Wednesday, September 17, 2014

Small things that matter.

Truly based on my experience, since start duduk kat rumah tu for the past one year plus.


SUIS ELEKTRIK

Suis elektrik yang disediakan oleh pemaju versus suis elektrik yang korang prefer. Contoh, suis elektrik kat courtyard, tangga and 1 bilik air kitorang ada 2 suis each, untuk control 1 bulb. Suis lampu courtyard boleh bukak tutup from either dining area or 1st floor. Tangga pon sama, boleh bukak tutup from either ground floor or 1st floor. 1 lagi bilik air boleh bukak tutup from either side dining or guest room. Pening x nak faham? Haaa.. sepening tu la arus elektrik kat rumah kitorang. In the end now after 1 year, lampu kat area dining tu jdk x boleh on. Kdg2 O.K, most of the time K.O. Penat pasang lampu cun2 kat situ. So nanti nak kena panggil wireman tengokkan camana nak bagi settle problem ni.

Lesson learnt:
  1. Decide siap2 mana suis developer yang korang nak ubah. Carik wireman/electrician yang bagus, discuss habis2. Selain contoh kat atas, ada lagi 1 contoh. Satu suis, bukak 2 lampu. Which is membazir elektrik. Maybe 1 lampu 1 suis lagi better.
  2. Fikirkan mengenai plug2 yang diperlukan untuk kegunaan barang2 elektronik. Especially kat dapur. Dengan rice cooker, microwave, kettle, blender, etc macam2 lah.

PLUMBER IS NO JOKE

Macam kes kitorang, kitorang suruh je tukang buat table top dapur kitorang tu yang pasangkan sink n connectkan pipe2 bawah sink tu. Sebab kitorang ingatkan benda tu benda simple. And susah nak dapatkan service plumber datang rumah semata2 nak pasang pipe sink, waktu tu lah. So, nak tau apa kesannya? Kesannya....... sink kitorang tersumbat! Sebab dia pasang pipe2 tu macam senget, sebab nak fitkan dengan actual connection yang developer bagi. So lama kelamaan, sink kitorang tersumbat. Air kotor mengalir keluar from celah2 simen table top. Basahhhh je lantai kat depan sink tu. So, panggil orang (plumber jugak in the end) datang rumah. Dia sedut guna pump machine dia, and kitorang kena charge RM160 x 2 = RM320. Warranty 3 bulan.


Placed WASHING MACHINE at the RIGHT PLACE

Ni factor yang menyumbangkan kepada sink tersumbat kitorang. Kitorang try nak jadik bilik kecik kat bawah tu as laundry room. Air from washing machine masuk je dalam drain bilik air yang biasa tu... Tapi rupanya drain tu share 1 lubang dengan sink dapur. Air from washing machine kan load dia besar... So drain tu tak mampu nak tanggung, plus sink dah start tersumbat2. Masa sebelum panggil plumber datang repair sink tersumbat, asal basuh baju je, sure air mengalir2 keluar from celah2 simen sink tu. Now kitorang dah alih letak washing machine kat luar, memang kat tempat dia yang developer dah sediakan. Just renyah sikit la sebab asal nak basuh je, kena menapak keluar rumah... And malam2 tak boleh la nak basuh baju, scaryyy nak keluar rumah. Itu je la...


GOOD GRILL

Cari grill yang bagus. Paling bagus, wrought iron la kot kan... Dats why kitorang dulu decide pasang grill jenis wrought iron ni. And untuk grill kat pintu pintu side depan rumah, kitorang sadurkan dengan powder coated. Actually tak nampak pon kepentingan wrought iron/powder coated ni.. Until one day sembang2 dengan jiran. Dia kata, grill dia berkarat kes kucing rayau manatah suka kencing merata. Sama la, ada sekor kucing ni asal kencing je mesti pancut kat pintu rumah kitorang. Tapi Alhamdulillah setakat ni grill tu tak karat lagi. So kitorang buat kesimpulan, maybe dia tak karat sebab dah berpowder coated... Wrought iron kalau tak coatkan, berkarat ke tak eh? Yang tu tak sure.... Huhu..

