Sunday, November 18, 2012

Perihal Myvi Orenku~~

Moi myvi oghen muah2222.

Hello all!
Ini myvi saya~
Usia dia da tiga tahun lebih.
Birthday dia bulan Oct 2009.
Officially, warranty dia da habis on 13th Oct 2012 baru2 ni...



So, kena jaga dia molek2..
Kalau takkkk, berasap $$ poket sendiri lerrr lepas ni... hew hew hew~

Kat parking lot near my current office, during my first working week kat situ. Datang awal, dapat park betul2 dekat entrance. Hehe.

Plat number dia tu, memang ada makna...
868, mewakili singkatan tahun kelahiran saya 1986..
Sepatutnya 86 ja, tapi time nk beli plat number tu, tinggal number yang 200++ ke atas ja katanya...
So, last2 sekali apitkan ja la dia balik dengan number 8, jadik ler 868.
Kalau 8686, panjang sangat ler pulak, number semua bulat2, tak besttt~ Heheh
Saya dulu hampir2 nak pilih 1001, sama ja harganya dengan 868, tapi pilih 868 sebab abah kata mirip2 dengan plat number kereta dia...

Ni masa nak tukarkan tyre dia and buat balancing kat workshop di Gurun...

Dia ni memang lasak, sebab driver owner dia ni pon boleh tahan lasak jugak.
Pernah corner baring kat selekoh, berpusing 360 degree kereta tu...
Masa tu saya drive sorang2, from kerteh airport, ada issue pasal tix flight arrangement, tengah kelam kabut nak catch up next flight kat kuantan airport, pagi2 gila, hujan2; ceritanya agak panjang, but to make it short - kereta tu berpusing dan saya near-miss nak eksiden...
Alhamdulillah umur masih panjang.

Tapi ever since that day, "kesedapan" myvi tu dah makin kurang...
Bila kat cornering ja, terasa macam "terbuang2", senget2, tak balance.
Lepas tu pergi service, suruh check, dia kata takda masalah pape.
Mungkin perasaan je kot eh?
Huhu...

Tengok! Myvi jadik saksi chenta kitorang~ First lunch date kat tepi pantai Kemasek. Hikssss~

Myvi ni pernah berjasa bawak orang eksiden gi hospital,
berdebar gila gerun gila tak hengat la time tu...
Eksiden depan2 mata, sampaikan bila kita parking tepi jalan after eksiden tu, pakcik2 kampung ingat kita pulak yang langgar motor tu..
Maklumlah saya punya menggelabah masa tu memang susah nak control dah.
Walhal motor tu bertembung dengan motor lain.
Balik from hospital, Ibnu la tukang bersihkan balik darah yang melekat2 kat sofa belakang tu..
Terasa ada bagusnya bila pakai kereta yang seatnya leather...
Senang nak cuci.
Bayangkan kalau cover seat jenis kain?
Tak ke jadik satu kerja pulak nak menyental kan...

Sorry sayang~ Saya upload  gambar ni... Hehehe.. Mr Ibnu kepenatan dan ketiduran di dalam kereta masa on the way nak balik ke kedah, for raya ke ni ek? Tak ingat plaks. Hehe.

Macam2 lagi la myvi oren ni dah pernah rasa.
Makan dinding pernah, makan tembok pernah, makan bonggol pernah, macam2 lah.
Sian dia uhuuks2222...
Sian dia dapat driver macam saya ni uhuks2222...

Chop, nape arini cerita pasal kereta ni?? Apakesssss ni?
Kesnya, myvi dah habis roadtax on 9th Nov 2012 aritu!
Tapi saya ni punyalah tak check, selamberh2 je drive dia ke sana ke mari.
Sebaikkkk pakcik polis tak buat roadblock?
Da sampai bawak balik ke kedah dah pon...
Kitorang drive from KL ke kedah hari Khamis lepas - 15th Nov 2012.
Alamatnya besok mak suruh drive kereta abah bawak balik ke KL...
Myvi kena direhatkan kat rumah dulu sampai la roadtax dia hidup balik.
Eheh eheh ehehhhh....

Camwhoring in myvi oghennnnnn~ During raya puasa 2012. :)

Okkei myviku, be good yaa...
See you when i see you~~~ :)



No comments:

Follow Us @munirahmohdali