Pages

Saturday, March 31, 2012

PBPP SK Seri Gelugor - 2012 Opening Session!

Assalamualaikum.... Hai hai hai!

Subhanallah, perasaan teruja masih ada. Tadi berdebar2 sepanjang majlis pembukaan 2012 PBPP di SK Seri Gelugor. PBPP ni apa? Program Bakti Pendidikan Petronas. Dah diwujudkan sejak tahun 2003, dan SK Seri Gelugor ni dah jadik sekolah angkat PCSB-PMO untuk PBPP sejak tahun 2008(?). Eh yeke, tak sure plak ngeh222. Alhamdulillah, it went well as per planned, tapi macam biasa memang masih ada some rooms for improvement. Stended la tu kan. Hihi.

Pagi hari dimulakan dengan pendaftaran para pelajar. Bagi tag and signed attendance. Lepas tu breakfast di kantin. Around 8.30am++ kita berkumpul di dewan dan sesi memperkenalkan fasilitator bermula. Lepas tu buat sesi stretching2 badan. Pagi lagi kot, so buat event lite2 dulu. Event controller is Fahmi. Dia ni memang pandai lah berceloteh. Sesuai sangat dengan kanak2. Hihi. Activity 1 dinamakan 3G iaitu Game Gerak-Gerak. Fahmi menari "chicken dance" bersama dua orang lagi facee. Tarian ni popular la dalam event2 camni. Song dia pon nice. Next is activity 2K iaitu Katak Kembung. It's a fun game. Kalau perasan, lama2 bunyi yang terhasil dari game 2K ni boleh buat macam bunyi kompang orang kahwin tu. Tak tak tak tak bung bung bung bung tak bung tak bung. Haha. Interesting game. Hihi. Lepas tu mereka diberikan note lagu rasmi Bakti dan nyanyilah beramai2. :)

Lepas tu kita nak bahagikan dan pecahkan students kepada few smaller groups. Time ni main game lagi. Asyik main gameeee je students ni. Syok la depa. Hihi. Mereka diberikan belon yang perlu ditiup dan perlu dipecahkan untuk dapatkan clue group masing2. Facee pon cekap jugak membuli. Game ni dinamakan 3B (Belon Binatang Bunyi). Yeayhhhh, they have to make sounds yang menyerupai clue belon itu. Clue itu adalah jenis2 binatang. Harimau, mengaum lah. Kucing, mengiau lah. Melelong2 lah jugak students tu pusing cari ahli group dengan bunyi tu. Dah macam zoo dah. Yang paling xdengar bunyi, lebah. Dok bzzz bzzz walhal orang lain dok mengaum lah, berkokok lah, macam2. Hahaha. Sian lebah. Takpa, lebah kecil tapi berbizza. Kuat penangan tu. Hihi.

Dah masuk group, kita ajar English words yang ada dalam lagu Bakti. Lagu ni mix few rangkap in Malay and few rangkap in English. Hebatnya students Terengganu ni, mereka dilengkapkan dengan e-book. Maka, kakak yang jakun first time nampak e-book ni pon, dok menempek lah kat sisi student ni. Bagi saya, e-book ni bagus sebab dia sort of mampu menggalakkan students to always search for definition of words. Semangat kot buka cari through e-book, compare to cari through buku dictionary tu. Tapi either way pon should be okay. Bukan alasan untuk tak pandai english eventhough takda e-book pon. Kannnn. Tapi tengok ramai jugak tadi yang bawak kamus stended tu. Adakah bukan semua orang dapat e-book? I don't know, taktanya plak tadi. Then buat war-cry (betul ke maksud ni? e-book pls! haha). Dan cipta nama group berdasarkan nama binatang kumpulan masing2.

Pukul 10 pagi mereka berehat selama 15 minit. Lepas tu sambung lagi activity dalam kumpulan. Presentation of group war-cry. Sekejap je ni saja nak bising2 kasik excited. Hoho. Then masuk next activity which is melukis bertemakan My Dream. Macam2 impian students2 ni tau. Most of them kaitkan My Dream ni dengan my ambitious. So dok pakat melukis gambaran profession yang dicita-citakan. Alhamdulillah, semua punya cita2 yang tinggi, dan baik. Kakak harap kamu semua akan berjaya mencapai cita2 dan berjaya dalam hidup, insyaAllah... Time ni je sempat teringat nak snap2 gambar. Sebelum tu tak teringat la plak. Dok kelam kabut ke sana ke mari bantu kawan yang organize event ni.

