Wednesday, December 5, 2012

Assalamualaikum,

Babe,

I specifically buat this entry for you tau. Senang sikit. Aku aritu last minute decide nak buat mee kari, bila mak aku call cakap diorang nak singgah KJ nak switch kereta. Kebetulan dekat2 dengan birthday mak aku and anniversary parents aku. Ala, yang aku upload gamba diorang kat fesbuk tu hihi. Sebabnya time tu diorang nak balik Johor, cuti sekolah hujung tahun kan.. So alang2 tu, drop by kejap, tukar kereta. Aku kan drive pakai kereta diorang masa nak balik ke KL from Kedah, sebab roadtax kereta aku mati. Kui3... Dulu aku pernah tulis pasal kereta2 tukar2 ni, kat sini. Hehehe.

So, ni mee kari ala2 cowboy plus aku first time buat mee kari nih. Sebelum ni pandai makan je. So, dapat tau ingredient and tips dari internet. Btw, since ko dah tanya, aku share je lah ek apa2 yang aku tahu... Boleh tahan senang je buat mee kari ni sebenarnya tau.. Just bahan2 dia banyak sikit... And for orang baru belajar2 memasak macam aku ni, takes time sikit la eventough aku rasa aku dah habis bersilat kat dapur malam tu.. Uhuks.


INGREDIENT (bajet aku aritu untuk makan 1 family, iaitu 11 orang dewasa dan 3 orang kanak2)

For kuah (A):
  1. Udang segar sebanyak2nya. Lagi banyak lagi best. Haha
  2. Udang kering 1 cawan (blend)
  3. Fish ball 3 peket (belah dua setiap fishball)
  4. Fish cake 2 peket (dihiris-hiris)
  5. Tauhu basah 5 ketul (digoreng dan dipotong2)
  6. Tauhu kering (yang ni the only benda aku terlupa beli. Tapi if kalau ada lagi best)
  7. Sayur sawi 2 pokok (daun dihiris, batang dititik2 dan dihiris)
  8. Kentang 5 biji (potong2)
  9. 3 biji bawang merah yang size besar tu (blend)
  10. 7 biji bawang putih (blend)
  11. 2 inci halia (dititik)
  12. 1 batang serai (dititik)
  13. Daun kari 3 batang
  14. Cili kering 8 keping (blend)
  15. 1 biji kelapa parut (first blend consider santan pekat, 2nd blend consider santan cair - asingkan santan pekat dan santan cair dalam 2 bekas berasingan)
  16. Perencah kari daging babas 1 cawan 
  17. 3 keping asam keping
  18. 2 cawan susu HL
  19. 1 cawan air kosong
  20. 1/8 tin susu pekat manis
  21. Garam secukup rasa
  22. Bahan rempah untuk menumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 6 buah pelaga)
  23. Kerang (aku beli yang dah siap dibuang kerang. 500 gram)

For hiasan/accessories (B):
  1. Telur rebus 5 biji (lepas rebus tu belah setiap biji kepada 2 bahagian)
  2. Daun bawang 5 helai (dihiris-hiris)
  3. Bawang goreng (beli yang instant je nih)
  4. Taugeh (beli 40sen je) dicelur dalam air panas
  5. Ayam yang dipotong kecik2 dan digoreng macam biasa dengan sedikit kunyit dan garam (yang ni pon ikut suka nak banyak mana)
  6. 2 biji cili merah besar (dihiris-hiris)
  7. Limau kasturi (yang ni aku tak guna, sebab aku dah guna asam keping dalam kuah siap2. So dah ada rasa masam2 dia tu)

Complimentary (C): 
  1. Mee kuning 3 paket (dicelur dalam air panas boiling-boiling 3 minit)

CARA PENYEDIAAN

Kuah:
  1. Blend bawang merah, bawang putih (bahan A9, A10)
  2. Tumis hasil blend no 1 dalam minyak yang tak banyak sangat, atas api kecik, bersama kari (bahan A16) yang dah dibasahkan dengan air, bersama juga bahan A11, A12, A13, A14, A22
  3. Bila dah naik bau, masukkan santan cair, bersama kentang (bahan A8), pon atas api kecil
  4. Biar seketika, sampai agak2 kentang dah empuk
  5. Masukkan santan pekat, bersama bahan A1, A2, A3, A4, A5, A6, A17, A23
  6. Biar atas api sekejap (dalam 3 minit)
  7. Masukkan bahan A18, A19, A20. Time ni dah boleh besarkan api tu sikit
  8. Bila dah hampir masak (dah start nampak bubble boil tu), masukkan sayur sawi (bahan A7) dan garam (bahan A21)
  9. Bila dah mendidih, tutup api

Dah.... Once kuah ready, then ko dah boleh start serve lah. Since bahan2 accesories semua pon dah ready untuk dimakan, sambil2 buat kuah, sambil2 rebus telur, celur taugeh, etc... Settle! (^___^)


TIPS
  1. Kacau santan tu masa atas api (time buat step no 3)
  2. Kacau lagi santan time buat step no 5. Jangan dibiarkan santan atas api sorang2 diam2, nanti dia boleh jadik berketul2 tak mesra...
  3. Garam dimasukkan hanya selepas kuah dah hampir siap. Kalau masuk awal2, nanti takut kurang umphhh.
  4. Rebus telur bersama sedikit garam supaya nanti senang nak tanggalkan kulit telur tu..
  5. Baca selawat dalam hati dan kacau kuah dalam arah pusingan lawan jam (dapat pahala free sambil berdoa supaya masakan kita tu menjadi. Hehehe)
  6. Make sure kentang betul2 empuk sebelum proceed dengan step no 5. Kalau nak cepat empuk, potong kentang tu dalam size yang lebih kecil.
  7. Daun kari tu takyah ditanggalkan dari batangnya. Masuk je sekali dia bertangkai2 macam tu supaya rasa kurang pahit, dan lebih best.

p/s: Sorry no pic sempat tangkap aritu after siap serving. Semua orang dah starving tunggu aku masak. Hahaha. Tapi, lebih-lebih kurang jadik macam gambar di bawah ni lahhh... Har har harrrr~ :p

p/s lagi: If kalau ko buat dalam kuantiti yang kecil, ko agak2 je lah yer.... Ko kan pro dah... Hehe.. Mee kari aku buat aritu, boleh makan untuk 15 ~ 18 orang dewasa sebenarnya..

p/s lagi satu last: Ada orang suka hiaskan final plating dengan daun pudina. But not sure whether people really do eat mee kari dengan daun pudina tu. Aku takley bayang rasa dia.. Hui2..

Okay, babe. Tu je lah. Nanti bila ko dah buat, tag me in your picture ehhhh.. Hehehe... :)

One of the website that I browsed thru to learn on cara pembuatan mee kari - yati masam manis. :)










Follow Us @munirahmohdali