Thursday, February 9, 2012

Pengalaman: Kursus Pra Perkahwinan di Bangunan MARA, Kuala Lumpur. - In overall, BEST! -

Assalamualaikum w.b.t... and Hi.

Dear,

My heart is not at ease right now. So many things running in mind. Heart-cramped. Hopefully I could catch up things properly before the TIME. InsyaAllah, dahulukan yang wajib. Nak menceritakan yang wajib, rukun dan syarat sah nikah yang penting. Yang lain lain tu belakang tabir. Kalau boleh time time sekarang gak nak kahwin. Jom, pls? Muahahahahaahaha.... *gatai mode* hihikkks. Ala, personally, I do believe yang kalau kita sudah jumpa seseorang, yakin, dah istikharah, buat apa nak tunggu lama lama. As time goes by, kalau ditangguh tangguh niat tu, ditopup pulak dengan iman yang nipis lagi nipis dari sehelai rambut kerat 7, macam2 boleh jadi. Baik diteruskan sahaja niat untuk berkahwin itu. Kata Mak, bergegar tiang arasy bila bersentuhan bukan mahram. Kalau asyik bergegar tak ke lama2 runtuh? *Nangis* Kesimpulannya, kahwin je. InsyaAllah rezeki akan ada. Datang dari mana2 yang kita takkan dapat imagine. Teringat plak kata2 ustazah lisdawati dalam tv al-hijrah semalam. Cinta Allah cinta yang paling agung. Kerana Dia tidak pernah mengharapkan balasan. *Sedih dengan diri*

Dah tanak layan perasaan sangat dah. Macam lari tajuk tau tak. Tajuk bukan main skema, paragraph first terkeluar isi tajuk. Kalau subject BM Penulisan dah lama dapat E tau. Okayyy dah seriously dah.

Hmmm... Actually nak share, my firsttttt time experience mengikuti kursus kahwin. Eh, ada ke orang pergi kursus kahwin banyak kali? manada laa.. semua orang pon first time laa. hihi.. Rupa2nya sijil kursus kahwin ni takda expiry date. Tahan selama2nya. Immortal. Kursus kahwin bukan rukun atau syarat sah kahwin ya... Tapi, dah di"wajib"kan dalam undang2 Malaysia sebagai prosedur untuk berkahwin.... Dan, lain negeri, lain caranya. Kerana setiap negeri punya Jabatan Agama Negeri masing masing. Kedah lain, Johor lain, Selangor lain, etc2222. Dan, dalam satu negeri yang sama, punya kariah yang lain2. Ikut kawasan tempat tinggal kita. Pendek cerita, bagi wanita, pulang lah ke kampung halaman untuk ambil borang perkahwinan itu. Kerana kita perlukan kehadiran wali bersama sama. Takkan lah nak mintak wali kita yang datang jauh2 ke tempat kita pula kannn. Hihi. Dan, kita boleh pergi ambil borang selepas borang pihak lelaki complete - dapat kebenaran untuk berkahwin. yaAllah, permudahkanlah segalanya.....

Best tau pergi kursus kahwin. Rasa ter-refresh ilmu agama. Kalau boleh, nak pergi je lagi. Kalau dapat free of charge. Atau ada orang sponsor. Hahahihi. Tempat kursus pra perkahwinan yang saya hadiri ini, macam berbentuk class. or nak up sikit, lecture. Bilik tu telah berjaya memuatkan 80 peserta dan facilitator2 (yang terdiri daripada ustaz2) sangat petah bercakap. Sepanjang satu setengah hari itu, kami di-ceramah-kan oleh enam ustaz, untuk enam topic perbicaraan yang berbeza2. Masa sangat limited, lebih kurang dua jam untuk seorang. Bayangkan satu topic tu nak dihuraikan panjang berjela. Memang macam popcorn dah gaya cakap masing2. Laju. Ceria. Menghiburkan. Kadang2 tak berapa faham lawaknya tapi tengok orang lain gelak, saya pun turut join-da-club. Ehem. Tapi terselit jugak elemen2 politikus kadang2 tu. (Baca: KADANG2) Downkan mood saya je. Tapi perasaan itu sedikit sebanyak terabai sebab saya bukanlah pengikut tegar politik. Bila ustaz bersongkok hitam itu berkias2 saya tak faham pun dan tak tahu siapa yang dimaksudkan. So, aiman tak berapa nak kesah. Yang penting, cara penyampaian mereka mampu membuatkan saya tidak terlelap dan faham apa yang disampaikan. Hihi.

Saya tulis dalam buku nota apa yang diajar. Tapi kalau ditulis kat sini, lima page punya karangan baru habis kot. Sila baca link yang saya jumpa ini. Intipatinya sama. :) http://kursuskahwin.webs.com/himpunannotakursus.htm

Dalam banyak banyak, yang paling terkesan dihati, bila mengetahui banyaknya dan senangnya nak berbuat pahala bila bergelar isteri. Bila hidangkan suami segelas air, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa seribu bulan. Bila hidangkan suami makanan, pahalanya sama seperti orang yang mengerjakan haji dan umrah sepanjang tahun. I'm touched. Bila saya ceritakan kepada En Tunang, katanya "Ingat, senang jugak nak buat dosa." Erkkkkkkkk... speechless sesaat. Indeed, so true. Harus belajar banyak lagi ni. Huhuhihihoho. 

Sekian. Dari saya yang tengah tak sabar nak kahwin. - Munirah- Kehkehkeh.

2 comments:

Anonymous said...

Waaaaa..besh la muni..hehe

Munirah Mohd Ali said...

hihi. tenkiyuuu~~~ :)))

Follow Us @munirahmohdali