Wednesday, August 20, 2014

Masterchef laaaa sangat. Sebab saya memang peminat masterchef, walaupon tak berapa pandai masak. Juga malas memasak. Uhuhuhukss. Sekarang asyik dok ulang antara channel 709 dengan starworld. Tengok masterchef Australia (ulangan), masterchef Canada dengan masterchef US. After tengok dok perati for few episodes, saya perasan orang Australia ni baik hati sikit. Tak main taktik kotor, tak main tikam2 belakang. Canada ada sikit2 ciri2 camtu. Plus ada jugak certain yang menghampiri ciri2 orang US yang obviously memang banyak main tikam2 belakang, cakap lepas, etc. Konon2 tu strategy nak bagi menang and dapat title masterchef la kan kononnya. And ada la drama2 sikit kan, nak buat laku lagi cerita orang2 home cook ni kan.

Tapi saya anggap tu macam 'side dish' ja. 'Main dish' cerita ni is ofcoz ke-kreatif-an dan ke-cun-nan dan ke-sedap-an food2 yang depa dok masak. Kadang2 impressed tengok depa boleh masak macam2 within not more than an hour.

Tu yang jadik sumber inspirasi tu. Selalu berangan nak jadik terer memasak macam depa. Bereksperimentasi dengan food. Penting jugak untuk tahu jenis2 cutleries and "machine2" yang ada kat dapur. Bab ni saya tak pandai lagi.

Selalunya saya akan masak time weekend. Sebab weekdays balik from office pon dah lewat. If nak tunggu masterchef-wannabe ni siap memasak memang boleh tumbuh janggut lah Amina Nawwarah, and bapaknya punya janggut melayut sampai ke tanah lah kan. Plus, food some times menjadi, some times ke laut rasa dia.

Tapi semalam saya masak. Dengan niat before isyak dah boleh makan. And Alhamdulillah, food sempat siap on time nak masuk isyak. Buat mee kari ja pon. As usual, google sikit untuk tengok step memasak and guna instinct (deklamasi ini poyo ihikss) in terms of berapa banyak bahan nak guna. Walaupon sebelum ni dah pernah masak mee kari - that time pon google jugak. T____T

Bila dah siap masak, tak sempat nak amek gambaq, Amina dah bising nak menenen. Kalau tak, boleh jugak tempek sedepek kat blog ni buat kenangan. Ekekekeke...

And..................jeng jeng jengggg, Ibnu kata sedap yo! Makan sampai habis licin. Siap cakap nak guna straw hirup kuah. (O_____O) Not sure dia being sarcastic atau memang nak puji iols tahap menggunung. Uhuhukkkss...

Resepi dia macam bawah ni. Post ni pon ditulis so that lepas ni iols sendiri boleh refer sini balik untuk buat mee kari 30 minit ni. Ihiks.

Bahan blend sampai halus:
- 2 bawang merah sederhana besar
- 3 bawang putih
- 1/2 inch halia
- 1 serai (amek serai bahagian bawah tu je)
- 4 helai? cili kering yang jenis pedas, yang telah direbus
- sedikit belacan
- 2 ekor isi udang size sederhana
- 1 cawan air rebusan ayam

Bahan diperlukan untuk kuah mee kari yang simple ini:
- 4 ketul ayam potongan kecil
- 3 tablespoon penuh rempah kari ayam
- 5 biji fish ball dan 1 keping fish cake
- 10 ekor udang size sederhana
- santan / susu cair

Cara2:
1. Tumis bahan blend bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga naik bau
2. Masukkan rempah kari ayam dan biarkan seketika sehingga pecah minyak
3. Masukkan ayam yang telah direbus tadi (ingat tak, kan kita blend bahan guna air rebusan ayam?)
4. Selepas seketika, boleh masukkan 6 cawan air, bersama2 fish ball dan fish cake
5. Selepas mendidih, masukkan udang dan santan. Tapi saya gantikan santan dengan susu cair. Agak2 dalam setengah cawan susu cair
6. Masukkan garam secukupnya dan sedikit gula

Siap!

Sampingan pon simple je, telur rebus dan potongan limau nipis. Served bersama air teh ais limau. Perghhh terangkat. Ahaks :p :p

Kenyang belahak sang suami den. Alhamdulillah. Ermmm tengah fikir nak masak apa pulak malam ni.....

