Pages

Friday, April 19, 2013

First trimester - Pengalaman gue~

ALHAMDULILLAH.........~~~~~~~

Haa amek hang. Sebesaq gabak tulis alhamdulillah~~~~~~~~~~~~.. Happy sangat3! Syukurrrr alhamdulillah, thank you Ya Allah! :) Ni pon first entry saya kat blog ni, openly share dengan semua orang yang saya kini sudah.....

Mengandung 14 minggu 6 hari (harini). So insyaAllah besok genap la 15 minggu.... Sekarang saya dah masuk 2nd trimester. Tapi untuk kalini, nak cerita pengalaman saya sepanjang tempoh 1st trimester yang dah berlalu itueww~

(^______^) Senyum lebaq lebaq

\0/   \0/   \0/   Joget lambak

Hmmm, huuu... Tiba2 taktahu nak tulis dari mana, macam mana. 

Okaylah, cerita dari awal lah ek. Heheheeee...

Kitorang kahwin tahun lepas 01.06.2012. (Omaiii, start dari kawen tu nak cerita ni...Hahaha :p)
Takpa2, janji, I'll make it short story mory ja kay. Ermm, so lepas kawen tu sampai la saat sebelum saya tahu saya pregnant aritu, saya dah mengalami 2 kali keguguran.... Sobs.. First time gugur, tak sedih sangat. (Boleh tak camtu? Kui3) Sebab, masa tu awal2 lagi. Buat pregnancy test tu sendiri2 je. Lepas dua tiga hari buat test sendiri tu, dalam 5 minggu camtu, and karung tu keluar sendiri ja, macam period. Rasa la period pain time tu over sket. Tapi emotionally saya okay lagi.

Second time gugur, memang saya sedih. Sebab dah scan dengan doctor bagai.. Saya dah cerita dah sebelum ni dalam entry before ni pasal miscarriage tu... :'(

So, lepas keguguran tu, saya memang jadik tak berani nak makan pil supplement sebarangan, atau buat kerja2 berat sangat. And saya amalkan minum susu HL campur dengan ekstrak buah kurma. Husband pon amalkan minum susu kambing.

Dan.... alhamdulillah pada 6 Feb 2013 awal tahun aritu, saya perasan saya punya period dah lambat. Ihik ihik ihik. (@^___^@) Maka buat lah pregnancy test sendiri, dah resultnya adalah positive!! Alhamdulillah.....

Panjang tak introduction? Tak sangat kan.... Keh3....

MINGGU 4 - MINGGU 7

Masa detect tu, anggaran macam tengah mengandung 4 minggu lebih2 la.. So, saya pon terus set dalam kepala yang lepas ni saya akan alami la morning sickness etc tu semua. Tapi, dari 4 minggu ganjak ke 5 minggu. Saya still rasa okay. Then masuk 6 minggu. Still okay. Lepas tu dah start cuwaks. Sebab doctor yang treat saya time keguguran aritu pernah cakap, "During pregnancy u must experience at least a bit of morning sickness. If u don't, then something is wrong with your baby".

Haaa.... Confident gila kay doctor tu cakap camtu. Dah tu, mana taknye saya tak cuwaks. Memang cuwak la apesal saya rasa macam biasa je. Takda pening2 muntah2 pon? Huhu... Sampai menangis2 tension fikir dan risau takot2 kalini ada masalah apa2. Berapa kali ulang alik gi klinik time tu, minta doctor check whether everything is okay or tak.

MINGGU 8 - MINGGU 12

Inilah diaaaa, permulaan segala "hazabbb". Haha. Tak lah. "Derita pahit manis" yang saya dok tunggu2. Memang saya happy bila saya dah start muntah2 pening2 bagai. HAPPY SANGAT2! BERSYUKURRR SANGAT2! Haha. Gila tak? Hihi. Dapat kini rasa apa yang ibu2 mengandung selalu rasa.... Dan tahu yang baby saya insyaAllah is doing well dalam perut ibu ni yer sayang yer.... :)

Muntah.....

Tak lalu makan.....

Food yang suka jadik tak suka....

Lapar tapi taktahu nak makan apa...

Pening sakit kepala.....

Sakit pinggang....

Sakit badan.....

Tarik mengkarung...

Emosi tak stable.....

Macam2 lagi lah....

Sampai pernah terdetik, "Tu laaaaa... Tak sakit, mintak sakit... Kan dah dapat..." Sounds menyesal? Huhuhu.. Astaghfirullahadzim....... Manusia kan.. Tak reti2 nak bersyukur. Tuuuu la diaaa...

Selasa lepas jumpa doctor, untuk monthly check-up. Alhamdulillah baby okay.. Membesar ikut time. Tapi, berat badan saya boleh pulak turun setengah kilo compare dengan last month punya check-up. Memang teruk betul alahan saya rasa dalam tempoh sebulan ni. Sampai boleh turun berat badan. Huhu.. Tapi as long as baby okay, saya happy... Alhamdulillah.... Semoga sayang semakin membesar sempurna dengan sihat yer sayang.... Tak sabarrrrr nak jumpa awak. Hehehe.. Muah2~ :*

Eh panjangnyaaa... Hahahaha. Dah2, moh layan gambar~ :)

Test kit azimat! First test.... Happy tak hengat dunia, alhamdulillahhh3333~

Time tahu ni, Ibnu ada kat Turkmenistan. Outstation 3 minggu... Terus wassap dia happy sangattt~~~ :)

Purposely upload gambar ni dalam IG. Siap letak date. Sebab taknak lupa tarikh first time tahu pregnant... Ni anak2 buah. Geram tengok diorang comel sangat~ Si kakak nama Syira, adik nama Maira. Bam bam bammm~~

Ni masa kat Kedah. Lepas Ibnu balik from outstation. Mengada nak jugak try test guna Clearblue ni. Suka bila tengok dia keluar 3+ tu. Maksudnya dah 5+ weeks pregnant.


8 weeks +; 3.4cm. First scan. Masa ni buat kat Poliklinik Shaik. Dah start segala penyakit alahai ibu mengandung.. Minum air masak pon boleh muntah, acanooo citer tu. Huhu.. :)

10 weeks +; 6.2cm. Dah nampak rupa kan. Masa ni doc cakap dia dah dipanggil fetus. Comel tengok. Masa ni dia dok diammm aje. Tu yang amek scan 4D pon cantik je tengok.


14 weeks +; 10.8cm. Scan terbaru hari Selasa lepas. Awal2 scan dia tengah tido kot. Diam aje. Lepas2 tu terbangun. Haaaaa, aktif gila gerakkan kaki tangan. Pusing2 badan. Terkejut tengok. Kagum~ Tu gambar tak dapat nak snap cuns2 sebab dia tengah aktif gerakkan tangan. Sayanggggggg awak baby! Muah! :)))

Antara MC yang dapat. Siap dapat 3 hari terus. Migraine time ni... Tapi mana ley makan pain killer...


Perut tengah bulat. :)))

Gambar yang di-upload dalam IG dan FB. Konon2 official statement bagitahu dah pregnant. Haha. Gediks kannnn. Keh3... Time ni dah 13 weeks +. :)



Hmmm.... Alhamdulillah dah lepas fasa pertama mengandung.. Sekarang selera makin ada balik, walaupon kadang2 still muntah2. Dan kadang2 takde selera makan langsung3333. Tapi dah tak seteruk dalam bulan lepas... Just saya sampai sekarang tak boleh minum susu. Minum je komfem muntah. So kena amek supplement calcium dalam bentuk pil. Sebaik kat farmasi ada jual.. Ada lagi satu supplement yang doc dah start suruh makan, selain folid acid dengan duphaston. Nama dia pharmaton matruelle. Dia memang guna as prenatal and postnatal dietary supplement.

Ibu/Mommy/Mak/Mama/Ummi/Bonda harap awak akan terrrrussss membesar dengan baik, sempurna, sihat, cantik, comel, cergas, cerdas... Ye sayang ye? See you in October sayang! Mommy loves you sooo much! :)

Thursday, April 18, 2013

Progress Rumah : Minggu ke-2 April

Heksaited kayyy bila contractor yang buat table top tu on time. Happy sangat3. Now table top dah siap. Alhamdulillah.... Tinggal nak properly pasang hood dapur tu plus dengan kitchen cabinet yang akan dipasang oleh Kian Classic nanti...

