Pages

Sunday, November 18, 2012

Perihal Myvi Orenku~~

Moi myvi oghen muah2222.

Hello all!
Ini myvi saya~
Usia dia da tiga tahun lebih.
Birthday dia bulan Oct 2009.
Officially, warranty dia da habis on 13th Oct 2012 baru2 ni...



So, kena jaga dia molek2..
Kalau takkkk, berasap $$ poket sendiri lerrr lepas ni... hew hew hew~

Kat parking lot near my current office, during my first working week kat situ. Datang awal, dapat park betul2 dekat entrance. Hehe.

Plat number dia tu, memang ada makna...
868, mewakili singkatan tahun kelahiran saya 1986..
Sepatutnya 86 ja, tapi time nk beli plat number tu, tinggal number yang 200++ ke atas ja katanya...
So, last2 sekali apitkan ja la dia balik dengan number 8, jadik ler 868.
Kalau 8686, panjang sangat ler pulak, number semua bulat2, tak besttt~ Heheh
Saya dulu hampir2 nak pilih 1001, sama ja harganya dengan 868, tapi pilih 868 sebab abah kata mirip2 dengan plat number kereta dia...

Ni masa nak tukarkan tyre dia and buat balancing kat workshop di Gurun...

Dia ni memang lasak, sebab driver owner dia ni pon boleh tahan lasak jugak.
Pernah corner baring kat selekoh, berpusing 360 degree kereta tu...
Masa tu saya drive sorang2, from kerteh airport, ada issue pasal tix flight arrangement, tengah kelam kabut nak catch up next flight kat kuantan airport, pagi2 gila, hujan2; ceritanya agak panjang, but to make it short - kereta tu berpusing dan saya near-miss nak eksiden...
Alhamdulillah umur masih panjang.

Tapi ever since that day, "kesedapan" myvi tu dah makin kurang...
Bila kat cornering ja, terasa macam "terbuang2", senget2, tak balance.
Lepas tu pergi service, suruh check, dia kata takda masalah pape.
Mungkin perasaan je kot eh?
Huhu...

Tengok! Myvi jadik saksi chenta kitorang~ First lunch date kat tepi pantai Kemasek. Hikssss~

Myvi ni pernah berjasa bawak orang eksiden gi hospital,
berdebar gila gerun gila tak hengat la time tu...
Eksiden depan2 mata, sampaikan bila kita parking tepi jalan after eksiden tu, pakcik2 kampung ingat kita pulak yang langgar motor tu..
Maklumlah saya punya menggelabah masa tu memang susah nak control dah.
Walhal motor tu bertembung dengan motor lain.
Balik from hospital, Ibnu la tukang bersihkan balik darah yang melekat2 kat sofa belakang tu..
Terasa ada bagusnya bila pakai kereta yang seatnya leather...
Senang nak cuci.
Bayangkan kalau cover seat jenis kain?
Tak ke jadik satu kerja pulak nak menyental kan...

Sorry sayang~ Saya upload  gambar ni... Hehehe.. Mr Ibnu kepenatan dan ketiduran di dalam kereta masa on the way nak balik ke kedah, for raya ke ni ek? Tak ingat plaks. Hehe.

Macam2 lagi la myvi oren ni dah pernah rasa.
Makan dinding pernah, makan tembok pernah, makan bonggol pernah, macam2 lah.
Sian dia uhuuks2222...
Sian dia dapat driver macam saya ni uhuks2222...

Chop, nape arini cerita pasal kereta ni?? Apakesssss ni?
Kesnya, myvi dah habis roadtax on 9th Nov 2012 aritu!
Tapi saya ni punyalah tak check, selamberh2 je drive dia ke sana ke mari.
Sebaikkkk pakcik polis tak buat roadblock?
Da sampai bawak balik ke kedah dah pon...
Kitorang drive from KL ke kedah hari Khamis lepas - 15th Nov 2012.
Alamatnya besok mak suruh drive kereta abah bawak balik ke KL...
Myvi kena direhatkan kat rumah dulu sampai la roadtax dia hidup balik.
Eheh eheh ehehhhh....