Friday, August 15, 2014

We have so many plans, so many desires, and become ambitious. But when not one, not two, not three but four plans come together and we need to choose only one, that's the time we realized, we need to have one firm side to hold onto. So we start questioning questions. Sometimes lead to an answer, most of the times, we became puzzled. Sometimes the answer seems so vivid today, but tomorrow it could be the opposite.

I am in that phase now.

I have been asking myself the same questions every day for the past two weeks.

What is the thing that matters most in my life?

How should I prioritize things?

Who do I really want to be?

Where do I lead my life to?

People succeed, people fall, people meet with obstacles, people deal the challenges, people who has it all, people who make things seem easy.... People run away from problem?

It has always be that my FAMILY is my highest priority. But now the weighing scale is trying to balance and proportionate between family and CAREER.

Why can't I have them both? I think I can have them both, but just not the same par. In my current case, one has to be lower than the other. Ibnu has been listening to my "super smooth plan" while driving every day after work, but the super smooth plan is always changing every two or three days. I can't make up my mind!

Now. I have to decide. Fast. I have to plan. REAL plans. And make them work.

For the sake of the family. For the sake of the career. Come on, Munirah! You are better than this. Hopefully all turn well, insyaAllah...

...











Friday, August 8, 2014

Okay now terasa macam gian pulak nak menulis entry dalam blog ni hari2. Kui3...

Alkisahnya, semalam borak2 dengan someone ni. And bila dia tahu saya nak ber-long distance relationship (LDR), dia menentang gilos2 punya. Dia cakap bahaya. Zaman sekarang lelaki tak boleh dipercayai. (>,<)

Saya diam je sepanjang dia cerita. Setakat, "oooo, yeke?" "iskkkkk, biar betul?" "huishhhhh, dasat sangat tu.." Macam mak jemah tak saya? Haha.. Macam saja je nak simbah2 petrol bagi semangat dia membara2 sket cerita pasal lelaki-bernama-suami-tidak-boleh-dipercayai. Uhuhuhuks

Katanya, orang2 sekeliling dia yang ber-LDR ni, semua problem. Semua husband curang. Ada awek lain. Sampai ada yang akhirnya jatuh terjerumus ke kancah "itu" dan bercerai berai. And that is why katanya, dia akan sentiasa kerja di satu kawasan dengan husband dia. Johor, Terengganu and now KL. Dia akan try apply kerja dekat2 dengan tempat husband dia kerja, so that diorang still boleh tinggal 1 rumah sama2.

Balik dari kerja tu, saya cerita kat Ibnu, Ibnu rileks je.. Dia cakap dia takde masa nak melayan benda2 camtu. Huhuhu.

Tapi just to share my thoughts je la.. Mungkin ada orang berbeza pendapat dari saya, kalau ada, sila share nooo..

Ermmm, Okay, my points.

1. Tak dinafikan perkara itu memang terjadi. Dekat tempat Ibnu kerja sekarang pon ada colleague dia yang tengah mengayat syok bercinta dengan sorang minah vendor ni, walhal wife dia dok 1 rumah je lagi dengan dia. Means, diorang bukan LDR husband & wife. Tapi still, perkara suami curang tu berlaku. Why?

2. I trust my Ibnu. Walaupon saya selalu kecah lebih and buat merajuk atas sebab2 yang tak relevant (i.e. merajuk bila dia kata kat tak suka shopping kat KLCC sebab KLCC ni banyak awek seksi - which is benar kan?), deep down saya tahu Ibnu bukan a guy yang mudah sewenang2 nak mengorat orang. Pendek cerita, he's loyal. His standard is high. (Puji diri ke? ekekekekek :p) Nak curang tu, saya tak pernah terfikir la. Suka tengok perempuan cun, ermmmm, semua lelaki suka kot. Saya yang perempuan ni pon suka tengok perempuan cun. Tapi setakat tu je la. I know Ibnu pon sama. Tengok sekadar tengok. Taklah sampai nak dibuat bini kot.. Dia cintan kitorang (saya dan Amina) gila2 kottttt..... Ekekeke

3. After more than 5 years dalam oil n gas ni, saya perasan, perkara suami kahwin 2 atau lebih, samada isteri masih ada (bermadu) atau bercerai, memang macam perkara biasa. Tak tahu lah kenapa kan. Mungkin sebab si suami rasa dia berkemampuan? Atau memang si suami rasa dia nak meramaikan umat Nabi Muhammad? Atau si suami tak dapat tahan nepsu yang satu itu? Atau memang sebenarnya perempuan2 tu yang dok tergila2 terkejar2kan si suami orang? Dunno... Sekarang ni macam2 boleh jadik. Especially zaman nisbah perempuan lebih ramai dari lelaki ni...

Conclusion. Eceh baru 3 points dah nak conclude dah? Kekeke... Tah la, malas nak fikir benda ni sebenarnya. Rasa macam mengabehkan borehhhh ja if fikir "what if oneday this happens to our marriage?" Memang sampai ke sudah lah asyik nak berprasangka camtu kan. I'm a woman. I make friends. I got to know my husband. We got married. We have Amina. And should I think now "our marriage won't last long?" Nauzubillahiminzalik.

Nampak tak conclusion nya apa? Conclusionnya, jangan fikirkan benda2 negative macam tu... It's your life. It's your choice. Benda2 macam tu yang jadik, mesti ada reason. Think back. What has happened to the love of yours masa awal2 decide nak kahwin?

Mak saya pernah cakap, "Hubungan antara manusia ni ibarat pokok. Nak pokok yang subur, kena siram, kena bajai pokok tu, even kena cakap2 dengan pokok tu. Kena ada effort. InsyaAllah akan suburlah ia."

Bermadah sangat kan mak den tu kan... Tapi betul ape. Dah kalau lepas kahwin tu, si suami asyikkkk tengok youtube tengok tarian ke tengok wanita2 melagho, lepas tu si isteri dapat tahu, memang la berapi2 rumah tangga nya. And si isteri pulak, 24 jam main handphone, main fesbuk, memang la lama2 si suami pon boring. Macam dah takde kerja lain pulak kan. Sekali sekala nak melagho main handphone tu standard la kan. Tapi bukak youtube tengok benda mendatangkan dosa, tinggal2kan lah. Benda2 macam tu yang buat hubungan husband and wife ke laut.

So? Dua2 kena pandai main peranan. Dua2 kena sentiasa berkelakuan "in love". Appreciate each other. Puji each other. Usik2 each other. Buat lawak sama2. Buat house chores sama2. Sembahyang sama2. Mengaji sama2.

Kalau dok jauh? Dah ber-LDR, camana nak buat sama2? Well, di zaman terkini serba canggih dan moden ni, guna la teknologi yang ada. Phone canggih2 tapi tak guna kemudahan tu buat apa kan? Whatsapp pon jadik. Whatsapp la gambar2. Update each other selalu2. This is a must bila dah ber-LDR. Takleh malas2 nak kontek your spouse. Kata cinta, kan? Mesti automatic punya nak berkontek2 berhubung2 kan.. :) Update je, tengah buat apa, nak ke mana, anak tengah buat apa, etc. Videocall pon boleh kalau dah rindu sangat2. Setiap hari kena jugak cuba untuk keep in touch. Kalau selalu berhubung macam ni, yang jauh pon rasa dekatttt je. Kan kan? Plus, iman kena kental. Dugaan memang sentiasa ada. Tapi mesti always, back to basic. Muhasabah diri. Fikir sebelum action. Remember, nobody is perfect. Love your other half seikhlas hati. Terima semua baik buruk seadanya.

Apa yang penting, tepuk dada tanya iman. Nak buat benda yang tak elok, ingat2lah malaikat di bahu kiri dan kanan, juga Allah yang Maha Melihat. Ingat2 je la, dunia ni sementara je...

Okay dah tu je. Ngonge ngonge juge, moh kite mengaji. (^____^)




Love of my life. Will do anything for them. LDR pon LDR lah. Gambatte!

Thursday, August 7, 2014

Tahun ketiga beraya as suami isteri.

Tahun pertama beraya as ibu bapa :)

Kitorang konon2 buat sistem raya bergiliran. Agak2 boleh menten tak sistem bergiliran ni sampai dah raya tahun ke 10, ke 20 nanti? I doubt so... Haha...

Kegemilangan raya ni rasa2 macam masa zaman saya sekolah rendah - sekolah menengah - university.

