Thursday, January 31, 2013



Rindu plaks nak menulis~
Tapi asyik bertangguh2 sebab laptop best cikabey bawak ke turkmenistan. Laptop yang ada tu tak boleh nak transfer gambar dari phone. Asyik error je tak berhenti. Tapi ni da gian sangat. Tulis aje la ye dok? Tak tahu la ada yang membaca ke tak. Hoho.

Life sekarang ni macam ni lah. Kadang2 rindu life kat Kerteh, especially bila every time merempuh jem. Wo ho. Menguji keimanan betoi jem jem ni tau! Kadang tu asyik buat kitorang gadoooo aje. Sebab saya ni la. Penakut pelik2. Takut brek kereta tak makan la. Takut potong line tapi tak tengok cermin sisi kereta tu la. Takut macam2 la. Akibatnye tensi la cikabey yang dok pegang stereng tu. Hahaha. Rindu plaks kat cikabey ni. Dah 2 minggu tak jumpa. Sobss.

Now dah 5 bulan kerja kat sini. Workload okay la. Sangat light and easy je rasa, compare dengan masa kerja kat Kerteh dulu. Bak kata boss, kerja kitorang dok buat ni macam experience data entry clerk je. Cisss.. Itu pandangan dia rupanya. Hahahohohihi.

Tapi baru2 ni telah di-inform, yang diorang bukak 1 job opening as operations technical engineer kat sini. Boss suruh try apply. Happy sangat masa tu. Rasa macam dihargai pulak bila boss kata position ni macam naik pangkat. (Pada mata dia la kot. Padahal sama level je macam sekarang ni. Still technical. Still executive jugak huhu). Hmmm terasa hasil kerja beberapa bulan ni ada yang monitor la kot. Eheks eheks eheks. Kembang semangkuk sat. 

Tapi tu la. Bila baca job scope dia... Dah boleh bayang dah working life lepas ni camana. (Tu pon kalau dapat la. Hihi). Mesti BIZI SANGAT SANGATTTTT~ Aaaaaaaaa~~~~ Haruskah daku terima. Huhuhu. Lagi 1, sekarang ni memang la contract jugak kerjanya saya ni, tapi kitorang dapat monthly rate tau. Siap ada entitlement annual leave bagai. So kalau cuti2 pon, gaji tetap camtuuu je jugak. Yang engineer punya ni, daily rate! Habissss la daku nak bercuti2 ke apa ke. Kalau dibuatnya sebulan tu memang banyak public holiday, berapa je gaji nye nanti?? Wuwuwuwu~~~

Eh chop2. Ape yang dok meroyan gaji bagai ni? Komfem belum lagi tau. Interview pon belum lagi. Har har har~ (T_____T)

Dah2. Kalau dapat nanti baru sembang kencang. Nak fikir rate rate ke apa tu. Itu kemudian punya cerita. Hehe. (>____<)  

Tuesday, January 22, 2013


#Entry ini sangat random#

Bukan multilevel marketing yerrr.. Keke. Tapi, Maharaja Lawak Mega tu haaa.. Yang baru je habis last weekend kan.. Dah tau sapa yang menang.

Jozan - Sangat rasa tak fair bila diorang menang. Dah la tak lawak sangat tapi tukang gelaknya ramai. Lawak ke part Zizan terkinja2 jadik budak skolah ajar peribahasa tu? Huhu.

Jambu - Tetttt. Dah lali dengan lawak dia. Asyik2 terjerit2 gado2 lepas tu buat muka selenge baik balik. Huhu. Tetttt.

Syiro - Suka team ni. Memang dulu2 diorang ni tak perform, tapi time final tu, lawak diorg menjadi gak ar kan.. I think they deserve la to be top three. Just kalau boleh, nak dia dapat nombo 2. Kalau bole... Keke.

Boboi - Lawak cina diorang, adalah lawak paling TOP dalam MLM #2 ni. Seriously. Sampai mengalir air mata dok gelak2. Hihi.

Saywho - Awal2 actually saya minat sangat Saywho tu. Tapi minggu2 terakhir tu diorang nyer performance macam dah drop. Hmm.

Kalau nak tengok video2 diorang, boleh like facebook page "Best Giler". Link dia kat sini.

My favourite : Maharaja Lawak Mega 2012 - BOBOI part 1!! :D


Monday, January 21, 2013

Sumber: http://blinkblinkbuzz.blogspot.com

Sebenarnya saya dah nak tido dah..... :(
Tapi, terperasan 1 entry dekat dalam blog yang saya follow ni... link kat atas tu... :(

SEDEY..... :(


This was mine... It was then decided by doctor yang baby tu dah stop growing after 5 weeks kot if tak silap. Time tu spatutnya usia dia dah 9 minggu.. I wrote it in this entry before.

Sangat sedey. Sebab bila baca, baru tahu yang pengalaman yang saya lalui waktu "miscarry" dulu tu, bukan lah macam keguguran normal. Tapi lebih tepat disebut sebagai kehamilan kosong... Atau english dia, blighted ovum....

Tapi, hurm, tak boleh give up! Cuba cuba dan terus mencuba... Adik saya kat Gajah Mada, study medic ada bitau, waktu subur is 14 hari sebelum next cycle 1st day period. Which is, salah la fahaman kitorang before ni. Ingatkan seminggu lepas habis period. Huhu.

Well, we shall try again this month. And just wait for the time to tell. 

Entry tu saya re-paste kat bawah ni...


~*~*~*~*~*~*~

Ibu2 or mama kat luar sana penah dengar tak dengan kehamilan kosong atau Blighted Ovum...atau disebut gak sebagai kehamilan anembryonic
hmm... mama pun 1st time dengar dan berminat tuk kongsi sume ni kat blog mama yg cenoet ni.ok...jom kite pakat kongsi ek.

Kehamilan kosong atau Blighted Ovum (kehamilan anembryonic) ini ialah apabila seorang ibu yg hamil dan tak mengalami gejala aneh *senang cite cam preggy biasa la*, tapi
dalam kandungan ibu tersebut takde janin or embrio. Sedangkan bile kite jalankan UTP, kite disahkan hamil dan mengalami gejala2 wanita hamil seperti biasa cam mual, pening2, letih or cik b kite mengeras.

nie sbb telur yg telah disenyawakan, kat dlm rahim mengembang dengan kantung rahim tapi gagal tuk membentuk selepas 6 minggu, so ia akan diserap semula ke dalam rahim. jadi, plasenta terus tumbuh, but tubuh lak biasanya xde rase aper2...so kite lmbt tuk kesan bhw embrio kite dh xde....erkk...faham x?...senang cite.... kantung kite berkembang secara normal, tapi saiz perkembangan janin yg ada prob..cam janin x berkembang. ada yg berpendapat kes blighted ovum ni terjadi sbb sel telur or sperma tak sehat...kire x berkembang secara sempurna.

yang bahayanya, sesetgh orang xkan sedar bhw dia alami blighted ovum, sehingga doc akan kesan tiada degupan jantung embrio dlm kandungan or semasa doc membuat ultrasonografi(USG)...*biasa kite panggil ultrasound jek...dua2 tu sama je ek*...kite akn lihat kantung ibu kosong.

kalau kite dah preggy selama 1 setgh bulan, semasa melakukan pemeriksaan USG, didapati katung kite kosong, maka kite akn disahkan oleh doctor yg kandungan kite blighted ovum...tetapi biasanya doc akn lakukan pemeriksaan 2 kali...cth la kan...masa 1st check USG usia kandungan 5week++, tapi xde nmpk embrio...so doc akn suh kite check lagi skali pada 7-8weeks....kalau xde gak pembesaran embrio..maknanya mmg kene blighted ovum dan kite kene gugurkan kandungan...kalau ada perkembangan embrio...so kite blh la jg smpi cukup 40weeks.


ok..kenapa kene wat USG?
sbb...pemeriksaan ultrasound biasa melalui atas *atas bdn kite tu*, embrio kelihatan bermula minggu ke 7 dgn panjang 0.5cm. kalau nak kepastian yg jitu, kene la wat ujian ultrasound melalui faraj...*erkk..*, yg dpt bantu pada minggu yg lebih awal...maksudnya...sblm 7 minggu tu la. kite kene buat checkup USG yg kedua *selepas yg pertama td* sbb, embrio ni akan membesar hanya 1mm sehari...so kalau dah 10 hari..dah jadi 10mm...so leh la nmpk dlm USG nnt....tuk degupan jantung lak, doc xdpt kesan KECUALI....pemeriksaan USG melalui faraj.


ada yg menyatakan blighted ovum berkaitan dengan kromosom. selain dari kes telur or sperma yg kurang sehat, faktor usia dan tahap hormon yg rendah boleh dikatakan blh menyebbkn kes ni terjadi.


Human chorionic gonadotropin (HCG), dihasilkan selama kite preggy utk membuat plasenta yg dibuat oleh sel2. ia dpt dikesan dgn melakukan ujian darah pada sekitar 11 hari selepas persenyawaan. 12 - 14 hari oleh ujian urine dan akan berlipat ganda setiap 72 jam. ia akn meningkat sehingga 8 - 11 minggu preggy (bulan ketiga) dan akan turun sehingga tahap mati untuk sisa kehamilan. *saat kite nk bersalin*. Penurunan awal mungkin membantu dalam mengesahkan pregancy loss, seperti blighted ovum.

*4-5 week : dapat divisualisasikan dgn melakukan ultrasound faraj
*5-6 week : embrio dpt diukur melalui ultrasound faraj
*8-9 week : dapat periksa degupan jantung bby

*kesimpulannya, blighted ovum boleh terkena kepd sesiapa saja, sekiranya kite disahkan preggy blighted ovum, kite mmg dipaksa menggugurkn kandungan*


Info : SSM office kat The Mall PWTC ni dah pindah tau dari level 2 ke level 16. Jangan salah level lak nanti. :) Lagi satu, kalau nak naik public transport, ada 2 pilihan; samada LRT (turun PWTC) atau KTM (turun Hentian Putra). Paling senang? Naik LRT. :)

Hi~ Yang baca entry ni sure ada niat nak register SSM kan. So, saya try tulis sebaik boleh kay. :)

Nak register ni hanya boleh dibuat pada hari berkerja. Weekend tak bole. Dalam banyak2 hari, kebetulan hari ni cikabey nak kena gi outstation. So, apa lagi, amek cuti, boleh la nak hantar Ibnu ke KLIA and lepas tu pergi The Mall PWTC tu, untuk register company dengan SSM. Hihi..

