking more like the parents. I think she got 50% of her father's gene and 50% mother's gene. Kecik2 dah pandai adil. Hihihi. :p
Hmm.. I miss blogging so much but I can no longer write entries in office. Wuwu. So here I'm using apps trying to post my first-after-so-long-silence entry using phone -- semangatttt.
So much to write about my beloved daughter. From the journey of giving birth to her by ceaserian, to that pantang cowboy period, to the whole new experience being new parents.
We'll see how. Hihi :)
Wednesday, September 18, 2013
Semalam check up, minggu ke 36++. Time tu, dari rumah, dah plan nak tanya doc macam2 soalan, especially pasal plan nak czer tu kan. Nak tanya bila kena datang menyerahkan diri kat hospital, boleh tak nak stay sampai 5 hari kat hospital (sebab parents saya from Kedah boleh datang time weekend je - diorang kerja as cikgu and cuti diorang dah habis huhuhussobsss), nak tanya pasal risiko2 czer or apa efek dia long term lah, etc etc etc.
So, bila doc scan, doc cakap, "Eh good news! Your baby is no more in breech position! Tengok, kepala dia dah kat bawah..... So no need for czer...."
Saya macam,
"Erk??" "Owhh??" "Wahhhhhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~"
"And another good news", doc cakap. "We can see your baby's face!"
And lagi skali saya macam,
"Hoh??" "Wahhhhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"
Hahahaha....
Time tu macam terkujat2 moment kot. Happy, of course la kan. Tapi macam tergezuts yang lebih sebab baby finally showing her face, yang selama ni asyik tayang belakang or sipi2 tepi muka nampak tinge dia jee.. Walaupon still dia cuba cover dengan tangan dia, tapi dah bersyukur lah dapat jugak tengok hidung, mata, bibir sikit2.
Doc tanya, "macam muka sapa ni baby ni.....?"
Saya stare screen tu lama gila, sebab tak tahu nak cakap macam muka sapa. Hahahaha. Last2, my comment was, "tak tahu lah ikut muka sapa.... *pause diam kejap stare lagi* tapi..... hidung dia macam hidung ayah dia lah.."
Ahahaha, hidung jugak yang jadik mangsa.
Seriously, tak tahu nak cakap, sebab gambar scan tu pon bukan clear sangat kan. Ibnu cakap, macam muka saya. Hik hik. Lepas keluar bilik doc, baru kitorang tenung gambar tu lama, then rasanya kitorang sepakat cakap, baby muka mix mak ayah dia laaaa.... Tang hidung macam ayah dia.. Tang bentuk raut muka tu macam mak dia - bulat. Keh3333 :p :p Tang bibir, tak nampak sangat. Tapi mungkin macam ayah dia, sebab gaya dia pose masa tengah scan tu, sejibik sejiban gaya ayah dia time tengah bercakap benda serious. Jari2 tangan tutup mulut. Eheheheee... Ibnu happy, sebab dia kata, be;um keluar lagi baby dah ikut gaya dia, nanti lepas keluar sure diorang kamceng jadik geng.
Yoooooo lahhhhhhhhhhh......
Huuuuu~~~ So sekarang, marilah lupa perihal czer! Syukurrrrr selamat dari kena czer.... Boleh la pantang freestyle nanti. Eheheheeee... Harap2 Allah permudahkan jalan masa nak deliver nanti.. Benda paling saya takot pasal czer, sakit kat tempat kena bedah tu. Dah terbayang2 kengiluan bila terbatuk or bila nak gerak2. Ibnu cakap, beranak normal pon sakit jugak, sakit luka kena jahit kat bawah. Ermmm betul gak tu. Tapi apa2 pon since now doc cakap boleh buat normal delivery, terus naik semangat den!
Dah takde dahhhh keluh kesah bila nak naik tangga rumah.
Dah kurang dah bunyik ngok ngek ngok ngek bila dok berjalan2.
