Pages

Friday, September 5, 2014

Weekend full of..... surprises? No.... It's full of DRAMA!

A'ah, drama sangat tau.... Malas nak cerita panjang2, so nak buat dalam bentuk point2 (read: po-in po-in) ja...

  • Adik bongsu ku nama Fatin Amani tu nak mendaftar kat UiTM Dungun, under course Matematik Pengkomputeran. Kitorang telah berdebate for few times jugak pasal course ni sebab semua macam tak sure apa itu Matematik Pengkomputeran. Until kebetulan terserempak dengan Prof Madya Sahar (Lecturer Math Universiti Malaya, father of my SSPian schoolmate) kat Masjid Kristal Ganu - of all places kan. So dia pon explain apa itu Matematik Pengkomputeran bro bre bro brehh... Tapi itu tak drama. Drama happened when Aten tertinggal few original documents kat Kedah yang sepatutnya kena bawak time registration. Mak potpetpotpet tapi Aten being Aten, dia melawan. Sapa suruh. Habis drama ayaq mata kat rumah homestay malam tu. Rimas pancreas guwe.
Inilah exskulmate iols, tiba2 dengar suara highpitch dia jerit2 panggil "munie! munie!". Rupanya memang dia pon... Depa ni ada wedding kat Ganu. Mai from Selangor. Boleh pulak kitorang bertemu jodoh kat Ganu ni ek Mina. Ayah dia la Prof Sahar tu... Nama awek ni, Amalina. Panggil Amina. So mula2 dia tau nama anak iols Amina, dia kembang kuncup. Iols layankan ajeeee... Kekeeke :)

  • Awal2 masa sampai homestay dah ada drama kecik sebab baru sedar yang stock2 bahan makan Amina plus pampers dia, saya lupa nak bawak. Tapi kitorang buat lek buat cool, kitorang keluar redah pekan Dungun malam2 untuk beli barang2 yang tertinggal. Aten pon cakap dia ada terlupa beli barang tapi kitorang cakap next day lah sebab malas nak singgah banyak tempat beli barang dia.
Ni kat homestay tu. Lepas balik dari belikan barang2 Amina.. Eh tapi harini terdengar cerita Baby Bites tu tak elok. Macam plastik. Betul ke eh.... Aduhhh cian pulak Amina kalau betul.

  • Drama seterusnya... Kereta lock from luar without using keys, thinking kunci ada pada abah/Ibnu (as they're the drivers) tapi rupanya kunci semua ada dalam kereta. Tapi bila usya kunci takdak pon kat tempat start engine tu and engine pon dah mati tak running. Faham tak? Bahasa mudah is, kitorang tak boleh masuk kereta sebab takdak kunci. Kunci yang diguna dan kunci spare, dua dua ada dalam kereta. Lepas yang berhormat Munirah (writer) yang cerdik pandai ni telah kunci Naza Ria itu dengan cara manual. Iaitu, bukak pintu side driver -- tekan button lock pintu driver and automatically semua pintu lain akan terlock jugak -- tutup pintu driver tanpa melepaskan gagang pintu tu. Taraaa~! If tak faham takpa, tak penting. Tapi nak cerita, yang kitorang terstuck kat luar kereta kat kedai makan tu selama hampir 4 jam setengah. Dah nak dekat pukul 12 tengah malam baru berjaya masuk kereta, dengan bantuan seorang "pakar", betul2 sebelum usaha terakhir iaitu pecahkan cermin kereta. (T______T) 
Kat sini lah drama tu berlaku. Kat kedai makan tepi pantai kat Kelulut. Food okay sedap. Saya dengan Ibnu jadik tukang order. Akibatnya, food terlebih. Sebab tak tahu pulak Aten diet and bibik memang makan sikit gila. Huhu. Waktu ni belum sedar kes kereta dah lock tapi kunci semua dalam kereta. Huhu

  • Drama makin meruncing waktu kereta lock tu sebab ada bayi 10 bulan travel dengan kitorang. Bayi tu dah rimas badan melekit dengan susu and food dia, kesan muntah susu jeluwak dia, tak tukar pampers, ngantok etc. In the end, bayi tu tertidur jugak lepas iols menari2 and berzikir2 selama sejam. Cramp kaki2 wuwuwuwu.....

  • Aten buat drama sinetron tv3 sebab tak dapat beli barang dia macam yang di-plan sebab kes kereta terkunci tu. So terpaksa beli lepas settle registration dia kat UiTM tu. Banyak gak boleh tahan dia mengangkut benda2 baru kat Mydin sampai habis RM250 walhal benda2 tu boleh ja ambil from rumah. Huhu. Tapi okay lagi sebab standard la kot beli barang2 baru everytime bukak semester. Tapi yang tak okay sebab kitorang dah sampai kat Kerteh tiba2 dia call suruh patah balik sebab tertinggal 1 bekas toiletries syampoo berus gigi ubat gigi bagai. Iols and Ibnu tak setuju nak patah balik sebab tahu sangat jalan area kerteh kemaman nak ke cherating tu sure jem if lalu pukul 5 petang ke atas, waktu orang balik from office. Tapi abah suruh jugak patah balik maka weols semua kena menghala ke Dungun semata2 nak hantar toiletries tu. Erghhhhh.

  • Something yang memang dah di-expect, jalan jem -- driving from Dungun ke Shah Alam mengambil masa selama 8 jam ++. Akibat long journey, baby 10 bulan tu buat perangai lagi menahan mata yang ngantok. Kebetulan pulak iols migraine maka telanlah 2 activefast panadol. Kombinasi iols-yang-pening plus baby-10-bulan-meragam-takmau-orang-lain-selain-mak-dia-ni-sahaja is -- huru hara. Iols rasa bengang dengan Amina, mak rasa bengang dengan iols and bibik. Tak pasal2 mak macam marah iols and bibik, potpetpotpet panas sebentar telinga den, sebab iols malas layan Amina yang meraung2. Bibik termasuk in the picture sebab bibik cuba pujuk Amina tapi Amina makin kuat meraung2 meronta2 bila bibik pegang. Peak haru biru bila Amina muntah selambak 4 5 kali sampai lembik, lepas tu baru dia tertidur sambil menyusu. Cian Amina huhu. Sorry sayang ibu... :'(

  • Reached home pukul 12.30 malam lebih. Penat. Pening. Sakit2 badan. But no drama happened kat rumah. Semua orang masuk bilik and tidur. Legaaaaaaaa......

Dah lah. Cukup2 lah drama drama dan drama. Letih melayan. Dah la jauh, banyak drama pulak tu. Aduihhh dugaan betoi. Ni nak belanja gambar weols waktu melawat Masjid Kristal. Itu je la yang ada gambar sebab if nak bergambar kenang kenangan kat Pasar Payang, mata bizi melayan kain2 cantik. No time for a camera hokey. Kui3333.

Amina dalam Masjid Kristal. Gheja nak jerit "Aaaaaa!" "Aaaaaa!" ja panggil orang.

Jari telunjuk dia suka terkeluaq camtu.

Sengih sengih... Apa sengih sengih?

Us. Ramai gak orang haritu. Sebab cuti Hari Merdeka kan. :)

Hi Bolat Kiri. Hi Bolat Kanan. Apa rahsia kejayaan kalian ternak lemak? Kehkehkeh

Farhan. Adik nomot lima. Study di India. Course medic. Tokey sari. Baik dan rajin. Sapa nak buat menantu habaq maiiiii. Keh2 promote over kompiden namanya. :p

Abahku kini bukanlah yang dulu. Dulu tak suka bergambar sekarang bukan main siap selfie. Keh3333. Hai abah! Muah2 I love you. Kekekeke :)

Settle jalan2 Terengganu. Tak jalan sangat pon. Memang niat nak join rombongan hantaq Aten ke UiTM ja.... Next time kita plan jalan2 yang betul2 punya okay.... Pi pulau kaaa... Kannnn... Hihi... Tak sabaq nak tunggu vacation kat Janda Baik lagi 2 minggu. Dengan family belah Ibnu pulak. Hihi :)

No comments: