Monday, June 16, 2014

Rindu kerja lama.

Rindu company lama.

Rindu rakan2 sekerja lama.

Rindu nak travel2 berkejar-kejaran naik flight.

Rindu nak stay kat hotel 4, 5 star.

Rindu nak breakfast kat hotel.


Astaghfirullah 10000xxxxxxx......

Bersyukur apa yang ada kini. Yang lama biar jadi kenangan indah. Agar tahu menilai dan menghargai apa yang ada kini.

#moderindudendamberapimembara

Thursday, June 5, 2014

Perghhhhh... Dah 2 tahun ek kawen. Rasa satttt sgt. Tup2 wiken lepas adik iols plak nikah. Kawen dengan orang sarawak. Merasa la si Amina Nawwarah ni naik belon.

Otw pergi, alhamdulillah dia tidoq ja all the way. Tapi otw balik, tengah sedap2 dia tidoq, boleh pulak termuntah. Kelenjunan la iols dengan muntah dia. Nasib bau tak kuat sangat. Huhu. Pastu dia tak bole sambung tidoq. Dia pi kacau orang belakang orang depan. Tersengih2 sorang2. Tapi penumpang belakang n depan tu tak layan dia pon. Kui3333.

Eh tercerita pasal Amina plak.

Sambung2 cerita anniversary.

Well......... To be honest, saya rasa bertuah kahwin dengan Ibnu. In points;
# He's very the understanding guy
# He's very the extra rajin guy
# He's very the caring guy

Understanding sebab..... Tak pernah demand suruh masak. Sampai saya sendiri segan. Sampai saya sendiri pernah paksa diri sendiri untuk masak sebab menyampah dengan diri sendiri yang tak masakkan for husband sendiri. Haha. Berjaya jugak 2 malam berturut2 baru ni masak dinner. Pastu malam ketiga tak masak sebab demam. Haha. Sampai demam kawwww kes masak 2 malam berturut2. Keh3. Tak lah. Demam sebab dah memang nak demam. What to do kan. Tapi everytime pon saya nak masak (on weekdays yer), mesti Ibnu macam tak bagi. Dia kata, taknak menyusahkan saya. Sobsssss. Iols rasa iols lah wife paling cokiya di kala itu. Sebab....mak iols walaupon berkerja, masih boleh masak for family bekpes lunch n dinner. Makan kat luar tu boleh kira dengan jari ja dulu2. Iols is nak jadik macam tu. Tapi nampaknya hajat iols masih tak kesampaian. Disulam2 dengan Ibnu yang asyik menegah iols nak masak. Adakah kerana sayangkan bini atau bini masak tak sedap?? Haaaa... Tettttt... Kekeke.

Kedua. Rajin. Sangat tersangat tersangat rajin. Sampai kadang2 iols naik geram pon ada. Sebab iols nak buat benda tu sendiri tapi tengok2 dia da buat dulu. Contohnya, basuh pinggan. Iols is very the cerewet i.e. kalau basuh pinggan memang berjam2. Haha. Tipu2. Taklah berjam2. Tapi lama la. Sebab iols sental pinggan cawan tu sampai bila basuh dia ada bunyi zritt zrittt tu. Tandanya suci dari minyak dan etc2. Boleh bayang tak? Kui3. Tapi, Ibnu basuh pinggan style kedai. Malas nak explain in detail. Kesimpulannya Ibnu memang extra rajin. Saya bersyukur Ibnu rajin. Sebab bila dia rajin macam tu, nak taknak saya kena rajin jugak. Especially lepas basuh pinggan. Kadang2 saya basuh balik mana yang rasa tak puas hati. Sorry sayang. Binimu ini teghok peranghainya. Keh333.

Next. Caring. Memang caring dan bukannya gentleman. Caring n gentleman beza ye adik2 tuan2 puan2 sekalian. Caring sebab kalau saya sakit tekak, dia akan cari ubat hisap sakit tekak tu dan bagi saya makan. Caring sebab kalau saya susukan Amina kadang2 dia akan tolong urut belakang badan. Caring sebab kalau saya batuk2 dia akan datang bawakkan air masak suam best gilerrrrr. Gentleman? Totally not. Tapi iols tak kesah. Iols lagi suka dan pentingkan caring. Takyah gentleman or gentel2 pon takpa. Haha. Tak gentleman sebab, kalau dia makan something dia boleh habiskan benda tu tanpa offer saya tanya, "nak rasa sikit?" Tak gentleman sebab, dia selalu bawak kereta zup zap zup zap lupa seolah2 lupa kehadiran anak bini yang tersenget2 ke kiri ke kanan bila dia buat cornering atau memotong. Tapi dats him.

No one is perfect. So do i. So do him. But we are made to complete each other. After dua tahun ni, i know which side of me yang di-cover lompongnya oleh suamiku itu. And i think, i really really think, i hope, i pon ada menjadi sebahagian of him - to complete and cover his lompong2.

