Pages

Wednesday, June 12, 2013

Baby baby baby uuuu~~~ (gaya justin bieber) kekeke :p

Owh sangatlah tidak konsisten diri ini dengan blog ini. Macam chipsmore kejap ada kejap takde. Ekekek.

Cowi yer mr.blog dan para readers sekalian (ikikikiii macam laaaa ramai sangat peminat yuuu... :p)

Okay, ni nak cerita update on our little baby dalam rahim ni.

Arini usia dia dah 22 minggu 3 hari. Alhamdulillah~~~~ Confirm, GIRL! Yeayyy geng mommy~~~

Tadi buat monthly check up dengan detail scan sekali. Alhamdulillah baby sihat walafiat, insyaAllah semua okay - tadi nampak her cute little fingers and toes, sangat lah menusuk kalbu okay perasaan waktu tu. Rasa macam, ya Allah, aku ni tengah bawak manusia ni dalam perut ni. Hahaha. Jakunz dan kagum dan ada sedikit nervous. Risau takut tanggungjawab dan amanah Allah ni tak dijaga sebaiknya. Uwuwuuwuuu......

Balik dari hospital, masuk ofis semula. Ada meeting sepatutnya, tapi sampai sekarang dok tangguh2, maka saya pantas bukak google - search "checklist barang bayi".

Seriously, sampai dah 5 bulan setengah lebih ni pon still dok buat blurrr blurrrr tak berhenti. Nanti kang sure kelam kabut. Sebab perut makin besar, makin dekat dengan due, takde maknanye rajin nak menapak berjam2 kat baby expo ke apa ke kan. So, ermmm..... rasa2 macam nak start je sikit2 preparation tu dari sekarang. Boleh tak? Ke, kena jugak tunggu 7 bulan? Orang2 tua macam ramai yang pesan camtu. Mak saya pon. Dia cakap, nak beli barang2 baby tu tunggu la sampai dia 7 bulan. Tapi, ni lepas saya dah google2, rupanya banyakkkkksssss gilosssssssssss tahapssssss gabanzzzzz kay checklist dia. Panjang gila. Barang2 baby, barang2 mommy. Takut nanti tak tersempat nak prepare. Hurmmmm..... Beli sekarang ke, tunggu 7 bulan? Sokmo dilema camni. Haiyoh....

Tapi! Bila tahu harga, boleh tahan jugak ekkkk... Macam saya sekarang dok terasa nak beli stroller baby dengan breast pump tu. Sebab semalam, first time dalam sejarah, cecair kuning azimat tu keluar dari nipple. Mula2 sangat la takut sampai menangis. Ingatkan nanah. Ahahahaha. Gila bimbo ah diriku ini. Hui3...

And tadi bila tanya doktor time check up, dia cakap, "u're lucky, girl". Hehehehe. Lucky eh? Ihihihi.. (=^___^=) Alhamdulillah.... Harap2 since susu ni dah keluar awal, semoga takde timbul masalah la di kemudian hari. Saya dok risau takot2 nanti dia kering ke dia clog saluran ke dia buat breast jadik sakit ke nipple merekah ke melecet ke apa ke, sebelum waktunya... Tapi mintak2 la semua tu dijauhkan.... Huhu...

Stroller pon mahal jugak kan rupanya. Siap ada yang beribanz siap. Kakak ipar suruh beli brand Quinny. Katanya praktikal sket. And sesuai la dengan myvi comel kitorang tu. Ehehe. Tengah fikir2 nak beli now ke, atau tunggu baby dah keluar nanti. Still dalam pertimbangan...

Breast pump tu, tengah survey2 apa yang best. Ada yang cadangkan medela freestyle. Tapi ghege dia mak aih... Fengsan sebentar. Ni kalau cakap dengan cik abey ni, belum tentu dia nak approve. Tapi, ikutkan perasaan, rasa2 macam nak ituuuuuu je. Sebab sorang member ni melangit2 dia puji medela freestyle. Convenient katanya... Nanti la, kita goda2 sket cik abey tu. Ikikikii..

Owh and, nak beli set berpantang shaklee kot (untuk dalaman) dan nona roguy (untuk luaran). Yang ni still tengah menyervey2 lagi. Hihi.

## Xtvt suami isteri malam2 (selain sibuk ber-candy crush) is - carik nama baby, gadoh2 nak pilih nama baby, end up hampir setiap sehari atau 2 3 hari, nama baby tu bertukar2. Ekekekek.. ##



p/s: entry ni ditulis semalam, tapi pagi ni baru nak post. Eheh eheh eheh..



Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Our precious at her 22 weeks. Rasa macam tak sabarrrrr nak tunggu bulan 10. Hihihi.


Budaks tembams at her week 19 of pregnancy


Dua budaks tembams dengan ketembaman melampau kat Borobodur, Jogjakarta, Indonesia - waktu family trip ke Jogja baru2 ni.


Saja2 selit gambar ni. Batu ni dikatakan antara batu terbesar yang keluar dari perut bumi waktu Gunung Merapi meletus dua/tiga tahun lepas. And orang panggil dia "Batu Alien" sebab rupa dia seakan2 manusia. Nampak tak mata, hidung, mulut dia tu? Hui hui huiii.


Posing skekkkkkk


Recommended install apps ni kat handphone. Seronok baca perkembangan dia...


Ada 2 cerita - what's happening to your BODY & what's happening to your BABY. Yang part baby tu saya excited. Sebab dia suka compare size tu dengan buah2an. So macam dapat bayangan la baby tu besar mana dah now. Hihihi....

Olrite, sekian dulu, ada peluang dan kerajinan kita stori mori lagi... :)

2 comments:

NettoAsh said...

Congrates ye dear..akhirnya penantian kesabaran terbalas.baru tau yang awak preggy.take care tau..

Munirah Mohd Ali said...

TQ Netto~~~~! Doakan yang terbaik, biar dipermudahkan dan dikuatkan semangat macam awak yer... :)