Pages

Thursday, April 18, 2013

Progress Rumah : Minggu ke-2 April

Heksaited kayyy bila contractor yang buat table top tu on time. Happy sangat3. Now table top dah siap. Alhamdulillah.... Tinggal nak properly pasang hood dapur tu plus dengan kitchen cabinet yang akan dipasang oleh Kian Classic nanti...

Kitorang mampu aktif untuk handle pasal rumah ni time2 weekend je la. So Sabtu Ahad minggu ke dua bulan April memang kitorang berkampung ar kat rumah tu dari pagi sampai petang. Sabtu pagi tu awal2 pukul 9 pagi orang table top datang buat finishing siapkan apa yang patut. Dalam tengahari orang wiring pulak datang.

Orang2 wiring tu memang komited habis. Takde maknanye nak berborak2 ke apa. Buat kerja macam lipas kudung. Lajuuuuu zasss pasang kipas lampu semua. Tengok gaya pon nampak la macam cekap. Puas hati jugak tengok cara diorang kerja.

Time orang tu tengah dok pasang2 lampu tu, saya dan Ibnu dok la macam kira lampu2 yang kitorang dah beli. Kira, then mark kat kotak, ni lampu bilik mana. Ni lampu kat ruang tamu etc. Sekali, kitorang tersalah bajet. Kurang lagi 2 lampu. Untuk dapur dengan bilik utility kat tingkat atas. Saya la ni salah kira time pergi beli lampu. Huhu. Terus start enjin cari kedai lampu kat area2 Kemuning tu. Sebaik ada kedai lampu. Harga kat situ pon boleh tahan - tak mahal sangat, tak murah sangat. Tapi tak banyak choice la.. Huhu..

Akhirnya dalam pukul 6 lebih kot, siap settle pasang semua lampu kipas untuk dalam rumah. Untuk luar rumah, orang wiring tu kena datang next time, sebab kat luar rumah tu ada kena buat extra wiring sikit. Original plug and wiring yang developer bagi tu macam sikit. Kitorang nak mintak tambah2. So diorang dah tak cukup masa, next time baru boleh buat wiring baru tu...

Alhamdulillah..... Legaaaa sangat rasa. Weekend ni orang langsir dengan orang kitchen cabinet pulak datang rumah. Baru nak buat ukuran semua. Harap2 diorang tak cancel lagi... Sepatutnya diorang datang semalam, tapi atas sebab2 tertentu, 2 2 tak boleh commit semalam. Hopefully weekend ni plan berjalan lancar macam yang kitorang rancang, ameen! :)



Silang tangan Ibnu tengok orang tabletop nak tebuk lubang ekzos hood kat dinding


Tengah dok berangan rupa kitchen cabinet ni nanti. Still belum decide betul2 warna yang kitorang nak untuk rak2 dapur ni nanti... Huuu~


Sinki pilihan Ibnu. Tak tahu kenapa dia suka betul dengan brand Hafele.


Kerja2 plumbing ni asalnya orang tabletop taknak buatkan. Dia kata dia tak pandai. Kena cari plumber. Tapi bila mintak dia tolong kontek member2 plumber dia, katanya diorang charge mahal, dia sendiri tak kasik kitorang amek dengan member dia. Last2 Ibnu kata, u tolong pasang lah. Kitorang bayar kat u. Ni la hasilnya... Harap2 tak menimbulkan masalah di masa depan. Huhuhu..


Ini saya yang pilih~~~ Mahal jugak bayar upah untuk orang tabletop tu tanggalkan tile yang dah sedia ada kat situ, dan tempek dengan mosaic yang saya pilih ni. Tapi, nak sangat dapur camni punya pasal, bayo aje la...


Tempat memasak nanti~ Tak sabornyeeeee... Harap2 nanti saya rajin dan bersemangat nak masak. Hehe..


Untuk orang2 wiring. Kitorang husband and wife kena bawak kereta asing2 nak angkut kipas lampu ni semua. 1 kereta je tak muat.. Huhu..


Around pukul 1 petang camtu diorang start buat kerja. Tu tengah pasang lampu kat area dining.


Nyelit la seketul gambar lampu kat sini ek. Ni la lampu tadi kat dining tu. Bila bukak lampu, cantikkkkkk sangat. Serious. Haha. #puji diri sendiri#


p/s: Kitorang dah basuh rumah first round lepas siap pasang lampu kipas tu. Semangat kobar2 over terlebih. Siap tido semalam lagi kat situ. Lepas subuh ahad sambung cuci rumah. Walaupon saya buat kerja sikit2 je, tapi keadaan sekarang ni memang tak mengizinkan saya kerah tenaga sangat. Malam tu gi klinik. Blood pressure saya drop jadik 80-50. Sakit muscle strain belakang badannya lagi. MC terus hari Isnin. Hahahuhuhihihehe.

3 comments:

Linda Yusoff said...

Salam Muni,

I tgh google psl kc, tetibe jumpa blog u =) salam perkenalan. Act i nak tnya u few things. mind to share?

Boleh tak u bg i contact number org wiring u? and u beli lampu kat mana ya? cantik =)

TIA

Munirah Mohd Ali said...

Wslm.. Linda, orang wiring tu basically orang2 from kedai lampu tu sendiri, tmpt kitorang beli lampu dining kitorg. Pernah buat entry dah pasal kedai lampu tu rasanya. Kedai kat tepi highway LDP, dekat KJ.. Achiever Lightings. Diorang yang datang pasangkan. Alang2 mintak diorang pasang semua kipas n lampu for 1 rumah skaligus.. Kontek number org wiring pon sy kena cari dalam file resit2 kitorang.. Nanti sy bg nooo. :)

akugiloos said...

Salam ,
Nak tanya ada cotact tak org yang buat wiring nie kalau ada boleh emel kan saya tak kat aazroy151101@yahoo.com
Terima Kasih