Pages

Friday, September 13, 2013

Besok 9 bulan sudaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Errrmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Hahahh.. Seriously blurrrrrrrr gilos! Besok dah genap 9 bulan! Helppppp meeeeeeeeee~~~! (Mengada2 ah tu kan!) Ekekekee...

Chop, kenapa kan, dari dulu kan, kita selaluuuu ingat orang pregnant 9 bulan 10 hari je eh? Awat mai tang hospital, jumpa doktor, depa kira 40 minggu eh? Nanti nak tanya kat Ela lah, adikku di Indonesia tu. Rasa macam tak percaya dia dok cerita, pengalaman dia sambut baby lahir, siap boleh jadik tukang jahit balik kat luka lepas patient deliver tu..... Kalau eden, eden tak bagi doktor muda2 jahitkan edennnn... Tak dapat kepercayaan lagi wooo. Tapi maybe kat sana tu, style dia memang ramai orang, ramai patient, doktor kurang kot eh.... Huhuhu.

Belum lagi part dia cerita kes dia oncall tengah malam, and patient kawan dia punya baby meninggal dalam perut akibat terbelit tali pusat sendiri - after cubaan nak buat normal delivery (tak jalan), then buat 2x vacuum (tak jalan jugak), last skali czer (baru tahu tali pusat dah terbelit). Kesian Ela, sampai fobia2 dia. Dia rasa serba salah kot, sebab kejadian jadik depan mata dia, walaupon bukan patient dia, sebab dia tengah handle patient lagi satu... Hmmm, macam2 cabaran nak jadik doktot ni. Takut pulak dengar cerita Ela kat labor room. Sampaikan, everytime baby dalam perut ni gerak2, mesti saya pesan kat dia, "Baby sayang, baby goodgirl kan....jangan main tali pusat tauuuu...golek2 tendang2 takpe, tapi jangan usik2 tali pusat tu tauuuu...." Huhuhuu... And selalu doa, mintak simpang dari benda2 yang tak diingini. Bukan lama pon lagi, beberapa hari je lagi, then boleh dah jumpa si tecik dalam perut ni, insyaAllah....

Perkembangan diri

Diri ini memang semakin berkembang dengan jayanya! Dah naik 16kg masa baru 8 bulan aritu. Tepuk tangan tepuk tangan! Beribu ribu taniyaaaaaaaaa~~~ Hoyeayhhhh!~

Hish apa meroyan ni.

Okay2 serious2. Sekarang ni, dah memang rasa tak larat sangat2. Even kalau duduk pon, perut tu dah macam bagi pressure kat paha sendiri. Sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki, sakit celah2 paha tu, memang takyah cakap arrrr... Baring tak boleh, duduk tak boleh. Kadang2 saya berdiri je kat rumah. Bila dah lenguh, duduk buat gaya merangkak tu. Dah puas camtu, baru cuba duduk betul2 balik. Tapi memang serba tak kena lah jadiknya. Sekarang tidur pon bukan atas katil dah, saya tidur kat atas sofa kat ruang tamu. Ibnu tidur atas toto. Sebab katil semahal2 tilam tu pon rasa macam hazabbbb je. Tidur kat sofa pon bukan baring, tapi duduk. Huhuhu.

Eh rasanya dah pernah cerita la kes tidur duduk ni. Nak ulang lagi buat apa... Buang karan jaa.. Well, ibu menandon memang ada penyakit lupa2 sikit. Hampun nooo. Hihi.

Owh, and, satu lagi penyakit yang baru menyerang, tidur siang tak hengat dunia. Kat ofis tuuuu.... Selamba2 tidur. Pagi tidur, tengahari tidur, petang tidur. Buat kerja ada la dalam setengah jam, lepas tu berjam2 bantai tidur. Masalahnya, TERtidur! Bukan sengaja2 nak tidur. Tertidur atas kerusi. Tapi memang tertidur. Bila terjaga tu, puas bulatkan mata, tapi ntah camana tah, boleh tertidur balik. Hohoho.

One thing yang saya sangat appreciate, saya sedar kini yang saya ada husband yang sangatttttttttttttt lah baik. Rasa macam Ibnu is someone yang sangat memahami, sangat caring, sangat rajin, sangat supportive! Haaaa amekkau puji laki sendiri. Kikiki.. Serious. Saya dah boleh kira berapa kali je saya memasak, berapa kali je saya basuh pinggan, since masa bulan puasa aritu. Sekarang ni, malam2 Ibnu yang akan buatkan air. Dia yang akan basuh pinggan. Tak banyak soal pon. In return, saya memang jadik tukang iron baju dia. Walaupon sakit pinggang ke apa ke, bab2 baju (lipat baju, iron baju), saya still in-charge. Lagipon saya rasa saya iron baju lagi kemas kotttt. Puas hati tengok baju kemeja kerja dia tu tajammmm je kesan iron kat lengan and bahu. Sehelai baju dia saya gosok nak dekat 20 minit kotttt... Gosok penuh kasih sayang gituewww. Hihihi.

Eh panjangnya entry!

Moh layan gambar pulaks.


Kefeningan yang melanda time nak beli shower foam baby.... Banyak sangat jenisnya. Susah betoi nak decide. Hoho.

Basuhan first trip. Baju color2. Baju putih nak basuh tapi asyik bertangguh sampai ke sudah. Weekend ni la kot setelkan..

Tukang basuh dan sidai : Ibnu. Tukang amek gambar : Muni. Kui3333

Socks yang warna biru oren tu, Ibnu beli time dia outstation kat Turkmenistan awal tahun aritu. Masa first time saya bitau saya pregnant, dia kat situ. Tak sangka dia pandai pulak shoppingkan stokin baby ni. Ingat jugakkkk kat baby noooo. Terharu baby. Baby says thanks! Hihi.

Tukang pair2kan mitten and booties : Muni. Tukang masuk dalam box ni : Ibnu.

Semangatttt~~~~ Semangat new parents to be!

Ni pon semangat~~~~ Semangat new grandparents to be! Hahah. Mak dengan abah boleh pulak buat surprise belikan raga2 ni. Diorang kata boleh buat simpan barang2 baby for travelling ke apa ke.. Well, memang kitorang tengah searching raga2 camni pon. Macam tahu2 je toknek dengan tokwan ni tauuu.... Baby says thanks jugak! Hihi..

Selerepsss... Ini di-wassap from kawanku~~ Bikin guwe terliur~~~ Mana nak cari durian sedap eh.. Yang isi warna kuning gebus camni. Uuuuuu~~~


This weekend, nak setelkan beg hospital. Walaupon doktor dah cakap saya kena czer, tapi saja je nak get ready beg spital tu. Kalau ada apa2 takyah kelam kabut sangat dah... Kan...

Owh ermmmm, rasa macam nak ajak Ibnu gi jalan2 mana2 la.... Tapi tu lah, saya dah tak larat nak jalan masalahnya. So saya dok terfikir nak spend time kat hotel, layan food hotel, layan movie kat hotel, layan spa kat hotel. Ahahahah~~~~ Berangan je la tapi. Ongkosnya enggak ada. Dah diam. (T____T)

5 comments:

NettoAsh said...

Hi awk..comel-comelnye booties baby tu.geram je tgk..hiihi..persiapan mamanye cmne plak..dah ok ke semua?

Munirah Mohd Ali said...

Netto!! Sy br bgn tidur... Ahahahhhh... Dasyat kannn.. Ntah bila masa tertidur tadi pon xtahu. Kui3.. Ermm persediaan ibunya ni mcm belum complete jugak ni. Tapi tinggal yg kecik2 tu je la. Nak kena carik baju yg sesuai nk pakai kat hospital nnt. Baju kelawar macam x sesuai je. Nanti susah nak susukan baby. Ehehee. Lama x dgr cerita awk. :)

NettoAsh said...

Baju kelawar?Haha awak la org pertama kat wad besalin tu yg pakai cenggitu nanti.susah nanti nak selak menyelak.Kat hospital bukan ke nanti pakai baju hospital bg je..awak sediakan pakaian dalam2 aje..beli panties disposal pon ok.trus buang.hehehe

Munirah Mohd Ali said...

Netto! Ekekeke... owhhh pakai baju hospital je eh. Oooowhhhhh sgt la x terfikir. igtkn still kena prepare shirt sendiri ke apa ke. konon mcm nak berkampung kat situ. kui3.. panties disposal ada beli sepeket, tp mcm x beshhh je pakai. takot melecet. :p :p eh netto, awk ubah setting blog awk ek? follower dah x ley baca your entries, kena jadik invited reader baru boleh...

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.