Friday, July 12, 2013

Mother, Baby and Kids Expo @ Stadium Malawati Shah Alam

Last week, kitorang husband and wife meredah pergi Mother, Baby and Kids Expo ni kat Stadium Malawati Shah Alam. Eh, ulang tajuk entry plak. Hehehe.. First time pergi baby expo, before ni penah la pergi jejak ke mothercare and toys r us clearance sale tu.. Tapi, tak la plak shopping barang2 baby ke apa kat situ sangat. Kisah pasal toys r us sale tu pon saya dah pernah stori mori dah before ni kan..

So, this time pergi memang dah niat nak rembat barang2 baby, especially yang basic2 tu. Saya dah buat dah list barang2 keperluan baby bagai. Google je pon. Terkejut kay awal2 dulu bila tengok list tu panjang berjela jela. Dah blurr mana yang wajib ada n mana yang nice-to-have.

Nasib baik ada kakak ipar, kakfira, tolong kasik mudahkan kerja. Dia ada bitau la apa barang2 basic baby. So itu la yang kitorang aim masa gi expo ni... Hihihi.. TQ kakfiraaaa~~~~ Hehehe.. Kakfira ni pon pregnen sama macam saya, kitorang due date selang seminggu ke 2 minggu camtu je nanti. Tapi sebab saya ni baru nak dapat baby yang first, memang knowledge and experience tu zeroooo la kan. Kuikuikui...



Print screen email from kakfira. Refer kat sini je masa jalan2 dalam expo tu. Still ada yang tak beli - bathtub, pampers, towel mandi.


Few barang yang kitorang dah angkut kat expo ni, sat2gi saya paste gambar dia yer.. Bukan nak menunjuk, tapi just nak share - sebab bila saya google2 info pasal benda2 camni, memang saya akan expect orang untuk letak gambar sekali. Senang den nak imagine. Ngehehe..

Kat expo tu, basically semuaaaaa barang2 yang related to babies ada. Department pakaian baby and mommy ada, department diapering ada, department babycare & grooming ada, department bathing ada, nursering ada, travel ada, feeding ada, department for ibu2 berpantang pon ada. Hahaha. Kalau korang dah biasa google nak cari barang2 list keperluan baby, sure korang tahu apa barang2 related under department2 ni. Kannnn...

Tapi, tak semua jenis brand ada jual kat sini... Macam pampers contohnya, time expo ni, yang saya nampak just brand diapers je.. Kalau nak cari pet2 atau mamipoko, memang den tak nampok plaks. Maybe time midvalley punya expo yang start harini sampai ahad ni, ada... Tu pon kitorang nak terjah gak tu. Still ada few minor2 things yang nak kena cari... :)

Okays, joms layans picturessss... :)

Gambar group beramai2

Rasa nak kena cari lagi baju lobang2 camni. Baru jumpa 3.... Tu pon size 3-6 bulan and 6-12 bulan. Tak beli newborn punya pon. Jadik minah hiphop la nanti anak mommy ni yerrr... Pakai baju stock lengan tangan and kaki labuh2. Hehehe



Rompers.. Total 7. Size ntah, macam2. Hopefully muat la. Memang murah2 rompers tu. Selai RM5 ke RM3 tah. Den pon lupa dah.


Bip. Ni Ibnu yang pilih. Saya okaykan sajorkkk... 3 helai cukup dah kot.. Kan baby kan? :D
 
Ni lapik mandi, lapik tukar lampin, cream montot baby and tu penyembur tu untuk disembur2kan bila time kemas or bersihkan barang2 and kawasan baby tu nanti...
 
Topi 3 lai. RM3 sehelai. Cukup kot. Tu kain lap kecik untuk baby, cukup dah kot sebekas camtu. Kain wrap baby, 35 ringgit kot if tak silap untuk 4 helai tu. Tapi rasa macam nak try cari yang instant wrap tu selai dua... Takot tak pandai guna yang jenis manual wrap ni. Hihi. Owh and yang warna warni bertali putih tu, kain barut baby. Macam best sebab tengok dia colorful. Heksaited terus angkut 10 lai. Tapi pagi besok bangun tidurnya, rasa macam nak cari yang plain putih tu je. Dok fikir, kulit baby kan sensitip. Dengan tali pusat dia tu nanti.. Takot kain tu jenis kasar, tak sesuai for baby.... Nak kena derma la kain2 barut tu nanti. Klu tak membaziorrrr je. Hehehe..
 
