Monday, July 22, 2013

Ramadhan tahun ini

Alhamdulillah sekarang saya dah masuk third trimester. Rasa2 macam nak je buat entry special pasal second trimester. Manis pahit, wangi bucuk, pengalaman sepanjang 3 bulan second trimester tu. Saja, for kenang2an diri sendiri. Hehehe...

Dah masuk hari ke 13 bulan ramadhan tahun ni. Setakat ni, dah tinggal 5 hari puasa. Uhuks uhuks uhuks. Bukan saje2 taknak puasa... Tapi dah jadik sakit perut, macam gastrik tu, mencucuk2 sampai jari jadik kebas2 sejuk2, tak mampu den nak meneruskan puasa -- walaupon pagi tu dah bersahur... Walhal fikir2, even tak puasa pon, sekadar minum air kosong dgn biskut kering je. Bukan makan nasi meriah2 ke apa ke... Macam rugi je nak berbuka puasa. Tapi badan betul2 tak dapat nak cope dah time tu. Terpaksa berbuka, sekadar nak bagi alas perut... Tapi somehow macam makin sakitttt je perut lepas berbuka awal tu. Maybe angin dah menyerang, bila masuk food dalam badan, lagi galak acid2 tu semua keluar. Lama2 sikit baru rasa bertenang sikit.. Wuuuu~

Sakit perut sampai cherry berry, 2 hari kay time tu. Bestfren dengan toilet je la.. Dehydrated gila badan rasa. Huhu.. Tapi ada gak kes 2x terlepas waktu sahur, time tu pon saya tak puasa, sebab sah2 bangun pagi perut dah kriuk kriakkk mintak food. Kui333...

Owh, erm, so, (segala tandawacana nak mention kan kalau boleh kui3)..... Well, btw, (haha, okay stop2).... Sambung2 balik. Ermmm, maknanya dah 13 - 2 hari termiss sahur = 11 hari jugak kitorang bersahur sama2.. Seingat2 saya, cuma ada 3x ja sahur yang saya x masak. First day puasa and semalam and hari before semalam.. First day sahur and semalam kitorang dapat food for sahur from ibu Ibnu. TQ ibu~~ Sedappp~ Hehehe... Hari before semalam tu, saya tapau food extra2 masa berbuka dengan member2 ssp, buat pon special lagi youuuu, kat skolah lama kitorang, sspkl tu.... Dah 11 tahun kot tak jejak skolah tu. Nostalgic gila. Sayang kitorang sampai betul2 time berbuka, tak dapat nak pusing2 sekolah tunjuk kat Ibnu...

Gigih tak gigih tak 8 hari tuuuu wa main masak2 for sahur... Berbuka normally tak masak, just makan simple2 beli from bazaar. Nak masak, Ibnu cakap takyah, dia takmo bini dia penat sangat. Da masuk third trimester la katakannnn~ Hehehe.... I lap you la abangroyku~~~~ Hehe..

Kalau zaman single mingle dulu, nak bangun sahur bukan main liat. Selalunya tak sahur pon. Sahur siap2 before tido. Sekarang ni, asal boleh nak bangun sahur pagi. Sebab fikirkan cikabangroy kiterw tu lerw.... Nanti kurus kempeng lak dah elok2 dia bulat segar bugar gitu. Hehehe..

Ermm, satu benda yang saya perasan since dah masuk bulan Ramadhan ni, susu yang selalunya keluar sampai bertompok2 lencun2 baju den tu, macam slowwww pulak pengeluaran dia. Lately ni la especially. Kadang2 tu, tengok kat tissue lapik baju dalam tu, macam kering je. No wonder lah ibu2 yang menyusukan anak dapat rukhsah takperlu berpuasa. Dikhuatiri efek susu production la kot eh?

Owh yer, semalam kan, kitorang menambahkan hutang keliling pinggang lagi!! Haha haha haha (tak bangga hokeyh. Ni ayat sarcastic orang gila). Niat keluar rumah nak cari dressing table dengan shoe rack. Shoe rack tu alhamdulillah dapat. Dressing table tak dapat. End up beli display cabinet dengan cermin gabaks (Ibnu hasut saya), dengan kerusi sofa seketul (saya hasut Ibnu). Gila bulan2 puasa pon tak dapat control nepsu menshopping. Tunggu gaji hujung bulan ni baru nak clearkan balik credit card tu. Soooooo not healthy kan.

Eh eh, entry harini berunsurkan diary la plaks. Tak kesah la ehhh... Hehehe...

First time datang SESERI, ever since SSP pindah ke Cyberjaya back in 2003 (form 5 masa tu...). Rasa lain bila tengok dinding ni. Dulu ada mural painting, dah kena sapu cat oren sebambang tu, seriously hilang "seri" nya.. Hui333..

Dan komfem2 sekarang diorang dah takda "movie nite". Dulu setiap dua minggu kot ada movie? Ke sebulan skali tah.. Tak ingat. Guna dinding ni as screen projector macam zaman2 toknenek tengok movie.

View yang penuh nostalgic! Rindu pulak zaman2 sekolah kat sini. Tengah2 kota, tapi kitorang hidup dalam life sendiri. Enjoy sangat duduk kat sini dulu, even berkeliaran main dalam kawasan skolah je pon. :')

Para organizers tengah sibuk susun juadah berbuka. Makan kat basketball court yaww! Hehe...

Anak Areque ni, tapi Mina memang babysitter berjaya hari tu~ Prektis ek Mina ek? Hehehe :p

Intan and her babygurl, Saffiya

Macam nursery dah gayanya. Sangat mak2 okayyyy. How time flies. Still ingat zaman2 kitorang form one dulu. :')

Doorgift, kiut sedap cupcakes from wondermilk. Nyummeyhhhh. Siap tempek logo batch kitorang lagi -- Glace Gladiators 9903

Sembahyang maghrib and isyak kat sini. Teraweh je tak jadik sebab mak2 dah hilang focus jaga anak2 baby2 da menantoks nantoks. Hihihi

Seronok gak sekali skala buat activity lain dari lain ni. Just mungkin time kureng bagus sikit, tak ramai dapat turn up. Tapi even dalam tak ramai tak ramai pon, masa yang ada haritu rasa tak cukup nak update2 dengan semua orang. Soooo many things nak catch up, but soooo little time.. Tapi really enjoy the short time kitorang spent kat situ.. :')

Us! Rajin pulak Amina dok mencantum cantum collage gambar.. Hehehe.

Okay, ini namanya apa anak2? Ya pandai.... roti jala. Siapa2 berani cakap lempeng, wa lempang. Haha. 2nd time buat roti jala sendiri. Seronok pulak rasa menjala2 atas dapur tu. Rasa nak buat hari2. Boleh? Heheheee..

Kari ayam. As long as Ibnu kata mebeles, wa happy~ Masak time puasa kay. Rushing2 lepas balik rumah from menambahkan hutang keliling pinggang tuew... Mencabar fizikal dan mental tau... Main agak2 je masin semua. Ngeee...

Ni idea tema rumah kitorang. Warna teal or turqoise..

Campur coklat2 sikit...

Campur grey2 sikit....

Lagi yang memberi idea~~

Cantekkkkk kannnn... Dunno why rasa macam chunnns sgt warna ni. Takpelah syok sendiri pon kan. Hihi

See~~ Even wedding kitorang kat side Ibnu pon pakai warna ni. Saya sebenarnya takkan mengaku suka warna ni, normally akan cakap purple as favourite color. Tapi fikir2 balik, dari zaman sekolah, baju2 majlis formal and majlis besar2 saya, seeeemmmuuuaaaaa warna camni. Majlis grad form 5, Dinner kat UTP, Majlis convo UTP, and kawen pon warna ni~ Coincident lagi kah itu? Hehehe...

Lalalalala~ Seronok2 ek awak berupdate from office..... Kui3~~~ Okay now back to work!

No comments:

Follow Us @munirahmohdali