ELECTRIC SAVING GOODS

Aircond, peti sejuk, washing machine, tv, water heater, kettle, etc, kalau boleh beli yang ada technology jimat elektrik. Supaya tak terasa terbeban dengan bil lektrik yang tinggi. Kitorang memang beli barang2 yang jenis jimat elektrik. Tapi, bil still consider tinggi. Kitorang bajet bil tinggi sebab aircond kat ruang tamu, and fridge gabak tu. Ruang tamu ada 1 aircond 2HP, tapi actually ruang tamu tu is kawasan yang open air. Bersambung dengan dining and from dining stret nampak dapur. So, 2HP tak mencukupi. Cukup la untuk buat orang2 yang dok kat area ruang tamu tu rasa sejuk, tapi in terms of penggunaan elektrik, dia jadik tak efision. Sebab aircond tu kena kerja lebih since kitorang tak buat partition pisahkan ruang tamu dengan ruang makan etc. Malam2 paling2 dua tiga jam aircond tu running. Siang2 on weekend if kitorang ada rumah pon dia running. Soooo.... bil lektrik memang sentiasa RM200 ke atas. Haihhh.... Tapi bayangkan kalau guna aircond bukan jenis jimat elektrik. Tak tahu lah berapa bilnya pulak... Huhu.


Okay, itu ajelah yang mampu terfikir buat masa sekarang. Share ni pon sebab asyik teringat lampu kat dining tu takmo menyala. Huhu. Tapi apa2pon, masuk rumah ni sentiasa jadik benda yang meng-eksited-kan. Kan? Rasa best and puas dapat berangan2 macam2. Hihi... :)

Selamat masuk rumah buat korang2 yang kebetulan nak masuk rumah baru! Keep the spirit alive! :)





Friday, September 12, 2014

My mom sure does has that...

Me? Errrrrmmmm aaaaaa wwwuuuuuuuu can I say, a bit?

Yeahh, just a bit. Because I'm far from a good cook. Would u believe me if I say, I started to learn cooking masa kat uni... Tu pon just spaggeti bolognese (everytime) and boleh kira berapa kali ja memasak. And masa balik kampung, tolong2 mak kat dapur sikit2. Then tried few malay dishes masa dah masuk alam pekerjaan. And now dah married, quite a number of different lauk pauk yang dah pernah try masak.

Until now, I still have to search and study the recipe before actually cooking it.

I had even once googled picture of "lengkuas" masa nak masak rendang ayam aritu. Google types of cheese.... Google how to cut the fish in "butterfly" technique... Macam2 laaaa dah pernah google. Mostly to learn of the tips and tricks.. Heheh..

But my mom is a superchef! She's working and still working until today. But during our childhood, I could recall only a few occasion makan luar. Almost every single day, kitorang whole family akan makan masakan mak. Be it just a fried chicken and sayur masak bening. My favourite! :)

I'm trying to absorb her positivity in doing the best for the family. Moreover with the presence of bibik in the house, there's pretty much nothing I can complain and still not doing cooking. Kan..... So..... Gambatte! Fighting!

I've been cooking everyday this week. A type of an accomplishment for me really.... Back from work, I will straight masak masak masak and masak. Then bila da settle siap semua, baru I naik and mandi and solat. I tried to challenge myself, to make the meals ready before maghrib prayer. Kalau balik from office dah lambat, then sembahyang dulu lepas tu baru masak.