Kalau dulu, lepas balik kerja, sure malas nak naik atas. Uruskan diri, mandi, solat semua kat bilik tetamu bawah. Tidur pon kat bawah. Just naik atas pagi besoknya bila nak ke ofis, sebab baju2 kerja still kat atas. Ehehee..
Tapi sekarang (lepas semalam la tapi, ehehehe), even sakit camana pon, redah je jugak. Paksa je diri naik turun tangga banyak kali pon. Sebab takmo dah manjakan diri sangat. Nak kena anggap sakit2 tu semua sikittttttt je, compare dengan rasa sakit time nak beranak nanti. So, haruslah semangat kena kental kannzzzz....
Chaiyok2222!!!
- Bilik baby? Dah kemas!
- Barang baby? Cukup dah kotttttttsssss...
- Barang mommy? Aaaa ermmmm ada lagi sikit2 nak kena beli..
- Beg hospital? Baru kemas 20%! Tu pon campak2 je. Banyakkk lagi tak masuk dalam beg hospital tu..
![]() |
| Sayang fikir apa tuuuuu..... Macam serious bebenauuuu je gayanya..... Ehehehehehe. Love love love! |
![]() |
| Makpak baby, zaman minggu2 awal kawen. Sekarang dua2 dah bulats makin bulats bulats sebulatans bulatansnyaaa... Cepat baby keluar jumpa kitorang! Hehe.. |
Friday, September 13, 2013
Errrmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Hahahh.. Seriously blurrrrrrrr gilos! Besok dah genap 9 bulan! Helppppp meeeeeeeeee~~~! (Mengada2 ah tu kan!) Ekekekee...
Chop, kenapa kan, dari dulu kan, kita selaluuuu ingat orang pregnant 9 bulan 10 hari je eh? Awat mai tang hospital, jumpa doktor, depa kira 40 minggu eh? Nanti nak tanya kat Ela lah, adikku di Indonesia tu. Rasa macam tak percaya dia dok cerita, pengalaman dia sambut baby lahir, siap boleh jadik tukang jahit balik kat luka lepas patient deliver tu..... Kalau eden, eden tak bagi doktor muda2 jahitkan edennnn... Tak dapat kepercayaan lagi wooo. Tapi maybe kat sana tu, style dia memang ramai orang, ramai patient, doktor kurang kot eh.... Huhuhu.
Belum lagi part dia cerita kes dia oncall tengah malam, and patient kawan dia punya baby meninggal dalam perut akibat terbelit tali pusat sendiri - after cubaan nak buat normal delivery (tak jalan), then buat 2x vacuum (tak jalan jugak), last skali czer (baru tahu tali pusat dah terbelit). Kesian Ela, sampai fobia2 dia. Dia rasa serba salah kot, sebab kejadian jadik depan mata dia, walaupon bukan patient dia, sebab dia tengah handle patient lagi satu... Hmmm, macam2 cabaran nak jadik doktot ni. Takut pulak dengar cerita Ela kat labor room. Sampaikan, everytime baby dalam perut ni gerak2, mesti saya pesan kat dia, "Baby sayang, baby goodgirl kan....jangan main tali pusat tauuuu...golek2 tendang2 takpe, tapi jangan usik2 tali pusat tu tauuuu...." Huhuhuu... And selalu doa, mintak simpang dari benda2 yang tak diingini. Bukan lama pon lagi, beberapa hari je lagi, then boleh dah jumpa si tecik dalam perut ni, insyaAllah....
Perkembangan diri
Diri ini memang semakin berkembang dengan jayanya! Dah naik 16kg masa baru 8 bulan aritu. Tepuk tangan tepuk tangan! Beribu ribu taniyaaaaaaaaa~~~ Hoyeayhhhh!~
Hish apa meroyan ni.
