Pages

Monday, February 27, 2012

Lagi ceritera kahwin: DIY pelamin update #1

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum, Hai hai hai!


Lama jugak tak membuat curhat (perkataan diajar oleh Ela yang bermaksud curahan hati. Well, indonesian kan suka shortform2 ni. Takcaya try tanya kawan2 indonesian kamu. Keke..). Curahan hati yang terasa nak dicurahkan malam ni is pasal update pelamin yang kononnya berangan nak DIY. Saya kan dah sketch pelamin tempat ambil gambar ni before ni... Tapi after cari punya cari punya cari kerusi pelamin ni, last last semua design berubah. Sokay lah, tak kesah. Stended lah kan berubah berubah ni? Kita mampu plan ja.. Hihi.


Al-kisah kerusi pelamin...
Mula mula pergi kedai2 yang diiklankan dalam magazine pengantin tu. Pergi Dios Astana Bridal and Bright Sail (BS) yang kat Sungai Petani tu. Kat Dios Astana Bridal tu macam tak banyak sangat kerusinya. Lebih banyak for barang hantaran dan baju2 je tengok. Pergi BS memang berlambak2, besar jugak kedai dia. Ground floor banyak barang2 deco and baju2. Kerusi and pelamin ja dah penuh satu ruang kat first floor. Second floor penuh dengan kerusi2 lagi, tapi banyak kerusi untuk meja makan mengadap lah. Since nak cari kerusi pelamin, kita pon melepek la dekat first floor tu... Kerusi yang diminati price range harga dari serendah RM 350 sampai lah RM 1200. Semua pon lebih dari budget kerusi yang diplan. Haha. Actually 500, 700 & 850 tu okay jugak... Tapi memikirkan bila lagi nak guna kerusi ni, so tak jadi. Target nak cari kerusi yang boleh diguna balik dalam rumah. Kalau angkut yang jenis2 ni, rasanya tak selesa kot nak duduk2 lepek2. Guna untuk kahwin semata2 lainlah cerita... Huhuks.

Lagi murah kalau macam ni. Price varies from RM 350 till RM 450... Huhurmmmm

Kerusi macam ni lebih kurang RM 450... Lebih panjang side dia tu compare dengan jenis pic di atas..
RM 500. Yang tengok haritu kayu dia warna silver and kain warna cream. Tapi diorang boleh entertain if kita nak request full white both kayu and kain. Nice.... Kenapalah tak ambil yang ni ek??
Yang ni RM 700. Suka sangat sebab simple and bila duduk terasa tinggi. Haha...
RM 1000. Sangat mahuuuu.... Tapi, bila lagi nak pakai lepas tu? Wuuuuu~
RM 1200. Cleopatra kan nama jenis ni? Pic taken from google image.


Lepas tu pergi kedai2 furniture. Kat Sungai Petani jugak. Tak ingat nama apa tapi kedai tiga tingkat cat warna hijau and purple. Hampirrrr nak beli kerusi situ. Eventho harga RM1k ++, tapi since kerusi tu empukkkkk sangat boleh buat baring2 tidur2 masyuk punya, sanggup ja nak angkut yang tu. Nak tertidur rasa duduk situ. Tenggelam bont*t dalam kusyen tu. Tapi, mak kata, "peliknya kerusi tu nak buat kerusi pelamin. Nampak sangat jenis sofa letak kat ruang tamu rumah." Haha. Komen mak lagi, "cari lah kerusi yang ACCIDENTLY 2 in 1. Nak guna buat kerusi pelamin tapi boleh guna later2 dalam rumah jugak. Instead of kerusi yang nampak sangat nak buat kerusi rumah, instead of kerusi pelamin." Faham tak? Maksudnya jangan lah sampai overrrr sangat kot ye pon nak stemet. (Stemet is bahasa jawa. Sila cari translator anda sendiri. Keh2) 