Kitorang mampu aktif untuk handle pasal rumah ni time2 weekend je la. So Sabtu Ahad minggu ke dua bulan April memang kitorang berkampung ar kat rumah tu dari pagi sampai petang. Sabtu pagi tu awal2 pukul 9 pagi orang table top datang buat finishing siapkan apa yang patut. Dalam tengahari orang wiring pulak datang.

Orang2 wiring tu memang komited habis. Takde maknanye nak berborak2 ke apa. Buat kerja macam lipas kudung. Lajuuuuu zasss pasang kipas lampu semua. Tengok gaya pon nampak la macam cekap. Puas hati jugak tengok cara diorang kerja.

Time orang tu tengah dok pasang2 lampu tu, saya dan Ibnu dok la macam kira lampu2 yang kitorang dah beli. Kira, then mark kat kotak, ni lampu bilik mana. Ni lampu kat ruang tamu etc. Sekali, kitorang tersalah bajet. Kurang lagi 2 lampu. Untuk dapur dengan bilik utility kat tingkat atas. Saya la ni salah kira time pergi beli lampu. Huhu. Terus start enjin cari kedai lampu kat area2 Kemuning tu. Sebaik ada kedai lampu. Harga kat situ pon boleh tahan - tak mahal sangat, tak murah sangat. Tapi tak banyak choice la.. Huhu..

Akhirnya dalam pukul 6 lebih kot, siap settle pasang semua lampu kipas untuk dalam rumah. Untuk luar rumah, orang wiring tu kena datang next time, sebab kat luar rumah tu ada kena buat extra wiring sikit. Original plug and wiring yang developer bagi tu macam sikit. Kitorang nak mintak tambah2. So diorang dah tak cukup masa, next time baru boleh buat wiring baru tu...

Alhamdulillah..... Legaaaa sangat rasa. Weekend ni orang langsir dengan orang kitchen cabinet pulak datang rumah. Baru nak buat ukuran semua. Harap2 diorang tak cancel lagi... Sepatutnya diorang datang semalam, tapi atas sebab2 tertentu, 2 2 tak boleh commit semalam. Hopefully weekend ni plan berjalan lancar macam yang kitorang rancang, ameen! :)



Silang tangan Ibnu tengok orang tabletop nak tebuk lubang ekzos hood kat dinding


Tengah dok berangan rupa kitchen cabinet ni nanti. Still belum decide betul2 warna yang kitorang nak untuk rak2 dapur ni nanti... Huuu~


Sinki pilihan Ibnu. Tak tahu kenapa dia suka betul dengan brand Hafele.


Kerja2 plumbing ni asalnya orang tabletop taknak buatkan. Dia kata dia tak pandai. Kena cari plumber. Tapi bila mintak dia tolong kontek member2 plumber dia, katanya diorang charge mahal, dia sendiri tak kasik kitorang amek dengan member dia. Last2 Ibnu kata, u tolong pasang lah. Kitorang bayar kat u. Ni la hasilnya... Harap2 tak menimbulkan masalah di masa depan. Huhuhu..


Ini saya yang pilih~~~ Mahal jugak bayar upah untuk orang tabletop tu tanggalkan tile yang dah sedia ada kat situ, dan tempek dengan mosaic yang saya pilih ni. Tapi, nak sangat dapur camni punya pasal, bayo aje la...


Tempat memasak nanti~ Tak sabornyeeeee... Harap2 nanti saya rajin dan bersemangat nak masak. Hehe..


Untuk orang2 wiring. Kitorang husband and wife kena bawak kereta asing2 nak angkut kipas lampu ni semua. 1 kereta je tak muat.. Huhu..


Around pukul 1 petang camtu diorang start buat kerja. Tu tengah pasang lampu kat area dining.


Nyelit la seketul gambar lampu kat sini ek. Ni la lampu tadi kat dining tu. Bila bukak lampu, cantikkkkkk sangat. Serious. Haha. #puji diri sendiri#


p/s: Kitorang dah basuh rumah first round lepas siap pasang lampu kipas tu. Semangat kobar2 over terlebih. Siap tido semalam lagi kat situ. Lepas subuh ahad sambung cuci rumah. Walaupon saya buat kerja sikit2 je, tapi keadaan sekarang ni memang tak mengizinkan saya kerah tenaga sangat. Malam tu gi klinik. Blood pressure saya drop jadik 80-50. Sakit muscle strain belakang badannya lagi. MC terus hari Isnin. Hahahuhuhihihehe.