Proses dia sangat simple! Lebih kurang macam bawah ni:
  1. Fotostate IC sekeping. 
    • Better fotostate kat kedai mana2 dulu before datang sini. Sebab kat SSM ni takda service photocopy. Kena turun gi Level 4 baru ada. Sekeping dia charge 3 posen. Huhu..
  2. Isi borang
    • Borang ni boleh dapat from kaunter @ download je awal2 dari website dia. Isi siap2 tau.
  3. Beratur untuk amek number
    • Akan ada brader tolong check details lengkap ke tak. Selagi tak lengkap selagi tu la dia takmo kasik number.
  4. Tunggu number dipanggil
    • Tak lama pon nak tunggu number kita dipanggil. Depends la berapa ramai orang kat ofis dia haritu kan. Macam tadi, ramai gak, tapi mungkin orang lain datang atas urusan yang lain2 (renew license etc)
    • Bila dia panggil, dia just check nama company kita tu dah pernah wujud atau tak. Dia akan suruh kita state 3 nama, in case nama pilihan pertama kita tu dah ada orang lain guna. Saya tadi confidentttt aje nama tu tak diguna langsung lagi, so just tulis 1 je pilihan nama company saya. Sebaik lepas. Hihi
    • Bayaran?
      • Setahun : RM60
      • Charge 1st time register : RM10
      • Hmm.. Ikut la nak register berapa tahun pon. :)
    • Then bila everything okay, dia cop dan suruh kita sign kat tempat cop tu. Seriously sekejap je process step ni. Tapi lepas tu dia cakap, "dalam masa sejam, number cik akan dipanggil di kaunter 2". Erk?? Sejam? (T_T) Masa tu dah  pukul 11.30pagi lebih, perut dah lapar. Kena tunggu sejam. Tak berani keluar cari food takut masa tu number kena panggil. Huwaa~ (T_T)
  5. Tunggu di kaunter number 2
    • Tak sampai sejam pon. Dalam 40 minit, dahhhh siap. Alhamdulillah. Yeay~~ :))

Tiga kali saya beratur, sebab takda IC photocopy la, lepas tu isi borang tak lengkap la. Kali ke 3 baru dapat number. Bagus betul brader ni.

Tunggu number dipanggil untuk process nama company confirmation dan bayar license fee.

Itu dia~ Moonlight Avinezza. Certain orang tahu apa maksud sebalik nama ni. (Poyo2) Keke :p

Dahhh tu je. Tapi saja2 je nak nyelit gambar2 bawah ni, gambar time saya hantar cikabey ke KLIA. Dia outstation 2 minggu. Tu pon kalau semua okay. Kalau tak okay, maybe kena extend lagi. Sobsss~ 

Naik Emirates. Dapat naik business class. Best sangat la tu kan..  *Nada jelesh* Kui33

Eh sekeping je gambar kitorang? Ada lagi... Nanti saya update balik. Macam la orang nak sangat tengok kan. Pedulikkkk~ Hihi. ;p

Saturday, January 19, 2013

Selalu dah Ibnu bawak saya datang sini. Tapi everytime pon mesti akan terlupa nak snap2 gambar. Kedai ni memang special. Komprom2 diorang ni fanatik habis ar dengan liverpool tu. Kalau musim bola sure penuh kedai ni. 

Yang bestnya, ada charkewteow dengan otak2 yang best! Datang sini itu je la yang saya dok hadap pon. Hihi.. Food dia yang lain2 pon okay jugak. Kalau tak, takkan la Jalan2 Cari Makan tv3 pon boleh datang kedai ni kan.. :)

Rasa macam nak makan sini lagi malam ni. Har har harrr~





Me as usual, char kewteow takmo sayur2. Sedappp~

Ini part cikabey punya. Lapau sangat dah.



Recommended! :)

First action. Amek feel. Untung jugak pergi kontek lawyer seller, agent rumah, bagai. Alhamdulillah, first owner agree nak bagi kitorang masuk rumah untuk check defect2 yang ada. Tapi sekejap je la. Habis check defect, dia suh inform agent, sbb nak kunci rumah balik. Still taknak kasik kitorang pegang kunci tu. Lepas dia dapat balance duit (untung) jual rumah tu dari bank, baru dia nak bagi. Huu~ Redha je la~

Lama gak ek amek masa nak tengok2 defect. Tu pon kitorang buat thorough checking kat porch luar rumah je. Sebab obvious sangat. Dalam rumah dah tak check sangat. Sebab sibuk dok amek ukuran berapa feet panjang dapur, etc. Lain kali nak kena datang lagi, check air, check toilet flushing, check soket2 semua. 

Lagipon sebab kitorang 2 2 dah lapar gila. Tak breakfast la katakan. Dalam sejam lebih camtu kot kitorang spend time kat situ. Lepas tu 2 2 dah berpeluh2 plus lapaq lagi bergetaq2 perut ni ha. Agak2 puas hati, kitorang chow mencari makanan. Ngeh2222. 



Macam ni, bole mintak developer repair la kan...

Dan lagi.. Ni semua kat bahagian porch kereta..

Dari dalam rumah..

Hmm.. Nak balik tadi baru perasan, diorang buat wiring cable tv kat dinding ni.. Camano nih? Nak kena tutup la bahagian tangga tu.. Tak pon, kena buat wiring baru kat side dinding lagi satu..

Courtyard. Bakal jadik tempat permainan cikabey..

Ruang untuk makan, dan dapoq

Dapoqkuuuu... Bakal jadik ruang permainan saya. Kekeke.

Mostly dalaman, okay. Tak perasan plak retak2 or apa. Just sangat comot la dinding2 dengan kesan selut kot. Selut kat dinding? Peliks kan.. Huhu. 

Besok insyaAllah datang sini lagi, since agent suruh check semua siap2.. Baru lepas bermessage2 dengan dia. So dia suruh check semua, dan compile report sekali harung ja.. Tak sabaqnyaaaaa... :)