Alhamdulillah for every ups and downs in this two years time. Happy 2nd Anniversary to my beloved husband, father of our child, En Ibnu Nizar B Dato' Hj Hamzah.

I love you. I love you during our good times. I love u during our not so good times. I love love love love you. Tq for everything darling! Mmmmmmuahhhhhhh...

Pic below taken on the day marked as our 2nd anniversary, 01 Jun 2014. Yang belah kiri elok berbaju melayu dan berbaju kurung tu - time kenduri adik saya kat sarawak tu. Yang belah kanan- kat Gunung Gading, Sarawak. Tempat homestay kitorang. Kitorang dok kat Taman Negara Gunung Gading. Kebetulan bunga rafflesia tu berkembang time kitorang ada di sana. Tu bunga rafflesia 2nd day. Bunga ni hanya hidup 7 hari ja lepas tu dia mati. Tapi nak menunggu dia keluar, amek masa 9 bulan. Huhu. Lama rasa tak panjat gunung. Ermmm last one panjat Gunung Kinabalu tu la. In 2011. Lama kan. Nak kena asah skill balik ni. Hihi.

Wednesday, April 9, 2014

Monday, March 31, 2014

Todate (31 March 2014) - Amina (5mth 3wk 1day) dah mula kenal orang; to be exact, kenal ibu dia i.e. ME siapa lagi kan. Sebab sekarang ni kalau sesiapa dokong dia or tengah main dengan dia, but suddenly dia nampak saya or sengar suara saya ja pon, kepala dia akan quickly turn and lepas tu buat muka suruh ibu dia ni ambil dia. That include her father jugak tau. Ibnu pon kadang2 dia reject. Dia nak ibu dia ni jugak. Sorry ayah, ibu memang ada kuasa extra power (read: boobies power). Haha.

Alalaalaa tanje2 ibu, ibu loves you more sayang. Tapi kadang2 tu tak bole la nak dekat ibu all the time je kan.. Kena be fair to your father jugak tau. Ciann ayah nak main dengan amina lama2 tak boleh. Hihi.

And ada satu perangai baru. Gaya menetek kuak bebas. Kuak lentang kuak football kuak ragbi kuak berdiri kuak meniarap semua ada. Nasib baik nenen ibu ni pon flexible boleh pusing2 dari semua arah. Haha. Ibu pasghah aje la melayan style pelik2 awak tu Amina Nawwarah wuii. Asalkan awak nak minum susu. Huuuu..

Ermmm tapi ada satu yang dok merisaukan saya. Amina suka sangat33333 geget nip nip saya tu. Sakit wuiiii. Termenjerit malam2 terkejut dia gigit. Tak tau nak bagi dia stop perangai menggigit2 ni camana lagi. Itu nasib takdok gigi lagi. Kalau dah ada?? Oh myyyyyy mintak simpang 44 x 1000. Huhu.

Apa2pon, ibu sangat happy now that I have you. Seeing amina membesar from day to another, sangatlah mengeterujakan. Haha. Last weekend kitorang spend 1 malam kat grand lexis PD tu. Nak ajak amina main pool kat situ. Will blog that one later insyaAllah. :)

Okay, masa rehatku sudah tamat. Sesi mengepamku sudah habis. Now nak pi simpan susu dalam fridge and basuh pump. Till then. :)

Friday, March 7, 2014

This week has been a special week for me. Somehow I think, this is a sign God sent his loves to me, just to let me know that He has been watching me, hearing my thoughts, my prayers and all.

Sebab apa saya cakap camtu? Sebab....

Isnin : An old good friend of mine from UTP+Kerteh datang visit kat rumah

Rabu : An old good friend of Ibnu datang visit kat rumah

Khamis : Had a date over the lunch with an old good friend of mine from SSP

Jumaat : Had a good jejak kasih with two old good friends of mine from UTP over the two hours lunch

Perasan tak, i mentioned "old good friend". Ni memang kawan yang bukan baru setahun dua tahun, tapi jap nk kira... erm... since 1999 ada, since 2004 ada...

Jejak kasih pon ada. Really longggggggggg lost contact with this one girl, sebab ada salah faham sikit, sebab my mistake, i jemput friends guna fesbuk je masa nak kawen aritu. Too busy! I know, alasan sangat unacceptable. I have the cards ready with me (to invite my friends), but I don't get the time to write addresses and post them out. I should have passed this task to my brothers or sisters... Sigh... But really, I got married during my peak year/months in Petronas (at that time). The invitation part was my clumsiest part. Plus i lupa this one really REALLY close friend of mine takdok fesbuk! Kitorang slalu call2 je if rindu2. It was like macam nitemare, eversince our last meet up (unaccidentally bumped into each other) kat KLCC, after kawen. I was happily waving at her, and she did this facial expression and said, "Munie! Kau kawen tak ajak aku!"

