Friday, July 5, 2013

My Own Crib

Selama2 kerja kat exxon ni, belum pernah dapat workstation sendiri yang memang khas untuk diri sendiri. Awal2 masuk last year, duduk 1 bilik menumpang dengan sorang staff exxon ni. Tapi rasanya dalam 2 bulan je kat situ. Lepas tu kitorang 1 team kena tukar naik 1 floor atas. So, masa tu, bilik2 yang ada dah fully occupied oleh orang2 lain yang lebih senior..

Saya??

Kena duduk kat meja admin. (~___~)

Duduk aje laaaa... Awal2 tak fikir apa2 pon. Tapi lama2, baru rasa "bahang"nya duduk kat meja admin tu. Dah la sebelah bilik meeting. So, memang ramai la yang ingat saya ni admin baru.

Paham2 je la kalau dah jadik admin tu kan. Mula2 tak kesah la bila tah sape2 tah berhenti kat meja saya and macam bagi arahan, "You tolong passkan document ni kat si dia si dia ni ek?"

Tak pon, "You ada pen tak?" "Stapler?" "Envelope?"

"You tolong checkkan dalam system, apa email si dia si dia ni ek?"

"You tahu tak sape yang book bilik meeting ni?"

Dannnn macam2 lagi la. Semua tu adalah orang2 kat bangunan exxon tu yang telah meng-assume saya ni admin assistant.

Dah sape suruh setuju nak dok kat meja admin kannn.. Fadan muka awoks. Heheheee...

Owh and normally saya tak menolak pon bila dapat "arahan" camtu dari tah sape2. Buatttt aje lerwww.. Malas nak meng-explain. Lain lah kalau orang tanya,"You admin siapa yer kat sini?"

Ha.... tu baru den jawab, den bukan admin. Den ni CMMS coordinator. Huhuhuhu~~~~

Dah lepas tu orang tu tanya pulak, CMMS tu apa? Hehehe.. Maka den pon cerita yo lahhh. Hehe...

So, alhamdulillah, harini (after dah berbulan2 kerja kat sini), dapat lah saya bilik sendiri.... Dapatlah sedikit privacy.... Hehehehe... Exxon ni lain sikit. Exec dia memang duduk dalam bilik. Tapi ada jugak exec yang dok kat cubicle luar, depends pada project lah...

And saya pon title je CMMS coordinator, buat kerja nye langsung takde dalam jobscope. Buat operations technical. Tak kesah la kan..... Cenggini la nasib contractor. Buat je apa2 yang disuruh. Nak sambung carik rejeki la katakan... Sape suh berani2 masuk dunia "contractor". Dah elok2 permanent dalam petronas dulu, pi resign.... sape suruh? Takde sapa suruh. Sendiri yang mahu. Sebab nak dekat dengan husband. Heheeheheheeeeee....

Wokeyh, den pon happy ja ni. Sebab 1 hari dari pagi tadi tak buat kerja satu hapa pon. Awal2 datang dok packing2, lepas tu kena pindah2, lepas tu kena kemas2 balik. Now dok main blog n surf tenet. Ish333....

Hehehe.... Sat2gi arrr kitew sambung kerja balik~~~~ Ngeeee.... (^___^)



Tempat lama sebagai admin berjaya. Hahaha. Barang2 dah habis clear kena angkut. Tinggal computer2 je..


View kat sebelah meja lamakuuu~


Selalu skodeng mat saleh dengan minah salehah swimming2 kat pool tu.. Kui333


Meja baru... Bilik sendiri~ Hik hik


Canggih sikit, dah ada arm rest bagai... Semangat sikit ye dokkk.. Hihi


No comments:

Follow Us @munirahmohdali