Selasa, 16.10.2012
Pagi tu Ibnu bersiap2 nak bertolak ke Terengganu. Berat hati, I know. Sebab saya baru je disahkan miscarried semalam, yang saya dok cerita dalam entry lepas. Tapi hal kerja, takpalah. Lagipon nothing serious in me, I thought. Dr Iswaran pon cadangkan biar karung sacks baby tu keluar secara natural. Tak perlu D&C. Alasan, nenek2 zaman dulu pon tak buat D&C ke apa ke bila keguguran. But still boleh conceive lagi lepas tu. Dan dia cakap D&C ni pon bukannya bagus sangat, boleh ada side effect. So, termakan alasan tu saya just kuatkan hati je.
Tapi lepas borak2 dengan sorang ni, masa kat PCMC, she said that u better go for second opinion. Jumpa doktor lain. Ibnu dah gerak ke Terengganu. Saya terbaring risau2. Macam2 dah otak ni berfikir. At last decide, nak pergi Pusat Bersalin Barakah atau Darul Ehsan Medical Center. Tapi nak try guna ING. Minta tolong adik untuk hantarkan ke hospital tu. Dia habis kerja pukul 2.30 petang. Lepas tu terus fetch up saya and kitorang pergi Barakah. Tapiiiiii, masuk2 ja nurse situ cakap doktor takda. "Doktor yang on-call pon takda ke?" "Takda". Eleeeehhhhhhh, then takyah la gebang lebih taruk signage 24 hours besar gabak kat depan. Durhhhh... Dalam hati je la berani cakap tapi.. Hihi..
Keluar barakah nampak klinik medivron. So, singgah mintak reference letter sebab nak gi DEMC, if nak guna ING, kena ada reference letter. Baru ING nak keluarkan guarantee letter. Tapi nak dijadikan cerita, klinik medivron tu bukan klinik panel ING. Terang2 kena reject. Dah buntu, teringat Poliklinik Shaik. Kat situ boleh pakai ING, konfem. So, pergi situ dengan harapan besar untuk dapatkan second opinion. Memang betul tak perlu buat D&C atau sebaliknya.
Doktor kat situ, tak ingat namanya, sangat lembut dan prihatin. Saya masa tu dah weng, fikiran dah serabut, cerita kat dia pon dok nangis2. Haha. Drama betoi. Sampai doktor tu sendiri nak nangis. But she is very professional, dia tenangkan saya dan after borak punya borak punya borak, terus buat reference letter ke Columbia Asia Hospital. Katanya, dia ada kawan baik kat sana yang sangat gentle and boleh bantu saya. Dr Rama. Dia tanya do I mind to see a male doctor, and he is Indian. I said, "No, I don't mind. As long as he can help me". Dia terus call Dr Rama, and alhamdulillah, Dr Rama memang tengah on-duty sampai pukul 9 malam. So, next destination kitorang pergi - Columbia Asia Hospital.
To describe Columbia Asia Hospital - staff very friendly, environment very comfy, very well and fast managed.
Sekejap je tunggu terus dapat jumpa Dr Rama. Nurse kat situ siap jadik bodyguard kita lagi tunjukkan jalan lepas sini, sini. Takda lah nak termangu2 baca signboard nak ke mana2 lepas register semua kan. Mungkin sebab kita first timer kot. Tapi, layanan dan condition macam tu je boleh buat hati rasa lapang sikit. Membantu jugak la kurangkan stress. Hehe.
Dr Rama, saaangatttt lembut. Dia dengar betul2 apa saya cerita. When I showed him the last scan picture, dia terangkan pulak camana a doctor can directly predict the miscarriage. He suggested me to do the procedure to take the sacks out. Takut jadik infection considering that probably the baby has stopped growing for the past three/four weeks. But still dia kena scan from below huks3 sebab nak tengok "location" sacks tu. Dr Rama cakap, sacks tu masih tergantung kuat kat bahagian atas rahim. Kalau dia nak keluar naturally, supposedly location sacks tu dah kat bawah rahim sikit. Okay Doc, just do what u need to do. Kata dalam hati je lah.
Malam tu jugakkkk nak buat procedure. Saya tanya doc, D&C ke doctor? Dia cakap, tak... ERPOC. Apatah ERPOC tu. Katanya just a simple procedure, won't take a long time, hanya masukkan tiub dan sedut sacks tu. Okkay.... Doc tanya taknak tunggu Ibnu ke? I said, nope, dia balik hari Khamis doc. Saya dah takley tahan rasa sakit perut sakit pinggang ni semua. So, deal. Pukul 7 malam. Masa tu dah pukul 5.30 petang.
Start dari tu memang terasa masa macam lajuuuuu sangat2. Terus settlekan urusan ING, sign isi borang macam2, masuk ward, tukar baju, lepas tu terus disorong ke operation theater. Masa nak tukar baju tu, suruh adik balik. Kesian dia kepenatan kerja then kena tunggu kakak dia ni plaks. Lagipon saya tak fikir apa2 dah masa tu. Ingat Allah je lah. Hurm, jom layan pics je lah yer~ Panjang sangat dah menulis hui3....
|
At the lobby |
|
Asal laaaa gambar2 yang tegak jadik senget. Kantoi betoi.... |
|
Adik Mus yang prihatin~ eheheh |
|
Borang yang banyak kena sign... Tapi details diorang isikan.. Good3, menyenangkan.. |
|
Ruang tengah.. Dah lewat petang orang pon sorang dua je yang datang.. |
|
Room for two. Single bedded room dah full~ Sobsss.. Tapi still dok sorang jugak sebab sebelah lagi tu takda orang duduk hihi.. |
|
Nurse yang cekap pantas amanah. Tengah check macam2.. |
|
Toilet yang boleh la dikatakan selesa.. yang penting, bersih~ :) |
|
Meeeeeeeee..... After the procedure. Sobssss layan perasaan sorang2 sobsss.... Tak lama lepas tu baru abah, ibu, n later kakja, iwan, iman, marsya n syira sampai temankan~ Tq~~ |
|
He arrived at 11.30pm++ jugak lah. Luckily nurse kasik stay. Nak ikutkan rule sepatutnya tak boleh overnight sebab dok kat 2 bedded room. Tapi mungkin diorang let go je sebab katil lagi sebelah tu bukan ada orang pon..... yeayy..~ :) |
|
Dok atas wheelchair. Selepas jumpa doctor ke sebelum tah ni... Dah nak boleh cekidout dari hospital da~~ Yeayy |
|
Thank you Dr Rama! Forgot to snap a pic with u.. Dengan your door pon aci lah ek~ |
|
Peneman hospital yang berjaya~ Hehehe |
|
Dah sampai rumah~ Sarung kaki orang pantang~ ;p |
Okay, tu je~ Highly recommended lah ini hospital. Anything lepas ni memang nak datang sini je~ PCMC tu bergaya je lebih~ Eh Eh? Opsss.. Hahaha~ Tapi one thing yang PCMC tu menang, food kat situ lebih heaven kots... :D
4 comments:
hi..i br 1st time pegnant..tgh survey2 kos. brapa kos bersalin sis kna ye deliver kt columbia?
hi..i br 1st time pegnant..tgh survey2 kos. brapa kos bersalin sis kna ye deliver kt columbia?
My family mmg x pnh pg hospital lain pun. From A to Z can says Columbia is quite the best some more parking is free.
Yeah really satisfied :)
My family mmg x pnh pg hospital lain pun. From A to Z can says Columbia is quite the best some more parking is free.
Yeah really satisfied :)
Post a Comment