Friday, March 29, 2013

Hi Guys

Kunci rumah dah hampir sebulan dapat. Asal balik rumah abah kemuning je, komprom2 dia tanya, "Apa progress??" Nanti terkulat2 la kitorang jawab, "Errr....tengah tunggu developer repair defect...." Hui3... Abah cakap, takyah tunggu siap repair defect, buat je dulu grill tu. Asalkan tak mengganggu kawasan yang ada defect la..

Memang betul pon kan. Jenuh la nak tunggu siap repair defect baru terkujat2 nak pasang grill kan. Tapi, last two weeks kitorang ada singgah 1 kedai grill ni. Siap tokey dia datang rumah lagi nak ukur tingkap pintu bagai. Gaya dia memang macam pro la. Sekali, bagi quotation je kena tunggu sampai seminggu. Tu pon Ibnu call dia. So, kitorang assume mungkin dia da banyak project kot. Sebok kot. Takley amek order rumah kita dah kot. Huhuhu.

And, dia quote pon boleh tahan maheyyy berpeluh ketiaks gak ler.

RM 7,300 - wrought iron + awning sket kat belakang rumah.

Rasa macam mahal sangat je.. Ke memang wrought iron harga camtu? Huhuhu. So, kitorang hold dulu dia. Nak cari 2nd / 3rd option pulak. Maybe kedai lain boleh offer lagi murah ke..... Kan? Huiii333...

Weekend ni insyaAllah kitorang akan redah lagi cari contractor grill yang ada. Harap2 boleh settle grill ni cepat2. Lepas tu nak fikir nak upah orang pasal kipas + lampu pulak.

After tu boleh dah la kot nak pindah masuk situ. Yang lain2, pelan2 kayuh... 

Kitchen cabinet idaman kelebu ku itu, kena HOLD. Huuu~ Selain sebab faktor $$$ (sobssss), + saya nak design yang best yang betul2222 buat tak menyesal punya lah, ada lagi satu sebab utama yang saya rasa lebih penting la.

Iaitu, nak test dulu saluran air dapur tu okay ke tak. Maksudnya, mungkin dia tersumbat keee dengan apa2 (contoh: kerak2 pasir simen hasil developer buat rumah etc). Kalau dah buat kitchen cabinet, baru sedar saluran bawah tanah tu tersumbat, tak ke satu hal nak kena bongkah balik KC tu. Pecahkan balik simen2 bagai.Takut rosak calar balar je karang KC berkilat2 tu haa.

So okay la, biar je dapur tu togel dulu. Cukup la setakat table top je dulu, untuk taruk sink dengan dapur hob + hood.

Plaster ceiling?? Pon HOLD dulu. (Huwaaaaaaaa) Huhuhu. Biarlah kitorang masuk je dulu rumah tu dengan apa yang ada. Plaster ceiling tu bukan priority sangat. Agak2 dah boring tengok ceiling tu nanti, time tu la kot baru buat plaster ceiling cun2. Lagipon, rumah tu memang dah original diorang taruk plaster ceiling. Tapi plaster ceiling plain tu je la. Okay la kan... Boleh jimat sikit di situ.. Kan... :)

Apa lagi ek. Owh ya, auto-gate. Actually, saya nak auto-gate ni awal2 terus, takyah la nak kena naik turun kereta bukak pintu gate. Sebab dok fikir2, kalau Ibnu outstation, saya balik kerja malam, tak ke menggeletorrr lutut nak keluar kereta malam2 bukak pintu gate. Dah ler saya ni penakot. Hui3... Hmm, nanti saya discuss dengan Ibnu. Lupa pulak pasal auto-gate ni. Huhuu.

Itu je la kot kan. Nanti dah ada progress lagi, kita sembang2 lagi nooo.... Have a great weekend ahead, guys! Semoga kita semua sentiasa dikurniakan nikmat sihat yang berpanjangan.... Ameen.... :)

p/s: Bulan 3 ni je, dah 6 hari saya MC. Demam, muntah, migraine, macam2 lah. Selera makan pon dah kurang. Slim sikit dah ni haa rasa. Keh3...



JustForFun :)


No comments:

Follow Us @munirahmohdali