Okay2 serious2. Sekarang ni, dah memang rasa tak larat sangat2. Even kalau duduk pon, perut tu dah macam bagi pressure kat paha sendiri. Sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki, sakit celah2 paha tu, memang takyah cakap arrrr... Baring tak boleh, duduk tak boleh. Kadang2 saya berdiri je kat rumah. Bila dah lenguh, duduk buat gaya merangkak tu. Dah puas camtu, baru cuba duduk betul2 balik. Tapi memang serba tak kena lah jadiknya. Sekarang tidur pon bukan atas katil dah, saya tidur kat atas sofa kat ruang tamu. Ibnu tidur atas toto. Sebab katil semahal2 tilam tu pon rasa macam hazabbbb je. Tidur kat sofa pon bukan baring, tapi duduk. Huhuhu.
Eh rasanya dah pernah cerita la kes tidur duduk ni. Nak ulang lagi buat apa... Buang karan jaa.. Well, ibu menandon memang ada penyakit lupa2 sikit. Hampun nooo. Hihi.
Owh, and, satu lagi penyakit yang baru menyerang, tidur siang tak hengat dunia. Kat ofis tuuuu.... Selamba2 tidur. Pagi tidur, tengahari tidur, petang tidur. Buat kerja ada la dalam setengah jam, lepas tu berjam2 bantai tidur. Masalahnya, TERtidur! Bukan sengaja2 nak tidur. Tertidur atas kerusi. Tapi memang tertidur. Bila terjaga tu, puas bulatkan mata, tapi ntah camana tah, boleh tertidur balik. Hohoho.
One thing yang saya sangat appreciate, saya sedar kini yang saya ada husband yang sangatttttttttttttt lah baik. Rasa macam Ibnu is someone yang sangat memahami, sangat caring, sangat rajin, sangat supportive! Haaaa amekkau puji laki sendiri. Kikiki.. Serious. Saya dah boleh kira berapa kali je saya memasak, berapa kali je saya basuh pinggan, since masa bulan puasa aritu. Sekarang ni, malam2 Ibnu yang akan buatkan air. Dia yang akan basuh pinggan. Tak banyak soal pon. In return, saya memang jadik tukang iron baju dia. Walaupon sakit pinggang ke apa ke, bab2 baju (lipat baju, iron baju), saya still in-charge. Lagipon saya rasa saya iron baju lagi kemas kotttt. Puas hati tengok baju kemeja kerja dia tu tajammmm je kesan iron kat lengan and bahu. Sehelai baju dia saya gosok nak dekat 20 minit kotttt... Gosok penuh kasih sayang gituewww. Hihihi.
Eh panjangnya entry!
Moh layan gambar pulaks.
![]() |
| Kefeningan yang melanda time nak beli shower foam baby.... Banyak sangat jenisnya. Susah betoi nak decide. Hoho. |
![]() |
| Basuhan first trip. Baju color2. Baju putih nak basuh tapi asyik bertangguh sampai ke sudah. Weekend ni la kot setelkan.. |
![]() |
| Tukang basuh dan sidai : Ibnu. Tukang amek gambar : Muni. Kui3333 |
![]() |
| Tukang pair2kan mitten and booties : Muni. Tukang masuk dalam box ni : Ibnu. |
![]() |
| Semangatttt~~~~ Semangat new parents to be! |
![]() |
| Selerepsss... Ini di-wassap from kawanku~~ Bikin guwe terliur~~~ Mana nak cari durian sedap eh.. Yang isi warna kuning gebus camni. Uuuuuu~~~ |
This weekend, nak setelkan beg hospital. Walaupon doktor dah cakap saya kena czer, tapi saja je nak get ready beg spital tu. Kalau ada apa2 takyah kelam kabut sangat dah... Kan...
Owh ermmmm, rasa macam nak ajak Ibnu gi jalan2 mana2 la.... Tapi tu lah, saya dah tak larat nak jalan masalahnya. So saya dok terfikir nak spend time kat hotel, layan food hotel, layan movie kat hotel, layan spa kat hotel. Ahahahah~~~~ Berangan je la tapi. Ongkosnya enggak ada. Dah diam. (T____T)









