Showing posts with label wedding stuff. Show all posts
Showing posts with label wedding stuff. Show all posts

Friday, November 9, 2012

O.P
Selalu sangat nampak perkataan ni dulu, samada kawan2 tulis kat facebook atau baca kat mana2 blog atau dengar orang bercerita. Op oP Op oP. Baru tau, OP ni rupanya maksud dia is Official Photographerrrrrr..... Sangat banyak kata singkatan yang orang dok guna sekarang ni. Tadi kat office, dengar orang sembang2 masa kat pantry guna acronym2 ni. SRV la MDR la apa2 tah lagi. Tak ingat pon apa diorang borak. SRV n MDR tu main bantai je saya sebut tu. Hehe. Rasa masa tu macam tengah dengar orang bercakap guna bahasa isyarat tau tak. Eh silap, bukan bahasa isyarat. Bahasa rahsia. Tah apa maksud diorang je yang tahu. 

Tapi bukan tu yang nak cerita nii. 
Al-kisahhhhnya OP saya ni, diammm sepi tanpa berita for quite some time. Rupa2nya memang tengah ada life crisis dan dugaan yang datang bertimpa2. Well, dugaan is normal, it is part of life. Dan kita diuji pon tak melebihi batas kemampuan kita. Kan.. So, hmmm.. Memang understandable la nape dia tiba2 diam tu.

In overall he is still a good OP. 
Just to share some of the pictures yang dia dah edit2. Saya suka if gambar2 tu di-edit, bukan untuk nampak fake or apa ke, tapi, bila editing tu power and bagus, dia akan buat gambar tu nampak lagi cantik tapi in a very natural way. Takyah nak photoshop over2, nanti kang nampak macam poster anime plak. Eheheheh.


Pernah cerita kat entry lepas2 pasal bergambar kat semeling ni.. Nice place!

Kalau tahu dia nak snap gambar masa masuk masjid ni, bole buat muka artis sikit. Haha ;p

Tak sangka outcome dia macam ni rupanya.... Memang kenangan betul la masa amek gambar dengan kereta ni. Ibnu sampai berdiri2 atas bumbung kereta kot..... Pulunnnnn~ Ngeh2

Anak buah. Memang comel, ikut muka acik muni dia. Hahahahhh :p

Us with the siblings~ Lama tak jumpa~ :')

The kids~ Flower gegirlss~ New family mambers!

Siblings at Ibnu's side punya reception.

Us with the friends! TQ sooooo much kawan2 for datang!



Hati pon dah agak terubat bila dia kasik kitorang frame canvas ni, sebagai tanda apology... Besar bapak! Thanks kayh! Wishing u all the best! :)



4x2 feet free photo canvas

Saturday, November 3, 2012

Hihihi... Bukannya nak puji baju pengantin kitorang aritu cantik... Tapi, just nak share my thoughts and my experiences lah masa nak memilih baju kahwin aritu..

Sebulan sebelum kahwin tu memang everyweek saya turun balik Kedah. Drive sorang2 pernah, drive dengan Ibnu pernah, n pernah naik flight jugak sebab dah kepenatan nak drive Terengganu-Kedah-Terengganu every weekend. Ni kes sebab baju lah ni n pelamin jugak. Tak jumpa baju yang berkenan! Pelamin konon nk buat sendiri tapi dah duduk nun di Terengganu, bila masa nak balik setup pelamin kan... Selalu cari online je, jumpa la few yang macam nice2, tapi bila call je, mostly cakap dah occupy on 2nd June tu... Sobsss~

Then buat konsep redah, pusing area Sg Petani, takda. Sampai la satu hari ni, call GGI (Gen's Great Idea), dia kata dia boleh ambil lagi satu job on 2nd June tu. Sebab diorang memang maximumkan amek 4 job je for sehari. Dah rezeki diorang, kiranya saya ni 4th customer dia la untuk tarikh 2 Jun tu... Tapi tgk kat FB GGI ni, memang cantik2. Bila pergi kedai, memang boleh berpinar2 mata, cantik~ 

