Pages

Wednesday, September 18, 2013

Miracle! Miracle!

Subhanallah! MasyaAllah! Ya habibi ya maulana, ente sungguh gumbira di saat ini, kirna, itu baby ente, sudah....... PUSING! Terbalik! Kepala kat bawah kaki kat atas! Hoyeayhhhhh hoyeayhhhhhh~~~

Semalam check up, minggu ke 36++. Time tu, dari rumah, dah plan nak tanya doc macam2 soalan, especially pasal plan nak czer tu kan. Nak tanya bila kena datang menyerahkan diri kat hospital, boleh tak nak stay sampai 5 hari kat hospital (sebab parents saya from Kedah boleh datang time weekend je - diorang kerja as cikgu and cuti diorang dah habis huhuhussobsss), nak tanya pasal risiko2 czer or apa efek dia long term lah, etc etc etc.

So, bila doc scan, doc cakap, "Eh good news! Your baby is no more in breech position! Tengok, kepala dia dah kat bawah..... So no need for czer...."

Saya macam,

"Erk??" "Owhh??" "Wahhhhhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~"

"And another good news", doc cakap. "We can see your baby's face!"

And lagi skali saya macam,

"Hoh??" "Wahhhhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"


Hahahaha....


Time tu macam terkujat2 moment kot. Happy, of course la kan. Tapi macam tergezuts yang lebih sebab baby finally showing her face, yang selama ni asyik tayang belakang or sipi2 tepi muka nampak tinge dia jee.. Walaupon still dia cuba cover dengan tangan dia, tapi dah bersyukur lah dapat jugak tengok hidung, mata, bibir sikit2.

Doc tanya, "macam muka sapa ni baby ni.....?"

Saya stare screen tu lama gila, sebab tak tahu nak cakap macam muka sapa. Hahahaha. Last2, my comment was, "tak tahu lah ikut muka sapa.... *pause diam kejap stare lagi* tapi..... hidung dia macam hidung ayah dia lah.."

Ahahaha, hidung jugak yang jadik mangsa.

Seriously, tak tahu nak cakap, sebab gambar scan tu pon bukan clear sangat kan. Ibnu cakap, macam muka saya. Hik hik. Lepas keluar bilik doc, baru kitorang tenung gambar tu lama, then rasanya kitorang sepakat cakap, baby muka mix mak ayah dia laaaa.... Tang hidung macam ayah dia.. Tang bentuk raut muka tu macam mak dia - bulat. Keh3333 :p :p Tang bibir, tak nampak sangat. Tapi mungkin macam ayah dia, sebab gaya dia pose masa tengah scan tu, sejibik sejiban gaya ayah dia time tengah bercakap benda serious. Jari2 tangan tutup mulut. Eheheheee... Ibnu happy, sebab dia kata, be;um keluar lagi baby dah ikut gaya dia, nanti lepas keluar sure diorang kamceng jadik geng.

Yoooooo lahhhhhhhhhhh......

Huuuuu~~~ So sekarang, marilah lupa perihal czer! Syukurrrrr selamat dari kena czer.... Boleh la pantang freestyle nanti. Eheheheeee... Harap2 Allah permudahkan jalan masa nak deliver nanti.. Benda paling saya takot pasal czer, sakit kat tempat kena bedah tu. Dah terbayang2 kengiluan bila terbatuk or bila nak gerak2. Ibnu cakap, beranak normal pon sakit jugak, sakit luka kena jahit kat bawah. Ermmm betul gak tu. Tapi apa2 pon since now doc cakap boleh buat normal delivery, terus naik semangat den!

Dah takde dahhhh keluh kesah bila nak naik tangga rumah.

Dah kurang dah bunyik ngok ngek ngok ngek bila dok berjalan2.

Kalau dulu, lepas balik kerja, sure malas nak naik atas. Uruskan diri, mandi, solat semua kat bilik tetamu bawah. Tidur pon kat bawah. Just naik atas pagi besoknya bila nak ke ofis, sebab baju2 kerja still kat atas. Ehehee..

Tapi sekarang (lepas semalam la tapi, ehehehe), even sakit camana pon, redah je jugak. Paksa je diri naik turun tangga banyak kali pon. Sebab takmo dah manjakan diri sangat. Nak kena anggap sakit2 tu semua sikittttttt je, compare dengan rasa sakit time nak beranak nanti. So, haruslah semangat kena kental kannzzzz....

Chaiyok2222!!!

  • Bilik baby? Dah kemas!
  • Barang baby? Cukup dah kotttttttsssss...
  • Barang mommy? Aaaa ermmmm ada lagi sikit2 nak kena beli..
  • Beg hospital? Baru kemas 20%! Tu pon campak2 je. Banyakkk lagi tak masuk dalam beg hospital tu..
Last but not least, dah ready?? BELUM!!!!!!! Ahhahaahahhaa...

Sayang fikir apa tuuuuu..... Macam serious bebenauuuu je gayanya..... Ehehehehehe. Love love love!

Makpak baby, zaman minggu2 awal kawen. Sekarang dua2 dah bulats makin bulats bulats sebulatans bulatansnyaaa... Cepat baby keluar jumpa kitorang! Hehe..

Friday, September 13, 2013

Besok 9 bulan sudaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Errrmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Hahahh.. Seriously blurrrrrrrr gilos! Besok dah genap 9 bulan! Helppppp meeeeeeeeee~~~! (Mengada2 ah tu kan!) Ekekekee...

Chop, kenapa kan, dari dulu kan, kita selaluuuu ingat orang pregnant 9 bulan 10 hari je eh? Awat mai tang hospital, jumpa doktor, depa kira 40 minggu eh? Nanti nak tanya kat Ela lah, adikku di Indonesia tu. Rasa macam tak percaya dia dok cerita, pengalaman dia sambut baby lahir, siap boleh jadik tukang jahit balik kat luka lepas patient deliver tu..... Kalau eden, eden tak bagi doktor muda2 jahitkan edennnn... Tak dapat kepercayaan lagi wooo. Tapi maybe kat sana tu, style dia memang ramai orang, ramai patient, doktor kurang kot eh.... Huhuhu.

Belum lagi part dia cerita kes dia oncall tengah malam, and patient kawan dia punya baby meninggal dalam perut akibat terbelit tali pusat sendiri - after cubaan nak buat normal delivery (tak jalan), then buat 2x vacuum (tak jalan jugak), last skali czer (baru tahu tali pusat dah terbelit). Kesian Ela, sampai fobia2 dia. Dia rasa serba salah kot, sebab kejadian jadik depan mata dia, walaupon bukan patient dia, sebab dia tengah handle patient lagi satu... Hmmm, macam2 cabaran nak jadik doktot ni. Takut pulak dengar cerita Ela kat labor room. Sampaikan, everytime baby dalam perut ni gerak2, mesti saya pesan kat dia, "Baby sayang, baby goodgirl kan....jangan main tali pusat tauuuu...golek2 tendang2 takpe, tapi jangan usik2 tali pusat tu tauuuu...." Huhuhuu... And selalu doa, mintak simpang dari benda2 yang tak diingini. Bukan lama pon lagi, beberapa hari je lagi, then boleh dah jumpa si tecik dalam perut ni, insyaAllah....

Perkembangan diri

Diri ini memang semakin berkembang dengan jayanya! Dah naik 16kg masa baru 8 bulan aritu. Tepuk tangan tepuk tangan! Beribu ribu taniyaaaaaaaaa~~~ Hoyeayhhhh!~

Hish apa meroyan ni.

Okay2 serious2. Sekarang ni, dah memang rasa tak larat sangat2. Even kalau duduk pon, perut tu dah macam bagi pressure kat paha sendiri. Sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki, sakit celah2 paha tu, memang takyah cakap arrrr... Baring tak boleh, duduk tak boleh. Kadang2 saya berdiri je kat rumah. Bila dah lenguh, duduk buat gaya merangkak tu. Dah puas camtu, baru cuba duduk betul2 balik. Tapi memang serba tak kena lah jadiknya. Sekarang tidur pon bukan atas katil dah, saya tidur kat atas sofa kat ruang tamu. Ibnu tidur atas toto. Sebab katil semahal2 tilam tu pon rasa macam hazabbbb je. Tidur kat sofa pon bukan baring, tapi duduk. Huhuhu.

Eh rasanya dah pernah cerita la kes tidur duduk ni. Nak ulang lagi buat apa... Buang karan jaa.. Well, ibu menandon memang ada penyakit lupa2 sikit. Hampun nooo. Hihi.

Owh, and, satu lagi penyakit yang baru menyerang, tidur siang tak hengat dunia. Kat ofis tuuuu.... Selamba2 tidur. Pagi tidur, tengahari tidur, petang tidur. Buat kerja ada la dalam setengah jam, lepas tu berjam2 bantai tidur. Masalahnya, TERtidur! Bukan sengaja2 nak tidur. Tertidur atas kerusi. Tapi memang tertidur. Bila terjaga tu, puas bulatkan mata, tapi ntah camana tah, boleh tertidur balik. Hohoho.

One thing yang saya sangat appreciate, saya sedar kini yang saya ada husband yang sangatttttttttttttt lah baik. Rasa macam Ibnu is someone yang sangat memahami, sangat caring, sangat rajin, sangat supportive! Haaaa amekkau puji laki sendiri. Kikiki.. Serious. Saya dah boleh kira berapa kali je saya memasak, berapa kali je saya basuh pinggan, since masa bulan puasa aritu. Sekarang ni, malam2 Ibnu yang akan buatkan air. Dia yang akan basuh pinggan. Tak banyak soal pon. In return, saya memang jadik tukang iron baju dia. Walaupon sakit pinggang ke apa ke, bab2 baju (lipat baju, iron baju), saya still in-charge. Lagipon saya rasa saya iron baju lagi kemas kotttt. Puas hati tengok baju kemeja kerja dia tu tajammmm je kesan iron kat lengan and bahu. Sehelai baju dia saya gosok nak dekat 20 minit kotttt... Gosok penuh kasih sayang gituewww. Hihihi.

Eh panjangnya entry!

Moh layan gambar pulaks.


Kefeningan yang melanda time nak beli shower foam baby.... Banyak sangat jenisnya. Susah betoi nak decide. Hoho.

Basuhan first trip. Baju color2. Baju putih nak basuh tapi asyik bertangguh sampai ke sudah. Weekend ni la kot setelkan..

Tukang basuh dan sidai : Ibnu. Tukang amek gambar : Muni. Kui3333

Socks yang warna biru oren tu, Ibnu beli time dia outstation kat Turkmenistan awal tahun aritu. Masa first time saya bitau saya pregnant, dia kat situ. Tak sangka dia pandai pulak shoppingkan stokin baby ni. Ingat jugakkkk kat baby noooo. Terharu baby. Baby says thanks! Hihi.

Tukang pair2kan mitten and booties : Muni. Tukang masuk dalam box ni : Ibnu.

Semangatttt~~~~ Semangat new parents to be!

Ni pon semangat~~~~ Semangat new grandparents to be! Hahah. Mak dengan abah boleh pulak buat surprise belikan raga2 ni. Diorang kata boleh buat simpan barang2 baby for travelling ke apa ke.. Well, memang kitorang tengah searching raga2 camni pon. Macam tahu2 je toknek dengan tokwan ni tauuu.... Baby says thanks jugak! Hihi..

Selerepsss... Ini di-wassap from kawanku~~ Bikin guwe terliur~~~ Mana nak cari durian sedap eh.. Yang isi warna kuning gebus camni. Uuuuuu~~~


This weekend, nak setelkan beg hospital. Walaupon doktor dah cakap saya kena czer, tapi saja je nak get ready beg spital tu. Kalau ada apa2 takyah kelam kabut sangat dah... Kan...

Owh ermmmm, rasa macam nak ajak Ibnu gi jalan2 mana2 la.... Tapi tu lah, saya dah tak larat nak jalan masalahnya. So saya dok terfikir nak spend time kat hotel, layan food hotel, layan movie kat hotel, layan spa kat hotel. Ahahahah~~~~ Berangan je la tapi. Ongkosnya enggak ada. Dah diam. (T____T)

Wednesday, September 11, 2013

Belly dancing

Aktifnyaaaa laaaaaa hai baby mommy ni. Kejap ke utara kejap ke selatan. Kejap timur kejap barat. Paling best, timur barat utara selatan serentak. Pernah jadik sampai tengok perut saya ni dah macam ada 2 pusat terbonjol. Elokkkk je duduk sebelah2. Siku baby eh tu? Haaaaaa... Nak imagine gaya dia kat dalam pon rasa macam kompius tauuu. Kuak lentang ke.....kuak rama2 ni? Ke kuak menggeliat sedunia?? Huuuuu.... Memang jakun ah everytime rasa dia dok bergegar2 ber-wave2 tu. Berapa banyak video perut ber-belly dancing dah saya amek. Penuh memory phone ni sampai hang2 pon pernah. Hihi.
Baby sukaaaaaa sangat duduk side kanan. Kenapa eh? Now ni tengah terbunjal jugak ni kat side kanan.

Lagi satu yg musykil, tengah makan perut boleh lagi bunyik2 krukkk3333 macam tengah kebuluq tu. Lepas makan pon still bunyi2. Baby tak suka food mommy makan ni keerrr? Keee terlebih suka? Hebat sangat bunyi perut sampai orang lain pon boleh dengar, toleh2. Walhal mulut tengah nganga2 dok nak sumbat nasik dagang tadi. Malu ai sebentar. Eheh ehehhhh.

Rasa2 baby ni tekak pantai timur laaaa. Kalau nak breakfast nasi, mesti samada nasi kerabu atau nasi dagang. Nasi lemak nasi goreng siang2 reject. Terkenan sebab dulu mommy kerja kat Ganu eh? Hihi..

Perhatikan ke-simetri-an peruts. Suspek berada di sebelah kanan.
Pandangan dari atas. Panjanggggg ke depan peruts ini. Belly button tertonjol sebagai aksesori tambahan.
Nyummmmeyhhhhh~ Nasi dagang RM3.50. Naik lima kupang lepas minyak naik dua kupang. Sobssss. Tapi sedap. And ikan dia bagi pon besaq seketoi. Puas makan.

Monday, September 9, 2013

After a longgggg silence...

Gilak, berbulan tinggal blog. Macam la bizi sangat kannn.. Eheh eheh eheh.

I blame you pregnancy hormones! :p

Seriously langsung turn off nak menulis blog, or update status fb, or post gambar kat instagram... Dunno why. Kalau tulis entry pon, in the end, tak post pon entry tu. Kalau tulis status fb, lepas tu mesti cancel22222, tak jadik nak up status apa2. Kalau dah edit2 gambar konon nak share kat instagram, lepas tu last2 share kat dalam wassap dengan Ibnu or dengan family2 je. Dalam berbulan ni, ada la 2 or 3 kali or mungkin 4 kali je post gambar dalam fb. Tu pon sekeping sekeping je everytime pon. Huhu.

Ni pon gagah menulis, harap2 satgi saya tekan la button "publish" tu..

Update terkini:

*** 35 minggu 3 hari ***

Dah nak masuk 9 bulan dah niiii...... Baby sekarang sangat sangat sangat lah aktif! Bila baca kat BabyCenter, katanya movement baby akan semakin lemah lembut and slow2 je, sebab dia makin besar kan. So space dalam perut jadik limited.

Tapi! Rasanya lain kes dengan saya. Sebab perut saya ni dah macam 10 star hotel. 44 inches ukur lilit. Serious. Besar bapakssss. And baby size dia normal je... Masa dia 33w++ aritu, dia baru 2.2kg. Graph dia okay je. Tak lah nak kata baby ni besar. Tapi kalau orang tengok perut saya, semuaaaaaaa cakap besar. Semuaaaaaa ingat tengah tunggu hari. Siap ada yang ingat kembar. Hihihi.

So, baby ni bebas la kan nak bergerak. Apa yang saya perasan, dia suka nak duduk belah kanan perut. Bangun tidur komfem perut ni macam dalam bentuk petak, side kanan. Tak balance antara kanan and kiri perut. Kena usap2 side kanan tu, sampai baby gerak2 and baru la perut tu jadik balance balik. Senak gak la dia suka duduk one side macam tu. Senak jugak kepala dia kat atas memanjang, nak bernafas rasa ada sikit semputs.. Takpa baby, your mother will stay strong or perhaps pretending to be strong - huhu. Walaupon tiap2 malam menangis sebab tak boleh tidur. Sebab bila baring komfem tangkap pinggang, belakang, kaki semua. Nowadays i'm sleeping in sitting position. Tu yang buat tidur pon rasa tak puas. Hence my sleepyface kat office. Hence my penguin-walk. Nasib colleagues macam memahami. Huhu.

Dear Baby,

Next week will be our next check-up. Mommy really really really hopes that u will turn to your ready-to-go position, baby. As of sekarang ni, u are still in your breech position. Boleh rasa. Kerassss bulatttttt je bergerak2 kat side atas perut mommy ni. Demi Allah, I'm happy everytime you move, dear, that I will always reach for your father's hand to feel you too - without failed; tapi i'll be more happier if you can turn yourself - head down, so kita boleh ada some hope to have a normal delivery. It had once scared me so much sebab doc cakap kita kena go for czer. Tapi now mommy dah boleh terima fact tu. And I'm preparing myself mentally and physically with that czer pantang style. It's okay kalau baby nak keluar ikut tingkap, as long as you remain healthy and safe. InsyaAllah, see you my dear to celebrate our same date of born, this coming 1st October! I'm gonna turn 27 and u will be on your very first day in this world. You will be my priceless birthday present - ever. :)

Much much much lovesssssss,
Your mother


I LOVE YOU, BABYGIRL yang pemalu~ Tak pernah tayang muka~ Hihi. xoxoxoxoxoxxxxx