Pukul 11 pagi ibu bapa ada yang sudah tiba. Cuwaks okay sebab activity kami belum habis. Slot bersama guru dan parents is pukul 11.30 pagi. Tapi lepas tu ubah sikit agenda so semasa presentation My Dream, parents semua boleh tengok. Sepatutnya slot ibubapa adalah formal, tapi kita lewatkan sikit, bagi laluan kat presentation adik2 ni. Kagum because ramai tau adik2 ni yang volunteerkan diri untuk present. Tapi hanya 6 orang yang boleh dipilih. Kalau saya dulu, time sekolah rendah dulu, komfem tunduk malu sikit lagi nak cecah ke lantai taknak volunteer. So adik2 ni memang sangat special, insyaAllah kalian mampu berjaya... :)

Kami akhiri event kami dengan slot yang formal, slot bersama guru2 dan para ibubapa. Ada bacaan doa, presentation mengenai Bakti, ucapan dari pihak sekolah dan pihak pengurusan Petronas, nyanyian lagu Bakti sebagai simbolik perasmian PBPP 2012, dan sesi penyerahan hamper dan hadiah kepada presenter My Dream. Lastly, di-wrap dengan sesi group photo. All in all, alhamdulillah syukurrrrr amat kepada Allah kerana atas keizinan-Nya, program ini berjalan dengan baik. Kekurangan tu memang ada la kan, untuk di-improve-kan di masa depan. Tak sabar nak jumpa adik2 lagi! Harapnya saya tidak punya kekangan untuk join activity Bakti yang seterusnya di bulan akan datang, insyaAllah...

Enjoy lah few pictures yang sempat di-snap. :)

3 flowers from the Tiger Extreme group. Jasmin - Najwa - Natasha

Facee, Aziz.

Cer teka apa My Dream beliau? Nak jadik teacher. :)

Engineer-to-be, insyaAllah... Semangat adik!

Doctor-to-be, insyaAllah... :)

Nak jadik policeman. Aik?? Awak tulis BM? Next time in english okay! hihi..

Another teacher-to-be.... :)

Inilah dewan yang dimaksudkan. Dewan terbuka hihi

Center-court. Besar and cantik sekolah ni. Sekolah baru. Dibuka tahun 2007

Semangat adik2 melukis dan mewarna. Sampai baring2 siap. Baikkk punya posing hihi

Bahagi secara sama adil okayyy. Siap kira lagi gula2 sebijik2. Hihi :)
Okay, dah. Puas tulis panjang2. Kalau buat karangan BM pon lepas kot ni haha. Nanti dah tua boleh belek2 balik dan teringat2. So now is masa untuk berbakti kepada diri sendiri. Kemas bilik!! Hihi.

Friday, March 30, 2012

Bilik macam tongkang pecah. Hantaran punya pasal.

Assalamualaikum...... Hellooo...


Kabare kamu? Sihat? Hihi. Saya tengah pening2 kepala sekarang ni. Lately ni asyik salah tidur je, sebab tertidur. Bukan plan nak tidur, tapi tertidur. Beza okay. Bangun2 pagi sure sakit urat badan. Tambah lagi bilikku kini sangattttt bersepah tahap dewa. Hantaran punya pasal lah ni. Penuh sebilik barang2 nak buat hantaran. (Manusia, asal boleh taknak mengaku kelemahan diri. Hahahihihoho.) 
Selonggok. Menimbun. Bertindan2. Haishhh.......


Kalau awak kemas, okay je la Munirah... Besok lah nak kemas dan susun molek2. Operasi hantaran dah bermula lebih kurang sebulan yang lalu. Dah start beli barang. Barang hantaran first yang saya beli adalah perfume dan set penjagaan muka. Saya belikan Mont Blanc dan Biotherm Homme. Nice bau perfume ni. Wangi.... Hihi. Tapi stock2 bunga, dulang bagai ni, baru je beli lagi.. Tapi dah start sikit2 gubah2, testing2. Kasik feeling.  


Yang tak tahan tu, angan2 dah berangan nak buat hantaran warna kuning gold2. Ala2 macam dalam magazine pengantin ni. 
Suka yang ni. Serabut sangat ke? Tapi, saya punya lebih sempoi sebab tak pakai banyak 'rempah' macam ni. Hihihi.


Tapiiiiii, boleh tak lepas tu tiba2 je hantaran dah jadik warna lain. Sebab? Sebab, awal2 kitorang gi beli kain alas dulang yang berwarna hijau lumut cow shit. Haha. Actually kain dengan warna yang menarik tak banyak pilihan. Yang cantik haritu warna rusty pink. Tapi, pink dah di-chop as warna hantaran side dia... Second choice is warna macam gold2 oren yang dark. Cantik. Nice. Tapi dia tak minat pulakkkk.. Bila suruh dia pilih, dipilihnya warna hijau tu. That's why warna bunga pon jadi lain. Kuning Gold tak jumpa yang best. Last2 beli ja bunga warna purple. Hihi. Tak tahu la hasilnya camana nanti. Tunggu aje la ye nanti. Hihi. 
Bunga bungaan yang sudah di-vintage-kan. Wushhhh, terus jadik bunga hitam haha.
Bekas nak taruk barang2 atas ni. Juga vintage version. Ngado betoi ekau ni. Keh2222. Bayangkan benda ni bersusun 11 atas lantai dalam bilik kiut saya ni. (@,@)
Hijau tu la tuuuuu. Aiyoo... Terima je lah hakikatnya ye. Jangan ekau masuk kedai beli kain baru pulak. Membazir amalan shaiton..... Hurmmm...


Okay dah. Ingat nak start bersilat buat hantaran betoi2 malam ni. Tapi since dah 2 malam berhempas pulas siapkan album pixajoy tunang aritu, plus besok nak kena bangun pagi untuk program BAKTI, so malam ni lights off pukul 11.30pm okayh? :)


Good nite! Assalamualaikum. :)

Monday, March 26, 2012

Recall hantaran for tunang

Assalamualaikum... Hi~!

Okay, tahu baru je lepas update satu entry 10 minit yang lalu. But sekarang terasa macam masa untuk melepaskan apa yang terpendam kat hati. So takpa lah kan if update more than one entry in one night? Hihi.

Actually saya tengah kerah otak fikir untuk design my hantaran for kahwin. Barang2 untuk deco hantaran dah beli. And dah start buat jugak sikit2. Later saya cerita pasal hantaran for kahwin ni. But now nak recall balik hantaran masa tunang haritu. Buat sendiri jugak tau time tu. Malam2 kerja mengadap bunga tuuuu ja. Agaknya kalau bunga tu boleh cakap, mesti dia dah cakap awal2 boring asyik kena tenung. Haha. 

All in all, tak banyak sangat gambar hantaran. Apa yang ada, macam kat bawah ni je lah. :)




Lamanya diam. Update pelamin lagi dan baju dan makeup terus. :)

Assalamualaikum..

Hi there..

Saya dah tak ingat bila last saya post entry. Memang dah berkurun lah. Sampai recently a friend of mine cakap masa kitorang tengah belek2 website coach, "awak baca la post pasal beg tu kat blog saya." Then baru saya macam, "owh, saya ada blog! lupa." Fikir2 balik, yessss, ada few close hearts yang did remind me to update blog. Touching ai. Terharu. Hik2.

Btw, i've been moving quite fast this few two three weeks - on my wedding preparation. Banyak buat decision yang out of nowhere. On the spot. Heart attack gak lah sebenarnya. Mungkin sebab saya tahu saya tak punya banyak masa to do ALL on my own.

Meh nak cerita tentang pelamin. Awal2 dulu pernah berangan nak buat pelamin sendiri. I even sketched my own pelamin tau. Then semangat2 cari props nya. Dah beli macam2 jugak in fact. Tapi end up, saya stress memikirkan banyak yang saya nak, agak susah nak jumpa. Bunga, warna, corak kain yang nak, tak jumpa. Sedih tau. Dah la masa makin suntuk. Jap nak kira. Haaaaa, tinggal 9x jumaat ja lagi tau. (Owh NoOoO)

Last last, masa saya dan penunang pergi Semua House kat KL sabtu 2 minggu lalu, kitorang terus decide untuk buat pelamin tempah. Sebenarnya kitorang nak sewa baju je. Then entah macam mana, boleh settle kat situ sekali dengan make up artist and pelamin. Alhamdulillah..... Duit je lah nak kena ready. Later2 nanti nak jumpa orang yang buat pelamin tu. And nak jumpa MUA itu. Nak ada heart to heart session. Hihi.

