Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Heksaited kayyy bila contractor yang buat table top tu on time. Happy sangat3. Now table top dah siap. Alhamdulillah.... Tinggal nak properly pasang hood dapur tu plus dengan kitchen cabinet yang akan dipasang oleh Kian Classic nanti...

Kitorang mampu aktif untuk handle pasal rumah ni time2 weekend je la. So Sabtu Ahad minggu ke dua bulan April memang kitorang berkampung ar kat rumah tu dari pagi sampai petang. Sabtu pagi tu awal2 pukul 9 pagi orang table top datang buat finishing siapkan apa yang patut. Dalam tengahari orang wiring pulak datang.

Orang2 wiring tu memang komited habis. Takde maknanye nak berborak2 ke apa. Buat kerja macam lipas kudung. Lajuuuuu zasss pasang kipas lampu semua. Tengok gaya pon nampak la macam cekap. Puas hati jugak tengok cara diorang kerja.

Time orang tu tengah dok pasang2 lampu tu, saya dan Ibnu dok la macam kira lampu2 yang kitorang dah beli. Kira, then mark kat kotak, ni lampu bilik mana. Ni lampu kat ruang tamu etc. Sekali, kitorang tersalah bajet. Kurang lagi 2 lampu. Untuk dapur dengan bilik utility kat tingkat atas. Saya la ni salah kira time pergi beli lampu. Huhu. Terus start enjin cari kedai lampu kat area2 Kemuning tu. Sebaik ada kedai lampu. Harga kat situ pon boleh tahan - tak mahal sangat, tak murah sangat. Tapi tak banyak choice la.. Huhu..

Akhirnya dalam pukul 6 lebih kot, siap settle pasang semua lampu kipas untuk dalam rumah. Untuk luar rumah, orang wiring tu kena datang next time, sebab kat luar rumah tu ada kena buat extra wiring sikit. Original plug and wiring yang developer bagi tu macam sikit. Kitorang nak mintak tambah2. So diorang dah tak cukup masa, next time baru boleh buat wiring baru tu...

Alhamdulillah..... Legaaaa sangat rasa. Weekend ni orang langsir dengan orang kitchen cabinet pulak datang rumah. Baru nak buat ukuran semua. Harap2 diorang tak cancel lagi... Sepatutnya diorang datang semalam, tapi atas sebab2 tertentu, 2 2 tak boleh commit semalam. Hopefully weekend ni plan berjalan lancar macam yang kitorang rancang, ameen! :)



Silang tangan Ibnu tengok orang tabletop nak tebuk lubang ekzos hood kat dinding


Tengah dok berangan rupa kitchen cabinet ni nanti. Still belum decide betul2 warna yang kitorang nak untuk rak2 dapur ni nanti... Huuu~


Sinki pilihan Ibnu. Tak tahu kenapa dia suka betul dengan brand Hafele.


Kerja2 plumbing ni asalnya orang tabletop taknak buatkan. Dia kata dia tak pandai. Kena cari plumber. Tapi bila mintak dia tolong kontek member2 plumber dia, katanya diorang charge mahal, dia sendiri tak kasik kitorang amek dengan member dia. Last2 Ibnu kata, u tolong pasang lah. Kitorang bayar kat u. Ni la hasilnya... Harap2 tak menimbulkan masalah di masa depan. Huhuhu..


Ini saya yang pilih~~~ Mahal jugak bayar upah untuk orang tabletop tu tanggalkan tile yang dah sedia ada kat situ, dan tempek dengan mosaic yang saya pilih ni. Tapi, nak sangat dapur camni punya pasal, bayo aje la...


Tempat memasak nanti~ Tak sabornyeeeee... Harap2 nanti saya rajin dan bersemangat nak masak. Hehe..


Untuk orang2 wiring. Kitorang husband and wife kena bawak kereta asing2 nak angkut kipas lampu ni semua. 1 kereta je tak muat.. Huhu..


Around pukul 1 petang camtu diorang start buat kerja. Tu tengah pasang lampu kat area dining.


Nyelit la seketul gambar lampu kat sini ek. Ni la lampu tadi kat dining tu. Bila bukak lampu, cantikkkkkk sangat. Serious. Haha. #puji diri sendiri#


p/s: Kitorang dah basuh rumah first round lepas siap pasang lampu kipas tu. Semangat kobar2 over terlebih. Siap tido semalam lagi kat situ. Lepas subuh ahad sambung cuci rumah. Walaupon saya buat kerja sikit2 je, tapi keadaan sekarang ni memang tak mengizinkan saya kerah tenaga sangat. Malam tu gi klinik. Blood pressure saya drop jadik 80-50. Sakit muscle strain belakang badannya lagi. MC terus hari Isnin. Hahahuhuhihihehe.

Monday, April 8, 2013

Huihhh... Semangat berkobar2 ni.... Dalam pening2 kepala pon gagahkan diri Sabtu Ahad 2 2 hari pergi menapak ke PWTC. Sebab first time kan pergi expo/exhibition rumah dengan husband. Macam heksaited la rasa gitueww. Hihi. Ingatkan saya la yang akan juling mata over heksaited. Tapi rupa2nya cik Ibnu ku sayang ituuuewww laaaaagi over. Semua tilam yang ada kat situ dia baring. Test2. Hahah... (^___^)

Expo ni buat kat PWTC - dewan semua okay. Tapi stended la kan masalah parking. Hari Sabtu kitorang pergi tu, 3x gak la tawaf PWTC cari parking. Last2 park je kat stesen bas Hentian Putra punya parking. Lepas tu melintas ke PWTC. Second day hari Ahad tu, kitorang bijak sket. Parking je tepi2 jalan. Free pon free. Ngeh3.... :p

Basically diorang ada 3 hall. Hall 1 untuk macam barang2 elektrik, bathroom utensil, etc. Hall 2 lebih kepada kitchen cabinet, langsir, pintu2, grill2, etc. Hall 3 ni macam sofa, tilam, katil, meja makan... Kat situ ada gak kemudahan awam - toilet, surau dengan ada jugak la gerai2 makanan... Agak convenient jugak lah.. :)

So hari Sabtu, aim nak cari kepala pili untuk sink tu. Nak cari yang 2 kepala terus. Sebab sink 2 lubang. Yang original developer bagi tu satu je kepala dia. And tak cuns. Keh2. So beli la brand apatah, dapat 30% off. Okay la kan...

Then beli yang alatan tebuk dinding tu. Menda alah drill2 tu. Kononnya nanti senang la kalau nak tebuk2 lubang gantung apa2 kat rumah. Beli brand standard tu je - Bosch. 1 set tu dia bagi complete la working tool dia.

Haaaa, lepas tu TERRRRRkomfem dengan Kian Classic untuk buat kitchen cabinet rumah nanti. (Walaupon dah niat nak buat KC ni dalam tahun depan jeee... Huhuhu. Godaan kuat kayyy kat situ.) Dalam banyak2 company yang buat service KC, saya pilih Kian Classic. Sebab rasanya Wardina pon pakai diorang kan untuk buat KC rumah baru dia? Harharharrrrr.... Takdelahhh... Alasannya, sebab before tu pergi Signature Cabinet. Tapi layanan diorang tak besttt. (T___T) Sobss. Maybe customer dia dah cukup ramai kot. So bila pergi Kian Classic ni terasa la perbedaan layanan di situ. PLUS, package expo yang diorang offer pon cukup menarik. RM7999 KC dapat free 8ft wardrobe dan 6ft wardrobe. Tapi since kitorang dah buat table top sendiri yang panjang sket dari package tu, so kena la tambah2222 lagi sikit. Last2 in the end costnya bertambah la dalam beberapa riban lebih sket... Tapi still rasa worth. Sebab dapat 2 wardrobe free kan. Plus buat 5ft tall unit. Dulu pernah survey kat 1 kedai ni. Untuk buat exactly same design macam tu, costnya sama je macam total cost ni. Tapi ni dengan Kian Classic offer package ni, saya dapat free 2 wardrobe lagi. So itu yang rasa macam ermmm worth kot kan... Bayar downpayment RM1k je, bila dah confirm design ukuran baru bayar lagi kot secara berperingkat...

Next day, Ahad. Aim memangggg nak tempah langsir. So pagi2 ahad tu terus zasss pergi rumah amek ukuran tingkap, sliding door semua. Lepas tu singgah Puchong jap gi House of Lightings, amek lampu 3 bijik yang kitorang tinggalkan sebab mintak diorang tolong assemblekan siap2. Lepas tu baru shoot ke PWTC.

Buat langsir ni dengan Baagus. Harap2 hasilnya nanti pon bagus macam nama company tu - Baagus. Haha. Mostly beli yang ready made, sebab bila sales assistant tu tengok ukuran kitorang, dia kata boleh beli yang ready made. Ready made ada 50% less. Kalau custom made, cuma 35% less je. Tapi ada 2, 3 tingkap diorang nak kena custom made jugak. Sebab lain size. And yang bestnya lagi, lepas siap kira semua harga, ada lucky draw. Boleh dapat 10% atau 15% atau 20% less. Ibnu yang cabut lucky draw tu (sebab saya tak pernah menang lucky draw seumur hidup - sadissss. Huhu). Alhamdulillah dapat lagi 15% less.... Yeayy~~ And disebabkan total purchase kitorang lebih tiga ribu, dapat la invitation untuk ke grand lucky draw diorang... Bulan September nanti... Grand prize RM20k kot kalau tak silap. Kalau dapat.......fuhh.... Bestnyaaa... Huhuhihihoho.


Masa tengah kira harga, lepas confirm jenis kain...

Ada antara langsir ni yang jadik langsir living hall kitorang nanti...

Yang ni plak ada yang jadik langsir bilik2....

Habis je settle langsir, terus ajak Ibnu balik. Takyah la nak tengok2 tilam katil ke sofa ke meja makan ke apa ke dah... Pitihnya udah enggak adaaa... And saya pon dah pening tahap gabanzzz.. Maybe sebab ramai sangat kot orang last day exhibition tu. Sampai rumah terus tido. Bangun tengah2 malam telan panadol 2 bijik. -terpaksa- Huhu.

All in all, saya sangattttttttt lah tak sabar nak tengok camanaaa lah nanti hasil semua benda ni. Setakat ni macam dah boleh bayang dah sikit2. Tapi tak tahu la akan buat rumah nampak serabuts atau okay2 je atau cuns macam yang kitorang impikan... Hik hik hikk... :)))

Layans la few gambar yang saya snap. Ini ajo yang ado. Itu pon yang booth kat luar2 hall. Bila masuk hall langsung la takda time nak amek gamba. Time precious sangat melayan benda cantik depan mata. Ngehehe...


Ni bahagian kanak2. Diorang punya katil, study table, kiut2 la..

Owhhh sangat best kalau akuarium ni ada dalam rumah. Wuu~~~


Lampu2 ni kitorang tak usya sangat. Sebab dah setel. Tapi Ibnu cakap, harga kat House of Lightings tu memang komfem murah. Just mungkin design kat sini lagi latest la kot....


Cik abey Ibnu tengah nak menapak ke laman berangan beliau... Hihi...


Mampu tengok aje....
 
Pon mampu tengok aje... Huhuhuks..
 Okay. Tu je... Next expo bulan 5 ada lagi... Homedec. Kat KLCC. Time tu bole cuci2 mata lagi.... :)

Wednesday, January 9, 2013

Kitorang pilih sink ni. Mula2 nak sink 2 lubang yang jenis sebelah besar & dalam, sebelah lagi kecik sikit tu. Brand Rubine. Harga RM299. Harga promo masa kat Houz Depot Damansara.

Then bila try angkat, rasa macam kasar2 je finishing lipatan sink tu (yang belah dalam tu). Usya kiri kanan, nampak sink 2 lubang tapi sama size, brand Hafele. Bila pegang, rasa kemas ja finishing lipatan dia tu. Rasanya benda finishing lipatan tu tak penting pon kan. Nanti dah diletak elok2 kat table top tu, tersorok je finishing lipatan tu. Tapi entah la, bila fikir "kalau finishing pon dia buat kemas, sure sink ni best". Haha. Ley tak gitu. Hihi.

So, angkut je la. Even harga dia RM399. Lebih seratus dari Rubine. Tapi tu harga promo dah tu. Original harga dia RM500++. Tak ingat dah berapa. Lagipon, Ibnu minat sungguh brand Hafele ni. Dia kata memang brand high end. Yo lerrr~ Hihi.

Settle! Settle barang2 yang diperlukan for kitchen cabinet kami, sink, hood dan hob... :) Microwave dah ada, hadiah kawen orang bagi. Oven je takdo. Tengah fikir2 lagi nak beli kasik complete atau tak. Takut nanti oven tu hanya guna sekali setahun masa nak raya. Atau mungkin tak sentuh2 langsung pon nanti. Kui3. Fikir.... fikir....

Monday, January 7, 2013

Houz Depot Damansara sale - Pergiii takkan taknak pergi kannn.

Tu lah. Takkan taknak pergi kan. Sekarang ni, asal weekend atau cuti je kitorang ada la plan nak gi cari sale mana2 untuk rumah. Sale perabot ke, barang2 elektrik ka apa kaaa, kalau tak jauh, mesti nak pergi usya. Kadang2 usya, kadang2 terbeli. Kadang2 rasa bangga bila dapat keluar kedai tanpa beli apa2. Sebab maknanya kitorang boleh tahan nepsu beli2 barang kitorang. Hahaha.

Houz Depot Damansara. Ibnu kata dia tahu jalan ke sini, so yes! Settle bab taktahu jalan. Hihi.

Sale ni sampai bila tah, tak ingat. Kitorang tahu pon sebab terbaca dalam newspaper sehari sebelum kejadian. Errrmm... Kesimpulannya, sale ni biasa la macam sale2 lain jugak. This time, pergi dengan misi nak usya hood + hob untuk kitchen. Kalau ada untung sabut, bole usya oven sekali.

Hood + hob sini memang laaaaagi banyak choice dari Harvey Norman aritu. Saya pon dah ada buat list, brand2 hood + hob yang ada kat Malaysia ni. Bila baca dari blog2 orang, list yang saya dapat buat is:
  • Rubine
  • Faber
  • Fagor
  • Fotile
  • Electrolux
  • Morgan
Price range pulak dalam RM1.5k ~ RM2.5k. Rasanya tak banyak beza sangat antara 1, 1 brand. Tapi based on pembacaan dan pengalaman (Pohyoh ni semua nih - gaya awie), apa yang nak diconsider bila beli dapur ni adalah macam:
  • Suction power hood untuk tarik asap2 tu nanti (Normal 1200kW. Ada gak 1400kW. Tapi mahei sikit)
  • Kesenangan/kesusahan nak cuci hood tu nanti bila dah berminyak2
  • Nak ada hob 2 lubang dapur masak atau 3 lubang?
  • Mungkin kena consider jugak kepanjangan hood + hob tu nanti (untuk dapur kecik pendek macam saya sobss)
  • Accesories dapat free tak? (i.e. hose untuk hood tu nanti, etc)
Nak tahu tak apa yang menentukan pilihan hood + hob kitorang? (Chop, sakit mata kan dok baca saya tulis eja hood + hob? Mengada. Cakap je la dapur. Kan2? Hihi. Tak kira~~~ :p) Mula2 nak hood yang kepala dia tu jenis kaca melengkung tu. Nampak cantiks je. Tapi ini tidak penting. Sebab ni hanya sekadar rupa. Huhu. So next kitorang pilih berdasarkan ketebalan besi yang nak jadik tempat letak buntuts periuk kuali itu. Tak tahu la nama dia apa. Tapi besi tu la. Bila tengok yang nipis, rasa tak confident. Risau dia boleh patah tiba2 bila nak masak guna periuk besar bapak.

