Pages

Monday, January 7, 2013

Hood dan hob untuk dapurku

Houz Depot Damansara sale - Pergiii takkan taknak pergi kannn.

Tu lah. Takkan taknak pergi kan. Sekarang ni, asal weekend atau cuti je kitorang ada la plan nak gi cari sale mana2 untuk rumah. Sale perabot ke, barang2 elektrik ka apa kaaa, kalau tak jauh, mesti nak pergi usya. Kadang2 usya, kadang2 terbeli. Kadang2 rasa bangga bila dapat keluar kedai tanpa beli apa2. Sebab maknanya kitorang boleh tahan nepsu beli2 barang kitorang. Hahaha.

Houz Depot Damansara. Ibnu kata dia tahu jalan ke sini, so yes! Settle bab taktahu jalan. Hihi.

Sale ni sampai bila tah, tak ingat. Kitorang tahu pon sebab terbaca dalam newspaper sehari sebelum kejadian. Errrmm... Kesimpulannya, sale ni biasa la macam sale2 lain jugak. This time, pergi dengan misi nak usya hood + hob untuk kitchen. Kalau ada untung sabut, bole usya oven sekali.

Hood + hob sini memang laaaaagi banyak choice dari Harvey Norman aritu. Saya pon dah ada buat list, brand2 hood + hob yang ada kat Malaysia ni. Bila baca dari blog2 orang, list yang saya dapat buat is:
  • Rubine
  • Faber
  • Fagor
  • Fotile
  • Electrolux
  • Morgan
Price range pulak dalam RM1.5k ~ RM2.5k. Rasanya tak banyak beza sangat antara 1, 1 brand. Tapi based on pembacaan dan pengalaman (Pohyoh ni semua nih - gaya awie), apa yang nak diconsider bila beli dapur ni adalah macam:
  • Suction power hood untuk tarik asap2 tu nanti (Normal 1200kW. Ada gak 1400kW. Tapi mahei sikit)
  • Kesenangan/kesusahan nak cuci hood tu nanti bila dah berminyak2
  • Nak ada hob 2 lubang dapur masak atau 3 lubang?
  • Mungkin kena consider jugak kepanjangan hood + hob tu nanti (untuk dapur kecik pendek macam saya sobss)
  • Accesories dapat free tak? (i.e. hose untuk hood tu nanti, etc)
Nak tahu tak apa yang menentukan pilihan hood + hob kitorang? (Chop, sakit mata kan dok baca saya tulis eja hood + hob? Mengada. Cakap je la dapur. Kan2? Hihi. Tak kira~~~ :p) Mula2 nak hood yang kepala dia tu jenis kaca melengkung tu. Nampak cantiks je. Tapi ini tidak penting. Sebab ni hanya sekadar rupa. Huhu. So next kitorang pilih berdasarkan ketebalan besi yang nak jadik tempat letak buntuts periuk kuali itu. Tak tahu la nama dia apa. Tapi besi tu la. Bila tengok yang nipis, rasa tak confident. Risau dia boleh patah tiba2 bila nak masak guna periuk besar bapak.

Tak banyak dapur yang guna besi tempat buntuts periuk yang tebal. So memudahkan lagi kerja kitorang. Tinggal few choices je. Last2, kitorang pilih, Fotile! 3 dapur dan dapat free sebekas set pisau lagi. Itu sebenarnya yang saya nak sangat2 tu. Hihi. Oven goodbye dulu. Nak guna oven pon tak reti. Verangan jer lebey nak guna oven tu nanti. Ngeh333.

Kelebihan hood fotile ni:
  • Ada technology "air curtain". So kalau ikut kata saleslady tu, memang bau takda, kesan2 minyak kat lantai pon takda. Kita buktikan nanti noo.
  • Kurang bunyi bising. Memang bunyi dia senyap sikit compare dengan hood2 lain. Kat rumah tu, kalau mak tengah masak, dia on-kan hood dia, memang kitorang yang selang 10 langkah pon dia tak dengar. Hui3. So hopefully membantu la bila kitorang dah pilih yang less noise ni.
Kelebihan hob fotile:
  • Dia ada penutup untuk ignitor api tu. So, kurang la kebarangkalian untuk lubang ignitor tu tersumbat kan.
  • Ada lagi dia explain tapi saya dah tak ambil pusing, sebab dok fikir pasal set pisau free. Kui3.
Harga promotion set is RM3390. Tapi, kitorang dapat beli pada harga RM2599. Jimatz beratus2. Maka dengan ini saya mestilah masak hari2 di rumah. Baru betul berbaloi2. Hihi.

Besok kot dapur tu sampai, yeayyy~ Makin padat lerrrr rumah kakak iparku ituw dengan barang2 kitorang yang semangat ni. Harap2 mereka bersabar dengan pe'el2 kami ini. Hehehehehsss. (^___^)



13 comments:

mizzura said...

So far acane fotile tu...oke tak dah pki...ni tgh pening nk cari hood n hob brand apa..fengsan...

d-Ya said...

tq for the sharing..tgh cari2 hood n hob yg sale ni.x tau langsung spec ape yg ptut tau b4 nk beli.huhu.

Munirah Mohd Ali said...

mizzura & d-ya,
dalam minggu ni atau minggu depan baru siap table top.. insyaAllah lepas masuk rumah (paling awal bulan 5), saya buat entry sahih ke tak sahih pasal fotile ni yer. Tp harap2nye okay je lah kan semua... Thx for dropping by ladies... :)

abu muhammad said...

So far mcm mn per4mance fortile ni?

Munirah Mohd Ali said...

Hi Abu Muhammad. So far okay je xdak problem. Tapi compare dgn dapur2 yg pnah pakai before ni (kat rumah mak, etc), futile ni api dia agak kuat. Suits Chinese cooking style better. Tapi masak masakan melayu pon okay je.. kena jaga api je la.. :)

farnas said...

Sy bli rm 2300 set ni

Anonymous said...

Bole tau beli kt mn rm2300 tu... Brp tungku yer?

Syareah Md said...

Sis api yg tengah tu xleh laras eh? Wlaupun kita dah kecilkn api yg bahagian tepi je yg kecil...yg tgh tetap besar...nk kecilkn yg tgh..yg tepi padam apinya...ke sy yg x pndai setting???

Hanafi Widya said...

anda butuh jasa Pembuatan cooker hood
kunjungi iasgroup.blogspot.com

ekin said...

Beli di mane ye dpt 2.3k tu?

ekin said...

Beli di mane ye dpt 2.3k tu?

Sabariah Abdullah said...

Nice review...boleh bantu saya yg tgh tercari2 ni

ain732 said...

Ya la... saya pun tertanya2 pasal ni...pn syaerah dah dpt jawapan tak.. blh jugak share