Pages

Tuesday, October 23, 2012

Makanan orang berpantang

Wahhhhh~ Rupanya hari ni dah hari ke 8 saya berpantang! Tahniah2~~ Hehe... Walhal semalam dah start makan maggi kari dan biskut oreo... Sebabnya makcik rumah sebelah datang, dan2 dia cakap anak dia miscarry masa dah bulan ke-5, tak berpantang sangat pon. Cuma tak ambil air minuman sejuk dan nenas. Tuuuu je~ Tu je?? Masa saya mula2 tahu macamtu, terus mula lah teringin itu ini. Hehehe...

Walaubagaimanapon, saya tetap ikut pantang2 yang lain... Pakai stokin, dan jaga makan jugak. Tapi badan dah rasa okay sikit ni. Pendarahan sikit2 tu masih ada, tapi memang doc dah cakap awal2, saya akan amek masa sikit untuk bleeding tu betul2 stop. Takpa2, jangan peningkan kepala sangat. Nanti next week jumpa Dr Rama balik... :)

So, selama2 beberapa hari ni, apa saya dok makan? Makan orang berpantanglah katakan... Haruslah heksaited kannn.... Makanan2 orang berpantang itu adalahhhh..... :


Sup ikan haruan yoooww! Moi first time makan sup ikan haruan. Sedap!! Siap hirup2 lagi kuah sup dia tu... Hehehe..


Dan waktu petang2, konon2 junkfood la ni...

Ini nama dia lempeng manis. Isi kandungan dia hanyalah tepung gandum, gula dan air masak semata2. Seeeenangggg sangat nak buat.... Suka sangat! Sebab rasa dia manis2... :)


Next, apa yang saya dok makan adalah sup sayur sawi, dan sup ayam yang menggunakan ayam-yang-telah-dipurifykan-oleh-biozone. Hehehe. Dua2 ni takda gambar sebab memang tak sempat pape dah dibalun masuk perut. Ngeh2.

Itu ja lah kot. Yang lain, memang tak sentuh air sejuk2 langsung! Termasuk gak dengan segala mak nenek aneka raga buah2an. Telan yaq lioq ja laaa... Taknak makan sebab tak berani makan. Sayang rahimku yang baru dicuci. :)

Sekian!

No comments: