Assalamualaikum, Hi dear,
Sedikit sentap. Terus menulis.
Rezeki Allah itu luas, rezeki Allah itu pelbagai. Rezeki Allah kadangkala datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Tapi kadangkala jua ia tidak datang bila masa waktu itu kita sangat berharap rezeki itu datang. Mungkin belum tiba waktu yang sesuai. Allah Maha Mengetahui atas segalanya. Allah beri hanya yang terbaik buat hamba-Nya. Allah lebih mengetahui.
Sedih? Bila rezeki yang diharap tidak datang? Memang. Sangat. Sangat sedih. Tambahan bila rezeki yang kita tidak sangka, rezeki itu yang acapkali datang. Tapi rezeki yang kita harap-harapkan, tidak jua kunjung tiba.
Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Dalam diri. Itu saya sedar. Harapnya lepas ni, boleh sama-sama perbaiki diri, ke arah yang lebih baik. Ini memang satu tuntutan.
Bersabarlah wahai hati. Redha.
Kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan hujan dan petir,
Kita tertanya ke mana hilangnya matahari,
rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Yours truly,
Munirah
p/s: apa beza "sangka" dengan "jangka" ek? ke sama je?
p/s: apa beza "sangka" dengan "jangka" ek? ke sama je?
No comments:
Post a Comment