Pages

Thursday, July 4, 2013

Toys R Us Clearance Sale for Members



Sale ni at first dapat tahu pasal sale ni sebab dapat sms from toys r us.. Agaknye sebab saya ni memang member dia.. Then petang tu pulak kakak ipar wassap poster dia, and ada kawan Ibnu yang kerja kat Great Eastern Mall tu pon dok cucuk2 promote2 sebab dia dah angkut seketul car seat yang cunssss~~ and yang lagi penting, MURAH!

Gambar wassap from Syue, kawan Ibnu ~ kasik bakar


Ni la Syue beli, memang terbakar ar kan? Hihi...

Dats why dalam berkira2 nak pergi ke tak, pergi ke tak, last2 menapak ajela kitorang dua dua orang ke GEM tu, lepas balik kerja semalam.. Tak jauh pon from office, tapi jalan dia time tu memang tengah peak sebab orang baru balik kerja kan..

Pergi situ pon sebab dah niat nak usya2 stroller and playpen. Dengar2 sale sampai 50% so if dapat yang okay, why not grab je terus kan... Bila sampai situ, stroller yang ada tak banyak jenis sangat. I mean, tak banyak brand sangat. Mostly diorg nak clearkan stroller jenis Esprit. Ada la sikit2 Ferrari and brand apa tah lagi, yang saya tak tahu sangat. Memang 50%! Julings la tengok harga after less dalam 300++, 400++ cmtu. Nak tunggu Quinny Zapp, Maclaren bagai, beribans.. So, ukur pitis di badan sendiri aje laa.. Hihihi.. 

Kitorang angkut ini!

Hauck Shopper Stroller With Car Seat
- 50% so after less jadik lebih kurang RM400
- Best sebab ringan je walaupon rupa dia nampak gabaks
- Senang nak bukak n tutup stroller ni.. Tak renyah
- Dapat infant car seat, so macam baby bole lah duduk dalam car seat ni awal2. Bila dah besar baru baby boleh duduk dalam stroller tu terus





Babies R Us Beary Fine Play Yard
- 50% so after less jadik lebih kurang RM450
- Best sebab dia ada changing table, and music2, toys2 bagai. So harap2 baby pon happy dok dalam playpen ni. Hehehe....








Plus lagi satu is bag baby... Pon 50% less.

All in all, rasa puas sebab tak sampai seribu, kitorang dah bole beli stroller and playpen tu... Kalau tak, nak ikutkan budget yang kitorang estimate, 2 ketul ni je dah lebih 2riban da.. Berjaya jimat seribu lebih di situ... Hehehe..

Weekend ni nak jalan2 tengok barang2 baby yang basic2 tu. Kat Puchong kot insyaAllah.. Sebab satu hape benda penting pon tak beli lagi. Saya dah 26 minggu sekarang, so rasanya boleh la kan if nak lengkapkan barang2 yang takde tu. Especially yang basic2 macam bedung barut mittens etc tu semua... Nanti dah bulan puasa and lepas tu raya and kalau nak tunggu lepas raya time tu saya dah komfem makin semput nak berjalan. Hihihi...

Tengah bulan 7 nanti ada baby expo kat midvalley kan? Nak kena serbu gak tu.. Mana tau dapat rembat apa2 lagi yang diperlukan...

Nervous pulak bila fikir bulan 10 tu dah makin dekat. Dalam 13 or 14 minggu je lagi. Homaiiii.... Sila kuatkan semangat Munirah! Fuhh...


24 minggu masa ni. Kat baby Sophea Adelea 1 year birthday party..

With baby Safiyya... Sihat kan mak buyung~~ Hihihi..

Semalam~ Week 26. The only baju normal yang still boleh fit. Baju2 lain semua dah tak muat. Itu yang macam tergantung je baju tu. Haha. Tapi seluar tinggi kay.... Skodeng bawah perut tak nampak kay~~ Hihi.. :p

2 comments:

FiraHamzah said...

bestnyerrr playpen tu!!! suka suka..hehe..murah lak tuh..seriyess berbaloiiii!!
car seat pun cantekkk..dpt skali car seat dgn harga Rm450?? perghhhh, terbaik tuuuu!! ;)

Munirah Mohd Ali said...

haaaa.. itu pon last stroller mcm tu. kitorang angkut terus. klu tak ade couple lpas kitorang ni diorg pn nk beli stroller tu jgk. tp dah sold kat kitorg dulu. hew33. okay je la kan?? playpen tu time tu ada lg dalam 3, 4 kotak kakfira. sempat lg nak gi grab tu~~ heheheee..