Camwhoring in myvi oghennnnnn~ During raya puasa 2012. :)

Okkei myviku, be good yaa...
See you when i see you~~~ :)



Thursday, November 15, 2012

Teater Tun Siti Hasmah rocking Istana Budaya

Semalam, kitorang pergi melayan teater Tun Siti Hasmah. Saya bukanlah peminat teater tegar, tapi bila dapat peluang dan ada masa yang ngam, memang "on" je lah nak gi tengok teater. This is my first time tengok teater after dah empat tahun berkerja. Hehe.

Well, what I can say about this theater is, IT IS A WELL DONE story of Tun Siti Hasmah's personal life. Cerita bermula dari zaman universiti beliau (called Che Mah), first time she met Det (Tun Mahathir). I just knew that she is a doctor and doktor wanita kedua di Malaysia. Hebat!

Later how Det proposed to Che Mah. So comelllll~~ Awww~~~ How they struggled during zaman studies. Masa muda Det was a very strict person and cakap ikut sedap mulut - dengan niat yang baik of course. Masa tua pon strict jugak tapi more towards humor punya approach. Lepas tu, diorang kahwin, Det start politik, Det was dispelled from Umno, Det start bukak Klinik Maha, Det join balik Umno, Che Mah start kerja, Che Mah punya kerja amal, sampaiiii la Det pencen dan meletakkan jawatan dari Umno dan their life after that - semuaaaaa diceritakan dengan baik in this theater. Musical theater lagi kayh... So boleh la tengok Lisa Surihani dengan Eja menari. Cumels je.. Hehehe.

To those yang rasa nak pergi, pergi je lah kay. I learnt at least one thing yang very close to my heart, which is - how importance it is to be a very good wife in the sense of loyalty, trust, love, give & take, presence, support, etc. :')

Memang mengalir2lah air mata tengok cerita ni. Haha. Tambah2 saya memang cengeng pon. Tengok hisdustan 10x, 10x tu lah bole nangis. Haha. Tapi gelak nak pecah perut pon ada jugak. Cukup la kot masam manis dia tu. Hehehe.

Okay lah, tu je... Layan pics. Zaaassss~ (^^, )




Masa ni orang belum ramai lagi... Lepas2 tu lagiiii sesak. Huhu.

Kat bahagian atas, kat floor pintu masuk dalam hall

Misti mau amek gambo sama2 begini lohhhh~ 

Muka happy dapat jugak gi teater this year. Heheh.

Booth~ Sempat grab 1 buku tu.. Buat kenangan katanya..

Some of the souvenirs yang dijual

Ada kedai snacks kat sini. Kitorang beli jajan and air mineral. Tapi rupa2nya tak boleh pon dibawa masuk ke dalam hall. What theeee..... Sabo je lah. Huhu

Pintu masuk ke hall

Ada booth make-up2 and cosmetic which I am not familiar with the brand. Baru kot?

Inside. Sorry gambar tak cuns, camera ni tengah night mode.

The stage from our view. Tu usher yang menjaga tu lah yang suruh kitorang letak and tinggalkan food outside hall.

The book~ With pictures~ Nice...

Orang paling semangat nak tengok cerita ni...

Haruslah save the best picture for the last! Hahahaha :p

Okay tu je, boboiiii~~

Wednesday, November 14, 2012

Selayang Park ~ Deepavali Holiday ~ Picnic day dengan family

2012 Deepavali Holiday~!!
Happy Deepavali to my Hindus friends yang celebrate deepavali!
Coooti cooootiii yeayyyy~~~
First time dengar orang dok main2 mercun and bunga api time hari raya deepavali.
Gamatnya macam serupa je dengan hari raya puasa.
Memula macam agak jakun/terkejut/blurr/tak-tahu-one-word paling sesuai nak describe feeling masa dok dengar bunyi / tengok bunga2 api tu...
Tak pernah tahu yang deepavali pon dicelebrate dengan bunga2 api. Hehehe...
Biasak arrr, orang kampung... 
Kat Yan Kedah tu, mana ada hindu rasanya. 
Kalau ada pon jauh dari rumah saya.
So, kira pengalaman baru la untuk tahu stail orang agama lain celebrate raya diorang. Hehe

Btw, dah coti kitorang adik2 beradik kat sini pakat dok plan la nak spend cuti tu dengan apa.
Sangap dok rumah katanya kalau tak buat activity pape.
Zoo? Movie? Aquaria? Potluck? 
Dalam banyak2 idea, last2 semua agree nak gi picnic and main layang2 kat Selayang Park...

