Pages

Friday, March 30, 2012

Bilik macam tongkang pecah. Hantaran punya pasal.

Assalamualaikum...... Hellooo...


Kabare kamu? Sihat? Hihi. Saya tengah pening2 kepala sekarang ni. Lately ni asyik salah tidur je, sebab tertidur. Bukan plan nak tidur, tapi tertidur. Beza okay. Bangun2 pagi sure sakit urat badan. Tambah lagi bilikku kini sangattttt bersepah tahap dewa. Hantaran punya pasal lah ni. Penuh sebilik barang2 nak buat hantaran. (Manusia, asal boleh taknak mengaku kelemahan diri. Hahahihihoho.) 
Selonggok. Menimbun. Bertindan2. Haishhh.......


Kalau awak kemas, okay je la Munirah... Besok lah nak kemas dan susun molek2. Operasi hantaran dah bermula lebih kurang sebulan yang lalu. Dah start beli barang. Barang hantaran first yang saya beli adalah perfume dan set penjagaan muka. Saya belikan Mont Blanc dan Biotherm Homme. Nice bau perfume ni. Wangi.... Hihi. Tapi stock2 bunga, dulang bagai ni, baru je beli lagi.. Tapi dah start sikit2 gubah2, testing2. Kasik feeling.  


Yang tak tahan tu, angan2 dah berangan nak buat hantaran warna kuning gold2. Ala2 macam dalam magazine pengantin ni. 
Suka yang ni. Serabut sangat ke? Tapi, saya punya lebih sempoi sebab tak pakai banyak 'rempah' macam ni. Hihihi.


Tapiiiiii, boleh tak lepas tu tiba2 je hantaran dah jadik warna lain. Sebab? Sebab, awal2 kitorang gi beli kain alas dulang yang berwarna hijau lumut cow shit. Haha. Actually kain dengan warna yang menarik tak banyak pilihan. Yang cantik haritu warna rusty pink. Tapi, pink dah di-chop as warna hantaran side dia... Second choice is warna macam gold2 oren yang dark. Cantik. Nice. Tapi dia tak minat pulakkkk.. Bila suruh dia pilih, dipilihnya warna hijau tu. That's why warna bunga pon jadi lain. Kuning Gold tak jumpa yang best. Last2 beli ja bunga warna purple. Hihi. Tak tahu la hasilnya camana nanti. Tunggu aje la ye nanti. Hihi. 
Bunga bungaan yang sudah di-vintage-kan. Wushhhh, terus jadik bunga hitam haha.
Bekas nak taruk barang2 atas ni. Juga vintage version. Ngado betoi ekau ni. Keh2222. Bayangkan benda ni bersusun 11 atas lantai dalam bilik kiut saya ni. (@,@)
Hijau tu la tuuuuu. Aiyoo... Terima je lah hakikatnya ye. Jangan ekau masuk kedai beli kain baru pulak. Membazir amalan shaiton..... Hurmmm...


Okay dah. Ingat nak start bersilat buat hantaran betoi2 malam ni. Tapi since dah 2 malam berhempas pulas siapkan album pixajoy tunang aritu, plus besok nak kena bangun pagi untuk program BAKTI, so malam ni lights off pukul 11.30pm okayh? :)


Good nite! Assalamualaikum. :)

No comments: