Thursday, May 2, 2013

Kami sudah pindah yeay!! Pindah cowboy~~~~

A'ah, pindah cowboy. Gilak tak gilak. 1st April tu apokobondo tak start lagi untuk rumah tu... Tapi now alhamdulillah sebelum 1st May dah selamat masuk pindah dok dalam rumah baru. Hehe.Weekend lepas kitorang masuk rumah tu.. Dan pagi Isnin aritu 1st day kitorang datang ofis bergerak dari tempat yang baru.. Awai gila keluaq rumah. Pukul 5 pagi dah terbangun. Mandi, breakfast (1st time buat breakfast di pagi working day niiii - walaupon cuma ayaq nescafe panas dengan roti bakaq keh222), solat, siap2, pukul 6.15 pagi dah gerak dari rumah... Sampai ofis pukul 7.10 pagi - lepas siap sempat sesat2 tersilap masuk jalan - maklumlah gerak dari jalan lain pulak kalini.. Heee~

Barang kat rumah banyak lagi belum berkemas. Tapi nasib baik la jugak minggu ni ada cuti labour day dengan next week pon dengar2 cerita cuti jugak kot kan hari Isnin tu - cuti mengundi? Hehe. Boleh la guna hari hari itu untuk kebaikan rumah bersama.

Banyak lagi nak kena buat... Nak touch up balik dinding hasil tebukan air-cond tu, kena simen dengan cat balik... Then nak tukaq 1, 2 lampu... Kat tingkat atas rumah - nak cuci dinding, buang sawang, vacuum lantai, cuci tingkap, mop lantai... Bagi sebersih2nya lah. Cian saya, sampai dah sebotol ubat batuk habis ditelan, tak baik2 jugak batuk. Dah masuk botol kedua dah. Risau gak ni. Sebab pregnant2 tapi dok makan ubat bagai. Tak tahan kot batuk, perit dada, perit perut, sakit tekak, sebab rumah tu masih terasa habuk2 dia. Habuk simen saya panggil. Tak nampak habuk tu kat mana, tapi keadaan rumah tu macam berjerebuuuu ja. Tak tahu la berapa kali nak kena vacuum - mop rumah  tu. Fuhhh....

Saya buat 1 round je aritu menyental lantai rumah tingkat bawah. Lepas tu sakit pinggang amat tamat. Terus tobat tak berani nak buat kerja2 membasuh - mengemop - menvacuum.. Huuu~

Ibnu yang gigih buat benda2 tu. Malam2 mintak tolong urut, cian dia.. Dah macam kurus sket pon ada nampak. Nak kena kasik pump balik badan dia. Siap ar.. Nanti try jugak masak apa yang bole. Taknak orang cakap apa pulak - lepas kawen, makin kurus si Ibnu ni... Sapo yang kono? Edennnn jugak. Huhuhu.

Ermmm... Kitorang tak buat cornice... Takde plaster ceiling... Sedih, sedih jugak. Tapi nak buat camno, nak buat style cowboy express rakyat punya. Uwang pon limited. Nak masuk cepat2 sebab payment dah start bayar kat bank dah since bulan 1.... Tapi ada lagi 2 yang kalau boleh saya nak bagi ada jugak - autogate dengan water filter. Nak try usya kat Homedec ni... Expo dia dari 1st May sampai 4th May. Tiba2 rasa bersyukur kerja kat bangunan sebelah convec ni. Beberapa tapak je terus boleh masuk usya expo.. Heheh.. Harap2 harga dia tak hoverrrr.... Tapi ermmm Ibnu cakap maybe kalau lepas pilihanraya Pakatan menang, mesti benda2 banyak turun harga. Wuuu~ Ye ke ek? Kalau betul, baik tunggu je kan....... Sebab sekarang kitorang dah sangat over lari budget. Plan dengan actual semua stock nak double je. Plan 4k jadik 8k. Plan 5k jadik 10k. Gugooooqqqq ghambut cekkkkkk... Huuu~ Sabo2...

Uwang mengalir dengan sangat fantasssssssssss.... Kenapalaaaaahhhh saya tak menabung dari duluuuu.... Lemah sungguh kesedaran sivikku ini~ Huhuuhu..

Hmm..

Apa2pon, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, lepas satu fasa. Nak lengkapkan rumah tu, pelan2 kayuh. Alon2 orang jowo kata...... Fuhhhh.... :)

No comments:

Follow Us @munirahmohdali