Showing posts with label expo/exhibition. Show all posts
Showing posts with label expo/exhibition. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Last week, kitorang husband and wife meredah pergi Mother, Baby and Kids Expo ni kat Stadium Malawati Shah Alam. Eh, ulang tajuk entry plak. Hehehe.. First time pergi baby expo, before ni penah la pergi jejak ke mothercare and toys r us clearance sale tu.. Tapi, tak la plak shopping barang2 baby ke apa kat situ sangat. Kisah pasal toys r us sale tu pon saya dah pernah stori mori dah before ni kan..

So, this time pergi memang dah niat nak rembat barang2 baby, especially yang basic2 tu. Saya dah buat dah list barang2 keperluan baby bagai. Google je pon. Terkejut kay awal2 dulu bila tengok list tu panjang berjela jela. Dah blurr mana yang wajib ada n mana yang nice-to-have.

Nasib baik ada kakak ipar, kakfira, tolong kasik mudahkan kerja. Dia ada bitau la apa barang2 basic baby. So itu la yang kitorang aim masa gi expo ni... Hihihi.. TQ kakfiraaaa~~~~ Hehehe.. Kakfira ni pon pregnen sama macam saya, kitorang due date selang seminggu ke 2 minggu camtu je nanti. Tapi sebab saya ni baru nak dapat baby yang first, memang knowledge and experience tu zeroooo la kan. Kuikuikui...



Print screen email from kakfira. Refer kat sini je masa jalan2 dalam expo tu. Still ada yang tak beli - bathtub, pampers, towel mandi.


Few barang yang kitorang dah angkut kat expo ni, sat2gi saya paste gambar dia yer.. Bukan nak menunjuk, tapi just nak share - sebab bila saya google2 info pasal benda2 camni, memang saya akan expect orang untuk letak gambar sekali. Senang den nak imagine. Ngehehe..

Kat expo tu, basically semuaaaaa barang2 yang related to babies ada. Department pakaian baby and mommy ada, department diapering ada, department babycare & grooming ada, department bathing ada, nursering ada, travel ada, feeding ada, department for ibu2 berpantang pon ada. Hahaha. Kalau korang dah biasa google nak cari barang2 list keperluan baby, sure korang tahu apa barang2 related under department2 ni. Kannnn...

Tapi, tak semua jenis brand ada jual kat sini... Macam pampers contohnya, time expo ni, yang saya nampak just brand diapers je.. Kalau nak cari pet2 atau mamipoko, memang den tak nampok plaks. Maybe time midvalley punya expo yang start harini sampai ahad ni, ada... Tu pon kitorang nak terjah gak tu. Still ada few minor2 things yang nak kena cari... :)

Okays, joms layans picturessss... :)

Gambar group beramai2

Rasa nak kena cari lagi baju lobang2 camni. Baru jumpa 3.... Tu pon size 3-6 bulan and 6-12 bulan. Tak beli newborn punya pon. Jadik minah hiphop la nanti anak mommy ni yerrr... Pakai baju stock lengan tangan and kaki labuh2. Hehehe



Rompers.. Total 7. Size ntah, macam2. Hopefully muat la. Memang murah2 rompers tu. Selai RM5 ke RM3 tah. Den pon lupa dah.


Bip. Ni Ibnu yang pilih. Saya okaykan sajorkkk... 3 helai cukup dah kot.. Kan baby kan? :D
 
Ni lapik mandi, lapik tukar lampin, cream montot baby and tu penyembur tu untuk disembur2kan bila time kemas or bersihkan barang2 and kawasan baby tu nanti...
 
