Saturday, October 27, 2012

Hello readers yang budiman! :)

Ni entry sepatutnya cerita awal tahun aritu, tapi dah berkepam2, baru now boleh nak bercerita... Dah kahwin dah pon sekarang.. Hehehe.

Kitorang bertunang pada 10.12.2011, majlis as usual, dah pernah cerita ni dulu2. Entry kali ni sebab nak focus pada outdoor photoshoot kitorang... 

Best tempat ni.. Salah satu tempat pelancongan dan beriadah jugak lah kalau datang ke negeri Kedah ni. Time kitorang pergi dulu, memang ada one couple pon tengah ambil2 gambar kat situ. Bezanya diorang datang awal sikit dari kitorang and diorang ambil for wedding outdoor photoshoot... Kitorang tunang aje hihihi... Bukan saja suka2 nak ada outdoor photoshoot tapi memang dah plan so that nanti boleh la gunakan gambar2 ni for wedding preparation pulak i.e. kad kahwin, banner, etc. :)

Orang2 Kedah, especially orang2 Yan, boleh la buat outdoor kat sini jugak. Dekat sangat and senang je jalan dia. Tahu Perigi, Yan tu kat mana kan? Masuk situ then terusssss je, nanti nampak signboard dia...

"SERI PERIGI RECREATIONAL PARK"

Hasilnya macam kat bawah ni, tapi jangan boring nooo tengok muka kitorang~~ Hihi... ;D


Petang tu dah agak lewat. So hari pon dah agak gelap.

Photographer suruh kitorang berborak and abaikan diorang.. Heheh. So throughout the pictures, korang boleh nampak la macam2 gaya kitorang yang sememeh2 ni hihi...

Tengok camera! Ngeh3

Menjeling2~ Sekejap ja ni.. Tak tahan nak gelak. Haha

Moi loike this picture the best! Tak tahu kenapa... (^__^)

Behind the scene #1, kat atas jambatan. Tengah usya nak pergiiii ke taknak atas batu air  terjun sana tu... 

Behind the scene #2, nak pergi atas batu besar. Kena pakai selipar sebab tak berani nak cross sungai tu dengan wedges keras tu. Sebaikkk ada selipar. Hehe

Gambar ni dah di-edit warna dia oleh OP. Okay tak? Eheh

Ni yang second tersuka... :)

Verangan ler nih

Hang Jebat ka Hang Tuah ni? Eh silap2. Hang Kebal rupanya.. :p

Agak susah gak la nak menten duduk statik2 kat sini.. Sebenarnya bawah tu tengah2 antara kitorang tu dok mengalir air terjun. Kitorang kena duduk kat bucu2 batu... Geletor gok lerr badan nih.

Nice place! :)

Friday, October 26, 2012

Konfiussss....konfius....

Ada yang cakap, kalau keguguran kena pantang.... 14 hari.... 7 hari.... ada jugak cakap sampai separuh dari stended orang beranak berpantang (i.e. 20 hari lebih)....
Ada yang cakap, kalau keguguran tak perlu pantang pon sebenarnya....
Ada yang cakap, keguguran ni sama ja macam beranak, so kena pantang jugak macam orang beranak...
Ada yang cakap, kalau nak pantang, biar pantang betul2 dari awal. Kalau taknak pantang, takyah pantang dari awal.

Adoiii.... Menakutkan kay bila jadik perbezaan pendapat macam ni. Kita yang keguguran. Rahim kita yang dicuci. Kang..kang...ish, taknak fikir pelik2. Nauzubillahiminzalik! Mula2 aritu dah berpantang... Masuk hari kelima, datang jiran dia cakap takda pantang2 kalau kes gugur. Makcik tu cakap anak dia keguguran masa usia kandungan 5 bulan, tak pantang pon dan masih boleh mengandung lagi lepas tu. Kata makcik tu, makan ja macam biasa, cuma elak nenas dan benda2 sejuk. 