Try usya some of FB wedding boutique yang saya dah 'friend':

Jitra, Kedah -- Gen's Great Idea
Alor Setar, Kedah -- Iras Prestige
Sungai Petani, Kedah -- Primadona Creation
Sungai Petani, Kedah -- Istana Mahligai
Penang -- Zara De Zara
Shah Alam -- Suriweddings
Kuala Lumpur -- Farrah Rizs Bridal
Cheras -- Sh Kusha
Puchong -- Butik Pengantin

Boleh la cuci2 mata, ni yang kiranya dalam budget la, tapi still cantik and nice. Untuk orang2 utara, recommended yang mungkin cantik di hati korang jugak: GGI, Zara De Zara, Iras Prestige... Banyak yang lain lagi, tapi saya tak friend dia.. Hehe


Beberapa keping gambar yang ditangkap kerana didapati bersalah sebab buat mata saya jadik julings, dalam GGI, as bawah ni...






Sesuai for tema apa2 pon, pakai putih. Suci bersih gitueww. Ada putih pearl, putih off-white, putih betul2. Macam2 putih ada.

Baju for lelaki. Tapi Ibnu tak suka tali2 manik2 batu2 tergantung tu. Ni mat2 rockers suka la kot. Hehehe


Al-kisah baju saya, dah book yang ni...


Sob2, melepas.....
Seminggu sebelum wedding, diinform yang baju tu dah dibeli oleh pengantin yang pakai sebelum saya, merangkap orang yang tuan punya idea design baju tu sendiri lah. *Nangis* Then decide, amek baju bawah ni. Sebab menepati warna kain khemah nanti - pink + grey.


Fikir2 balik, ada hikmah tak dapat pakai baju ni. Sebab kain dia panas sikit n agak berat, so kalau majlis kat dewan ber-aircond okay lah. Kalau tak, jenuh bersauna. Hehehe.

Memang ujian, sehari sebelum nikah, nak pergi amek baju grey-pink tu, tengok2 dia tak alter pon, and tukang alter dah balik. Dah tak mampu nangis, nampak baju macam bawah ni, sarung, muat, then dah. Pakai je lah. Nasib nampak cun lagi. Hahaha :p


Cantik jugak kan? Jom2 masuk bakul angkat sendiri haha :p.
Boleh laa... Walaupon sangat last minute kena tukar plan, and walaupon awal2 Ibnu dah sound taknak pink. Hohoho


Then untuk side sebelah Ibnu, memang dah awal2 tempah baju kat Dato' Roy. Kedai dia kat dalam Semua House, Jalan TAR. Nak yang macam bawah ni... Tapi baju tu dah di-book oleh orang lain untuk dipakai on 30th May, so takut tak sempat nak basuh etc. Dato' Roy cakap, sokay, dia buat baru. Happy! Dapat pakai baju baru pada harga yang disewa, means, tak perlu lah tambah cost even kita request baju baru tu nak macam ni macam tu etc.




Kitorang request nak tambah batu2 pink, so, lain sikit lah. :)

Okay, tu je~ Now nak siap2 pergi kenduri kawen kawan saya~ Dah lambat aiyork!! Hehe.. Korang2 yang membaca ni sure tengah nak mencari baju jugak kan? Good luck in hunting! (^_^)

Friday, November 2, 2012

Ngeh3... Terasa kegedisan diri semakin menggunung. Baru2 ni dah dapat softcopy gambar2 wedding... Walaupon tak full, sebab battery laptop dan2 kiok masa tengah transfer gambar2 tu. Apa yang ada, boleh la dilayan dulu, buat lepaskan rindu zaman2 tu. Hehe. Tapi, tak banyak gambar yang diedit/diphotoshopkan/di-touchup2.. Just hoping yang outcome picture dalam printed album kitorang nanti tu biarlah ber-edit cun2. Baru nampak hasil seni seorang Official Photographer yang dah senior. Kann....

Ni nak cerita pasal outdoor photoshoot kitorang, petang2 lepas majlis nikah dah habis. Sebab ada 1 baju extra, so buat la special photoshoot untuk ada kenangan dengan baju ni... Kitorang pergi ke Jeti Semeling~ :) Dekat je dengan rumah. Rancangan awal nak pergi tasik kat Jitra, tapi macam jauh sikit and masa tak banyak, so cancel...

Kitorang sampai Jeti Semeling dah nak dekat pukul 6 petang rasanya. Atau 5 petang. Tak sure. Tapi rupanya tempat yang ada ala2 resort cuns tu dah tutup. Tapi kitorang selamberh masuk jugak situ curik2, tapi stay kat bahagian depan2 chalet je. Tak masuk pon ke dalam2 chalet tu. Tup2 ada pak guard halau. Sobssss. Tapi sempat la snap few pictures kat situ. Hehehe.


Cubaan meredah sebelum dihalau. Ngeh3

Lepas tu pergi laaaaa ke tempat lain yang boleh orang awam nak berlegar2, tak kacau dah la chalet tu. Kitorang pergi ke jeti. Snap2 bajet hollywood bollywood malaywood bagai, then tengok2 dah hampir maghrib. So rushing balik sebab nak kejar solat Maghrib. Tambah2 saya ni lagi la rumit, nak kena pakai make up remover etc sebab nak kasik make up tu betul2 tanggal. Jejoms layan gambar~ :)


Gaya sama ja~ Tak pandai posing. Pemalu konon. :p

Muka awak paling kiut... Silau ek? Hehehe

Bahumu sesedap bantal akemi ku~ Pernah ada bantal akemi ke?~~ Hehe :p

Tengok tu... Ada orang tengah berlakon jugak.

I am truly in love with this picture. Ohsem!
:)

Bab tak romantik2, sengal2 camni memang pandai hihi

Lepas tu gelak besar. Pening kepala OP. 

Cubaan senang. Melompat ja~

Lompat lagi lompat lagi. Jangan sampai roboh jeti sudah hihi

Versi gambar gelap. Dekat corner jeti. Nice view sangat kat sini.

Versi gambar cerah

Ni gambar berlari sebenarnya. Berapa kali dok ulang alik2 lari kat situ. Last skali gelak2 je lah... Sampai kucing pon jadik peminat dah ha... Hahaha

Gambar geli satuuuwwww :p

Okay, additional info yang saya dapat from Mr Google berkenaan dengan Jeti Semeling:
--- kawasan sekitar ini juga terdapat Galeri Sejarah, Galeri Biodiversiti, Auditorium, Restoren 8 beradik dan lain-lain gerai minum serta Dewan dan macam-macam lagilah kemudahan.So kawasan ni memang dipantau dan dijaga dengan elok. Kawasan ni rasanya takleh nak memancing. ---


Chalet kat Jeti Semeling. Source: Mr Google

My tips: Bakal2 pengantin silaaaaaaa lah please please puhleaseeeeeeee lah practice senyum and banyakkan camwhore and mintak orang ambil gambar kita and jadikan cermin tu as bestfriend. Or banyak usya magazine. Tak payah la nak bergambar macam orang dah kahwin, posing sana sini tapi memang kena practice raut wajah tu especially kalau kita ni jenis orang yang tak biasa nak control mimik muka. Nanti jadik macam kitorang, banyak gambar muka pecah. Hahahahaha... Papepon, I still enjoy those remarkable moments during our early days of marriage. Muka pecah pon pecah laaaaaa.... Hahaha :D

Besoknya, adalah hari majlis perkahwinan kitorang yang belah saya di Kedah. Besok petangnya tu pon masih sempat lagi curi2 masa pergi ber-outdoor photoshoot. Haha. Ni entry lain lah. Part two plaks. Hehehe~ :) 



Follow Us @munirahmohdali