Dah nama pon picnic kena la sediakan makan2 kan.
Kakak ipar saya buat nasi lemak, kari hijau ayam, sandwich telur mayo, tupperware corn (cupcorn tapi taruk dalam tupperware; besor sikit hihi), macaroni goreng, macam2 lagi lah.
Saya?
Buat sardin. Huwa huwa huwaaaa... Keh333
Ada durian crepe jugak!!
Oh seriously durian crepe ni macam trend baru yang tiba2 naik entah dari mana.
Huhu.
Tapi sedappp~~~~
Sesiapa belum cuba try la beli dari kawan2 yang buat durian crepe.
Kawan kakak ipar saya pon ada jual jugak.
Sedddaaaappppp~~~ Hehe

Kitorang sampai Selayang Park around pukul 10 lebih jugak la..
Tanah still lembab2 and lecak2 sebab baru lepas hujan kot pagi tadi.
Kasut saya kotor macam orang masuk bendang. Haha
Konon2 nak main layang2, tapi hangin sikit pon tarak.
Yela, orang main layang2 petang2, agak2 angin tu kuat sikit.
Tapi sekarang kan petang2 asyik hujan je, so kitorang gi la pagi2.
Rupanya angin pagi ni angin sepoi2 bahasa je...
So, main layang2 rendah2 je la..
Takat mana yang boleh. Hehe

Layan pics lah. 
Kalau saya membebel2 kat sini pon mau berjela2 entry ni.
Kalah essei SPM.
Haha.






Balik rumah, main dengan bot2 si Maira, nak tidurkan dia.
Tapi dia tidur 5 minit, lepas tu terjaga.
Bila dah passkan balik kat Mama dia, tak lama lepas tu saya yang tertidur - pengsan habis.
Bangun2 tidur, potpetpotpetpotpet dengan Ibnu.
Lepas tu potong rambut.
Ibnu potongkan.
So now rambut saya sangat22222 lah pendek!
Terpendek saya pernah ada kot?
Memang boyish habis.
Sebaik muka cute.
Muahhhaaahhahaa :p

Si botbot~ Muaxxx!


Okkei lah.
Tu je~
Seronok pulak sekali sekala gi picnic.
Lepas ni gi tasik lain pulak kot..
Hehe.


Sunday, November 11, 2012

Kek Batik - Second attempt! ( ,^^)

Kenapa title post ni second attempt? Kek Batik ni kan common sangat22222, so takperlu la kan announce buat kek batik kali ke berapa2 pon kan? Haaaa... Tapi ada cerita di sebalik nama second attempt tu. Sebab my first attempt was on last seven or eight years back! 7 atau 8 tahun lepas yer wahai adik2 kakak2 makcik2 sekalian. Terlampau fobia sampai tak buat2 langsung dah kek batik ever since that. Hehe. Al-kisahnya masa tu buat ikut "logic" akal la konon2nya. Guna milo n gula n air ja. Sebab saya ni memang hantu milo. So bajet kalau buat milo pekat2 lepas tu taruk atas biskut marie tu boleh la jadik kek batik. Rupa kek batik memang jadi, tapiiiiii kek batik dah jadik kek batu. Bayangkan kalau sampai nak memotong kek batik tu pon sampai kena ketuk2 belakang pisau tu dengan lesung batu, baru la dia nak "lut" - orang kedah kata. Tak ke haruuuu... Hahahaha..

Sejarah betul yang first attempt tu. Siap hidang kat nenek lagi tu. Nenek saya a.k.a Tokjah lah yang menamakan kek batik saya tu kek batu. Hahaha. Memang sengal betul time tu. Hehe...

So bila baru2 ni ternampak artikel kek batik bawah ni dalam newspaper, terus perasaan nak cuba tu melonjak2 balik. Lepas ja balik dari Seminar SM/SSM, terus singgah giant kemuning ni and beli barang2 apa yang patut untuk buat kek batik. Sesampai je kat rumah mertua, terus bersilat2 kat dapur. Ibnu jadik tukang patahkan biskut merie dan tukang kacau2 adunan atas api, sebelum dia boring and pergi layan tivi. 