Tuesday, January 15, 2013

Track progress black n white rumah (after dah lima bulan since tarikh kitorang bayar downpayment)
  1. Kontek lawyer sendiri (untuk rumah tu), katanya pending document dari lawyer seller. So, takpek nak proceed apa2.
  2. Lepas tu call agent rumah yang jadik orang tengah jual rumah tu, tujuannya nak mintak number owner rumah, nak try mintak kasik kunci dulu untuk check defect and buat report kat developer. Tapi, dia kasik kontek number lawyer seller. Secretive betoi. Huhu.
  3. Call lawyer seller. Alang2 tu terus tanya progress and mintak kunci rumah. Dia kata, dia tengah tunggu mat despatch dia passkan document dari lawyer bank owner tu, baru dia boleh readykan document apa2 yang patut untuk buat revoke agreement lama antara developer dengan first owner. Janjinya this week siap. Okay. *Dalam hati, khamis nanti aku call kau balik* Tapi pasal nak mintak kunci rumah untuk check defect tu, dia kata tak boleh. Sebab dah clearly stated dalam SnP yang kunci akan diserahkan dalam masa 5 hari after payment semua settle. *FINE~~*
  4. Sekali malam tu dia call kita daaaa.. Dia kata owner agree untuk serahkan kunci rumah but just untuk check defect. Yeayh! Tapi after habis check, pulangkan balik kunci. (T___T) At least dah boleh start first step - check defect & lepas tu buat report kat developer untuk repair. Hopefully this weekend ke..dapat kunci tu ke..kan.. :D walaupon hanya untuk sekejap je - just untuk check defect. (T____T)
Track Hunt OP yang bertanggungjawab dah diamanahkan for our wedding
  1. Woiii geram woiii membara dalam hati. Mula janji bulan 9 siap semua. Lepas dari wedding bulan 6 tu terus menghilang, dan2 kontek balik bulan 10 bagitahu ada masalah macam2 dan mintak duit. Terpedaya ke apa ke tak tahu lah, tapi, Ibnu kasik dia duit RM750. Dan dia janji dalam bulan 11 tahun 2012 akan kasik kat kitorang album gambar semua bagai. Last2 sampai ke sekarang senyap gelap gelita sunyi sepi. Phone number dah tak boleh dihubungi terus langsung2 dah. FB dah tak active dah. Ada, tapi macam dah lama dibiarkan tak berhapdet.
  2. Geram sangat2, Ibnu gi comment kat status FB awek dia, dengan pesanan "sila mintak zuwandi hubungi saya segera, dan jelaskan hutangnya". Lebih kurang camtu la. Tak ingat dia tulis camna. Hui3.
  3. Terus si awek message dalam FB, katanya zuwandi sibuk takda masa free. *WHAT??* Habistu, tak reti2 nak kontek kitorang balik since last time jumpa bulan 10 aritu? Geram weyhhh.. Duit dah ditabur2 plak tu. Geram segeram geram geramnyaaaaaa... Fuhhh.. *Sabarrrrr......*
Married life
  1. Hmmm, sekarang ni perasaan ada sikit sensitip. Mungkin bukan sikit tapi BANYAK sensitip. Sket2 sentap, sket2 sentap. Sentap pasal....... a.n.a.k.... Masa tarikh 1.6.2012 tu, ada lah kot lagi 4 orang kawan yang kahwin sama tarikh. Salah sorangnya ofismate. Dia laki, orang Nogori 9, kawen dengan awek dia orang Kedah. Boleh tak, lepas kitorang cuti kawen, saya masuk ofis, semua dok tanya saya dah pregnant belum. *Homai, baru kot. Mana tahu lagi. Huhu. Di kotak fikiran la* Sekali, rupanya, wife ofismate tu dah pregnant. *WHAT??* Huuuu~ beshnya... rejeki dia.. Huuu~
  2. Selain dari dia, yang lagi 3 orang tu, 2 orang dah pregnant jugak. Sorang je lagi belum sebab merancang rasanya since wife tu jauh nun di US, husband kat Malaysia. Sentap okay.. Tapi bisa ditahan2 lagi perasaan sentap menyentap ni...
  3. Lepas sorang demi sorang, yang kahwin after kitorang, berapa ramai terus bunting pelamin. Huuu~ Jeles... Maybe rasa sentap ni makin kuat bila bukak fesbuk tengok orang upload gambar baby @ buku panduan mengandung @ yang sewaktu dengannya.
  4. Ramai lah... Terbaru, ada member ni, kahwin dalam 24 ke 25hb 12 aritu, now dah preggy. Syukur, happy, rezeki diorang... Tapi perasaan happy tu berbaur2 dengan sentap. Sentap lagi banyak kot dari happy. Haha. Keji gila :p
  5. Hmmmm.... Dah la.. Taknak sentap2 dah. Nak go with the flow. Ada rejeki kitorang, tak kemana jugak.. Kan.. InsyaAllah..... (!__!)
Okay, taknak tulis dah. Panjang sangat. Nanti sendiri nak baca pon tak larat. Bye~ Hui hui huii~ 

Monday, January 14, 2013

Agak blurr gak actually kisah AES ni. Kejap dengar cerita dah tak valid. Kejap valid. Aritu dengar balik kata tak valid. Tapi dalam dok dingdongdingdong, sampai je satu demi satu surat saman AES. (T____T). Terbaru, 2 minggu lepas. Masa tu nak gi Cameron Highlands tu la. Drive 121km/hr je, tapiiii kena jugak sama. Uwaaa~ Sobs~ Owh, lupa, belum bayor lagi nih. Mau dia jadik RM300 plak nanti. Kalau bayar dalam masa 14hari rasanya dia charge RM150 kot. Wuteva~ I hatechu AES.

Tadi dapat plak email "Senarai lokasi camera AES". Banyak wehhhh...

PLUS Arah Utara


■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.


PLUS Arah Selatan

■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes ■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.


Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit ■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.


Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h


NKVE Arah Timur/Utara

■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km


NKVE Arah Barat/Selatan

■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.



Lebuhraya Kesas Timur

■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City ■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.


Lebuhraya Kesas – Klang

■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!


Leburaya Pantai Timur

■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.


Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.


Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.


Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/hr


Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.


Kawasan Perak Arah Selatan

■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

Fengsan~
Seriously lupa sangat2 yang weekend ni sebenarnya ada family day company cik abey. Dah la diorang buat tema "kembali ke sekolah". Tapi mana nak carik baju sekolah kalau teringat pasal event ni pon dah hari Jumaat aritu. Kalau tak, boleh mintak mak poskan baju sekolah dari kedah. Semangat~~ Harusss~ First time pergi join event company cik abey nih. Hihi.

