Assalamualaikum.... Hai hai hai!
Subhanallah, perasaan teruja masih ada. Tadi berdebar2 sepanjang majlis pembukaan 2012 PBPP di SK Seri Gelugor. PBPP ni apa? Program Bakti Pendidikan Petronas. Dah diwujudkan sejak tahun 2003, dan SK Seri Gelugor ni dah jadik sekolah angkat PCSB-PMO untuk PBPP sejak tahun 2008(?). Eh yeke, tak sure plak ngeh222. Alhamdulillah, it went well as per planned, tapi macam biasa memang masih ada some rooms for improvement. Stended la tu kan. Hihi.
Pagi hari dimulakan dengan pendaftaran para pelajar. Bagi tag and signed attendance. Lepas tu breakfast di kantin. Around 8.30am++ kita berkumpul di dewan dan sesi memperkenalkan fasilitator bermula. Lepas tu buat sesi stretching2 badan. Pagi lagi kot, so buat event lite2 dulu. Event controller is Fahmi. Dia ni memang pandai lah berceloteh. Sesuai sangat dengan kanak2. Hihi. Activity 1 dinamakan 3G iaitu Game Gerak-Gerak. Fahmi menari "chicken dance" bersama dua orang lagi facee. Tarian ni popular la dalam event2 camni. Song dia pon nice. Next is activity 2K iaitu Katak Kembung. It's a fun game. Kalau perasan, lama2 bunyi yang terhasil dari game 2K ni boleh buat macam bunyi kompang orang kahwin tu. Tak tak tak tak bung bung bung bung tak bung tak bung. Haha. Interesting game. Hihi. Lepas tu mereka diberikan note lagu rasmi Bakti dan nyanyilah beramai2. :)
Lepas tu kita nak bahagikan dan pecahkan students kepada few smaller groups. Time ni main game lagi. Asyik main gameeee je students ni. Syok la depa. Hihi. Mereka diberikan belon yang perlu ditiup dan perlu dipecahkan untuk dapatkan clue group masing2. Facee pon cekap jugak membuli. Game ni dinamakan 3B (Belon Binatang Bunyi). Yeayhhhh, they have to make sounds yang menyerupai clue belon itu. Clue itu adalah jenis2 binatang. Harimau, mengaum lah. Kucing, mengiau lah. Melelong2 lah jugak students tu pusing cari ahli group dengan bunyi tu. Dah macam zoo dah. Yang paling xdengar bunyi, lebah. Dok bzzz bzzz walhal orang lain dok mengaum lah, berkokok lah, macam2. Hahaha. Sian lebah. Takpa, lebah kecil tapi berbizza. Kuat penangan tu. Hihi.
Dah masuk group, kita ajar English words yang ada dalam lagu Bakti. Lagu ni mix few rangkap in Malay and few rangkap in English. Hebatnya students Terengganu ni, mereka dilengkapkan dengan e-book. Maka, kakak yang jakun first time nampak e-book ni pon, dok menempek lah kat sisi student ni. Bagi saya, e-book ni bagus sebab dia sort of mampu menggalakkan students to always search for definition of words. Semangat kot buka cari through e-book, compare to cari through buku dictionary tu. Tapi either way pon should be okay. Bukan alasan untuk tak pandai english eventhough takda e-book pon. Kannnn. Tapi tengok ramai jugak tadi yang bawak kamus stended tu. Adakah bukan semua orang dapat e-book? I don't know, taktanya plak tadi. Then buat war-cry (betul ke maksud ni? e-book pls! haha). Dan cipta nama group berdasarkan nama binatang kumpulan masing2.
Pukul 10 pagi mereka berehat selama 15 minit. Lepas tu sambung lagi activity dalam kumpulan. Presentation of group war-cry. Sekejap je ni saja nak bising2 kasik excited. Hoho. Then masuk next activity which is melukis bertemakan My Dream. Macam2 impian students2 ni tau. Most of them kaitkan My Dream ni dengan my ambitious. So dok pakat melukis gambaran profession yang dicita-citakan. Alhamdulillah, semua punya cita2 yang tinggi, dan baik. Kakak harap kamu semua akan berjaya mencapai cita2 dan berjaya dalam hidup, insyaAllah... Time ni je sempat teringat nak snap2 gambar. Sebelum tu tak teringat la plak. Dok kelam kabut ke sana ke mari bantu kawan yang organize event ni.
Pukul 11 pagi ibu bapa ada yang sudah tiba. Cuwaks okay sebab activity kami belum habis. Slot bersama guru dan parents is pukul 11.30 pagi. Tapi lepas tu ubah sikit agenda so semasa presentation My Dream, parents semua boleh tengok. Sepatutnya slot ibubapa adalah formal, tapi kita lewatkan sikit, bagi laluan kat presentation adik2 ni. Kagum because ramai tau adik2 ni yang volunteerkan diri untuk present. Tapi hanya 6 orang yang boleh dipilih. Kalau saya dulu, time sekolah rendah dulu, komfem tunduk malu sikit lagi nak cecah ke lantai taknak volunteer. So adik2 ni memang sangat special, insyaAllah kalian mampu berjaya... :)
Kami akhiri event kami dengan slot yang formal, slot bersama guru2 dan para ibubapa. Ada bacaan doa, presentation mengenai Bakti, ucapan dari pihak sekolah dan pihak pengurusan Petronas, nyanyian lagu Bakti sebagai simbolik perasmian PBPP 2012, dan sesi penyerahan hamper dan hadiah kepada presenter My Dream. Lastly, di-wrap dengan sesi group photo. All in all, alhamdulillah syukurrrrr amat kepada Allah kerana atas keizinan-Nya, program ini berjalan dengan baik. Kekurangan tu memang ada la kan, untuk di-improve-kan di masa depan. Tak sabar nak jumpa adik2 lagi! Harapnya saya tidak punya kekangan untuk join activity Bakti yang seterusnya di bulan akan datang, insyaAllah...
Enjoy lah few pictures yang sempat di-snap. :)
|
3 flowers from the Tiger Extreme group. Jasmin - Najwa - Natasha |
|
Facee, Aziz. |
|
Cer teka apa My Dream beliau? Nak jadik teacher. :) |
|
Engineer-to-be, insyaAllah... Semangat adik! |
|
Doctor-to-be, insyaAllah... :) |
|
Nak jadik policeman. Aik?? Awak tulis BM? Next time in english okay! hihi.. |
|
Another teacher-to-be.... :) |
|
Inilah dewan yang dimaksudkan. Dewan terbuka hihi |
|
Center-court. Besar and cantik sekolah ni. Sekolah baru. Dibuka tahun 2007 |
|
Semangat adik2 melukis dan mewarna. Sampai baring2 siap. Baikkk punya posing hihi |
|
Bahagi secara sama adil okayyy. Siap kira lagi gula2 sebijik2. Hihi :) |
Okay, dah. Puas tulis panjang2. Kalau buat karangan BM pon lepas kot ni haha. Nanti dah tua boleh belek2 balik dan teringat2. So now is masa untuk berbakti kepada diri sendiri. Kemas bilik!! Hihi.
No comments:
Post a Comment