Bibik is really a bless. She tidied up my fridge, kupas bawang semua siap2. So, the preparation nak masak tu jadik laju je.. Save time. And bila lepas masak tu, bibik akan lap2 balik dapur etc... So taklah iols penat sangat nak handle the mess lepas masak tu. Huuuu~~

Ibnu has been sweet by saying the foods were good. And sometimes dia makan menambah2. Haritu dia tambah 2x, and the lauk were only ikan terubuk masin, fish curry and sawi masak bening. But I really enjoyed watching him berselera makan. Makan lagi makan lagi, biar bulat. Hahaha :p

Harini, nak masak ikan bawal masak kicap pedas, tomyam campur and telur dadar. Hope he will enjoy my food as much. :)

Besok, nak pergi Janda Baik! I volunteered to buat nasi ayam. I hope nasi ayam will taste good, smell good, look good. So pagi2 besok kena pergi pasar basah. Beli ayam. Ayam kat rumah tak cukup to cover semua orang yang pergi besok. It's gonna be family vacation. Can't waittttttttt~~~~~ :)



LIFE SURVIVOR PLAN uolsss..... jangan main main haaa... keke..

Meh sini rapat2 nak cerita habaq mai....

After tonnes of researches and googles and readings done, I think it's best to start doing several Life Survivor Plans for Amina as below:

1. Tabung Haji
2. ASB
3. KOPP
4. Insurance

Method : Pelbagaikan cara savings untuk menabung.
Motto : Sikit2 pon takpa. Sikit2 lama2 jadik Everest.

Reason : Security. Masa depan kat Malaysia ni makin mencabar, for sure.. So if asyik delay delay and delay, takot nanti susah Amina nak survive di masa depan....

Tabung Haji dah bukak. Dah start simpan duit yang orang hadiahkan for Amina masa dia lahir... Plan untuk buat potongan gaji sebab nak paksarela disiplinkan diri. RM20 ka RM50 ka, sikit pon jadik la kan....

ASB belum bukak. InsyaAllah akan bukak dalam masa terdekat, nak simpan duit raya Amina... And any duit yang rasa nak save kat ASB bila ada opportunity lebih sikit...

KOPP ni maybe benda baru for certain orang. Sejenis education fund jugak. Lebih kurang sama macam SSPN, tapi return KOPP lebih tinggi. Sebaiknya KOPP ni masuk masa anak masih belum berumur setahun, so that kita just kena bayar rendah tapi return nanti tinggi. Untuk anak bawah setahun, bayaran monthly cuma RM81.05, and nanti after dia umur 19 tahun, dapat return dalam plus minus RM43k++. Banyak kannn.... Plus, boleh transfer guna maybank2u. I loikeee. Kenapa nak save dalam KOPP walhal boleh save dalam Tabung Haji/ASB? Sebab.... KOPP susah nak bawak keluar duit. So, selamat la duit tu di situ... :)

Insurance, belum subscribe lagi. Probably AIA kot. Or prudential. Tak sure lagi. Nak dengar apa orang AIA and Prudential nak cerita, baru nak subscribe. Hihihi. Now Amina dah ada medical card, covered by insurance company ayah dia.. TQ Mr P. Tapi still, rasa macam perlu ada back-up plan jugak. Maybe akan amek insurance yang ada benefit education/saving jugak. Maybe tak. Cukup sekadar medical plan. Tapi nak boleh guna card tu style tunjuk je card tu kat counter hospital/klinik. If yang kena warded bagai baru boleh claim, rasa macam takmau yang tu. Dunno. We'll see later on camana....

Before ni ada terfikir pasal public bank unit trust, tapi..... tak jumpa agent lagi. So yang tu mungkin waive dulu kot for now. Huhuuu....

Wednesday, September 10, 2014

Exactly malam tadi. Main tekan kalkulator sambil fikir tak tahu apa dia. Sampai bergolek2, kalkulator tetap di tangan.


Harini Semalam Amina 11 bulan!! Homaigoddddddd, lagi 1 bulan genap setahun! Setahun~~~~~~~ Setahun~~!!

Tuanya iols!! Homaigod homaigod... Rasa takmau terima hakikat. Kekeke..

Alhamdulillah, Amina dah jarang sakit2 demam2. Last dia demam masa dia 9 bulan rasanya. Itu last. Lepas tu Alhamdulillah dah takdak. Kalau tak, almost selang 2, 3 minggu dia akan demam. Mungkin antibody badan dia dah cukup kuat kot. Alhamdulillah....

Amina punya perkataan yang dah boleh disebut:
 
- "Ayah"
- "Hello?"
- "Aaaaaaaa!" "Aaaaaa!"
- "papapapapapaapa papapa"
- "mamamamama mamamaama"
- "habuuuu habuuuuuu"
- "Adikkkkkkkk?"
- " Bibibiiiiiiii bikkkkkkkk"

Sengih tersengih2 bibik bila Amina panggil dia. Bikkkk Bikkkkkkkkkkk.....

Cian Ibu, Amina tak pandai sebut Ibu lagi... Nampak Ibu pon dia panggil Ayah jugak. Yayayayahhh...

Fine lah. Sobs.

Nanti malam2 Ibu zikir kat telinga Amina okay.. "Ibuuuuu Iiiiii Buuuuuuu" 100x

Mmm.. Gigi masih yillek. Bayang2 gigi dah lama dah nampak, tapi gigi putih tu belum keluar lagi. Bila google, dr.budak cakap normal range la tu if dah setahun pon belum tumbuh gigi. Tapi kalau dah sampai setahun setengah (18 bulan) pon still belum ada gigi, then boleh bawak jumpa doc untuk check problem apa2 ka apa... So now, kita enjoy ja dulu dengan sengihan amina bergusi itu. Plus, kurang la kan sakit bila Amina gigit masa menenen. Kalau gigi dah ada? Adoiiii~~~

Berjalan belum lagi. Tapi meniti pegang rak2 pegang sofa pegang dinding, dah laju dah. Siap over konfiden lepaskan tangan jatuh tergolek semua dah. Tapi tu la, dia badan besar, kaki and bontot kecik. Dok vibrate aje la bila dia berdiri. Terhuyung hayang. Camana nak bagi muscle montot n kaki dia besar sikit eh. Sekarang bibik rajin suap dia makan. Sampai dah bulat gila perut. Takot iols tengok. Perut bulat, tangan kaki halus. Tapi, selagi dia masih membuang hari2, iols tak risau sangat perut bulat dia tu.

Tak sabar nak timbang dia. Nak tahu berapa berat dia sekarang. Last timbang masa 10 bulan haritu, baru 7 kg. Hopefully now naik sikit la ek..

Lagi satu perangai baru dia, dia dah pandai main tut cak tut cak. Orang nak main tutcaktutcak dengan dia, tapi dia ikut gaya orang tu. Amina yang pi sorok kepala dia pastu tunjuk. Sorok tunjuk sorok tunjuk. Pastu sengih tayang gusi. Hui333... Ayaq lioq meleleh2 time dia eksaited, memang ada lagi. Menjejeh2 keluar, moncong mulut2. Huhuhu...

Malam2 tidur still terbangun2. Nangis2 cari nenen. Sroot2 dua tiga kali pastu terlelap balik. Tadi ada terbaca status member share, from her reading, katanya kena didik anak untuk tak jaga malam. Nanti saya nak try petua2 yang dia bagi tu. Kot2 menjadi lepas ni Amina tidur lena whole night... Dapat ibu pon tidur lena... Ye dok? Kikikiii...


Until the end of time.... InsyaAllah.... :* :*


Friday, September 5, 2014

A'ah, drama sangat tau.... Malas nak cerita panjang2, so nak buat dalam bentuk point2 (read: po-in po-in) ja...

  • Adik bongsu ku nama Fatin Amani tu nak mendaftar kat UiTM Dungun, under course Matematik Pengkomputeran. Kitorang telah berdebate for few times jugak pasal course ni sebab semua macam tak sure apa itu Matematik Pengkomputeran. Until kebetulan terserempak dengan Prof Madya Sahar (Lecturer Math Universiti Malaya, father of my SSPian schoolmate) kat Masjid Kristal Ganu - of all places kan. So dia pon explain apa itu Matematik Pengkomputeran bro bre bro brehh... Tapi itu tak drama. Drama happened when Aten tertinggal few original documents kat Kedah yang sepatutnya kena bawak time registration. Mak potpetpotpet tapi Aten being Aten, dia melawan. Sapa suruh. Habis drama ayaq mata kat rumah homestay malam tu. Rimas pancreas guwe.
Inilah exskulmate iols, tiba2 dengar suara highpitch dia jerit2 panggil "munie! munie!". Rupanya memang dia pon... Depa ni ada wedding kat Ganu. Mai from Selangor. Boleh pulak kitorang bertemu jodoh kat Ganu ni ek Mina. Ayah dia la Prof Sahar tu... Nama awek ni, Amalina. Panggil Amina. So mula2 dia tau nama anak iols Amina, dia kembang kuncup. Iols layankan ajeeee... Kekeeke :)

  • Awal2 masa sampai homestay dah ada drama kecik sebab baru sedar yang stock2 bahan makan Amina plus pampers dia, saya lupa nak bawak. Tapi kitorang buat lek buat cool, kitorang keluar redah pekan Dungun malam2 untuk beli barang2 yang tertinggal. Aten pon cakap dia ada terlupa beli barang tapi kitorang cakap next day lah sebab malas nak singgah banyak tempat beli barang dia.
Ni kat homestay tu. Lepas balik dari belikan barang2 Amina.. Eh tapi harini terdengar cerita Baby Bites tu tak elok. Macam plastik. Betul ke eh.... Aduhhh cian pulak Amina kalau betul.

  • Drama seterusnya... Kereta lock from luar without using keys, thinking kunci ada pada abah/Ibnu (as they're the drivers) tapi rupanya kunci semua ada dalam kereta. Tapi bila usya kunci takdak pon kat tempat start engine tu and engine pon dah mati tak running. Faham tak? Bahasa mudah is, kitorang tak boleh masuk kereta sebab takdak kunci. Kunci yang diguna dan kunci spare, dua dua ada dalam kereta. Lepas yang berhormat Munirah (writer) yang cerdik pandai ni telah kunci Naza Ria itu dengan cara manual. Iaitu, bukak pintu side driver -- tekan button lock pintu driver and automatically semua pintu lain akan terlock jugak -- tutup pintu driver tanpa melepaskan gagang pintu tu. Taraaa~! If tak faham takpa, tak penting. Tapi nak cerita, yang kitorang terstuck kat luar kereta kat kedai makan tu selama hampir 4 jam setengah. Dah nak dekat pukul 12 tengah malam baru berjaya masuk kereta, dengan bantuan seorang "pakar", betul2 sebelum usaha terakhir iaitu pecahkan cermin kereta. (T______T) 
Kat sini lah drama tu berlaku. Kat kedai makan tepi pantai kat Kelulut. Food okay sedap. Saya dengan Ibnu jadik tukang order. Akibatnya, food terlebih. Sebab tak tahu pulak Aten diet and bibik memang makan sikit gila. Huhu. Waktu ni belum sedar kes kereta dah lock tapi kunci semua dalam kereta. Huhu

  • Drama makin meruncing waktu kereta lock tu sebab ada bayi 10 bulan travel dengan kitorang. Bayi tu dah rimas badan melekit dengan susu and food dia, kesan muntah susu jeluwak dia, tak tukar pampers, ngantok etc. In the end, bayi tu tertidur jugak lepas iols menari2 and berzikir2 selama sejam. Cramp kaki2 wuwuwuwu.....

