Tuesday, July 16, 2013

Alkisahnyaaa rumah dua tingkat

Assalamualaikum~!

Masuk arini, dah 2 bulan lebih kot kitorang duduk kat rumah Alam Impian tu. Rumah tu ada 4 bilik, 1 bilik maid, 2 store. Kat tingkat atas ada 3 bilik and 1 store. Tingkat bawah ada 1 bilik and 1 bilik maid and 1 store bawah tangga. Selama ni kitorang duduk kat bilik kat tingkat bawah tu. Sebab, saya lerrrrr malas nak naik turun tangga ke atas. Rasa macam eksesaissss je everytime naik turun tangga tu. Semput! Tak kuasa nak naik duduk kat atas.

So, selain dari waktu bacaan yaasin time mula2 pindah dulu, berbulan la ruang atas tu memang takdo yang menjenguk, kecuali time family saya from Kedah sampai. Memang diorang akan tidur kat tingkat atas... Siap adik saya bitau, dia "rasa something" masa tidur kat atas. Banyak la hanggggg! Wuwuwuwu (T___T)

Tapi, lepas dah 2 bulan lebih kitorang stay kat bilik bawah tu, Ibnu lately asyik komen katanya bilik tu macam panas, kurang elok pengudaraannya. Saya tak perasan pulak, tapi dah hari2 dia berzikir camtu kat saya, lama2 terasa macam ada betulnya jugak.

Dengan rak2 baju dalam tu, rak cermin, katil, bila tutup pintu malam2, dengan dua orang manusia gabak tidoq dalam tu, rasa rimas la jugak. Aircond ada.... Tapi angin aircond tu pon rasa tak best. Kering tekak je.. And rasa udara tak fresh. Tambah2 time musim jerebu aritu. Huhu.

Last2, saya akur je la bila Ibnu dah ajak naik tidur kat bilik atas. Bilik atas tu memang besar, komfem (insyaAllah) takyah susah2 kitorang nak berebut oksigen bila tidur malam2. Lagipon malas nak manjakan badan sangat. Gigih je laa naik turun tangga pon dengan perut tomei tomei ni... Hui333..

Dapat gaji aritu, terus cari katil, alang2 dengan meja makan skali. Cerewets gak kitorang nak beli katil. Saya nak yang lembut, Ibnu nak yang keras takmo lembut sangat. Masuk kedai keluar kedai. In the end, jumpa jugak kitorang dengan katil yang dicari2. Getha. Memang superb! Luas pon luas, sebab beli size king. Best je tidor.. Soft je, tak sakit badan. Beli tilam dapat free 2 bantal and 1 bantal peluk.

Sepatutnya diorang deliver hujung bulan ni, tapi, minggu lepas hari Jumaat dia call cakap nak hantar. Penat kawtim masa delivery, sebab Jumaat kitorang kerja. Nasib diorang sanggup tunggu sampai pukul 6 petang. Huhuhu.

So, yeayyy! Dah dapat katil. Dah dapat meja makan.

Sabtu tu terus mengemas2 rumah. Projek pindah baju bajan dari floor bawah ke atas. Mengah jugakkk. Saya start dengan operasi lipat2 baju kat bilik bawah. Lepas tu kemas bilik maid yang kitorang buat store. Simpan barang2 yang belum unpack, termasuk barang2 baby. Tengahari camtu Ibnu bangun and jadik tukang pindah angkut barang. Dok naik turun tangga. Den duduk kat atas je. Jadik tukang receiver barang2 and kemas kat tempat yang betul. Petang tu dua dua terjelepoks. Agak2 pukul 6 petang camtu, siap2 nak gi rumah abah kat Kemuning. Bukak puasa ramai2.

And malam tu balik, first time kitorang tidur atas katil baru kat bilik yang baru. Alhamdulillah takde benda2 pelik jadik. Pagi besoknya Ibnu bangun muka ceria, cakap, "Haaaaaaa, ini baru best. Bangun2 tidur bole nampak pemandangan luar".. (Sebab bilik atas tu ada sliding door, mengadap ke arah taman). So, konon2 rasa fresh la pagi2 tengok pemandangan camtu. Compare dengan bilik bawah, bangun2 nampak toilet (sebab katil tu mengadap ke toilet, bukan tingkap). Hehehee.....

p/s: Gambar2 nanti malam kalau rajin den tempek dalam entry ni yerr.. Hihi..

2 comments:

Unknown said...

salam kenalan....
mmg mengah nak menghadap rumah 2tingkat ni...terasa cam ada 2buah rumah dah nak kene handle. apepun kne byk sabar n buat satu2 dulu.nak handle smua dalam satu masa? pengsan la jawabnyer! bhahaha..

Munirah Mohd Ali said...

salam perkenalan! kat rumah mlm2 cmni baru dpt bukak link blog awk. kat ofis xtau kenapa x boleh.. kena block. huhuhu. tu la kan, mmg fenattt, tp, felan felan kayuh... hihi :)

Follow Us @munirahmohdali