Monday, April 8, 2013

Perfect Livin Expo 2013

Huihhh... Semangat berkobar2 ni.... Dalam pening2 kepala pon gagahkan diri Sabtu Ahad 2 2 hari pergi menapak ke PWTC. Sebab first time kan pergi expo/exhibition rumah dengan husband. Macam heksaited la rasa gitueww. Hihi. Ingatkan saya la yang akan juling mata over heksaited. Tapi rupa2nya cik Ibnu ku sayang ituuuewww laaaaagi over. Semua tilam yang ada kat situ dia baring. Test2. Hahah... (^___^)

Expo ni buat kat PWTC - dewan semua okay. Tapi stended la kan masalah parking. Hari Sabtu kitorang pergi tu, 3x gak la tawaf PWTC cari parking. Last2 park je kat stesen bas Hentian Putra punya parking. Lepas tu melintas ke PWTC. Second day hari Ahad tu, kitorang bijak sket. Parking je tepi2 jalan. Free pon free. Ngeh3.... :p

Basically diorang ada 3 hall. Hall 1 untuk macam barang2 elektrik, bathroom utensil, etc. Hall 2 lebih kepada kitchen cabinet, langsir, pintu2, grill2, etc. Hall 3 ni macam sofa, tilam, katil, meja makan... Kat situ ada gak kemudahan awam - toilet, surau dengan ada jugak la gerai2 makanan... Agak convenient jugak lah.. :)

So hari Sabtu, aim nak cari kepala pili untuk sink tu. Nak cari yang 2 kepala terus. Sebab sink 2 lubang. Yang original developer bagi tu satu je kepala dia. And tak cuns. Keh2. So beli la brand apatah, dapat 30% off. Okay la kan...

Then beli yang alatan tebuk dinding tu. Menda alah drill2 tu. Kononnya nanti senang la kalau nak tebuk2 lubang gantung apa2 kat rumah. Beli brand standard tu je - Bosch. 1 set tu dia bagi complete la working tool dia.

Haaaa, lepas tu TERRRRRkomfem dengan Kian Classic untuk buat kitchen cabinet rumah nanti. (Walaupon dah niat nak buat KC ni dalam tahun depan jeee... Huhuhu. Godaan kuat kayyy kat situ.) Dalam banyak2 company yang buat service KC, saya pilih Kian Classic. Sebab rasanya Wardina pon pakai diorang kan untuk buat KC rumah baru dia? Harharharrrrr.... Takdelahhh... Alasannya, sebab before tu pergi Signature Cabinet. Tapi layanan diorang tak besttt. (T___T) Sobss. Maybe customer dia dah cukup ramai kot. So bila pergi Kian Classic ni terasa la perbedaan layanan di situ. PLUS, package expo yang diorang offer pon cukup menarik. RM7999 KC dapat free 8ft wardrobe dan 6ft wardrobe. Tapi since kitorang dah buat table top sendiri yang panjang sket dari package tu, so kena la tambah2222 lagi sikit. Last2 in the end costnya bertambah la dalam beberapa riban lebih sket... Tapi still rasa worth. Sebab dapat 2 wardrobe free kan. Plus buat 5ft tall unit. Dulu pernah survey kat 1 kedai ni. Untuk buat exactly same design macam tu, costnya sama je macam total cost ni. Tapi ni dengan Kian Classic offer package ni, saya dapat free 2 wardrobe lagi. So itu yang rasa macam ermmm worth kot kan... Bayar downpayment RM1k je, bila dah confirm design ukuran baru bayar lagi kot secara berperingkat...

Next day, Ahad. Aim memangggg nak tempah langsir. So pagi2 ahad tu terus zasss pergi rumah amek ukuran tingkap, sliding door semua. Lepas tu singgah Puchong jap gi House of Lightings, amek lampu 3 bijik yang kitorang tinggalkan sebab mintak diorang tolong assemblekan siap2. Lepas tu baru shoot ke PWTC.

Buat langsir ni dengan Baagus. Harap2 hasilnya nanti pon bagus macam nama company tu - Baagus. Haha. Mostly beli yang ready made, sebab bila sales assistant tu tengok ukuran kitorang, dia kata boleh beli yang ready made. Ready made ada 50% less. Kalau custom made, cuma 35% less je. Tapi ada 2, 3 tingkap diorang nak kena custom made jugak. Sebab lain size. And yang bestnya lagi, lepas siap kira semua harga, ada lucky draw. Boleh dapat 10% atau 15% atau 20% less. Ibnu yang cabut lucky draw tu (sebab saya tak pernah menang lucky draw seumur hidup - sadissss. Huhu). Alhamdulillah dapat lagi 15% less.... Yeayy~~ And disebabkan total purchase kitorang lebih tiga ribu, dapat la invitation untuk ke grand lucky draw diorang... Bulan September nanti... Grand prize RM20k kot kalau tak silap. Kalau dapat.......fuhh.... Bestnyaaa... Huhuhihihoho.


Masa tengah kira harga, lepas confirm jenis kain...

Ada antara langsir ni yang jadik langsir living hall kitorang nanti...

Yang ni plak ada yang jadik langsir bilik2....

Habis je settle langsir, terus ajak Ibnu balik. Takyah la nak tengok2 tilam katil ke sofa ke meja makan ke apa ke dah... Pitihnya udah enggak adaaa... And saya pon dah pening tahap gabanzzz.. Maybe sebab ramai sangat kot orang last day exhibition tu. Sampai rumah terus tido. Bangun tengah2 malam telan panadol 2 bijik. -terpaksa- Huhu.

All in all, saya sangattttttttt lah tak sabar nak tengok camanaaa lah nanti hasil semua benda ni. Setakat ni macam dah boleh bayang dah sikit2. Tapi tak tahu la akan buat rumah nampak serabuts atau okay2 je atau cuns macam yang kitorang impikan... Hik hik hikk... :)))

Layans la few gambar yang saya snap. Ini ajo yang ado. Itu pon yang booth kat luar2 hall. Bila masuk hall langsung la takda time nak amek gamba. Time precious sangat melayan benda cantik depan mata. Ngehehe...


Ni bahagian kanak2. Diorang punya katil, study table, kiut2 la..

Owhhh sangat best kalau akuarium ni ada dalam rumah. Wuu~~~


Lampu2 ni kitorang tak usya sangat. Sebab dah setel. Tapi Ibnu cakap, harga kat House of Lightings tu memang komfem murah. Just mungkin design kat sini lagi latest la kot....


Cik abey Ibnu tengah nak menapak ke laman berangan beliau... Hihi...


Mampu tengok aje....
 
Pon mampu tengok aje... Huhuhuks..
 Okay. Tu je... Next expo bulan 5 ada lagi... Homedec. Kat KLCC. Time tu bole cuci2 mata lagi.... :)

Friday, April 5, 2013

Rancak galak seronok ber-walk-the-talk untuk rumah~! Yeay!!

Walk the talk. No more talk talk talk. Keh3...

Alhamdulillahhh....

Kemain kejar orang untuk dapatkan kunci rumah kan... Dah tu, lepas dapat, tak gerak2 progress rumah. Balik2 dok beli barang macam2 penuhkan rumah kakak iparku ituwww... Beli fridge lah, tivi lah, hood dan hob lah, kipas2 lah, itu ini lah, macam2 lah. Semakin hari, barang2 semakin panjang beratur kat dinding rumah dia. Hehehewww.

Again, alhamdulillah.... Dah terang gambo sikit bak kata orang Ganu kito.

Rumah dah bertinted. Dan kitorang sangat amat tamat puas hati dengan hasil tinted tu. Warna dia memang yang macam kitorang dok bayangkan. Dari awal lagi dah cucuk2 Ibnu, nanti tinted taknak yang shining2 kilat2 macam cermin tu. Rasa macam...... errmm.. ntah. Tak feel. Haha. Sebaik Ibnu sekepala dengan saya. Mula2 argue jugak. Sebab dia pon boleh tahan ada idea sendiri. Nak macam ni macam tu. Alhamdulillah in the end kitorang punya kepala boleh jadik satu... Saya tolerate sikit, dia tolerate sikit. Err banyak. Keh3...




Lega satu part.

Lagi? Lagi.... Kitorang dah beli tiles untuk buat table top dapur. Dan semalam dah deal dengan orang yang akan buat table top tu. (Semalam bangun tidur, dua2 laki bini malas nak gi kerja. Kua3333... Maka, seharian la semalam settlekan hal yang patut untuk rumah. Besttt~ Hehe). Owh okay sambung balik cerita. Dah orang tu kata, dia akan start buat Jumaat ni. Tapi mula2 kata siap dalam masa 3 hari. Lepas tu seminggu. Lepas tu kata 2 minggu. (Cuwaks jugak. Risau dia jenis yang tak ikut timeline. Nanti tak merasa la kitorang nak pindah masuk bulan 5. Ada reason kayyyy napa nak masuk jugak bulan 5. Nanti2 saya cerita kay..Hihi).

Hmmmm... Let's see ek cemana nanti hasilnya.... :)

Dan lagi..... Kitorang dah settlekan bab grill! Alang2 nak buat grill, buat sekali awning rumah. Konon2 nak grill paling murah. Konon2 nanti nak tukar pintu semua nak amek pintu canggih2 takyah grill2 dah. Tapi konon2 remain konon2 je lah. Last2 pilih jugak wrought iron. Tapi design paaaaling simple. Bunga2 takdok. Daun2 je sikit2 yang ada. Purposely request nak warna silver2-black2. Harap2 orang tu siapkan dalam masa 2 ~ 3 minggu ni jugak. Lepas tu boleh la start pasang kipas lampu semua.

Tapi tadi tanya Ibnu, dia kata, dia tak risau sangat kalau pasang kipas lampu before grill siap. Macam yakin sangat je dengan security kat situ. Saya je la ada negative thinking sikit. Walhal ada ke orang nak curik kipas lampu dah dipasang tu semua ehh?? Haha. Saya risau tak bertempat eh? Huhu.


Antara barang2 yang ada kat rumah kakak iparku ituwww~ Selonggok macam tu. Ada sikit2 dah hantar kat rumah alam impian. Untuk contractor table top tu guna ukur size sink dapur tu... Menyemakkkk je kat rumah orang kan? Sebaik kakak ipar abang ipar ni sempoi.... Heheheheeee...


Harini family dari Kedah mai sini. YEAYYYY~~~~ Rasa macam dah 3 bulan tak jumpa. RINDUUUUU~~~ Malam ni kitorang direct dari ofis terus shoot pergi Banting. Rumah makcik. Jumpa parents kat situ. Diorang ada majlis bacaan yaasin kat KMB besok pagi. Kitorang tak join kot baca yaasin. Besok baaaanyakkk urusan nak kena setelkan. Will update that laterrrr.... :)

Chowww~ Oh ya, ada few yang tinggalkan komen tanya pasal hood dan hob fotile tu. Now dah tahu la kan, kitorang baaaaaruuu nak siapkan table top. Haha. So kesahihan kelebihan fotile tu saya takley komen lagi. Tunggu sampai kitorang betul2 masuk rumah nanti yerrr... Tolong doakan semua plan berjalan lancar ekkk.. Okayyyy, sehingga berjumpa lagi. Daaaa~~~ :)

Tuesday, April 2, 2013

2013 Expo yang penting - Cannot miss!! PROMOTION MURAH SUKA333 Hihi

Saje je nak listkan kat sini.. Boleh share2 sekali kan. Malaysia ni memang banyak expo2 dia. Macam2 lah. Tapi saya listkan yang kena dengan keperluan kitorang husband and wife sekarang ni la yer.. Hihihi.

  • 4 April - 7 April '13 : Perfect Livin '13 @ PWTC
  • 2 May - 5 May '13 : HOMEDEC Kuala Lumpur @ KLCC
  • 21 June - 23 June '13 : PET WORLD Malaysia 2013 @ Mid Valley Exhibition Center (Selain pet, dia pon cover garden & landscaping... Itu pasal rasa nak pergi... Hihihii)

Online website, kalau google pon banyak. Boleh try usya link ni untuk expo di area KLCC/PWTC/etc atau link ni untuk Homedec...

Weekend ni ada seketul expo. Jom serbu PWTC!! Cuci2 mata pon syok gak kan... Hehehe :)