Topi 3 lai. RM3 sehelai. Cukup kot. Tu kain lap kecik untuk baby, cukup dah kot sebekas camtu. Kain wrap baby, 35 ringgit kot if tak silap untuk 4 helai tu. Tapi rasa macam nak try cari yang instant wrap tu selai dua... Takot tak pandai guna yang jenis manual wrap ni. Hihi. Owh and yang warna warni bertali putih tu, kain barut baby. Macam best sebab tengok dia colorful. Heksaited terus angkut 10 lai. Tapi pagi besok bangun tidurnya, rasa macam nak cari yang plain putih tu je. Dok fikir, kulit baby kan sensitip. Dengan tali pusat dia tu nanti.. Takot kain tu jenis kasar, tak sesuai for baby.... Nak kena derma la kain2 barut tu nanti. Klu tak membaziorrrr je. Hehehe..
 
Dah kata mitten booties kena banyak, memang banyak la kitorang beli. Tapi nak cari lagi kot, yang jenis basahan tu. macam dalam first row dalam gambar di atas. Hehehe. Yang dah berpair2 stokin cantik tu, tengok macam kecikkkkk semacam je. Macam anak patung punya je... Muat ke idak la kaki anak ibu ni nanti.
 
Ni harta2 under feeding department. Liner JJ tu RM9 sekotak. Yang storage bottle JJ tu plak dalam berapa belas ringgit tah. Tak ingat dah. Tapi memang murah sikit la dari harga2 kat online tu..


Ini RM55 sajork. Semangat nak nyusukan baby ni. Hahaha

Wipes sampai berbungkus2 beli. Dah saya nak yang jenis pack kecik2, Ibnu nak jenis dalam balang tu. Dua2 ada reason sendiri. Saya nak kurangkan berat je bila travel. Senang pakai jenis pack kecik2 tu. Last2 angkut dua2. Baguih takkkk laki bini niii.. Haha (T___T)


Okay... itu sahaja. All in all, puas hati dah beli most of barang2 baby. Tak larat sangat nak keluar masuk expo mencari. So sekali pergi biar angkut je mana2 yang memang perlu. Besok lusa ni boleh focus cari sikit2 lagi barang yang takdok.

Chaiyok2 mommy and daddy!! Tak saboooo nak jumpa baby.... Selasa lepas jumpa gynea lagi, monthly check up. Baby dan2 palingkan muka nyorok disebalik uri bila doc nak scan tengok muka dia.. Mak kata, Allah belum bagi izin lagi for kitorang nak tengok muka baby betol2. Allah bagi izin tengok gender baby dulu. Hehehe.. :)

Thursday, July 4, 2013



Sale ni at first dapat tahu pasal sale ni sebab dapat sms from toys r us.. Agaknye sebab saya ni memang member dia.. Then petang tu pulak kakak ipar wassap poster dia, and ada kawan Ibnu yang kerja kat Great Eastern Mall tu pon dok cucuk2 promote2 sebab dia dah angkut seketul car seat yang cunssss~~ and yang lagi penting, MURAH!

Gambar wassap from Syue, kawan Ibnu ~ kasik bakar


Ni la Syue beli, memang terbakar ar kan? Hihi...

Dats why dalam berkira2 nak pergi ke tak, pergi ke tak, last2 menapak ajela kitorang dua dua orang ke GEM tu, lepas balik kerja semalam.. Tak jauh pon from office, tapi jalan dia time tu memang tengah peak sebab orang baru balik kerja kan..

Pergi situ pon sebab dah niat nak usya2 stroller and playpen. Dengar2 sale sampai 50% so if dapat yang okay, why not grab je terus kan... Bila sampai situ, stroller yang ada tak banyak jenis sangat. I mean, tak banyak brand sangat. Mostly diorg nak clearkan stroller jenis Esprit. Ada la sikit2 Ferrari and brand apa tah lagi, yang saya tak tahu sangat. Memang 50%! Julings la tengok harga after less dalam 300++, 400++ cmtu. Nak tunggu Quinny Zapp, Maclaren bagai, beribans.. So, ukur pitis di badan sendiri aje laa.. Hihihi.. 

Kitorang angkut ini!