Dah kuciwa dengan hasil survey di Sungai Petani, sebelum balik rumah saya singgah di another kedai furniture kat Guar Chempedak. Namanya, Lee Corr. Camtu kot ejaannya, tak pasti pula. Pusing pusing naik turun naik turun, akhirnya, terangkut lah satu kerusi/bench yang sangat simple, paling tersimple pernah jumpa, dengan harga RM 180. Puassss hati. Since bench ni macam simple sangat, sekadar ada kayu kaki dan alas duduk, maka saya plan nak cari kain untuk cover dia biar jadik full covered. Not sure whether this is realistic or not tapi nak jugak try dulu. If in near future terjumpa kerusi lain yang memikat hati dan harga okay, ia juga boleh diconsider. Ngeh2222. Tapi future taknak cerita la kan. Future tu cerita future lah.
Yang dibeli lebih kurang macam ni tapi takdelah seboring ni. Kaki kayu dia still berukir2 nice. Top dia still ada kusyen empuk tak berapa empuk. Padan dengan harga tu..
Nak cover dengan kain bia jadik macam ni. Hihihi...

Or macam ni...
So yeayhhhhhh. Dah dapat kerusi daku satu! Walaupon dalam sketch awal rupanya lain, tapi takpa lah. Kita buat design baru. Simpler version. Ngungungu...


Panjangnya cerita pasal kerusi? Sebenarnya nak update pasal lampu pelamin gak ni. Haha. Dah lah. Cerita lampu kita cerita next time ek! Good night! :)


p/s: nak upload gambar tapi card reader dipinjam kawan pula. So, layan gambar from google jelah yer. Pics source: Bright Sail fotopages. Hohohihihuhu.

Wednesday, February 15, 2012

DIY. Pelamin kahwin. Seriously? Depends. Hoho.

Assalamualaikum w.b.t.... and Hi~!


Check online, pergi boutique, survey tanya kawan-kawan, finding out that harga sewa pelamin memang mahal sesangat sesangat sekarang. I have two options left : Buat sendiri (do it yourself = DIY) or tak payah ada pelamin terus. Do I want to spend some large amount of $$ just for one day view? Maybe forever view bila ia di-capture dalam gambar. But still, riban riban kot. If tak buat, okay ja for me, sebab 1 - selesa ja takyah la orang usya usya atas pelamin. 2 - alhamdulillah, jimattttt duit saya. Tapi, since niat untuk ada pelamin just sekadar ambil gambar, bukan ada merenjis direnjis bagai, so hurmmmm, takpa lah kot kan. So my decision is, with that same sum of $$, saya akan buat sendiri my so-called pelamin, so nanti barang2 yang dibeli tu semua dapat sendiri. Takda lah rasa membazir berlebihan sangat. "Hang confident senang, cantik, berbaloi buat sendiri??" Errrrrrrrr.... Good Luck, Munirah! (T_T)


That's why tajuk entri macam tu. Mungkin nanti tiba2 tanak lah pelamin. Malas. Tak sempat. Better save $$ guna masa shopping time jalan jalan. Who knows. Kan? Tapi, dalam ke-poyo-an cakap nak taknak, saya dah sketch sendiri pelamin itu. As a start. Buruk2 saya sketch. Kihkihkih. Tapi taknak lah letak sini kan... Malu lah. Hihi. But apa yang saya boleh simpulkan, mostly a nice pelamin would have.....:


1. Kerusi pelamin of course
2. Bunga-bungaan
3. Tirai jurai-juraian backdrop pelamin
4. Side table
5. Standing lamp
6. Downlight
7. Uplight (Hihi. Main taruk ja nama)
8. Accessories for deco


My budget: RM1000 RM1500. At most, RM1500 RM1750. Eh makin naik pulak yerrrr. Hohohihihuhu. Boleh dapat tak ek.... Hurmmm... Cuba cuba! So selepas ni akan start menyervey (men-survey) kerusi pelamin. I think kerusi is the most critical sebab later baru senang decide on corak corak design design tata rias pelamin itu... Harap harap kerusi ala2 pengantin di kedai perabot tak mahal tak over sangat.. Mengkalu (= kalau dalam bahasa Kedah) mahaiiiii, saya cilok kerusi mak kat rumah tu ja la no. Asai boleh duduk sudah. Hohoho.


Since saya buat dirumah, indoor, so harus buat something yang bersesuaian jugak la. Space tinggi luas panjang semua kena tahu. Tapi confirm simple. Sebab buat sendiri la katakan. Mana ada frame2 gabak tu. Hihi. Hurm, jom intai pelamin di facebook:
Zon utara - Roslie Studioz 
Zon utara - Dara De Zara 
Zon tengah - Andaman Qaseh 
Zon tengah - Boutique Chantek 
Zon tengah - Zaifie Zainal Creation 


Memang takkkkkk ar nak dapat cenggini dengan bajet awak tu wahai Munirah.... Tengok je lah yer? (@,@)

Sukanya warna camniiiii..... Tiang roman tu mana bole angkut dalam rumah. Owh, why not kita gunakan tiang2 roman yang sedia ada di porch rumah itu? Good idea.... Kekeke

Kalau ambil kerusi dua bijik macam ni, mana muat ruang tamu rumah tu. Hurmmmm...

Macam boleh dijayakan ja kalau macamni ni... tapi, bunga tak selebat tak sejurai tu lah kan. Awak nak simple ja kan.... :)

Owhhhhh love love love. Dramatik sungguh merah hitam camni. Tapi kerusi tu sure mahal bapak. Bye bye pelamin. Huhu

Macam simple kan? Tapi hurmmm kalau nak 6 ketul pasu camtu dengan bunga tengah tu lagi, for sure dah ratus ratusan, mungkin cecah satu riban - hanya bunga?. Huwaaa!

Mungkinkah begini? Okay saja dong..... Janji kamu happy dan dalam budget kamu yaaaa..... :)


Gambar gambar di atas semuanya dari sumbangan En Google. Sesiapa yang buat watermark tu senang lah kan if nak buat reference kat dia. Yang tiada tu hurmmm harap harap maklum je lah. Hohohihihuhu. Owh and target weekend ini : Cari apa yang perlu dicari. Yeayh! :D


That's all for now. Daaaa~
Assalamualaikum!


Monday, February 13, 2012

I chose yellowgold over whitegold for my wedding - I am more than happy! :)

Assalamualaikum w.b.t, Hi!


Okayhhhh... Lately ni saya perasan yang saya selalu buat on-the-spot decisions. Were they because I was too nervous and instinctively did things that were not planned? Mungkin. Kan? Maybe it's normal, for me at least. Saya kalau menggelabah memang otak fikir lain, mulut cakap lain, hati cakap lain. Haaaa camtu la camtu. Complicatedkan things yang tak complicated. Tapi bukan purposely nak complicatedkannya. Semua jadik pon tetiba je. Tetiba terrrr-beli. Terrrrr-ambil. Terrrrr-decide. The (-)ve side of terrrrrr is : bad monitoring on cash-out flow. The (+)ve side of terrrr is : you settled things fast. No need to pening2 especially apabila masa memang mencemburui kita.. 


And yang paling terlatest, macam, biaq betoiiii is, beli emas kuning - untuk wedding. Lalu kedai emas Sri Pinang,  saja2 nak usya nak mintak pamphlet nak tau promotion (as usual lah kan). Sebelum ni pergi Habib, Tomei, Poh Kong, tak terbuka pun hati. Mungkin ketika itu hati dan minda asyik bertelagah. Hati nak beli something yang macam chantekkkkkkk, wowiiii, kena dengan jiwa - which is whitegold diamond lah. Minda nak something yang boleh beli with tangible good value - which is of course yellowgold. Dung dang dung dang, in the end tak decide2. Tapi baru baru ni, hati dan minda bersatu. Mungkin tersatu di dalam kedai Sri Pinang. Sebab tu beli kat situ je last2. Hihi.


Yang happy, sebab dapat beli within cost yang dah di-plan. Dua benda lagi tau. Tu yang happy! Alhamdulillah. Although kita beli yellowgold, saya dah cukup happy dah. Sebab.....


1. Yellowgold ada value yang tinggi dalam pasaran. Whitegold sebaliknya. Kita tak tahu what will happen in future. So should try not to spend money on things yang kurang tangible valuenya.
2. Saya sudah ada whitegold diamond. Cincin tunang. Ni lagi satu kes, masuk2 kedai terus angkut. Later later baru sedar "Mahainyaaaaa". Sorry awak sob2. Cian awak. Hoho
3. Of course sebab yellowgold tu chantekkkkkk~ Simple ja. Sesuwei la dengan jiwa saya yang sememeh2 ni. Hihihi. We chose a ring and a bracelet yang comels~ Bracelet nice.. Ring tu pon simple. No diamond. But i love them both soooo much! TQ awak.... This time baru terasa wise-spending. Hihi. :)
4. Another form of investment. Seriously, last time it was like around RM180++ per gram, now already RM194 per gram. Next month? Next year? If nanti nanti baru nak beli harga mungkin akan naik so kita booking dulu.... :)


Bestnya Sri Pinang sebab... dalam market, emas priced at RM194/gram, tapi dia bagi RM190/gram. And siap ada potongan RM20 for harga upah above RM200. Boleh buat booking. Maksudnya, jika mahukan the items tapi tak dapat bayar full lagi. So, buatlah booking! U pay 50% on spot, another 50% boleh bayar dalam 3 kali within 3 months period. Ikut suka nak bayar habis on 2nd month or whatnot, its your call. Just, selepas 100% payment baru boleh ambil item item itu...


Tomei's. Hampir hampir nak angkut this one, luckily out of stock. If not tak dapat la Sri Pinangkuu~ keke

Habib's. Nice jugak but takmau dah. Cukup la E-ring from sini...

Yang RM1,288 tu suka jugak. Simple ja. Suka suka. :)


Hehe. Tapi no picture for Sri Pinang sebab tak ambil pon catalogue/pamphlet nya.. Tapi kalau nak yellowgold, kat situ cantik cantik... :D


Okay, till we meet again! Assalamualaikum!


Thursday, February 9, 2012

Pengalaman: Kursus Pra Perkahwinan di Bangunan MARA, Kuala Lumpur. - In overall, BEST! -

Assalamualaikum w.b.t... and Hi.

Dear,

My heart is not at ease right now. So many things running in mind. Heart-cramped. Hopefully I could catch up things properly before the TIME. InsyaAllah, dahulukan yang wajib. Nak menceritakan yang wajib, rukun dan syarat sah nikah yang penting. Yang lain lain tu belakang tabir. Kalau boleh time time sekarang gak nak kahwin. Jom, pls? Muahahahahaahaha.... *gatai mode* hihikkks. Ala, personally, I do believe yang kalau kita sudah jumpa seseorang, yakin, dah istikharah, buat apa nak tunggu lama lama. As time goes by, kalau ditangguh tangguh niat tu, ditopup pulak dengan iman yang nipis lagi nipis dari sehelai rambut kerat 7, macam2 boleh jadi. Baik diteruskan sahaja niat untuk berkahwin itu. Kata Mak, bergegar tiang arasy bila bersentuhan bukan mahram. Kalau asyik bergegar tak ke lama2 runtuh? *Nangis* Kesimpulannya, kahwin je. InsyaAllah rezeki akan ada. Datang dari mana2 yang kita takkan dapat imagine. Teringat plak kata2 ustazah lisdawati dalam tv al-hijrah semalam. Cinta Allah cinta yang paling agung. Kerana Dia tidak pernah mengharapkan balasan. *Sedih dengan diri*

Dah tanak layan perasaan sangat dah. Macam lari tajuk tau tak. Tajuk bukan main skema, paragraph first terkeluar isi tajuk. Kalau subject BM Penulisan dah lama dapat E tau. Okayyy dah seriously dah.

Hmmm... Actually nak share, my firsttttt time experience mengikuti kursus kahwin. Eh, ada ke orang pergi kursus kahwin banyak kali? manada laa.. semua orang pon first time laa. hihi.. Rupa2nya sijil kursus kahwin ni takda expiry date. Tahan selama2nya. Immortal. Kursus kahwin bukan rukun atau syarat sah kahwin ya... Tapi, dah di"wajib"kan dalam undang2 Malaysia sebagai prosedur untuk berkahwin.... Dan, lain negeri, lain caranya. Kerana setiap negeri punya Jabatan Agama Negeri masing masing. Kedah lain, Johor lain, Selangor lain, etc2222. Dan, dalam satu negeri yang sama, punya kariah yang lain2. Ikut kawasan tempat tinggal kita. Pendek cerita, bagi wanita, pulang lah ke kampung halaman untuk ambil borang perkahwinan itu. Kerana kita perlukan kehadiran wali bersama sama. Takkan lah nak mintak wali kita yang datang jauh2 ke tempat kita pula kannn. Hihi. Dan, kita boleh pergi ambil borang selepas borang pihak lelaki complete - dapat kebenaran untuk berkahwin. yaAllah, permudahkanlah segalanya.....

Best tau pergi kursus kahwin. Rasa ter-refresh ilmu agama. Kalau boleh, nak pergi je lagi. Kalau dapat free of charge. Atau ada orang sponsor. Hahahihi. Tempat kursus pra perkahwinan yang saya hadiri ini, macam berbentuk class. or nak up sikit, lecture. Bilik tu telah berjaya memuatkan 80 peserta dan facilitator2 (yang terdiri daripada ustaz2) sangat petah bercakap. Sepanjang satu setengah hari itu, kami di-ceramah-kan oleh enam ustaz, untuk enam topic perbicaraan yang berbeza2. Masa sangat limited, lebih kurang dua jam untuk seorang. Bayangkan satu topic tu nak dihuraikan panjang berjela. Memang macam popcorn dah gaya cakap masing2. Laju. Ceria. Menghiburkan. Kadang2 tak berapa faham lawaknya tapi tengok orang lain gelak, saya pun turut join-da-club. Ehem. Tapi terselit jugak elemen2 politikus kadang2 tu. (Baca: KADANG2) Downkan mood saya je. Tapi perasaan itu sedikit sebanyak terabai sebab saya bukanlah pengikut tegar politik. Bila ustaz bersongkok hitam itu berkias2 saya tak faham pun dan tak tahu siapa yang dimaksudkan. So, aiman tak berapa nak kesah. Yang penting, cara penyampaian mereka mampu membuatkan saya tidak terlelap dan faham apa yang disampaikan. Hihi.

Saya tulis dalam buku nota apa yang diajar. Tapi kalau ditulis kat sini, lima page punya karangan baru habis kot. Sila baca link yang saya jumpa ini. Intipatinya sama. :) http://kursuskahwin.webs.com/himpunannotakursus.htm

Dalam banyak banyak, yang paling terkesan dihati, bila mengetahui banyaknya dan senangnya nak berbuat pahala bila bergelar isteri. Bila hidangkan suami segelas air, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa seribu bulan. Bila hidangkan suami makanan, pahalanya sama seperti orang yang mengerjakan haji dan umrah sepanjang tahun. I'm touched. Bila saya ceritakan kepada En Tunang, katanya "Ingat, senang jugak nak buat dosa." Erkkkkkkkk... speechless sesaat. Indeed, so true. Harus belajar banyak lagi ni. Huhuhihihoho. 

Sekian. Dari saya yang tengah tak sabar nak kahwin. - Munirah- Kehkehkeh.

Wednesday, February 8, 2012

CLINIQUE anti-blemish solutions 3-step system - I'm letting them go!

Assalamualaikum & Hi Para Readers yang Budiman,


Sesiapa yang sedang memakai atau ingin mencuba set anti-blemish by Clinique, this entry is specially made for you.
Cleansing foam + clarifying lotion (toner) + clearing moisturizer, packed in a box
Retail price: RM185
My offered price to you: RM 140. Together at this price, you will get free gifts as below. :)
Two free gifts on left, moisturizer and toner. Great for travelling purposes
Some info:
- Bought them on 19th Jan 2012 at Parkson Suria KLCC
- Get the opportunity to use cleansing foam for 3 days only (tak guna langsung its toner & moisturizer). Pls trust me
- Reason of selling? As picture below... :)
Mother proposed to go to 'real' clinic instead of putting trust to Clinique. Maka ke sana-lah kami tiba. Terlindung pulak tarikh pembelian 22/1/2012.
Hoho
As an evidence. Sila lihat tarikh dan harga pembelian


To know more, visit this website: http://www.clinique-malaysia.com/antiblemish/. So now untuk mengelakkan pembaziran dan biarkan set ini berhabuk dimamah usia, maka I'm letting them go for good. Do contact me if you want them to be yours! :)


~ 017-4202067 ~