Sunday, May 20, 2012

Bunting dan Banner Kahwin

Assalamualaikum,


Hellllooooo my dearssss,


Sorry lama tak tulis apa-apa. Makin dekat dengan THE DAY ni, makin macam menggelabah tah pape ngokngek. Huhu. Tapi malam ni saya nak tulis tentang hasil bunting dan banner yang saya dan En Tunang tempah. Kitorang dah pergi beberapa kedai. First kedai was kedai dekat dengan area Kemuning. Time ni lawak. Saya ada niat nak kasik idea untuk banner and bunting. Tapi En Tunang cakap (dengan muka serius), "tak perlu susah-susah, biar orang kedai yang design everything". Merajuk okay. Taknak join discussion, turun pergi beli air kat kedai runcit seberang jalan dan merayau masuk kedai pet busukkkk. Haha. Ended up orang tu janji nak tunjukkan hasil design dalam masa seminggu. Total charge RM180++ kot kalau tak silap, untuk 1 bunting (6x2 feet) dan 1 banner (7x3 feet). Tapi tunggu punya tunggu dia tak hantar pon design tu.


Tapi tak kesah. Sebab lepas tu, hari yang sama, kitorg pergi PKNS Shah Alam. Terjumpa 1 kedai ni. 
Ni lah kedai nya. Creative something. Nampak tak bunting pink tu? Yang tu size if tak silap, 4x2 feet kot.
Kat situ kitorang tempah sticker. Nanti saya buat another entry pasal sticker ni ek... Al-kisahnya situ pon ada service untuk tempah bunting dan banner. Lebih murah sikit okayyyy. Tak dapat nak recall quotation price dia. If tak silap, 1 bunting dan 1 banner dengan size yang sama macam di atas tu, harganya tak sampai RM150 pon. Tapi.... Ermmm, design dia agak tidak terkenan di hati.. Huhuhu. Tak jadi lah. Survey lagi...


Usya lah kat internet. Ada few websites yang saya jumpa, harga standard, design not sure okay ke tak tapi saya rasa okay kot. Sebab pictures yang dia tempek kat website dia tu, not bad jugak. Tapi disebabkan terlampau pack jadual masa tu, kitorang tak sempat menyempat pon nak pergi kedai-kedai tu. 1 kat ampang, 1 kat Shah Alam. Time tu, kitorang di Bangunan MARA. So pusing usya kat situ je lah. Kat situ pon banyak kedai printing. Tapi bunting and banner, 2 2 sama size. Bunting 6x2 feet. Banner pon 6x2 feet, sama macam bunting, cuma ia melintang. Harga, RM60 each. Design dia ermmmmm, tah. Tak suka jugak. Haha. Ngado kan saya. Nasib En Tunang penyabar orangnya.. Kikiki...
Kedai kat Shah Alam...
Kedai kat Ampang...


Akhirnyaaaaaa, tanya kawan saya ni, kat Kerteh ni apa kedai printing yang ada. Dia ada mentioned beberapa kedai. Tapi saya pergi kedai ni... Namanya Tinta.  Pakcik tu serious je muka dia. Macam muka askar. Masa tu dah pukul 6 petang lebih. Saya terus cakap nak buat bunting dan banner. Kasik idea kat pakcik tu nak macam ni macam tu macam ni. Last-last pakcik tu suruh saya buat sendiri. Guna Adobe Photoshop. On the spot. First time sentuh menda alah tu. Struggle jugak lah. Tapi lama kelamaan Alhamdulillah, okay sikit... Siap design pukul 7.30 malam. Cakap dengan pakcik tu, nak ambil besok petang. Dia cakap okay. Tapi saya pergi pagi besoknya around pukul 11 pagi, dah siap dah. Yeayyyyy! Simple je design dia. Terasa dekat je di hati. Gituwwww. Hik hik hik...
Atas, banner. Bawah, bunting. Sipi sipi je. Nanti tak best lah if dah tahu whole picture kan.... Sedikit poyo di sini. Hihi. Gambar rembat yang outdoor masa tunang dulu.
Harganya? Murah okay... 1 bunting 6x2 feet, RM30. 1 banner 8x3 feet, RM80. Murah kot... Banner tu pakcik tu yang suruh besar sikit. Katanya kalau ambil 7x3 feet, lebih kurang bunting je.. So deal! Kitorang buat 2 bunting & 1 banner. LEGA... Another checklist crossed out. Hihi. 


So friends, sesiapa nak gunakan khidmat printing, sila pergi Kedai Tinta. Highly recommended. Sangat cantik printing dia. Gambar clearrrrr gilos. Puas hati lah, insyaAllah. :D


Thanks & Love,
Munirah

6 comments:

ibnunizar said...

Kak... Sy org kl.. Sy tertarik dgn design bunting akak..cmne sy nk tempah ek? Xkan nk g kerteh semata2 nak tmpah sehelai bunting? Kedai tu bt khidmat pnghantaran percuma ke? Hehehehe

ibnunizar said...

Kak... Sy org kl.. Sy tertarik dgn design bunting akak..cmne sy nk tempah ek? Xkan nk g kerteh semata2 nak tmpah sehelai bunting? Kedai tu bt khidmat pnghantaran percuma ke? Hehehehe

ibnunizar said...

Kak... Sy org kl.. Sy tertarik dgn design bunting akak..cmne sy nk tempah ek? Xkan nk g kerteh semata2 nak tmpah sehelai bunting? Kedai tu bt khidmat pnghantaran percuma ke? Hehehehe

Munirah Mohd Ali said...

Amboiiiiiii mengadosnyaaaaaa awoks nisssssss......... Kureng ashem sungguh!!!!! Hihihi (T_T)

Anonymous said...

Salam akak, bley x nk taw kat mane kdai tinta kat kerteh tuh? Kalu ade no. contact dier bely kasi x..tq

Munirah Mohd Ali said...

Hi there adik anonymous... Ermmm, kalau dari Paka menuju ke Kemasik, kedai tu sebelah kiri. Lps sikit dari traffic light sek keb seri gelugor. Dekat deret2 kedai yg ada pejabat zakat tu... Phone no kedai ni, 09-8261388.. Good luck dear! :)

Follow Us @munirahmohdali