Dah kata mitten booties kena banyak, memang banyak la kitorang beli. Tapi nak cari lagi kot, yang jenis basahan tu. macam dalam first row dalam gambar di atas. Hehehe. Yang dah berpair2 stokin cantik tu, tengok macam kecikkkkk semacam je. Macam anak patung punya je... Muat ke idak la kaki anak ibu ni nanti.
 
Ni harta2 under feeding department. Liner JJ tu RM9 sekotak. Yang storage bottle JJ tu plak dalam berapa belas ringgit tah. Tak ingat dah. Tapi memang murah sikit la dari harga2 kat online tu..


Ini RM55 sajork. Semangat nak nyusukan baby ni. Hahaha

Wipes sampai berbungkus2 beli. Dah saya nak yang jenis pack kecik2, Ibnu nak jenis dalam balang tu. Dua2 ada reason sendiri. Saya nak kurangkan berat je bila travel. Senang pakai jenis pack kecik2 tu. Last2 angkut dua2. Baguih takkkk laki bini niii.. Haha (T___T)


Okay... itu sahaja. All in all, puas hati dah beli most of barang2 baby. Tak larat sangat nak keluar masuk expo mencari. So sekali pergi biar angkut je mana2 yang memang perlu. Besok lusa ni boleh focus cari sikit2 lagi barang yang takdok.

Chaiyok2 mommy and daddy!! Tak saboooo nak jumpa baby.... Selasa lepas jumpa gynea lagi, monthly check up. Baby dan2 palingkan muka nyorok disebalik uri bila doc nak scan tengok muka dia.. Mak kata, Allah belum bagi izin lagi for kitorang nak tengok muka baby betol2. Allah bagi izin tengok gender baby dulu. Hehehe.. :)

5 comments:

lokmanfirajunior said...

kekeke..siap print screen tu email wa!!maluuuu... +__+

byk dah borong tuh...untung baby..kuar2 aje dah pakai baju kaler2..hehehe.. :p

ok, nanti cari barang2 untuk mummy nya berpantang yek!ada lagi tu..ngeh ngeh ngeh..

Munirah Mohd Ali said...

kakfira!! hahahaha~~~~ senang sikit nnt orang tau la basic2 barang baby tu apa... hehehe... klu x jenuh kot nk memilih dari list panjang2 tu. agagagga :D aritu gi expo kat midvalley tu, sempat lg tapau 2 rompers. kiut sgttttt~~~ geram~~~~ hahaha.. owh kan, brg2 pantang x beli ape 1 pon lg.. T___T da dekat2 nk deliver la kot ek baru beli? huuu~~~

GREENJADE said...

pasni beli minyak2 panas, minyak zaitun lak utk baby

mak bbay pun kena la cari minyak2 panas2 gak..kdg2 mlm2 terasa sejuk2 kaki2 kebas kalu cuaca sejuk sgt. hehe

Munirah Mohd Ali said...

green jade! hmmm, tu la, benda2 brg2 berkaitan kesihatan baby semua x beli lg.. nnt nak kena search apa brg2 tu semua. hihi...

untuk mak baby, selama ni dok pakai tiger balm tu je... tp tiger balm tu baruuuu je habis~~ T___T sampai skrg lupa nak beli... kalau kena cramp, dok buat cara natural -- tenangkan diri, sampai rs sakit cramp tu slowly hilang. hahahuhuhihi :)

Unknown said...

Assalam nk tnya. Sy tgh mencari komen ibu yg pergi baby expo ni. Nk tau harga mmg lagi murah ke dari kedai2 manjaku etc? N sy nak tnya, sis beli semua ni, baby sempat x pakai semua or baby sis membesar n xle pakai dah? Sy 1st baby. Tgh buat preparation beli brg baby gak skit2 ni n masih ragu2 nak g baby expo ke x.. -husna

Follow Us @munirahmohdali