Me, speechless. Dunno what to say. SORRY? No words can really heal her at that time. Knowing her, I've been trying to contact her lepas2 tu via sms, call, etc tapi semua no reply. :( Yelah, kitorang has been a good buddy in a group of 5, for five years -- gi lectures, makan, minum, tido, study, lab, homework, meronggeng, movie, karok, semuaaaaaaa sama2. Must be so sad for her to know about my wedding from somebody else. I know. Sorry.. :(

And tadi, on this blessing Friday, we got to meet again, after like ermmmm almost two years? Lama kan? Lost contact at all. Walhal office dekatttt sgt2. :(

Sorry panjang pulak cerita. Sebab I was too happy that now dia dah tak kecik hati anymore. Pls no merajuk2 no more after this okay? I think, she knows me that well, my perangai tak semenggah etc, I did that out of my intention at all. Sangat22222 lessons learnt okay. Getting married is one big thing and pls don't invite your good friends via FB only. Huhuhuks.

Cukup2 cerita jejak kasih.

Apa yang nak dikongsikan is, disebalik itu is, last month has been tough for me. Tiga minggu baby down with flu, fever, cough. Siang okay, malam mencanak2 naik smpai almost nk reach 39deg c. Baru baik, pastu berjangkit2 demam balik. My Amina was losing her weight constantly, sampai sikit lagi nak kembali ke berat dia masa 2 bulan. T____T

So biasa la kan, ragam baby yang tengah tak sihat. I have to cope with her, and coping with my sakit yang masa tu every week kena jumpa doctor (ada appointment). And my next appointment is next week. And throughout the tough days, I kept feeling down and all the bad thoughts came into my mind. Macam2 lah yang benda tak elok tu bergayut2 dalam otak ni. But syukurrrrrrr alhamdulillah, mak abah datang from kedah, stay kat rumah kitorang for 4 days 4 nights, jagakan Amina, jagakan kitorang (sebab hari2 mak masak. Hahahahah). Amina dah sihat, dah tak demam, and berat dia naik sikit! Dalam 60grams macam tu. Cukup buat saya happy. Kalau makin turun, ada yang resign kerja karang. Hui3....

And then the good days were followed by visits from kawan2 lama ni. Borak yang to me, bukan borak kosong. Borak yang somehow makes me feel motivated back, feel happy, feel blessed. Alhamdulillah. Despite the hard times, now come the good times. Alhamdulillah3333.

I now have a new mission, which might seem small mission tapi, buat sikit2 dulu, start from basic, but mesti istiqomah/consistent. Malu nak share kat sini, let me do this dulu and get the mission accomplished. In sya Allah.... Let's get better - be a better mother, a better wife, better daughter, better sister, better friend, better employee and on top of that, better Hamba Allah. In sya Allah.... Pls stay strong Munirah! :)

p/s: Tajuk takdo kena mengena pon... Jiwa kacau baru nak pulih, gini laaaa.. Keke :)

Tuesday, February 25, 2014

Alkisahnya... Satu hari ni, Ibnu cakap, "sayang tolong cari baju saya kat walk-in wardrobe kite pls".

My respond was, "sejak bila kita ada walk-in wardrobe?"

"Tuuuuuuuuu... Kat luar bilik tu...." Tunjuk ibnu menggunakan muncung mulut.

Hukalohhhh. Kekkekeke. Verangan ala2 pon jadik la eh? Haha.

Malam tadi rajin sekejap. Asingkan 1 rail baju2 saya n 1 rail baju2 ibnu.

Pastu bila tgk hasil, hurmmmm.... Ermmmm... Hmmmmmmmmmm

Baju kerja Ibnu lagi banyak dari saya~~~ Unacceptable!! Ada alasan la for me topup baju bajan. Kekeekeeke :p

Wednesday, February 19, 2014

That's the name given.

Amina : Yang dipercayai
Nawwarah : Yang amat bercahaya

:)

She was born on Nineth of October 2013, which makes her 4 months young ++ to-date.

Alhamdullilah, the first word I threw in operation theater after hearing her voice for the first time. She looked different (from now) back then. Soooo cute with mata cepet2 and soooo putih merah2. Macam anak cina. Fresh from the oven, they said. Now? Becoming even more cuter, big bright eyes, love making silly cute faces, and looking more like the parents. I think she got 50% of her father's gene and 50% mother's gene. Kecik2 dah pandai adil. Hihihi. :p

Hmm.. I miss blogging so much but I can no longer write entries in office. Wuwu. So here I'm using apps trying to post my first-after-so-long-silence entry using phone -- semangatttt.

So much to write about my beloved daughter. From the journey of giving birth to her by ceaserian, to that pantang cowboy period, to the whole new experience being new parents.

We'll see how. Hihi :)



Follow Us @munirahmohdali