Pages

Friday, May 3, 2013

Sofa hunting....


Rabu  kan cuti sempena Hari Pekerja kan.. Kitorang pon merajinkan lah diri pergi ke IKEA. Homaiiiii, jem teruks gilos. Sampai main redah jalan asal boleh nak elak jem, last2 memang tempuh jem jugak bila nak ke lorong IKEA tu.. Cuwaks gila dah saya takot2 Ibnu bertukar jadik Hulk Hogan ke apa ke mengamoks dalam jem. Hui3.... Nasib laaaa dia okay je dalam gene jelmaan manusia normal sampai ke sudah. Tak bertukar kaler..

Ada la sekali, bila dah tengok dia tension semacam dalam jem, saya cakap la, takpela takyah gi IKEA. Kita gi je carik kat tempat2 lain. Sekali dia jeling sambil cakap, dah nak sampai dah ni haa. Jangan mengada. Wuuwuwuwuwu~ 

Tensi la tu kan. Sebab saya dok pujuk2 nak jugak cari sofa. Sebab..... saya la... nak duduk atas lantai mengadap tengok tivi, sakit kot kematu kot montot2.... Lantai tu keras gila, ibarat duduk terus henyak tulang tongkengku ini~~ Hui3... Dah la makan pon memang kena bersila atas lantai - ni takpa lagi.. Sebab makan bukan lama mana pon. Yang dok nak melagho depan tivi tu yang lama... Tambah2 bila ada orang datang rumah.

Time tu, jumpa yang berkenan, yang agak2 macam fluffy. Tapi rasa macam takberani nak amek lagi. Nak try usya2 dulu tempat lain. Usya kat IKEA, rasa macam harga dah cukup mahal dah. Sekali usya kat Homedec semalam..... Erm....... Rasanya macam memang tak mampu lagi nak beli sofa. Maheiii bapoks. Stock 5k tu tak lari. Paling2 pon ada 3k++. Habis murah jumpa ~2k, tapi tak berquality rasa tak worth 2k. Even yang harga 5k ~ 6k tu pon nampak macam 2k je... Takmau ahhh. Haiyoyoyo..

Nak niiiii~~~~ Wuwuuwwuuuuu~~~~ From IKEA. Rupa nampak biasa ja, tapi sangat lah friendly dengan badan dan tulang tongkeng. Harga pon ermmm, taktau nak cakap. Okay2 je la kot. Eheheh. 

Owh chop! Tapi satu je kureng dengan sofa ni. Sebab dia fixed. So, non-washable punya type. Kalau dapat yang washable lagi bagus kan..... 

TIDAFORS Three-seat sofa IKEA High back; provides soft and comfortable support for the neck and head.


2 comments:

Anonymous said...

I am in fact happy to glance at this weblog posts which includes lots of valuable
facts, thanks for providing these kinds of data.


My web blog; topcon software

Anonymous said...

Hello, i think that i saw you visited my weblog thus i came
to “return the favor”.I'm trying to find things to improve my site!I suppose its ok to use some of your ideas!!

Review my web page Visit here