Sebab semua mak abah yang uruskan. Bila sampai masa nanti mak abah yang bawak pi shopping. Setiap seorang anak lelaki akan dapat sepasang baju melayu and sepasang baju casual (seluar jeans + shirt or t-shirt). Setiap seorang anak perempuan akan dapat 2 pasang baju kurung, kecuali Aten yang si bongsu tu, mesti dia pon sibuk nak sepasang baju casual bila kitorang keluar shopping cari baju budak2 lelaki.

Rindunya zaman itu.... :')

Bila dah masuk university, dah dapat duit scholarship. So time tu, saya mesti akan ala2 sponsor beli apa2 for adik beradik and mak abah. Simple2 je.. T-shirt ke, butang baju melayu ke, brooch ke, tudung ke... Camtu2 je. Just nak bagi depa rasa happy... :)

And kitorang adik beradik akan cuba belikan baju for abah, sebab abah selalu takdak baju raya. Even baju melayu dia pon dia pakai ja apa yang ada. Huhu. Kumpul2 duit adik beradik and belikan abah sehelai shirt cun, selalunya brand crocodile tu la. Tak pon alain delon. Tu je yang "up" kat sungai petani mall zaman2 tu dulu... Kekeke..

Bila dah masuk dunia kerja, masa tu dok kat Terengganu, so Terengganu kan terkenal dengan kain sutera batik depa tu... Maka, agak rajin pi shopping belikan mak abah baju batik sorang sepasang... Yang penting, sama color! Awal2 abah meluat nak matchy2 dengan mak, tapi sekarang dah lali kot... Ahahaha... Plus, mak abah dua2 orang cikgu. Cikgu2 kan setiap khamis kena pakai baju batik. So double happiness for mak abah di situ. Hihi.

And masa tu, semangat raya is lebih kepada semangat nak belikan parents and adik2 baju2 raya for depa. And sort of macam dah jadik tradisi dah pon. Pastu bila adik2 pon da start masuk uni, dah ada scholar, pon pandai ja depa pi shopping2 raya, belikan at least sepasang baju raya for mak abah.

Bila dah kahwin ni, semangat raya tu ada tetap terasa, tapi taktahu kenapa kitorang laki bini x shopping raya pon. Pelik gak tapi itu yang jadik. Pastu first day - first year raya as husband and wife tu, Ibnu recycle pakai baju nikah. Saya pakai baju kurung mak bagi. Second day raya, pakai ja baju apa yang ada. Huhuhuhu.

Second year raya as husband and wife, saya tengah sarat pregnant. Baju puas cari kat isetan/parkson, sacc, tak jumpa. Pastu nak taknak angkut je la sehelai jubah biru kat pkns shah alam tu. Serba tak kena time tu, sebab perut bulat, badan dah besar, asal try baju ada je yang slack kat mana2. Sobsss. Ibnu pon angkut sepasang baju melayu kaler sedondon kat pkns tu. Untuk second day, pakai ja apa yang ada, since malas nak pusing cari baju lagi dah. Huhuhuuu...

Ni third year raya as husband and wife, semangat extra sebab ada si baby girl Amina Nawwarah tu. Baju dia kemain awal2 puasa dah beli, online je la. Tapi every week sampai pos laju kat opis ni ha. Baju mak bapak dia, beli kat kedah masa balik kampung beraya, yang penting kaler mesti nak sedondon dengan Amina. Sebab Amina ada 3 pasang baju traditional, maka mak bapak dia pon berpeluang nak ada 2 pasang baju raya baru, 1 pasang lagi pakai apa yang ada jaa... First time laki bini rasa pengalaman beraya dengan baju raya best sket. Kalau tak 2 tahun sebelum tu, sempoi cowboy ja redah apa yang ada.. Sebab Amina Nawwarah la ni! TQ Amina~~~ Ngeh333.

Tradisi belikan baju for mak abah masih diteruskan even lepas kawen ni pon, tapi ada tambahan belikan baju for ibu n abah kemuning sekali... Just this year je, tak bagi baju for ibu, tapi bagi handbag, sebab dah last minute sangat. Nasib dia suka.. Sebab tak tahu taste ibu camana, so main agak2 ja.. Heheh..

Ermmm panjangnya entri. Tapi semua pasal baju. Raya bermaksud = Baju raya?? Hapo2 ajo laaa... Hahaha....

Layan gambaq, zasssssssss..