Hauck Shopper Stroller With Car Seat
- 50% so after less jadik lebih kurang RM400
- Best sebab ringan je walaupon rupa dia nampak gabaks
- Senang nak bukak n tutup stroller ni.. Tak renyah
- Dapat infant car seat, so macam baby bole lah duduk dalam car seat ni awal2. Bila dah besar baru baby boleh duduk dalam stroller tu terus





Babies R Us Beary Fine Play Yard
- 50% so after less jadik lebih kurang RM450
- Best sebab dia ada changing table, and music2, toys2 bagai. So harap2 baby pon happy dok dalam playpen ni. Hehehe....








Plus lagi satu is bag baby... Pon 50% less.

All in all, rasa puas sebab tak sampai seribu, kitorang dah bole beli stroller and playpen tu... Kalau tak, nak ikutkan budget yang kitorang estimate, 2 ketul ni je dah lebih 2riban da.. Berjaya jimat seribu lebih di situ... Hehehe..

Weekend ni nak jalan2 tengok barang2 baby yang basic2 tu. Kat Puchong kot insyaAllah.. Sebab satu hape benda penting pon tak beli lagi. Saya dah 26 minggu sekarang, so rasanya boleh la kan if nak lengkapkan barang2 yang takde tu. Especially yang basic2 macam bedung barut mittens etc tu semua... Nanti dah bulan puasa and lepas tu raya and kalau nak tunggu lepas raya time tu saya dah komfem makin semput nak berjalan. Hihihi...

Tengah bulan 7 nanti ada baby expo kat midvalley kan? Nak kena serbu gak tu.. Mana tau dapat rembat apa2 lagi yang diperlukan...

Nervous pulak bila fikir bulan 10 tu dah makin dekat. Dalam 13 or 14 minggu je lagi. Homaiiii.... Sila kuatkan semangat Munirah! Fuhh...


24 minggu masa ni. Kat baby Sophea Adelea 1 year birthday party..

With baby Safiyya... Sihat kan mak buyung~~ Hihihi..

Semalam~ Week 26. The only baju normal yang still boleh fit. Baju2 lain semua dah tak muat. Itu yang macam tergantung je baju tu. Haha. Tapi seluar tinggi kay.... Skodeng bawah perut tak nampak kay~~ Hihi.. :p

Friday, May 3, 2013


Rabu  kan cuti sempena Hari Pekerja kan.. Kitorang pon merajinkan lah diri pergi ke IKEA. Homaiiiii, jem teruks gilos. Sampai main redah jalan asal boleh nak elak jem, last2 memang tempuh jem jugak bila nak ke lorong IKEA tu.. Cuwaks gila dah saya takot2 Ibnu bertukar jadik Hulk Hogan ke apa ke mengamoks dalam jem. Hui3.... Nasib laaaa dia okay je dalam gene jelmaan manusia normal sampai ke sudah. Tak bertukar kaler..

Ada la sekali, bila dah tengok dia tension semacam dalam jem, saya cakap la, takpela takyah gi IKEA. Kita gi je carik kat tempat2 lain. Sekali dia jeling sambil cakap, dah nak sampai dah ni haa. Jangan mengada. Wuuwuwuwuwu~ 

Tensi la tu kan. Sebab saya dok pujuk2 nak jugak cari sofa. Sebab..... saya la... nak duduk atas lantai mengadap tengok tivi, sakit kot kematu kot montot2.... Lantai tu keras gila, ibarat duduk terus henyak tulang tongkengku ini~~ Hui3... Dah la makan pon memang kena bersila atas lantai - ni takpa lagi.. Sebab makan bukan lama mana pon. Yang dok nak melagho depan tivi tu yang lama... Tambah2 bila ada orang datang rumah.

Time tu, jumpa yang berkenan, yang agak2 macam fluffy. Tapi rasa macam takberani nak amek lagi. Nak try usya2 dulu tempat lain. Usya kat IKEA, rasa macam harga dah cukup mahal dah. Sekali usya kat Homedec semalam..... Erm....... Rasanya macam memang tak mampu lagi nak beli sofa. Maheiii bapoks. Stock 5k tu tak lari. Paling2 pon ada 3k++. Habis murah jumpa ~2k, tapi tak berquality rasa tak worth 2k. Even yang harga 5k ~ 6k tu pon nampak macam 2k je... Takmau ahhh. Haiyoyoyo..

Nak niiiii~~~~ Wuwuuwwuuuuu~~~~ From IKEA. Rupa nampak biasa ja, tapi sangat lah friendly dengan badan dan tulang tongkeng. Harga pon ermmm, taktau nak cakap. Okay2 je la kot. Eheheh. 

Owh chop! Tapi satu je kureng dengan sofa ni. Sebab dia fixed. So, non-washable punya type. Kalau dapat yang washable lagi bagus kan..... 

TIDAFORS Three-seat sofa IKEA High back; provides soft and comfortable support for the neck and head.


Monday, April 8, 2013

Huihhh... Semangat berkobar2 ni.... Dalam pening2 kepala pon gagahkan diri Sabtu Ahad 2 2 hari pergi menapak ke PWTC. Sebab first time kan pergi expo/exhibition rumah dengan husband. Macam heksaited la rasa gitueww. Hihi. Ingatkan saya la yang akan juling mata over heksaited. Tapi rupa2nya cik Ibnu ku sayang ituuuewww laaaaagi over. Semua tilam yang ada kat situ dia baring. Test2. Hahah... (^___^)

Expo ni buat kat PWTC - dewan semua okay. Tapi stended la kan masalah parking. Hari Sabtu kitorang pergi tu, 3x gak la tawaf PWTC cari parking. Last2 park je kat stesen bas Hentian Putra punya parking. Lepas tu melintas ke PWTC. Second day hari Ahad tu, kitorang bijak sket. Parking je tepi2 jalan. Free pon free. Ngeh3.... :p

Basically diorang ada 3 hall. Hall 1 untuk macam barang2 elektrik, bathroom utensil, etc. Hall 2 lebih kepada kitchen cabinet, langsir, pintu2, grill2, etc. Hall 3 ni macam sofa, tilam, katil, meja makan... Kat situ ada gak kemudahan awam - toilet, surau dengan ada jugak la gerai2 makanan... Agak convenient jugak lah.. :)

So hari Sabtu, aim nak cari kepala pili untuk sink tu. Nak cari yang 2 kepala terus. Sebab sink 2 lubang. Yang original developer bagi tu satu je kepala dia. And tak cuns. Keh2. So beli la brand apatah, dapat 30% off. Okay la kan...

Then beli yang alatan tebuk dinding tu. Menda alah drill2 tu. Kononnya nanti senang la kalau nak tebuk2 lubang gantung apa2 kat rumah. Beli brand standard tu je - Bosch. 1 set tu dia bagi complete la working tool dia.

Haaaa, lepas tu TERRRRRkomfem dengan Kian Classic untuk buat kitchen cabinet rumah nanti. (Walaupon dah niat nak buat KC ni dalam tahun depan jeee... Huhuhu. Godaan kuat kayyy kat situ.) Dalam banyak2 company yang buat service KC, saya pilih Kian Classic. Sebab rasanya Wardina pon pakai diorang kan untuk buat KC rumah baru dia? Harharharrrrr.... Takdelahhh... Alasannya, sebab before tu pergi Signature Cabinet. Tapi layanan diorang tak besttt. (T___T) Sobss. Maybe customer dia dah cukup ramai kot. So bila pergi Kian Classic ni terasa la perbedaan layanan di situ. PLUS, package expo yang diorang offer pon cukup menarik. RM7999 KC dapat free 8ft wardrobe dan 6ft wardrobe. Tapi since kitorang dah buat table top sendiri yang panjang sket dari package tu, so kena la tambah2222 lagi sikit. Last2 in the end costnya bertambah la dalam beberapa riban lebih sket... Tapi still rasa worth. Sebab dapat 2 wardrobe free kan. Plus buat 5ft tall unit. Dulu pernah survey kat 1 kedai ni. Untuk buat exactly same design macam tu, costnya sama je macam total cost ni. Tapi ni dengan Kian Classic offer package ni, saya dapat free 2 wardrobe lagi. So itu yang rasa macam ermmm worth kot kan... Bayar downpayment RM1k je, bila dah confirm design ukuran baru bayar lagi kot secara berperingkat...