  • Aten buat drama sinetron tv3 sebab tak dapat beli barang dia macam yang di-plan sebab kes kereta terkunci tu. So terpaksa beli lepas settle registration dia kat UiTM tu. Banyak gak boleh tahan dia mengangkut benda2 baru kat Mydin sampai habis RM250 walhal benda2 tu boleh ja ambil from rumah. Huhu. Tapi okay lagi sebab standard la kot beli barang2 baru everytime bukak semester. Tapi yang tak okay sebab kitorang dah sampai kat Kerteh tiba2 dia call suruh patah balik sebab tertinggal 1 bekas toiletries syampoo berus gigi ubat gigi bagai. Iols and Ibnu tak setuju nak patah balik sebab tahu sangat jalan area kerteh kemaman nak ke cherating tu sure jem if lalu pukul 5 petang ke atas, waktu orang balik from office. Tapi abah suruh jugak patah balik maka weols semua kena menghala ke Dungun semata2 nak hantar toiletries tu. Erghhhhh.

  • Something yang memang dah di-expect, jalan jem -- driving from Dungun ke Shah Alam mengambil masa selama 8 jam ++. Akibat long journey, baby 10 bulan tu buat perangai lagi menahan mata yang ngantok. Kebetulan pulak iols migraine maka telanlah 2 activefast panadol. Kombinasi iols-yang-pening plus baby-10-bulan-meragam-takmau-orang-lain-selain-mak-dia-ni-sahaja is -- huru hara. Iols rasa bengang dengan Amina, mak rasa bengang dengan iols and bibik. Tak pasal2 mak macam marah iols and bibik, potpetpotpet panas sebentar telinga den, sebab iols malas layan Amina yang meraung2. Bibik termasuk in the picture sebab bibik cuba pujuk Amina tapi Amina makin kuat meraung2 meronta2 bila bibik pegang. Peak haru biru bila Amina muntah selambak 4 5 kali sampai lembik, lepas tu baru dia tertidur sambil menyusu. Cian Amina huhu. Sorry sayang ibu... :'(

  • Reached home pukul 12.30 malam lebih. Penat. Pening. Sakit2 badan. But no drama happened kat rumah. Semua orang masuk bilik and tidur. Legaaaaaaaa......

Dah lah. Cukup2 lah drama drama dan drama. Letih melayan. Dah la jauh, banyak drama pulak tu. Aduihhh dugaan betoi. Ni nak belanja gambar weols waktu melawat Masjid Kristal. Itu je la yang ada gambar sebab if nak bergambar kenang kenangan kat Pasar Payang, mata bizi melayan kain2 cantik. No time for a camera hokey. Kui3333.

Amina dalam Masjid Kristal. Gheja nak jerit "Aaaaaa!" "Aaaaaa!" ja panggil orang.

Jari telunjuk dia suka terkeluaq camtu.

Sengih sengih... Apa sengih sengih?

Us. Ramai gak orang haritu. Sebab cuti Hari Merdeka kan. :)

Hi Bolat Kiri. Hi Bolat Kanan. Apa rahsia kejayaan kalian ternak lemak? Kehkehkeh

Farhan. Adik nomot lima. Study di India. Course medic. Tokey sari. Baik dan rajin. Sapa nak buat menantu habaq maiiiii. Keh2 promote over kompiden namanya. :p

Abahku kini bukanlah yang dulu. Dulu tak suka bergambar sekarang bukan main siap selfie. Keh3333. Hai abah! Muah2 I love you. Kekekeke :)

Settle jalan2 Terengganu. Tak jalan sangat pon. Memang niat nak join rombongan hantaq Aten ke UiTM ja.... Next time kita plan jalan2 yang betul2 punya okay.... Pi pulau kaaa... Kannnn... Hihi... Tak sabaq nak tunggu vacation kat Janda Baik lagi 2 minggu. Dengan family belah Ibnu pulak. Hihi :)

Follow Us @munirahmohdali