Missing in picture: Atin si bongsu jadik photographer. Mustapa si nomot dua beraya di Sarawak belah isteri dia. Ela si nomot tiga beraya di Indonesia.


Makin kurus cik abang kita ni sejak2 puasa ni.....


Iols pakai baju yang kainnya Ibnu beli di Turkmenistan - hujung tahun 2012. Gila peram sekarang baru siap jadik baju. Ekekeke..


Atok yang suka nak amek hati Amina Nawwarah. Amina dengan muka ketatnya. Ngantok lettewww. Haha..


Nyai yang memang sayangkan cucunya lebih dari anak sulungnya ini. Pantang dengar Amina nangis, sebatu dia lari nak selamatkan cucunya tu. Walhal Amina bukak siren saja2 ja, manja2 ngantok nak tidoq.


Perbincangan komanwel


Atin si bongsu dengan A'an si nomot lima


Nyai, we love you muah muah


Bersama apit si baju merah si nomot empat


Suka pic ni sebab buat saya nampak slim sikit. Mihmihmihhh

Ni hari Jumaat, raya ke lima dah. Ada aqiqah anak member. Sakan Amina dok dalam boyan nooo.. Ni ibu tak tahu ni, member tu yang taruk dalam ni time dia tolong ngasuh Amina masa ibu tengah makan.

Focus tang kaki pls. Bersilang milang. Amina buat gaya macam dalam perut ibu agaknya. Ekekekek.


Ni open house rumah sedara kat sungai petani. Sedap wooo makan pulut durian dia. Durian dia memang terbaik untuk tahun 2014 ni. Perghhh sambil tulis ni pon, mencecer2 air liur teringat. Huhuhu...

Banyak lagi gambaq2, tapi cukup la banyak tu yang dah ditempek dalam blog ni. Tahun depan raya belah Ibnu pulak, Amina mungkin dah pandai jalan time tu. Ntah2 dah berlari pon. Bestnyaaa.

Puasa pon belum ganti dah start berangan raya tahun depan. Puasa enam pon tak start lagi. Ish3333 teghok hang ni. Kui333 :D

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua yang kebetulan membaca entri ni... Semoga kita semua panjang umur, boleh bertemu kembali dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan yaa~! :)



Wednesday, August 6, 2014

#luahan hati

Ya Allah,

Selama ni mungkin aku hidup dalam kesenangan dan keseronokan, hingga kadangkala terbabas lupa pada-Mu, hingga kadangkala kerap mengambil kesempatan dengan mudah - atas sedikit ruang dan peluang yang diberikan, hingga kadangkala mungkin tidak menjalankan amanah dengan sepenuh hati ikhlas dan berdedikasi.

Bila aku diberikan dua pilihan, hati kuat mahu memilih untuk berada di barat, tapi entah kenapa akhirnya timur yang dipilih. Aku hanya mampu berdoa agar pilihan itu adalah pilihan yang tepat. Tapi kenapa kini aku berasa amat sedih dan pedih?

Patutkah aku tetap di barat? Tapi langkah sudah diatur, kepercayaan sudah tercalar, pasti tidak mampu untuk berpatah semula.

Ya Allah,

Kau bantulah kuatkan semangatku,
Lapangkan dadaku,
Moga aku mampu menghadapi sisa2 hari mendatang di barat ini,
Moga aku mampu untuk bertahan di timur kelak.

Ya Allah,

Bila aku di timur nanti,
Kau peliharalah anakku di bawah jagaanMu,
Hindarilah Amina Nawwarah dari perkara2 yang tidak diingini,
Tanamkanlah rasa kasih dan sayang dalam hati pengasuh Amina Nawwarah,
Untuk mengasuh dan menjaga Amina Nawwarah dengan sepenuh tumpuan.

Ya Allah,

Aku memohon ampun atas segala khilafku, khilaf suamiku, khilaf kedua ibubapa kami, adik beradik kami, saudara mara guru2 jiran2 kami,
Ampuni segala salah langkah dan perilaku kami,
Ampuni dosa2 kami..

Ya Allah,

Terima kasih atas semua rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami,
nikmat Iman dan Islam,
nikmat kesihatan yang kami masih mampu bernyawa, bernafas di atas bumi sementaraMu ini..

