Monday, February 27, 2012

Lagi ceritera kahwin: DIY pelamin update #1

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum, Hai hai hai!


Lama jugak tak membuat curhat (perkataan diajar oleh Ela yang bermaksud curahan hati. Well, indonesian kan suka shortform2 ni. Takcaya try tanya kawan2 indonesian kamu. Keke..). Curahan hati yang terasa nak dicurahkan malam ni is pasal update pelamin yang kononnya berangan nak DIY. Saya kan dah sketch pelamin tempat ambil gambar ni before ni... Tapi after cari punya cari punya cari kerusi pelamin ni, last last semua design berubah. Sokay lah, tak kesah. Stended lah kan berubah berubah ni? Kita mampu plan ja.. Hihi.


Al-kisah kerusi pelamin...
Mula mula pergi kedai2 yang diiklankan dalam magazine pengantin tu. Pergi Dios Astana Bridal and Bright Sail (BS) yang kat Sungai Petani tu. Kat Dios Astana Bridal tu macam tak banyak sangat kerusinya. Lebih banyak for barang hantaran dan baju2 je tengok. Pergi BS memang berlambak2, besar jugak kedai dia. Ground floor banyak barang2 deco and baju2. Kerusi and pelamin ja dah penuh satu ruang kat first floor. Second floor penuh dengan kerusi2 lagi, tapi banyak kerusi untuk meja makan mengadap lah. Since nak cari kerusi pelamin, kita pon melepek la dekat first floor tu... Kerusi yang diminati price range harga dari serendah RM 350 sampai lah RM 1200. Semua pon lebih dari budget kerusi yang diplan. Haha. Actually 500, 700 & 850 tu okay jugak... Tapi memikirkan bila lagi nak guna kerusi ni, so tak jadi. Target nak cari kerusi yang boleh diguna balik dalam rumah. Kalau angkut yang jenis2 ni, rasanya tak selesa kot nak duduk2 lepek2. Guna untuk kahwin semata2 lainlah cerita... Huhuks.

Lagi murah kalau macam ni. Price varies from RM 350 till RM 450... Huhurmmmm

Kerusi macam ni lebih kurang RM 450... Lebih panjang side dia tu compare dengan jenis pic di atas..
RM 500. Yang tengok haritu kayu dia warna silver and kain warna cream. Tapi diorang boleh entertain if kita nak request full white both kayu and kain. Nice.... Kenapalah tak ambil yang ni ek??
Yang ni RM 700. Suka sangat sebab simple and bila duduk terasa tinggi. Haha...
RM 1000. Sangat mahuuuu.... Tapi, bila lagi nak pakai lepas tu? Wuuuuu~
RM 1200. Cleopatra kan nama jenis ni? Pic taken from google image.


Lepas tu pergi kedai2 furniture. Kat Sungai Petani jugak. Tak ingat nama apa tapi kedai tiga tingkat cat warna hijau and purple. Hampirrrr nak beli kerusi situ. Eventho harga RM1k ++, tapi since kerusi tu empukkkkk sangat boleh buat baring2 tidur2 masyuk punya, sanggup ja nak angkut yang tu. Nak tertidur rasa duduk situ. Tenggelam bont*t dalam kusyen tu. Tapi, mak kata, "peliknya kerusi tu nak buat kerusi pelamin. Nampak sangat jenis sofa letak kat ruang tamu rumah." Haha. Komen mak lagi, "cari lah kerusi yang ACCIDENTLY 2 in 1. Nak guna buat kerusi pelamin tapi boleh guna later2 dalam rumah jugak. Instead of kerusi yang nampak sangat nak buat kerusi rumah, instead of kerusi pelamin." Faham tak? Maksudnya jangan lah sampai overrrr sangat kot ye pon nak stemet. (Stemet is bahasa jawa. Sila cari translator anda sendiri. Keh2) 


Dah kuciwa dengan hasil survey di Sungai Petani, sebelum balik rumah saya singgah di another kedai furniture kat Guar Chempedak. Namanya, Lee Corr. Camtu kot ejaannya, tak pasti pula. Pusing pusing naik turun naik turun, akhirnya, terangkut lah satu kerusi/bench yang sangat simple, paling tersimple pernah jumpa, dengan harga RM 180. Puassss hati. Since bench ni macam simple sangat, sekadar ada kayu kaki dan alas duduk, maka saya plan nak cari kain untuk cover dia biar jadik full covered. Not sure whether this is realistic or not tapi nak jugak try dulu. If in near future terjumpa kerusi lain yang memikat hati dan harga okay, ia juga boleh diconsider. Ngeh2222. Tapi future taknak cerita la kan. Future tu cerita future lah.
Yang dibeli lebih kurang macam ni tapi takdelah seboring ni. Kaki kayu dia still berukir2 nice. Top dia still ada kusyen empuk tak berapa empuk. Padan dengan harga tu..
Nak cover dengan kain bia jadik macam ni. Hihihi...

Or macam ni...
So yeayhhhhhh. Dah dapat kerusi daku satu! Walaupon dalam sketch awal rupanya lain, tapi takpa lah. Kita buat design baru. Simpler version. Ngungungu...


Panjangnya cerita pasal kerusi? Sebenarnya nak update pasal lampu pelamin gak ni. Haha. Dah lah. Cerita lampu kita cerita next time ek! Good night! :)


p/s: nak upload gambar tapi card reader dipinjam kawan pula. So, layan gambar from google jelah yer. Pics source: Bright Sail fotopages. Hohohihihuhu.

No comments:

Follow Us @munirahmohdali