Debor kawey nak tunggu pagi besok nak raso molek ko dok molek ko..... Harap2 kek batik cubaan kali kedua ni menjadi dengan semenjadi jadinya~ Ameen! (^^, )

Resepi nyaaa~~~ Kalau tak best, siap ar kamu wahai Encik Resepi! Hehe


Ni lah yang dipakai. Tak tahu la selalunya orang yang buat kek batik sedap2 tu pakai mentega brand apa, cooking choc brand apa, and biskut marie brand apa... Hmmm...


Dup dap dup dapppp......


Tompang lalu..... Choc - Vanila - Red velvet cute cupcakes~


Haaa... Purpose letak gamba cupcakes cute2 ni is sebab nak promote. Murahhhh sangat and sedappppppppppppp sangat22222! Seriously sedap gila! And terkejut beruk saya dengar harga dia. Tapi tak pasti plak kalau tu harga kawan2 kan... Tapi memang sedap. Kalau nak try, bagitahu saya kay. Nanti saya sampaikan kat kakak yang buat cupcakes ni... Yang saya makan tadi, ada 3 perisa - choc, red velvet n vanila with nuts... Semua best!!! Nyummmayh!

Friday, November 9, 2012

Our Official Photographer for the Wedding

O.P
Selalu sangat nampak perkataan ni dulu, samada kawan2 tulis kat facebook atau baca kat mana2 blog atau dengar orang bercerita. Op oP Op oP. Baru tau, OP ni rupanya maksud dia is Official Photographerrrrrr..... Sangat banyak kata singkatan yang orang dok guna sekarang ni. Tadi kat office, dengar orang sembang2 masa kat pantry guna acronym2 ni. SRV la MDR la apa2 tah lagi. Tak ingat pon apa diorang borak. SRV n MDR tu main bantai je saya sebut tu. Hehe. Rasa masa tu macam tengah dengar orang bercakap guna bahasa isyarat tau tak. Eh silap, bukan bahasa isyarat. Bahasa rahsia. Tah apa maksud diorang je yang tahu. 

Tapi bukan tu yang nak cerita nii. 
Al-kisahhhhnya OP saya ni, diammm sepi tanpa berita for quite some time. Rupa2nya memang tengah ada life crisis dan dugaan yang datang bertimpa2. Well, dugaan is normal, it is part of life. Dan kita diuji pon tak melebihi batas kemampuan kita. Kan.. So, hmmm.. Memang understandable la nape dia tiba2 diam tu.

In overall he is still a good OP. 
Just to share some of the pictures yang dia dah edit2. Saya suka if gambar2 tu di-edit, bukan untuk nampak fake or apa ke, tapi, bila editing tu power and bagus, dia akan buat gambar tu nampak lagi cantik tapi in a very natural way. Takyah nak photoshop over2, nanti kang nampak macam poster anime plak. Eheheheh.


Pernah cerita kat entry lepas2 pasal bergambar kat semeling ni.. Nice place!

Kalau tahu dia nak snap gambar masa masuk masjid ni, bole buat muka artis sikit. Haha ;p

Tak sangka outcome dia macam ni rupanya.... Memang kenangan betul la masa amek gambar dengan kereta ni. Ibnu sampai berdiri2 atas bumbung kereta kot..... Pulunnnnn~ Ngeh2

Anak buah. Memang comel, ikut muka acik muni dia. Hahahahhh :p

Us with the siblings~ Lama tak jumpa~ :')

The kids~ Flower gegirlss~ New family mambers!

Siblings at Ibnu's side punya reception.

Us with the friends! TQ sooooo much kawan2 for datang!



Hati pon dah agak terubat bila dia kasik kitorang frame canvas ni, sebagai tanda apology... Besar bapak! Thanks kayh! Wishing u all the best! :)



4x2 feet free photo canvas

Wednesday, November 7, 2012

Watching movie "TED" at Tropicana City Mall



HILARIOUS.
I heart this movie!
Personally, I feel like it has thousandssss of good lessons learned behind the story.

