Friday, June 14, 2013

Susu ibu?? (^___^)

Tiba2 terajin nak menaip.. Kikiki...

Isnin baru2 ni, masa tengah lepak2 kat rumah (MC aritu, sakit belakang wuuuu~~), duduk la berangan sorang2 depan tivi tu.. Pastu belek2 perut. Tengok pusat dah makin terbonjol. Usap2 perut yang tegang tu. Pastu tiba2 je terasa ada benda macam basah2 camtu dalam bra. Bila tengok, kat puncak bra tu dah melekit2 cecair (berketul2 sikit pon ada jugak) warna kuning pekat sangat.

Erk?? Nanah?? Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~

First impression itu lah die. Ingatkan nanah. Terus call Ibnu. Sangatlah ketakutan time tu, fikir dah bukan2 dah. Tapi dok tergagap2, last2 tak bagitau dia pon, sebab taktahu nak cakap camano. Lagipon fikir taknak lah kacau dia tengah kerja tu.. Hui3333...

Then call mak. Nak nangis dah waktu ni. Sebab teringatkan arwah sepupu yang meninggal tak lama lepas dia deliver, sebab breast cancer.

Sekali mak cakap macam rilexxx je, siap gelak2kan orang lagi. Dia tanya, "Dua2 belah ke keluar warna kuning?"

"Tak mak.... Sebelah je...."

"Sebelah lagi?"

"Sebelah lagi ada jugak air, tapi warna jernih je...sikit je..."

"Haaaa, yang kuning tu mesti belah kiri kan? Yang jernih tu belah kanan..."

Wuiyoooooooooooo, tereeee tu. Camana la mak bole tahu. Rupanya dia cakap, itu susu ibu la tu... Dah mula keluar da.. Mak cakap lagi, orang2 tua percaya, belah kiri tu makanan baby... sebab tu warna lebih kuning. Belah kanan tu minuman baby.. So kalau baby minum, dia memang suka belah kiri, sebab lebih kenyang.....

"Oooooooooooooo........................."

Lepas tu apa yang saya rasa is berbaur2. Haha. Sebab rasa macam makin dekat da nak jumpa buah hati dalam perut ni. Hihihi. Tapi tu la, macam awal sangat kan? 5 bulan setengah, susu dah keluar.

Besok nya, still tak puas hati, so tanya ramai jugak la orang experience diorang camana. Dalam ramai2, ada yang suruh jangan buat apa2, biar je. Ada yang suruh pump, kalau tak nanti BASI! Basi?? Wohhhhhhhh, sekali lagi darah gemuruh datang. Takkan la kan. Tapi tu la, baby 4 bulan lagi baru keluar (insyaAllah..). Member tu cakap kakak ipar dia la, susu banyak sangat sampai basi. Sampai kena makan ubat dari klinik. Uwuwuwuw~ Sekali lagi rasa nak nangis.

Kebetulan Selasa tu appointment monthly check-up. Bila tanya doctor, dia cakap, dun worry. Takde masalah apa2. Siap cakap saya bertuah lagi. Huu~

Now saya dah tukar size bra, atas nasihat doctor. Kena beli size yang lebih besar. Sebab badan dah membesar. Hari Rabu tu jugak saya menapak ke mothercare kat klcc tu, beli maternity bra. Sebab takmau tunggu weekend dah. Sebab da rasa sengkak pakai bra sendiri. Hehe..

Ermmm....

Bila borak2 dengan Ibnu, dia cakap, "Awak selalu camni. Awal2 dulu risau kenapa takde alahan, terus Allah bagi alahan kat awak lepas tu. Lepas tu risau takde susu, terus sekarang awal2 susu dah keluar..."

Huhuhu.. Betul jugak dia cakap tu. Tak terfikir pulak. Memang aritu saya ada risau2 takut takde susu, sebab cik B kitewww macam tecikkkk.. Agagaggaga~~~~ Sekali sekarang, alhamdulillah, dah dapat hint yang insyaAllah susu tu ada... Lega sikit... Just kena tahan je la rasa ngilu kat puncak cik B tu bila time ngilu tu datang. Huhu.

Tapi, rasa2nya lah kan, apa yang macam membantu susu ibu tu keluar awal, masa mengandung ni, sebab saya dok minum susu Enfamama tu. Walaupon saya minum jarang2, and saya minum pon sebab Ibnu rajin bancuhkan, tapi, rasanya itu yang somehow buat susu ibu terstimulate and lebih productive.

Bila try ingat2 balik, teringat la kata promoter tu, susu Enfamama lebih bagus compare dengan susu2 maternal yang lain, sebab dia lebih kandungan apetah, yang membantu tumbesaran bayi lebih baik. Anddd, dia boleh diminum semasa mengandung dan selepas dah deliver. Menggalakkan pengeluaran susu ibu... Bagus untuk ibu2 yang berniat nak menyusukan anak exclusively..

Thereeee u gooo.... Itu la saya rasa, itu puncanya. Sebab other than that, saya takde pon makan supplement apa2. Means, memang betul2 bagus la kan susu Enfamama ni? Before ni saya pernah try Anmum, tapi sekejap je lepas tu stop. Sebab rasa dia tak best. Susu Enfamama ni rasa dia lagi best... Walaupon awal2 pregnant dulu susah tekak nak terima susu, tapi alhamdulillah sekarang dah okay... Boleh la sikit2 tu minum susu.. :)



Update: Sekarang ni, dua2 cik B dah keluar cecair kuning tu, colestrum ek orang panggil? Just belah kiri lebih banyak la compare dengan belah kanan.... Harap2 badan saya akan keep on producing susu ibu ni, sampai la baby keluar nanti, and saya mampu nak breastfeed baby sendiri selama mana yang boleh... Gigih gigih! InsyaAllah.... :)

3 comments:

Syima Syaz said...

salam... sorry nak btl kan sikit.

1) jgn pam.. takde istilah susu basi ye dear.dalam badan kita ni kilang susu, susu akan keluar by demand. kalau pam sekarang takut contraction awal, sebab bila ada hisapan/pam.. akan mengecutkan rahim.

2) belah kiri makanan, belah kanan minuman. mak saya dulu pun cakap macam tu. bila saya baca buku n join kumpulan susu ibu, dorang ajar takde istilah kanan kiri makanan. both side sama je cuma susu awal tu cair sebab air, then dalam 5 minit macam tu akan keluar lemak-lemak yang mengenyangkan baby. tu baby akan minum sampai tertido

3) alhamdulillah dah ada sign susu keluar. tapi nanti awal2 baby keluar, susu keluar sikit saja dalam 1 oz sebab baby cuma perlukan 1/2 oz susu je di awal kelahiran. insyaallah lama kelamaan susu akan banya ikut demand baby..

goodluck dalam breastfeeding...

Munirah Mohd Ali said...

TQ sooooooooo much Puan Syima!
Hanya Allah dapat balas budi baik awk sebab tolong respond kat saya... Seriously memang zero knowledge dalam breastfeeding ni. Nak baca buku pon, asyik terlelap2. Nak sentuh buku pon bertahun. TQVM!! Really appreciate your words. God bless you, Puan Syima... :')

Unknown said...

Sy dh fall in love dgn blog ni.tqsm bnyk info.1st google 5week gugur kena pantng x? Sy alami hri ni.rasa down.tp ni dh baca sampai entry ni.sy rasa semangat.usaha.inshaallah ni bukan rezeki kmi..bnyk info.TUMBS UP.Xsabar nk scroll lg.:)

Follow Us @munirahmohdali