Tak banyak dapur yang guna besi tempat buntuts periuk yang tebal. So memudahkan lagi kerja kitorang. Tinggal few choices je. Last2, kitorang pilih, Fotile! 3 dapur dan dapat free sebekas set pisau lagi. Itu sebenarnya yang saya nak sangat2 tu. Hihi. Oven goodbye dulu. Nak guna oven pon tak reti. Verangan jer lebey nak guna oven tu nanti. Ngeh333.

Kelebihan hood fotile ni:
  • Ada technology "air curtain". So kalau ikut kata saleslady tu, memang bau takda, kesan2 minyak kat lantai pon takda. Kita buktikan nanti noo.
  • Kurang bunyi bising. Memang bunyi dia senyap sikit compare dengan hood2 lain. Kat rumah tu, kalau mak tengah masak, dia on-kan hood dia, memang kitorang yang selang 10 langkah pon dia tak dengar. Hui3. So hopefully membantu la bila kitorang dah pilih yang less noise ni.
Kelebihan hob fotile:
  • Dia ada penutup untuk ignitor api tu. So, kurang la kebarangkalian untuk lubang ignitor tu tersumbat kan.
  • Ada lagi dia explain tapi saya dah tak ambil pusing, sebab dok fikir pasal set pisau free. Kui3.
Harga promotion set is RM3390. Tapi, kitorang dapat beli pada harga RM2599. Jimatz beratus2. Maka dengan ini saya mestilah masak hari2 di rumah. Baru betul berbaloi2. Hihi.

Besok kot dapur tu sampai, yeayyy~ Makin padat lerrrr rumah kakak iparku ituw dengan barang2 kitorang yang semangat ni. Harap2 mereka bersabar dengan pe'el2 kami ini. Hehehehehsss. (^___^)



Friday, January 4, 2013

Atau, nama gelemer dia, Kitchen Cabinet. Atau, nama shortform dia, KC. Dalam banyak2 benda yang meng-heksaited-kan saya nak masuk rumah baru ni, is KC ni la. Nak buat dapur yang betul2222 saya suka. Walaupon masuk untuk masak hanya time weekend. Mungkin weekdays dikala penyakit malas makan luar datang. Waima masuk pon sebab nak masak megi. Keh3. Takde laa, mesti la nak dapur idaman kelebu sebab nak naikkan semangat memasak. Rasanya, mesti banyak gak masa nak spend kat dapur. Situ la masak, situ la basuh pinggan. Mungkin situ jugak dicampak washing machine nanti. Hui3.

Sampai tak tidur malam bila dah start study kat internet. Study laaa sangat kan. Hehe. Dari lalok2 ngantuk nak tidur, terus segar bugar bulat bijik mata bila tengok gambar2 dan baca blog2 yang orang tulis, pasal kitchen cabinet impian diorang. Sampai saya pon dah berangan2 sekali. Hik2.

Sebelum nak cerita realiti, jom kita cerita fantasi dulu. Verangan2 skodeng dapur2 kabinet2 rumah orang lain. Yang komprom2 eden tak mampu nak ado. Koje 10 tahun dulu lerrr nak dapat dapur cenggini. Tu pon, dapur sampai ke ruang tamu la yer? Realitinya, kawasan dapur rumah tu nanti kan kecikkss jerr.. Hmm. Sokay2, verangan dulu. Hiksss~

COUNTRY STYLE ~















CONTEMPORARY STYLE ~



Modern luxury blue glossy kitchen cabinets design ideas

Modern contemporary light blue kitchen cabinets design ideas

Modern-kitchen-design-white-furniture400

Modern-kitchen-design-white-furniture8

Modern-kitchen-interior-design



Kitchen, Smart Idea for Kitchen Contemporary Design: Modern Cabinet Design


Wohhh wohhh~ Sudah sudah. Pecah pulaks urat saraf newtron semua japgi. Hui3... Urut dada, istighfar~~~ Komprommmm semua ni bukan mampu milik. Uhuks~ Cuci2 mata syok la kan..

Nanti kita usya dan survey yang ikut kemampuan pulaks yerrr.. Yang penting, buat once for all! Takyah nak dua tiga kali renovate dapur ni nanti.. Oretz lerh. Undur diri untuk tenangkan jantung japs. Daa~ :)

Follow Us @munirahmohdali