Tapi, last2 gagau je la apa yang ado. Ibnu je buat ikut syarat, pakai tie mrsm dia. Haha. Jadik la kan.. Bukan target nak menang best dress pon.. Hihi.

Family day tu buat kat Thistle Resort, Port Dickson. Activity start lepas breakfast, ada macam2 game untuk kanak2 dengan orang2 dewasa lah. Activity berfamily. Tapiiiiiiii, hmmm... Tak submit nama nak join. :( Maka, tak dapek nak join. :( Tapi, kitorang sampai pon dah pukul 11 lebih tghr, nak join apakebendanyeeee.. Ngeh3.

Dari tepi jalan dah boleh nampak signboard ni... Kalau tak perasan aritu, sure kitorang pon terlepas simpang ni. Hihi

Rated five star ni... Best rasa dapat merasa duduk sini.. :)

Swimming pool besar bapakssss~ Tapi ai poyo segan nak mandi kat public. Poyo poyo poyo. :p

Thistle best! Bagi saya, accomodation dan food dia better dari A'Famosa Resort. (Dulu company lama saya pernah buat family day kat A'Famosa Resort ni. Itu pasal compare dengan dia. Hihi). 

Tempat cun. Dan2 tengah lalu kawasan macam kampung2 lepas Teluk Kemang tu, nampak signboard Thistle sebesar2 alam. Masuk2, kiri ada padang golf. Pokok2 tinggi2 cun2. Thistle tu sendiri nampak cun. Saya suka betul dengan wallpaper bilik kitorang. Sayangnya tak amek gambar banyak2 masa tu. 

Layan gambar yang sempat dicapture ek..

Lama tak jumpa laut.. ;)

Ini gambo dah upload dalam instagram.. Tapi saje nak tempek sini jugak. Hihi.. Team cik abey menang tuuu... Diorang ada rumah2 sukan lagi.. Bagus betoii..

Sunset dan game teng teng
Dinner.. Open air.. Okay jugak. Best~ Food pon okay. :)
Yang rambut ikat tocang dua tu tau tak sape? Itu la wife CEO company Ibnu Nizar. Cute kan? Sporting habis dengan baju kurung sekolah dia. Hihihi. Sayangnya rasa tak pergi bergambar dengan dia dekat2. Hihi..

Hmm, besoknya just free and easy activity. Kitorang pagi2 lepas cekidout terus keluar. Tapi sangap2 pergi singgah Nilai 3. Usya2 lampu2 and kipas2 kat situ. Situ pon murah2 jugak lampu dia. Not bad. Kipas2 pon okay kot. 

Kipas KDK 4 bilah = RM225
Kipas KDK 5 bilah = RM250

Tapi kitorang tak angkut terus, nak try usya tempat lain jugak. Harap2 kitorang tak menyesal dengan lampu2 yang dah dibeli dulu tu... Tak sabar nak tengok bila dia dah bergantung2 kat dalam rumah nanti.. Cepat laaaa lawyer2 sekalian buat kerja woiii. Nak kunci woii. Huhu. 

Wednesday, January 9, 2013

Kitorang pilih sink ni. Mula2 nak sink 2 lubang yang jenis sebelah besar & dalam, sebelah lagi kecik sikit tu. Brand Rubine. Harga RM299. Harga promo masa kat Houz Depot Damansara.

Then bila try angkat, rasa macam kasar2 je finishing lipatan sink tu (yang belah dalam tu). Usya kiri kanan, nampak sink 2 lubang tapi sama size, brand Hafele. Bila pegang, rasa kemas ja finishing lipatan dia tu. Rasanya benda finishing lipatan tu tak penting pon kan. Nanti dah diletak elok2 kat table top tu, tersorok je finishing lipatan tu. Tapi entah la, bila fikir "kalau finishing pon dia buat kemas, sure sink ni best". Haha. Ley tak gitu. Hihi.

So, angkut je la. Even harga dia RM399. Lebih seratus dari Rubine. Tapi tu harga promo dah tu. Original harga dia RM500++. Tak ingat dah berapa. Lagipon, Ibnu minat sungguh brand Hafele ni. Dia kata memang brand high end. Yo lerrr~ Hihi.

Settle! Settle barang2 yang diperlukan for kitchen cabinet kami, sink, hood dan hob... :) Microwave dah ada, hadiah kawen orang bagi. Oven je takdo. Tengah fikir2 lagi nak beli kasik complete atau tak. Takut nanti oven tu hanya guna sekali setahun masa nak raya. Atau mungkin tak sentuh2 langsung pon nanti. Kui3. Fikir.... fikir....

Tuesday, January 8, 2013

Haaaa, cukup seminggu dari tarikh sebenar entry. Keh3. Untuk KL, first day of the year = cuti uolss! I is sukaaa~ I suka cutiii. Keke. Maka....

First destination is House of Lightings, Puchong. Bila dok surf2, ramai bloggers dok pi sini. Dari Johor pon ada sanggup datang. Murah betul la kot ek.. Punya gigih kitorang nak datang sini, guna googlemap. Saya jadik driver haritu, sebab cikabey kata dia tak larat. So, okayyy, no problemas... Tak kesah jadik driver, sebab nak gi cuci2 mata kan. Tak terasa sangat penat badan ke apa ke. Hihi.

Sampai2......tutuppppp!! Huwahhh.. Ingatkan tutup hari Isnin je... Rupanya public holiday pon tutup... Kat senbod dia tak mention plak tutup on public holiday. Hew hew hewww. Pusing2, nampak complex sebesar2 alam sebelah dia. Macam warehouse pon ada. Avenue Puchong. Macam best ni. So, kitorang parking sebelah bawah bukit tu, dan naik tangga ke Avenue ni..

Macam2 ada. Sofa, kitchen cabinet, lampu2, kipas2, meja makan, wardrobe etc2. Kelengkapan rumah la senang cerita. Harga, rasanya tak murah sangat kot. Tak tahu la nak cakap high end sangat ke tak. Macam biasa je, tapiiii, lampu diaaaa, RM26k pon ado tau. Bukan 26 hengget, 26 HEBU hengget. Ciritz i baca tag harga dia. Hui2.

Yang bersalah - Kiri : RM26k, Kanan : RM6k ( @,@) 

Kitorang tak beli apa2 pon kat sini. Mahei. Tapi, saya asyik dok  teringat kat satu buaian gantung dia. Sangat besttt! Harga dia taruk RM999, tapi mesti boleh tawar kan. Boleh tak nak mintak harga RM300 je? Kui3. Sampai sekarang dok teringat2. Adakah itu petanda KENA beli? Owhhh nehiheeey... Beli apa yang PERLU. Mesti mahu jimatz2. Ingat balik azam tahun baru. Taknak boros. Nak bersyukur apa yang ada. Huuuuuu~~


Then on the way balik, singgah la kat deret2 kedai perabot tepi LDP tu. Tapi, kitorang aim terus pergi kedai lampu. Namanya Achiever Lighting. Rupa2nya 01.01.2013 tu hari last dia punya promotion day. Diorang buat 4 hari promotion dan first Jan tu last day dia. Boleh pulak kan.... Kitorang terpergi on last day promotion. Saje tau nak test iman. Usya punya usya punya usya, terberkenan dekat lampu dia 2 3 jenis. Kitorang cakap nak datang next time, tapi dia kata next time dah back to normal price. Bestuuu, camno. Bergetar iman2 uwang2 kitorang tau. Sampai 60% less tu. Ada 1 lampu ni, jenis ala2 chandeliar. After less dalam RM400++. Downlight plak seketul 4" RM8.90 termasuk bulb. Kalau 6" RM9.90 termasuk bulb. Cukup murah tak? Tensi tensi. Last2 beli jugak. (T____T)

DSC_5455

Beli 2 lampu nak letak kat ruang tamu, 1 lampu kat dapur, lampu2 downlight. Total cost of damage lebih kurang RM1.4k. Belum lagi kipas2 dengan few lampu2 lagi. Hmmm.... Kan best kalau ada adik beradik jadik tokey jual lampu kaaaa, tokey perabot kaaaa, tokey tilam kaaaa, boleh minta harga best2 sikit. Hihihi. Owh yang tak bestnya, bila balik rumah, abah kata, kedai situ mahal. Tapi nak buat camno, dah beli dah pon kan.... Hmmm~ Sebaik tak beli lampu2 habis untuk 1 rumah. Ada can nak ajak Ibnu gi House of Lightings Puchong tu. Sangat laaaaa daku teringin nak pergi. Murah sangat ke? Hmm~ We'll see.. (^_^)




Monday, January 7, 2013

Houz Depot Damansara sale - Pergiii takkan taknak pergi kannn.

Tu lah. Takkan taknak pergi kan. Sekarang ni, asal weekend atau cuti je kitorang ada la plan nak gi cari sale mana2 untuk rumah. Sale perabot ke, barang2 elektrik ka apa kaaa, kalau tak jauh, mesti nak pergi usya. Kadang2 usya, kadang2 terbeli. Kadang2 rasa bangga bila dapat keluar kedai tanpa beli apa2. Sebab maknanya kitorang boleh tahan nepsu beli2 barang kitorang. Hahaha.

Houz Depot Damansara. Ibnu kata dia tahu jalan ke sini, so yes! Settle bab taktahu jalan. Hihi.

Sale ni sampai bila tah, tak ingat. Kitorang tahu pon sebab terbaca dalam newspaper sehari sebelum kejadian. Errrmm... Kesimpulannya, sale ni biasa la macam sale2 lain jugak. This time, pergi dengan misi nak usya hood + hob untuk kitchen. Kalau ada untung sabut, bole usya oven sekali.

Hood + hob sini memang laaaaagi banyak choice dari Harvey Norman aritu. Saya pon dah ada buat list, brand2 hood + hob yang ada kat Malaysia ni. Bila baca dari blog2 orang, list yang saya dapat buat is:
  • Rubine
  • Faber
  • Fagor
  • Fotile
  • Electrolux
  • Morgan
Price range pulak dalam RM1.5k ~ RM2.5k. Rasanya tak banyak beza sangat antara 1, 1 brand. Tapi based on pembacaan dan pengalaman (Pohyoh ni semua nih - gaya awie), apa yang nak diconsider bila beli dapur ni adalah macam:
  • Suction power hood untuk tarik asap2 tu nanti (Normal 1200kW. Ada gak 1400kW. Tapi mahei sikit)
  • Kesenangan/kesusahan nak cuci hood tu nanti bila dah berminyak2
  • Nak ada hob 2 lubang dapur masak atau 3 lubang?
  • Mungkin kena consider jugak kepanjangan hood + hob tu nanti (untuk dapur kecik pendek macam saya sobss)
  • Accesories dapat free tak? (i.e. hose untuk hood tu nanti, etc)
Nak tahu tak apa yang menentukan pilihan hood + hob kitorang? (Chop, sakit mata kan dok baca saya tulis eja hood + hob? Mengada. Cakap je la dapur. Kan2? Hihi. Tak kira~~~ :p) Mula2 nak hood yang kepala dia tu jenis kaca melengkung tu. Nampak cantiks je. Tapi ini tidak penting. Sebab ni hanya sekadar rupa. Huhu. So next kitorang pilih berdasarkan ketebalan besi yang nak jadik tempat letak buntuts periuk kuali itu. Tak tahu la nama dia apa. Tapi besi tu la. Bila tengok yang nipis, rasa tak confident. Risau dia boleh patah tiba2 bila nak masak guna periuk besar bapak.

Tak banyak dapur yang guna besi tempat buntuts periuk yang tebal. So memudahkan lagi kerja kitorang. Tinggal few choices je. Last2, kitorang pilih, Fotile! 3 dapur dan dapat free sebekas set pisau lagi. Itu sebenarnya yang saya nak sangat2 tu. Hihi. Oven goodbye dulu. Nak guna oven pon tak reti. Verangan jer lebey nak guna oven tu nanti. Ngeh333.

Kelebihan hood fotile ni:
  • Ada technology "air curtain". So kalau ikut kata saleslady tu, memang bau takda, kesan2 minyak kat lantai pon takda. Kita buktikan nanti noo.
  • Kurang bunyi bising. Memang bunyi dia senyap sikit compare dengan hood2 lain. Kat rumah tu, kalau mak tengah masak, dia on-kan hood dia, memang kitorang yang selang 10 langkah pon dia tak dengar. Hui3. So hopefully membantu la bila kitorang dah pilih yang less noise ni.
Kelebihan hob fotile:
  • Dia ada penutup untuk ignitor api tu. So, kurang la kebarangkalian untuk lubang ignitor tu tersumbat kan.
  • Ada lagi dia explain tapi saya dah tak ambil pusing, sebab dok fikir pasal set pisau free. Kui3.
Harga promotion set is RM3390. Tapi, kitorang dapat beli pada harga RM2599. Jimatz beratus2. Maka dengan ini saya mestilah masak hari2 di rumah. Baru betul berbaloi2. Hihi.

Besok kot dapur tu sampai, yeayyy~ Makin padat lerrrr rumah kakak iparku ituw dengan barang2 kitorang yang semangat ni. Harap2 mereka bersabar dengan pe'el2 kami ini. Hehehehehsss. (^___^)



Survey la sangat.... Konon2 nak survey, tapi dah macam jadik perangai tetap kitorang pulak, bila survey kalau okay terus angkut. (T__T) Mungkin sebab kitorang 2 2 bajet bizi. Tak cukup masa nak survey2 sangat. Aci x?

Satu problem yang saya rasa kitorang akan hadapi sebab perangai "semenggah" ini - komfem2 susah nak control pengaliran duwit keluar. Ermmm. Macam betul je. Uhuks.

Tapi, berbaloi kot rasanya apa yang kitorang beli di Harvey Norman sale tu. Beli tv dan fridge. Beli pon nak yang besar aje. Maklum lerrr kitorang dua2 kan body besar. So, tv nak besar. Fridge lagi nak besar. Haha.

Balik2 tu terus search online berapa market price untuk tv dan fridge tu. Alhamdulillah, kitorang berjaya save RM900 ~ RM1000+ compare dengan kalau beli normal price. Kira oretz la kan save nak dekat 1k. Banyak tuuu. 

Just mungkin sedikit terkilan, sebab beli tv plasma, bukan tv LED. Dengan beli fridge biasa tu, bukan fridge bukak 2 pintu. Kalau dapat fridge bukak 2 pintu tu, tidur malam depan petisejuk pon saya mahu tau~! Keh2. Lagi2 kalau dapat fridge 2 pintu warna merah, macam dalam cerita full house tu.. Owhhh, u make my heart melt, fridge merah 2 pintu. Hihi.

Semalam sempat tengok kat Houz Depot Damansara punya sale, dia jual tv tu pada harga sale tapi still lebih RM100 dari yang kitorang beli. So, puas hati sedikit di situ. Keh222.


Cost:
TV Samsung plasma 51" : RM2299
Fridge LG 620litre : RM2100

Total cost of damage di sini dalam masa 3 jam adalah RM 4399

Jom nanes~~~ ( !___! ) Nanes, sebab rumah belum dapat, tapi kitorang punya heksaited, sampai dah shopping2 barang rumah. Takpelah, lambat laun bila dapat kunci rumah still nak kena beli jugak. Ye dakkk... Dah alang2 sale ni, angkut je la mana yang PERLU. Dua dua ni dah selamat sampai di rumah kakak ipar saya. Free delivery. Hoyeyh2! Tompang kat situ sat. Hihi. Oretz. Itu sahaja.

Saturday, January 5, 2013

Last minute! Cuti memang dah mintak dari boss, so that boleh la cuti panjang sikit direct dari Sabtu ke Selasa, time cuti christmas aritu. Tapi, plan nak bercuti ke mana tu, asyik berubah2. Hari sabtu baru gelabah2 nak buat decision. Mula2 nak ke Klatey, tapi dengar2nya Klatey mungkin banjir, so cancel. Then decide nak gi Fraser Hill. Sekali call hotel2 area Fraser Hill, takda yang available. Ingat nak main walk in, tapi takut gak skali memang full ke kan. Tak pasal2 tak jadi nak bercuti panjang kitorang. Last skali try usya hotel2 yang ada kat Cameron Highlands. Call few hotels, penuh. Sampai la bila call Strawberry Park Resort ni, dia kata ada room yang available. Tapi bilik two single bed. Aiyarkk. Takmo la katil asing2 niii.. Dah la nak bercuti panjang ni pon sekali skala je. Time tu la datang idea nak try honeymoon package if diorang ada la. Skali dia kata, memang ada honeymoon package. Apa yang dia kasik dalam package tu and harga dia korang boleh usya from website resort tu sendiri. Kitorang di-charge extra sikit sebab super peak period.

So deal! Bayar lebih sikit, tapi bukan selalu2 pon nak cuti berdua berhoneymoon kan... Hik hikss. Lagipon nak gi Cameron ni, tempat sejuk. Manaleyyyy tidur katil asing2. Hikssss. :p

So, jadual kitorang kat sana, lebih kurang macam bawah ni la..

AHAD
10 pagi ++ : Gerak dari rumah
3 petang : Sampai Strawberry Park Resort + check in + enjoy welcoming drink
4 petang : Late lunch + merayau2 kat pekan Brinchang
7.30 malam : Candle lite dinner kat Tudor Grill, Strawberry Park Resort

Gerak lebihkurang pukul 10pagi, tapi sampai resort dalam pukul 3 petang. Bapaks lama kan? Sebab jem time dekat Cameron Highlands. Betullll, kat situ yang jem. Punyala ramai umat manusia nak bercuti kat Cameron ni rupanya. Hui3..

Stay kat bilik Tioga Deluxe Suite. Heksaited masuk2 tengok bilik besar dan ada banyak bunga fresh wangi2 dan kelopak rose tabur2 dan coklat buah dan drinks. Hilang lenguh2 sendi masa drive meredah jalan lelong2 dan jem tadi. Hihi.

First time ni nak gi candle lite dinner niiii. Terujaaaa mak jemah sorang2 tau~ Food dia, mantops! Memang makan sampai nak belahak pon takda space da dalam terongkong. Hahaha. Alhamdulillah... Kenyangsss perut kitorangs~ 

ISNIN
7.15 pagi ++ : Breakfast
8 pagi : Bergerak for Gunung Brinchang tour. Destinasi - puncak Gunung Brinchang + Mossy Forest + Tea Farm
2 petang ++ : Sampai resort + buat spa
4 petang : Start gerak pergi Butterfly Farm + Roses Center
7.30 malam : Steamboat dinner kat Thai Restaurant, Strawberry Park Resort

Gunung Berinchang tour~!

Mossy Forest. Seriously teringat kenangan lama. Dulu masa kitorang tengah no feeling2, pernah join team geng panjat gunung. So kitorang panjat Gunung Irau, naik melalui Gunung Berinchang. Ihiks~ :)
Berpandukan tourist map, first destination kitorang gi is Butterfly Farm. Bestttt~~~ Bukan je ada butterfly, spesies2 binatang lain pon ada. Dah macam mini zoo dah rasa. Bestttt~~~ 

Lepas tu gi Roses Farm. Dua ni je sempat sebab lepas tu nak kejar balik for dinner free kitorang. Hihi.
Steamboat! Nyummilicious~

SELASA
8 pagi : Breakfast
10 pagi : Check out

Sengaja check out terus sebab nak gi strawberry farm & market dan cactus farm dan bee farm.

Shopping time~!! Hihi. Takda la borong sangat pon, sikit2 je kitorang beli. Beli strawberry sikit, madu, cactus comel2, bonzai, dan pokok bunga as hadiah for ibu n abah kemuning. Diorang suka berkebun so bila nampak pokok2 tu, terus teringat diorang. Hihi. Strawberry beli yang fresh cun punya, buat 3 bekas. Kasik pakat2 boleh merasa.. 
Daku beli sebab nampak cuteeee sangat!
Okay, itu saje~ Tamat sudah kisah honeymoon Cameron Highlands kitorang. All in all, memang best!! Rasa nak pergi lagi! Tapiii, harusla consider tempat2 lain yang tak pernah gi lagi kan.. Malaysia ni banyak kot tempat2 yang menarik... Dan sekali skala buat unplanned activity camni, best jugak~~ Lepak2 je dengan husband. Besttt~~ Ada peluang, nak gi visit tempat lain plaks. :) Okayyy, itu sahaja. Sekian... :)


Friday, January 4, 2013

Atau, nama gelemer dia, Kitchen Cabinet. Atau, nama shortform dia, KC. Dalam banyak2 benda yang meng-heksaited-kan saya nak masuk rumah baru ni, is KC ni la. Nak buat dapur yang betul2222 saya suka. Walaupon masuk untuk masak hanya time weekend. Mungkin weekdays dikala penyakit malas makan luar datang. Waima masuk pon sebab nak masak megi. Keh3. Takde laa, mesti la nak dapur idaman kelebu sebab nak naikkan semangat memasak. Rasanya, mesti banyak gak masa nak spend kat dapur. Situ la masak, situ la basuh pinggan. Mungkin situ jugak dicampak washing machine nanti. Hui3.

Sampai tak tidur malam bila dah start study kat internet. Study laaa sangat kan. Hehe. Dari lalok2 ngantuk nak tidur, terus segar bugar bulat bijik mata bila tengok gambar2 dan baca blog2 yang orang tulis, pasal kitchen cabinet impian diorang. Sampai saya pon dah berangan2 sekali. Hik2.

Sebelum nak cerita realiti, jom kita cerita fantasi dulu. Verangan2 skodeng dapur2 kabinet2 rumah orang lain. Yang komprom2 eden tak mampu nak ado. Koje 10 tahun dulu lerrr nak dapat dapur cenggini. Tu pon, dapur sampai ke ruang tamu la yer? Realitinya, kawasan dapur rumah tu nanti kan kecikkss jerr.. Hmm. Sokay2, verangan dulu. Hiksss~

COUNTRY STYLE ~















CONTEMPORARY STYLE ~



Modern luxury blue glossy kitchen cabinets design ideas

Modern contemporary light blue kitchen cabinets design ideas

Modern-kitchen-design-white-furniture400

Modern-kitchen-design-white-furniture8

Modern-kitchen-interior-design



Kitchen, Smart Idea for Kitchen Contemporary Design: Modern Cabinet Design


Wohhh wohhh~ Sudah sudah. Pecah pulaks urat saraf newtron semua japgi. Hui3... Urut dada, istighfar~~~ Komprommmm semua ni bukan mampu milik. Uhuks~ Cuci2 mata syok la kan..

Nanti kita usya dan survey yang ikut kemampuan pulaks yerrr.. Yang penting, buat once for all! Takyah nak dua tiga kali renovate dapur ni nanti.. Oretz lerh. Undur diri untuk tenangkan jantung japs. Daa~ :)

Follow Us @munirahmohdali