Next day, Ahad. Aim memangggg nak tempah langsir. So pagi2 ahad tu terus zasss pergi rumah amek ukuran tingkap, sliding door semua. Lepas tu singgah Puchong jap gi House of Lightings, amek lampu 3 bijik yang kitorang tinggalkan sebab mintak diorang tolong assemblekan siap2. Lepas tu baru shoot ke PWTC.

Buat langsir ni dengan Baagus. Harap2 hasilnya nanti pon bagus macam nama company tu - Baagus. Haha. Mostly beli yang ready made, sebab bila sales assistant tu tengok ukuran kitorang, dia kata boleh beli yang ready made. Ready made ada 50% less. Kalau custom made, cuma 35% less je. Tapi ada 2, 3 tingkap diorang nak kena custom made jugak. Sebab lain size. And yang bestnya lagi, lepas siap kira semua harga, ada lucky draw. Boleh dapat 10% atau 15% atau 20% less. Ibnu yang cabut lucky draw tu (sebab saya tak pernah menang lucky draw seumur hidup - sadissss. Huhu). Alhamdulillah dapat lagi 15% less.... Yeayy~~ And disebabkan total purchase kitorang lebih tiga ribu, dapat la invitation untuk ke grand lucky draw diorang... Bulan September nanti... Grand prize RM20k kot kalau tak silap. Kalau dapat.......fuhh.... Bestnyaaa... Huhuhihihoho.


Masa tengah kira harga, lepas confirm jenis kain...

Ada antara langsir ni yang jadik langsir living hall kitorang nanti...

Yang ni plak ada yang jadik langsir bilik2....

Habis je settle langsir, terus ajak Ibnu balik. Takyah la nak tengok2 tilam katil ke sofa ke meja makan ke apa ke dah... Pitihnya udah enggak adaaa... And saya pon dah pening tahap gabanzzz.. Maybe sebab ramai sangat kot orang last day exhibition tu. Sampai rumah terus tido. Bangun tengah2 malam telan panadol 2 bijik. -terpaksa- Huhu.

All in all, saya sangattttttttt lah tak sabar nak tengok camanaaa lah nanti hasil semua benda ni. Setakat ni macam dah boleh bayang dah sikit2. Tapi tak tahu la akan buat rumah nampak serabuts atau okay2 je atau cuns macam yang kitorang impikan... Hik hik hikk... :)))

Layans la few gambar yang saya snap. Ini ajo yang ado. Itu pon yang booth kat luar2 hall. Bila masuk hall langsung la takda time nak amek gamba. Time precious sangat melayan benda cantik depan mata. Ngehehe...


Ni bahagian kanak2. Diorang punya katil, study table, kiut2 la..

Owhhh sangat best kalau akuarium ni ada dalam rumah. Wuu~~~


Lampu2 ni kitorang tak usya sangat. Sebab dah setel. Tapi Ibnu cakap, harga kat House of Lightings tu memang komfem murah. Just mungkin design kat sini lagi latest la kot....


Cik abey Ibnu tengah nak menapak ke laman berangan beliau... Hihi...


Mampu tengok aje....
 
Pon mampu tengok aje... Huhuhuks..
 Okay. Tu je... Next expo bulan 5 ada lagi... Homedec. Kat KLCC. Time tu bole cuci2 mata lagi.... :)

Follow Us @munirahmohdali