Haaa ni lagi satu. Benda sejuk?? Saya ni memang kuno sikit, makanan sejuk tu saya bayangkan macam yang dok dalam fridge tu... Aiskrim, air sejuk, etc. Kalau dah dimasak atas api/oven/etc, dah dikira bukan makanan sejuk. Hui333... Rupa2nya benda2 sejuk ni dia bagi contoh seperti petola (good, memang tak makan pon hehe), kobis (owhh okayy..), lobak putih masin (owh taktahu plak dia sejuk), dan macam2 lagi lah. Terbaru, tadi saya baru tahu, beehoon putih tu ponnnnn termasuk kategori sejuk. Dah selamat masuk perut pon time tu.. Okay, ni benda2 sejuk ni bab lain huhuhu.

Sambung cerita...

Kisahnya, lepas jiran tu cakap macamtu, memang bergelora la jiwa raga saya nak makan benda2 lain selain dari sup ikan haruan dan sup ayam dan lempeng tu... Hui222. Hari keenam, iman kuat lagi. Sabarrr sabarrrr.. Hari ketujuh, dah goyah. Mak pon goyah sama hahaha. Bantaiiii makan megi lah, oreo lah.. Hari kesembilan (semalam lah tu), tanpa sedar, dah tak pakai stokin, lepas tu siap boleh rilex2 macam orang lain. Lepak dapur tolong mak mana patut sikit2. Petang tu terrrrmakan pisang goreng. Sedar2 dah kenyang. Hahaha... Lepas tu jumpa mak, cakap, "Makkkkkkk (guna suara I merdu gemersik mengada2 haha), taknak pantang dah boleh? Tadi kaklong dah termakan pisang goreng sampai kenyang. Besok raya, nak raya taknak pantang dah boleh.....?" Sambil buat muka minta simpati yang comel. (Sapa nak muntah dipersilakan :p)

"Hmmm.... Bolehhh....." Mak cakap dalam nada suara kesian kat anak dia ni... Maka saya dalam hati berkata, ehehehe... "Mak faham perasaan kaklong...." Hehehehe lagi sekali dalam hati.....

Then harini raya.



Missing in picture : Abah (dah bukak baju raya), Atin (taknak raya sebab nak study for SPM next week), Ela & Mattit (raya di perantauan), dan... husbandkuuu Ibnu (kena kerja semalam, cuti dah guna last week hantar saya balik kampung hui333. Malam nanti baru dia sampai hihi).... p/s: Saya tak tahu Atin SPM next week, kalau tahu memang tak ikut diorang gi raya, temankan Atin je kat rumah... Hmm..


Bila pergi beraya rumah saudara mara, semuaaaaaaaaaaaaaaaa (taknak stop ni tekan a kalau boleh huhuhu) cakap kena pantang. "Eh, hang baik2 kaklong. Satni kena kancing gigi haaa...." Rumah next, cakap, "Uih tak boleh buat mainnnnnn.....Kena pantang samaaa macam orang beranak laaa..." dan etc etc etc never ending story. Sampai mak pon balik tadi terus cakap, pakai PB kaklong tuuuuu jangan tanggal2. Haha..

So? Now camana? Nak pantang ke taknak? Huwarghhhhhhh~~~~~

GOOGLE. Mr Google is informative enough. Harap2 jumpa jawapan untuk persoalan saya ni.... Jom tengok apa fakta2 yang ada...

Jumpa~!! Rakan2, pergi sini --> http://bidanbersalin.blogspot.com/2011/05/keguguran-dan-berpantang.html
Blog Kak Engku. Sangat informative. 

Saya sebenarnya dah 2x keguguran. Kali pertama blur222, diam2 je. Jumpa doc and doc tu pon cakap dah complete abortion. Tak perlu risau. Masa tu dalam 5 minggu so ingat takda pape sangat lah. Tak pantang langsung2! Memang sangat blurrr...

Yang 2nd ni, sebab dah 9 minggu, buat ERPOC. Ceritanya klik sini. Bila dah baca entry Kak Engku tu, ada wording2 yang mengingatkan saya kat doc perubatan modern. Doc kat PCMC cakap saya ada threatened abortion mula2 saya jumpa dia. Then, doc kat Columbia cakap saya dah jadik recurrence abortion. Dua2 wording ni ada mention dalam blog Kak Engku. So yes, saya agak konfiden now. Keguguran selepas 2 minggu hingga 3 bulan kehamilan, perlu pantang atau tak? Jawapannya........

SAYA KENA BERPANTANG, roughly dalam DUA MINGGU !! 

Kalau orang yang keguguran ketika usia kehamilan lebih 3 bulan, kena pantang samaaaa macam orang bersalin. Just FYI. :)

Okay, saya akan sambung pantang pemakanan lagi 1 minggu.... Walaupon tadi segala maknenek ketupat rendang serunding kuih2 bihun sup air sejuk dah ditelan puas2.. Dan semalam dah mengepam perut dengan buah mempelam, wedges, fries, kuih2. Tapi, abaikan je. Past is past. Tak tahu kan.. Now sambung berpantang balik. Mulai sekarang! Demi rahimku terchenta....... Pantang ehem2 dalam 30 hari. Tapi since saya now recurrence abortion, doc suruh saya pantang ehem2 selama 2 bulan atau 2 complete cycle period. 

Okayh, puas hati den.... Now nak gi cari stokin balik... Chaiyok2!!

Wednesday, October 24, 2012

My ERPOC was done on last Wednesday, 17th October. So today is already nine days past the ERPOC. Dr Rama told me that the bleeding would stop after three days. But me still having the bleeding even until today. And it doesn't look like it's going to stop any sooner.

I was made to understand that during the procedure that they spotted my rahim is having this extra layer of rahim tissue. He said that if the extra tissue is blocking the entrance to rahim, he would suggest me to undergo a surgery to remove it. But since the tissue is located at the above of rahim, so he said that it should not be an issue. However, as fated, it was accidentally scratched during the procedure, causing it to a non-stop bleeding. But the scratch was hardly seen by naked eyes. He controlled the bleeding by "blocking" it using a cotton/wool/i-don't-know, but doc took it out back before I was discharged from hospital.

Hmmm, I have no idea if the bleeding I'm having now is probably due to that. No idea. Only Allah knows. I pray that this is just another normal process that I have to get through, as a weak human-being. Plain normal.  A bit scared. Coz I kept hearing people who have had experiences with the D&C or ERPOC, they said the bleeding will stop in just few days, considering that the rahim is totally "cleaned" out. 

Dr Rama already advised me, shall I have an irregular pain on my stomach/in that area, let him know. Well, yes, I do doc. But I'm not sure if it can be categorized as irregular pain. In fact I always feel the pain every morning after wake up from sleep, that includes today's morning. I hope, I can only hope, that the pain is also normal. 

I'm going to meet u soon by the way. Right? Next monday is just another five days to come. I can bear this insyaAllah...

Hmmm, when the situation seems a bit emotional to me, I just went for writing them down in english. Padahal english grammar vocab semua lintang pukang. Hmmm... Nothing is serious. Just relax and enjoy your days at home... Olrites~ Chow~
It was supposedly be a surprise, really. A day before I did not even remember that tomorrow is 1st October, eventually would be my 26th birthday. Ibnu, my beloved husband, out of sudden while we were watching the television, said this, "Sayang, besok jom pergi dinner best. Nak tak?" And I was like, "Pergi mana?" He replied, "Menara Kuala Lumpur". 

Yeayyyyyy!! I was so so so happy that I wanted to jump high in the air, but I controlled myself because we were at my PIL's house. I know that Menara Kuala Lumpur has this spinning restaurant up there and the view is very nice, especially at night. But being-the-impatience-me said, "Harini, sayang? Harini weekend. Besok dah Isnin..." Grinned widely~ It was that moment while he considering my suggestion when suddenly a message came in from someone and that particular someone reminded me that tomorrow is my birthday. 

Terkantoi sudah my husband's intention. Haha. I got it now why it was so sudden and why it must be tomorrow. Hehehe. 

To make this short, I portrayed the rest of the story in pictures. Enjoy! 


At last I was here on my 26th birthday~


My bulat, forever love, insyaAllah

Viewing Kuala Lumpur's night jakun-nish-ly



The foods bar



My birthday cute little cakessss


Suites the name, Atmosphere 360 restaurant. There was also a pianist, playing that gigantic white piano. At one time, he was playing a birthday song, and although it was for somebody else, I still took it as my own remarkably sweet moment. TQ, Mr Pianist!



Bloated inside our tummy~ I love the oysters that were cooked with "otak2" style. Delicious micious! Hehehe



All on him! Ekehkehkehkeh


See? Even the time capsule was launched on my birthday! I was standard four back then in 1996. :)


I am sure you guys would also have something sweet to be reminded on your first birthday celebration as husband and wife. Thank you, Sayang. I love you so much! :)

Tuesday, October 23, 2012

Wahhhhh~ Rupanya hari ni dah hari ke 8 saya berpantang! Tahniah2~~ Hehe... Walhal semalam dah start makan maggi kari dan biskut oreo... Sebabnya makcik rumah sebelah datang, dan2 dia cakap anak dia miscarry masa dah bulan ke-5, tak berpantang sangat pon. Cuma tak ambil air minuman sejuk dan nenas. Tuuuu je~ Tu je?? Masa saya mula2 tahu macamtu, terus mula lah teringin itu ini. Hehehe...

Walaubagaimanapon, saya tetap ikut pantang2 yang lain... Pakai stokin, dan jaga makan jugak. Tapi badan dah rasa okay sikit ni. Pendarahan sikit2 tu masih ada, tapi memang doc dah cakap awal2, saya akan amek masa sikit untuk bleeding tu betul2 stop. Takpa2, jangan peningkan kepala sangat. Nanti next week jumpa Dr Rama balik... :)

So, selama2 beberapa hari ni, apa saya dok makan? Makan orang berpantanglah katakan... Haruslah heksaited kannn.... Makanan2 orang berpantang itu adalahhhh..... :


Sup ikan haruan yoooww! Moi first time makan sup ikan haruan. Sedap!! Siap hirup2 lagi kuah sup dia tu... Hehehe..


Dan waktu petang2, konon2 junkfood la ni...

Ini nama dia lempeng manis. Isi kandungan dia hanyalah tepung gandum, gula dan air masak semata2. Seeeenangggg sangat nak buat.... Suka sangat! Sebab rasa dia manis2... :)


Next, apa yang saya dok makan adalah sup sayur sawi, dan sup ayam yang menggunakan ayam-yang-telah-dipurifykan-oleh-biozone. Hehehe. Dua2 ni takda gambar sebab memang tak sempat pape dah dibalun masuk perut. Ngeh2.

Itu ja lah kot. Yang lain, memang tak sentuh air sejuk2 langsung! Termasuk gak dengan segala mak nenek aneka raga buah2an. Telan yaq lioq ja laaa... Taknak makan sebab tak berani makan. Sayang rahimku yang baru dicuci. :)

Sekian!
Hi All,

I just post this entry to help a friend of mine. Easy for her to add new page in her blog...

What was meant by "PAGES"? Refer below...


Circled in red, they are called 'pages'! :)




It is very easy, seriously. Just find the "PAGES" field, as below. Then, click "NEW PAGE". You may add either "BLANK PAGE" or "WEB ADDRESS". Like what I did, I chose all the pages to be Blank Page. :)



Step 1

Step 2

Step 3 & Step 4



That's it! Then once u finish writing, just click "PUBLISH". Settle~ :)

Kui3.... Title post nak 'metro' aje.... Hehehe.. Sebenarnya tengah godek2 gambar2 yang baruuuuu ditransfer dari phone ke laptop. Kebetulan terjumpa la sikit2 gambar masa stay kat Mandarin Oriental Hotel.. Aritu pernah post dah one entry on this. This saja2 nak post lagi sekali, sebab nak share, alas tilam (rasa2nya it has its own specific term kan...apa tah..huhu) yang digunakan di hotel ni. 

Jeng3.... Lepas ni boleh lah call number tu, tanya harga untuk sekeping alas tilam linen butler. Sayangku Ibnu Nizar, saya nak nak nak~~~ Jadikan hadiah bila masuk rumah baru nanti bolehhhh? Hehehe. Love ya! :p


Nak nak nak~~~~ :p

Owh, saja letak.. Nak buat bilik camni lah boleh? Impian itu percuma bukan.... Biarlah nak berimpian besar... :)


Okaylah, boboiiii~~~ ;)
Yeayyyy~~!

Honestly I am truly not good at computerized or IT stuff. But I really do care to have a clean blog so that it won't look too messy. Taking into consideration that I am far from knowing how-to-design-a-good-template, I am thus opted to use free designer template but it was designed for a three column layout - making my space for my post became smaller and it looked stuffy. 

So I wanted to change it! Mr Google has helped me A LOT~ I refer to this website (http://www.bloggerbuster.com/2008/01/creating-three-column-or-wide-two.html), and then tried to understand the HTML code under my own blog template, and just did a trial and error to amend it.

And it turned out to be sooooo easy~!! LOVE it~! I love the new two column layout~ It's "cleaner" to me. Now I have bigger space for my post and pictures! Alhamdulillah~ Hik hik hik....

Go here to edit your HTML code. Everyone knows this..... Pfftt... Hehe :)

Original designer template, in three-column

Taraaa~ Now it has become two-column.. Yeay me~~~ ;)


Next, insyaAllah I want to learn how to add a nice picture of my own for the header. I understand that it should fix the pixels, but how to create a picture and control the pixel? Hurmmm....

Still few more tasks to go! Amend the gadgets is one of them~ (^_^)

Saturday, October 20, 2012

Selasa, 16.10.2012

Pagi tu Ibnu bersiap2 nak bertolak ke Terengganu. Berat hati, I know. Sebab saya baru je disahkan miscarried semalam, yang saya dok cerita dalam entry lepas. Tapi hal kerja, takpalah. Lagipon nothing serious in me, I thought. Dr Iswaran pon cadangkan biar karung sacks baby tu keluar secara natural. Tak perlu D&C. Alasan, nenek2 zaman dulu pon tak buat D&C ke apa ke bila keguguran. But still boleh conceive lagi lepas tu. Dan dia cakap D&C ni pon bukannya bagus sangat, boleh ada side effect. So, termakan alasan tu saya just kuatkan hati je.

Tapi lepas borak2 dengan sorang ni, masa kat PCMC, she said that u better go for second opinion. Jumpa doktor lain. Ibnu dah gerak ke Terengganu. Saya terbaring risau2. Macam2 dah otak ni berfikir. At last decide, nak pergi Pusat Bersalin Barakah atau Darul Ehsan Medical Center. Tapi nak try guna ING. Minta tolong adik untuk hantarkan ke hospital tu. Dia habis kerja pukul 2.30 petang. Lepas tu terus fetch up saya and kitorang pergi Barakah. Tapiiiiii, masuk2 ja nurse situ cakap doktor takda. "Doktor yang on-call pon takda ke?" "Takda". Eleeeehhhhhhh, then takyah la gebang lebih taruk signage 24 hours besar gabak kat depan. Durhhhh... Dalam hati je la berani cakap tapi.. Hihi..

Keluar barakah nampak klinik medivron. So, singgah mintak reference letter sebab nak gi DEMC, if nak guna ING, kena ada reference letter. Baru ING nak keluarkan guarantee letter. Tapi nak dijadikan cerita, klinik medivron tu bukan klinik panel ING. Terang2 kena reject. Dah buntu, teringat Poliklinik Shaik. Kat situ boleh pakai ING, konfem. So, pergi situ dengan harapan besar untuk dapatkan second opinion. Memang betul tak perlu buat D&C atau sebaliknya.

Doktor kat situ, tak ingat namanya, sangat lembut dan prihatin. Saya masa tu dah weng, fikiran dah serabut, cerita kat dia pon dok nangis2. Haha. Drama betoi. Sampai doktor tu sendiri nak nangis. But she is very professional, dia tenangkan saya dan after borak punya borak punya borak, terus buat reference letter ke Columbia Asia Hospital. Katanya, dia ada kawan baik kat sana yang sangat gentle and boleh bantu saya. Dr Rama. Dia tanya do I mind to see a male doctor, and he is Indian. I said, "No, I don't mind. As long as he can help me". Dia terus call Dr Rama, and alhamdulillah, Dr Rama memang tengah on-duty sampai pukul 9 malam. So, next destination kitorang pergi - Columbia Asia Hospital.

To describe Columbia Asia Hospital - staff very friendly, environment very comfy, very well and fast managed.

Sekejap je tunggu terus dapat jumpa Dr Rama. Nurse kat situ siap jadik bodyguard kita lagi tunjukkan jalan lepas sini, sini. Takda lah nak termangu2 baca signboard nak ke mana2 lepas register semua kan. Mungkin sebab kita first timer kot. Tapi, layanan dan condition macam tu je boleh buat hati rasa lapang sikit. Membantu jugak la kurangkan stress. Hehe.

Dr Rama, saaangatttt lembut. Dia dengar betul2 apa saya cerita. When I showed him the last scan picture, dia terangkan pulak camana a doctor can directly predict the miscarriage. He suggested me to do the procedure to take the sacks out. Takut jadik infection considering that probably the baby has stopped growing for the past three/four weeks. But still dia kena scan from below huks3 sebab nak tengok "location" sacks tu. Dr Rama cakap, sacks tu masih tergantung kuat kat bahagian atas rahim. Kalau dia nak keluar naturally, supposedly location sacks tu dah kat bawah rahim sikit. Okay Doc, just do what u need to do. Kata dalam hati je lah.

Malam tu jugakkkk nak buat procedure. Saya tanya doc, D&C ke doctor? Dia cakap, tak... ERPOC. Apatah ERPOC tu. Katanya just a simple procedure, won't take a long time, hanya masukkan tiub dan sedut sacks tu. Okkay.... Doc tanya taknak tunggu Ibnu ke? I said, nope, dia balik hari Khamis doc. Saya dah takley tahan rasa sakit perut sakit pinggang ni semua. So, deal. Pukul 7 malam. Masa tu dah pukul 5.30 petang.

Start dari tu memang terasa masa macam lajuuuuu sangat2. Terus settlekan urusan ING, sign isi borang macam2, masuk ward, tukar baju, lepas tu terus disorong ke operation theater. Masa nak tukar baju tu, suruh adik balik. Kesian dia kepenatan kerja then kena tunggu kakak dia ni plaks. Lagipon saya tak fikir apa2 dah masa tu. Ingat Allah je lah. Hurm, jom layan pics je lah yer~ Panjang sangat dah menulis hui3....

At the lobby
Asal laaaa gambar2 yang tegak jadik senget. Kantoi betoi....
Adik Mus yang prihatin~ eheheh
Borang yang banyak kena sign... Tapi details diorang isikan.. Good3, menyenangkan..
Ruang tengah.. Dah lewat petang orang pon sorang dua je yang datang..
Room for two. Single bedded room dah full~ Sobsss.. Tapi still dok sorang jugak sebab sebelah lagi tu takda orang duduk hihi..
Nurse yang cekap pantas amanah. Tengah check macam2..
Toilet  yang boleh la dikatakan selesa.. yang penting, bersih~ :)
Meeeeeeeee..... After the procedure. Sobssss layan perasaan sorang2 sobsss.... Tak lama lepas tu baru abah, ibu, n later kakja, iwan, iman, marsya n syira sampai temankan~ Tq~~
He arrived at 11.30pm++ jugak lah. Luckily nurse kasik stay. Nak ikutkan rule sepatutnya tak boleh overnight sebab dok kat 2 bedded room. Tapi mungkin diorang let go je sebab katil lagi sebelah tu bukan ada orang pon..... yeayy..~ :)
Dok atas wheelchair. Selepas jumpa doctor ke sebelum tah ni... Dah nak boleh cekidout dari hospital da~~ Yeayy
Thank you Dr Rama! Forgot to snap a pic with u.. Dengan your door pon aci lah ek~
Peneman hospital yang berjaya~ Hehehe
Dah sampai rumah~ Sarung kaki orang pantang~ ;p

Okay, tu je~ Highly recommended lah ini hospital. Anything lepas ni memang nak datang sini je~ PCMC tu bergaya je lebih~ Eh Eh? Opsss.. Hahaha~ Tapi one thing yang PCMC tu menang, food kat situ lebih heaven kots... :D

Thursday, October 18, 2012

“Looks like it is a confirmed miscarriage”.

Berulang-ulang Dr Iswaran cakap, bila dia scan our baby hari tu – Isnin, 15 Oktober 2012.

Brurrrrrrrrrrrrrrr, berderai2 air mata turun. Huhuhu. Tiba-tiba je tau. Tiba-tiba je air mata tu turun. Tak plan pon. Terus non-stop. Huhuhu.

*recall back hari-hari yang happy before tu*

Demam. Sakit tekak. Sakit2 badan. Masa tu baru seminggu start kerja kat ofis baru. Agaknya badan tengah nak adapt dengan new environment and new body clock kot. Yela, seminggu tu, tengah belajar adjust best timing untuk ke ofis dari rumah. Jauh jugak. Naik lrt lagi leceh. Naik kereta selesa sikit. Tapi amek masa dalam 45 minit hingga sejam jugaklah. So, bila dah demam2, sakit2, takdalah nak fikir lain selain daripada sebab baru nak mula hidup baru kat tempat baru.

Tapiiii, adalah satu malam tu, terasa macam “eh, macam dah lambat je period aku nih?” Lepas rasa ada keyakinan, beranikanlah diri buat self-urine test. Alhamdulillah, positiveeeee~!!! Happynyerrrrrrrr…. Hahaha. Bila inform Ibnu, mula2 tu dia blurr. Muka no feeling. Sebab baru bangun tidur kan. Huhu. Tapi, masa dok sembahyang subuh sama2 pagitu, dengar dia dok sob2222.. Nangis. Happy sangat la tu kan. Hehe. Syukurrrr…. Alhamdulillah…. Bahagia sangat rasa.

Demam and sakit2 tekak perut pinggang, masih ada. Mengeliat2 pusing kiri kanan bila sakit tu betul2 menyerang. Macam period pain. Serious. So, malam tu jugak gi redah satu klinik ni. Tapi doc cakap dia takley nak scan. Dia cadangkan pergi mana2 klinik keluarga. Dia just bagi ubat demam. Tapi saya tak berani nak makan. Buat dunno je dengan ubat tu. Besoknya pergi klinik keluarga kat Kota Kemuning. Doc scan. NOTHING. Kosong. Dalam rahim tak nampak apa2! Saya sendiri tengok. Masa tu dah nak nangis, tapi tahankan aje. Doc bagi 2 kemungkinan – satu, baby masih terlampau kecik walhal masa tu dah hampir 7 minggu, cuma mungkin proses persenyawaan tu baru berlaku dalam 2, 3 minggu. Kemungkinan kedua, mengandung luar rahim – nauzubillahimizalik. Minta dijauhkan. Dia suruh saya pergi ke Hospital Barakah kat Bandar Puteri.

Tak pergi. Lepas bincang dengan Ibnu, kitorang decide nak bagi masa sikit so that baby besar sikit. Biar masa scan tu dia nampak. Tapi selang tiga hari, ada bleeding sikit. Risau sangat2, terus pergi Prince Court Medical Center petang tu. Sebab dekat dengan ofis. Minta izin boss untuk ke hospital. Jumpa Dr Tan. Dr Seri dah penuh dah schedule sampai December. Tak kesah. Janji nak jumpa pakar. Dr Tan scan. Berdebar gilaaaaaaaaaaaaa…… Takut dia pon cakap tak nampak. Tapi Alhamdulillah…… Nampak!! Weee~~~ Cuma, Dr Tan kata, memang masih kecil compare dengan usia dia yang waktu tu dah 7 minggu. Nampak size macam baru 5 minggu. He said, “only time can tell”. Tapi first appointment pon dia dah terangkan panjang lebar tentang miscarriage. Katanya miscarriage is normal. It happens to one woman out of 10 women. And he said that the bleeding probably due to me having a threatened miscarriage. Bagi ubat untuk kuatkan rahim – duphaston.

Next appointment is seminggu lepas tu. Dr Tan cakap dia nak monitor baby growth. So yeayh next weeknyer kitorang menapak lagi ke situ. Bleeding dah takda. Sekali tu je hari Selasa tu. Lepas tu dah takda. Berdebarrrrrrrr lagi. What if baby tak grow? Cuwaksss…. Scan. Yeayyyyy Alhamdulillah, naik jadik 1.6cm. Naik sikit! Walaupon doc dah cakap, dia expect baby grow minimum jadik 2cm. But still, both Ibnu n I were happy! Naik jugakkan sikit. Baby is growing yeayyy… But doc said, the progress is still too slow. Let's meet again next week. Kitorang macam, errrmmmm takpalah, kita bagi our baby some time lagi sikit. Kita jumpa doc again next week punya wiken. Lagi pon tak nak mengganggu waktu ofis. Hehe.

Suddenly I was having this bleeding, sikit sangat tau. Macam secalit2 je stain tu. Tapi pekat n black in color. Tapi sikiiiittttt sangat2. Not worry enough. I just thought it was normal. But the bleeding went for four days already. And hari ketiga tu macam extra banyak plaks darahnya. So the fourth day we just walked in kat PCMC. Terjumpa Fasha Sandha dengan Jejai. Jadik mamarazzi tak bertauliah jap. Ni entry lain lah kui3... Btw, Dr Tan weren’t there. Dia dah habis duty pukul 1 petang. So we just said, any gynea would do. Risau sangat. Especially lepas borak-borak dengan sorang kakak yang memang agak rapat dengan saya. Selalu jadik tempat luahan perasaan saya. Hehe. Kak Lin. Dialah yang suruh jumpa doc. Katanya, better dapatkan kepastian doc. And dia pon cerita based on her experience.

Dr Iswaran. Dia willing untuk jumpa kami. Kitorang borak2. At first, he said that it is normal for a pregnant lady to experience some bleeding, sebab uri tu nak menempel kat dinding rahim. He scanned me, from below. Time tu muka dia berubah. Then he said, “Looks like it is a confirmed miscarriage. Yerp, u are miscarried. No blood supply to the baby. No heartbeat. I can hardly see your bean”.

ME NANGIHHHHHH on the spot.
Gambar senget.. tak reti nak betul kan dah... huhu. Masa ni doc kata ikut tarikh da nak masuk 8 minggu lebih, tapi size macam 5 minggu lagi. And gambar ni jugak doc confirmkan cakap dah miscarriage. Sebab hanya ada sacks je, tapi bean takda.... :'(

Hurm...... End of our happiness and excitement.. Belum ada rezeki... Belajar untuk redha... InsyaAllah....

Follow Us @munirahmohdali