Alkisah, kitorang set baju ni. Tapi after dah habis berdiscuss, baru sedar dah ada orang lain book for 31st May. Memang tak lah kan kitorang nak dapat pakai on 1st June. So, Dato' Roy baik hati tolong buat a new one. Tapi saya request to tambah batu2 warna pink. Sebab warna tema kita kan turqoise green and pink and biru and purple and tah apa2 lagi. Hohoho.






I got this picture from Dato' Roy. Most probably my pelamin is to be inspired from this. Tak sabar nak jumpa Fara. She will be my pelamin maker. :)

His name card. Banyak benda lain yang dia buat jugak. Semua cantik. And dia pun friendly sangat. Sayang tak sempat discuss panjang lebar haritu since saya dan penunang dok terkejar2 masa. Huhu.

p/s: Buku sketch pelamin saya missing in action tah ke mana. If tak, boleh tunjuk sini. Since dah tak jadi buat sendiri kan... Boleh la tunjuk2. Hihihi.
 

Saturday, March 10, 2012

Pelamin lagi

Assalamualaikum.. Hi dear there Mr Blog..


Nak buat checklist jap. For pelamin, dah beli....
i. Pasu bunga ketot 2 ketul
ii. Pasu bunga tak ketot sgt 2 ketul
iii. Side table bunga ketot 2 ketul
iv. Pasu botol dan bungaannya 2 ketul
v. Lampu seketul
vi. Kerusi simple gila

Hmmmm, eh tu je ek... Jauhhhhhh dalam hati kepingin nak tukar kerusi cari yang proper sikit. Sebab rasanya kerusi tu kecik la.... Sorang duduk okla. Dua orang duduk mahu jenuh berlaga bontot hohoho. Tapi, tengah dalam dilema ni. Awal2 gi set kaler tapi baju pengantinnya tak usya2 pon lagi. Mau tiba2 berkenan kaler lain plak camanoo.... Hoho. So, takpa, chill babe chill..... Next weekend kita serang kedai pengantin cari baju pulak yer... Then lepas tu senang lah, boleh la beli2 bunga for pelamin... Hihi. Owh kedai2 pengantin di KL, sila jangan taruk harga mencanak2 untuk sewa baju... Puhleaseeeee..... (@,@)


Eh tiba2 teringat, ofismate saya, kakaknya ada kedai pengantin loh.... Kat Kemaman. Alaaaaaaaaa awat la baru teringat sekarang. 6.59pm, sure kedai da tutup. Wuwuwu. If nak pergi after kerja, tak sempat jugak. How ekkk........ Harus pergi juga sebelum usya kat KL. Mana tahu jodoh bajuku di Kemaman. Kekeke. Besok petang nak try minta keluar awal lah. Harap2 boss kasik. Huhuhu....


Owh then yes, lampu! Dah beli seketul, cantik gak la hik2 puji diri sendiri nampak.... Hehehe. Tapi memang cantik pon lampu tu. Keke. Nak cari lagi dua ketul biar terkapit. Seketul tu biar dia dok sorang2 kat tengah, memandangkan kerusi yang dibeli dulu tu takda tempat sandar pon... Kat Kedah dah jumpa haritu lampu for terkapit yang berkenan, tapi lampu tu tinggal seketul ja. If nak baru, jenis dia dah lain so taknak lah kan. Mestila mahu yang sepasang jugaks. Ngado. Hehe.
Lebih kurang macam ni lampu seketul tu. Tapi ni jenis tergantung. Saya punya jenis berdiri. Cover dia warna macam coklat oren2 sikit. Kristal dia warna putih dan coklat. 
Pic source from google image


Saya dah beli note! jejeayhhhhh~ Lepas ni boleh ambil gambar  dan main game jejeayhhhhh~ :)


Okla, itu sahaja. Sekian!

Thursday, March 8, 2012

Hati Kecil vs Hati Besar

Assalamualaikum..

Hati kecil selalu mengajak ke arah yang benar, yang baik, tapi hati besar sedayanya akan memesongkan hati kecil kita dengan fakta2 (alasan2) yang kelihatan munasabah.
Tiap kali buat sesuatu dan di dalam suatu keadaan, hati kecil dan hati besar kerap bertelingkah.
Dan tuan badan yang dhaif ini akan kerap ditipu oleh hati besar sendiri.

I've seen so many things, experienced so many of the unexpected.
And now measuring my self state, saya takut.
Looking at whats happening outside, saya takut.
Thinking of the Day, saya bertambah takut.

Why am I not just following what my hati kecil says...
Because in the end, it will only be me.