There were some sort of fictions, but the messages were there.
I summarized them as : Trust - Faith - Tolerance - Loyalty - Honesty - Responsibility - Sense of humor
The message was delivered in a very interesting easy-flow way, very dramatic-no-heart-feelings-pls way, very cute comedic way, very nerves breaking way (scenes that involved a father and his son that looked like ermmmm sick psychos huhuhu), in short - very very very alllll wutever way.

To play TED's trailer, click here!



To those who have been craving to enjoy a light movie and wanting to laugh out loud yourself, loudest that u can, like nobody's business, - in a cinema; you are highly recommended to watch this movie! Pls go with either your friends or your loved ones! It would be more fun that way, coz this movie is all about love and friendship. :)

Opsssss, minus those scenes that smells 18SX - don't really favor them much. Regardless that, it is still a beautiful movie~ Compliment my good beautiful day today~ :)

Before the movie started, we had nearly an hour gap and we decided to spend it for a window shopping which later on turned out to be a real cash-out shopping. I got all these for myself! And a big bunch of thanks to my dear Ibnu for all the shawls. Xoxoxoxoxo!

Three more movies ready on the line! :)

Tuesday, November 6, 2012

Late lunch with love at The Loaf, Empire Subang

Hari Ahad lepas, dah elok2 kat rumah mertua, petang tu terasa nak keluar jalan2.
Plan-nya nak pergi shopping2, nak carik baju/skirt/tudung/anak tudung/apa2 ja lah.
Sebab rasa dah lama tak bershopping baju2 ni.
Tak tahu nak gi mana, last2 pergi Empire kat Subang tu sebab situ yang macam convenient sikit nak gi, dari rumah PIL kat Kemuning.

Sampai2 Empire, turun2, masuk2 dalam mall, dan2 takda mood nak shopping.
Mungkin akan rasa lagi best kalau dapat gi kedai2 biasa dalam bangunan tepi2 jalan, atau gi je terus Jalan TAR. Kan.. 
Then cakap kat Ibnu, awak nak gi mana saya ikut je lah. 
Tapi since perut meraung2 minta makanan, kitorang pon merayau2 dalam Empire nak cari tempat makan.
Nampak Serai yang penuh manusia tu. 

 Me : "Nak makan situ!"
Him : "Tak yah lah. Abah cakap situ stended biasa2 je makanan dia, bukannya sedap sangat. Mahal lak tu.
Erk. "Owh, okay.." Baru nak try. Huhuhu.

"Jom gi The Loaf jap. Nak try roti signature dia".

Sampai kat The Loaf. 
Masuk. 
Usya roti. 
Memula tak rasa nak dine-in kat situ pon. 
Ibnu just nak tapau, beli roti2 kat situ. 
Semua kitorang amek jenis oyaki bread.
Tapi, tengah beratur bayar, Ibnu kata situ pon ada a'la carte meal, kalau nak try. 
Saya okay-kan je lah. 
Perut dah mugai orang Kedah cakap.
Pusing2 kiri yang first nampak is spaghetti bolognese. 
Terus order. 
Spaggeti ni bukanlah favorite saya sangat, tapi memang kalau masuk kedai yang pelik2 sikit, last2 saya akan pilih spaggeti as penyelamat. 
Kalau tak pon, fish and chip. Haha.

Food saya sampai dulu. 
Then baru food Ibnu sampai.


Panini Smokin' Salmon
Food Ibnu. Ni gambar from website The Loaf. Gambar saya amek tak cun. Haha. Tapi 1 plate dia sebenarnya ada panini smoked salmon ni + cheese flakes + some chips + salads n dressings.

Tengok2 je food dia, nampak macam wowwwww. 
Presentation dia, wowww.. 
Apa benda ni? 
Ibnu dah seronok2 dah masa tu. 
Dia memang suka pon test2 makanan yang nampak menarik ni. 
Which is, sangatttt berbeza dengan saya. 
Eventhough saya suka tengok masterchef dan suka tengok makanan2 menarik, tapi nak try nak makan, errr, pass kat Ibnu je lah. Hehe.


Oyaki bread

'Oyaki' bread memang lembut! 
Konon2 appetizer. 
Roti2 oyaki yang kitorang amek, sangat lembuttttt dan memang mengancam lah rasa dia. 
Kalau dia sejenis kanimayo, memang kanimayo yang sedap. 
Kalau dia sejenis banana chocolate, memang terasa coklat yang tebal dan sedap dengan pisang yang lembut dan manis. 
Kiranya, pilih la ikut taste kegemaran korang, rasa dia memang betul2 terasa. 
Haha, komen jenis apa tah ni. Hehehe.

Spaggeti dia biasa je, just garlic bread dia tu sedap lain macam sikit. 
Ibnu punya meal, memang sedap. 
Saya rasa semulut je, sebab kurang suka smoked salmon. 
Saya lebih prefer grilled salmon. << Mengada.
Tapi gabungan smoked salmon dalam roti tu still sedap. 
Dalam tu ada asparagus, ada cheese sekali kot and apatah lagi. 
Presentation pon cun. 
Salad dia tengok fresh ja. 
Dressing pon nampak best.
Bila makan dengan chips2 dia sekali, lagi meriah ar dalam mulut. 
Memang kena ar gabungan tu dalam 1 meal. 
Ibnu makan laju gila. 
Sekejap je habis. 
Licin lincau.

Air pulak.
Saya - iced lemon tea. << Borrrring~ I know. Hahaha.
Dia - Jus 'Glow'.
Glow tu is gabungan orange juice + ginger + cucumber.
Sedap ke?
Ibnu kata sedap.
Saya taknak rasa~~~~
Penakot apetah saya ni kan? :p


Roti2 jenis oyaki, his panini & moi spaggeti. And us! Dan air~ Hehehe. :)


Lepas tu baru perasan, banyakkkk lagi meal2 a'la carte lain dalam The Loaf. 
Nama pon pelik2 tak tahu la bahasa apa dia guna. 
And some mungkin perut saya boleh terima. 
Lasagna dia nampak best. 
Nanti next time nak try lasagna dia pulak. 
Ibnu cakap next time dia nak try Tun's Japanese Curry Chicken. 
So, mungkin akan ada 2nd time for kitorang makan dalam The Loaf lagi. Hehehe.

Ada orang cakap, The Loaf ni yang first dibuka di Langkawi. 
Owner dia is Tun Dr. Mahathir. 
Betul ek? 
Tapi, one thing for sure, sekali sekala nak rasa kelainan, nak makan yang berasaskan roti, mai ler The Loaf.
Roti dia memang terbaik! :)

Lepas perut dah puas, kitorang jalan2 and pergi kedai mainan.
Konon2 nak usya Hot Toys.
Tapi nampak Toys R Us dulu, so masuk situ dulu.
Nampak robot2 transformer yang kena buat sendiri tu, Ibnu nak.
Fine, hati memang dah lama ready untuk moment di-paw for his mainan.
Dah janji pon nak belikan Ibnu Hot Toys bila dapat first gaji kat tempat baru.
Tapi bila Ibnu kata, Hot Toys nanti lah, nak robot tu je dulu, mestila saya okay je kan.
Beza kot harga dia. Harharharrrrrrrr.


Some of the mainans. Yang lain dah dibuat main. Yang ni belum dikasik pada anak sedara yang lagi tiga orang ni.  Telephone & piano 2 in 1 tu bestttt... Sebab depan boleh main phone. Belakang boleh main piano. Ada bunyik2 dan lampu2, i loike~ Nanti makcik dia ni pulak kang yang main over. Ngeh3.


Hasilnya, 2 kotak robot transformer for him; and saya masuk dalam tu tak ingat orang lain dah.
Teringatkan anak2 sedara yang kecik2 tu je lah.
So rasa nak kasik kat diorang jugak something.
End of the day, hasil shopping kitorang di Empire was just the mainan2 from Toys R Us.
Owh dan free membership Toys R Us card for me! Hik3.
Memang nak jadik member dia free je pon.
Isi borang je~ Hehe.
Jadik member kumpul point je lah.
Takda diskaun pape.
Rebate mungkin kot bila sampai certain2 points... :)

Okayh, tu je! Till then dears~ (^___^)


Robot transformer yang dah berjaya dicantum2 oleh Ibnu & sempat lagi main tikam2 and dapat patung kartun comel dia tu. Hm, boys will always be boys.... Kan? Tadi pon ajak beli yang baru plaks walhal ada lagi 1 kotak tu dia belum bukak. Ish3333. Hihi.