Ya Allah,

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang menciptakan kami, Tuhan yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu,
Bantulah kami ya Allah,
Bantulah aku ya Allah,
Aku memohon kepadaMu untuk diberikan kekuatan mental dan fizikal,
Untuk meneruskan daya juang di timur nanti,
Tanpa suami yang dikasihi,
Tanpa ahli keluarga yang disayangi..

Ya Allah,

Kau bukakanlah pintu hati majikanku,
Untuk memahami akan keputusanku,
Untuk menerima dengan baik tanpa ada hukum tidak bertempat.

Aku juga memohon dariMu ya Allah,
Moga dia akan mampu berhujah dengan lebih berhemat dan berlemah lembut,
Moga dia menjadi majikan yang disenangi dan disayangi oleh pekerja2nya..

Ameen ya rabbal 'alameen....


Terima kasih ya Allah,

Atas segala2nya...

Thursday, July 17, 2014

Assalamualaikum....

My dear wall friend,

Just to let u know that this girl in front of you PC, is having a turbulence mixed feeling.

I can't do work since morning, sebab asyik fikir this one BIG thing.

In the end now baru tengahari I dah rasa pening kepala migraine menyerang dunia berpusing2. Huhuhu.

I called Ibnu, he's just about to enter surau, and at the same time was talking to someone else kat sana, and the line is not so clear, so...... cakap for one minute then I ended the line. Uhuks.

I called my mother, but just managed to talk with her for two minutes before her students arrived, masuk makmal science. So..... still..... tak dapat nak really luahkan what I feel right now.

So, here I am. Pressing keyboards and hoping that this will help to soothe a bit my rasa haru biru ni.

I need to decide whether I want to stay in this EM company, so move back to my old precious P company. I received a call somewhere early this year from P, saying that they need one person to help them with dadadadadaaa. Excitedly I said, yes! Sebab at that time my contract dah nak habis and not sure akan di-extend or tak. (And rupanya it's extended until end of this year.) But back then tak tahu kan, so I just went for the interview etc, and last week I received the offer letter to report duty on 1st September 2014. Yes, just a month plus gap from now.

And.....

Now I'm confused.

I even more confused because my current company already put some plan for me. Nanti after current contract habis, they gonna offer new contract, with new department and new workscope. Even now they are passing few tasks related to that position to me, konon2 for familiarization purposes.

How to choose? To stay here or to go back to my old team in Terengganu?

WORKWISE -- I'll choose Terengganu. I'm pretty sure I'll be happier there working with my good teammates and bosses. What about current u ask? Current... Hmm... I don't feel like I'm contributing much. I was dragged away from my expertise and experience, and was "forced" to do something that even no one knows HOW to REALLY do it. That something is never been done in any Malaysia's oil n gas platform. I don't have real situation to study, to become my reference. Neither no books nor manuals. And my technical judgment is not as good yet. So, kind of rasa macam lintang pukang and helpless. :'(

FAMILYWISE -- This one is hard. How about Amina? Ibnu? Can I manage Amina by myself? I need maid. Will that maid loves my child? Is it safer for Amina to be in nursery or stays at home, taken care by maid? Long distance relationship, how bad is that? How bad it can be? I don't know......... (T_____T)

FINANCIALLYWISE -- My current pay is very high; out of my expectation at all, subhanallah, alhamdulillah. Offer from P is a bit lower than my current earn. But the future offer from current company with the new position will be much lower than P's offer. $$$ Money is not really an issue - for now. Maybe later in future bila kitorang jauh or maybe if kitorang dekat pon but because future pay is gonna be much less, that time maybe akan rasa that $$$ money is an issue jugak. Again, to answer this question now -- I don't know. :'(

I don't like to be in this situation - not knowing what to do.

Hate it hate it hate it.

It would be much easier if I can work with P and have Ibnu together with us. Am I too demanding? :'(



Monday, June 16, 2014

Happy father's day to the world's greatest dad.

You, who is....
Funny
hAndsome
sTrong
Happy
clEver
maRvellous

Dad,
We're admiring you today;
You're the strength of our home -- the KING,
The guy to seek for advice and help,
Who can do most anything.
We look up to you, and respect you, Dad,
More than we can say.
We love you, Dad, and we hope you have
Happy Father's Day!

A special post for...
Father of Amina Nawwarah -- Ibnu Nizar
And her grandfathers -- Hj Mohd Ali & Dato' Hj Hamzah
Also all fathers in the families. (^___^)

Follow Us @munirahmohdali