Pages

Thursday, August 28, 2014

Masterchef wannabe in the houseeeee

IS HERE!

Kekeke.. Okay, sejak2 ada bibik ni rajin pulak masak. Jap2 nak try list apa yang dah pernah masak since hari sabtu aritu,

1. Tomyam ayam
2. Ayam goreng tepung
3. Ikan bilis sambal kering
4. Serawa labu manis
5. Ikan kembung masak lemak cili api
6. Ayam masak kicap
7. Nasi goreng ala kampung

Pastu bahan basah nak masak and sayur2 semua dah habis..... So semalam pergi pasar tani kota kemuning beli bahan2 nak masak. Petang semalam dah study dah nak masak apa for weekend ni. Sejak2 mak abah cakap nak datang rumah, jantung asyik dok dup dap dup dap. Sebab masterchef wannabe nak try tunjuk skill kat mak. Before ni asai depa mai ja dari Kedah, mak yang masak. Bayangkan siap bawak dari Kedah, bawang udang ikan bagai. Ikan bilis and belacan pon pernah! Depa risau kat rumah takdak bahan masak. Pastu if nak keluaq pi pasaq, abah tak tahu jalan. Nampak tak tinggi ka rendah level memasak saya ni di mata mak bapak sendiri? Sobsssssssssss.....

Maka dengan ini, beta bertekad nak masak for depa selagi depa ada di rumah, selagi beta mampu. *ayat exception selagi-beta-mampu, kot2 beta tak termasak pulak nanti* Kui33.

Tekak bapak den tu tekak melayu sejati. Western tak boleh. Bau western pon dah cukup buat dia pening kepala. Dulu2 beta rajin buat spaggeti Bolognese (itu ja yang reti pon). Bapak den tak makan. Buat nasi ayam, dia kata tak minat. Pastu beta tapau pizza or kfc, sebab dulu takdak bibik, susah nak melayan si amina perha tu sambil nak masak2 bagai. Maka oleh sebab benda2 camni lah, mak bapak beta decide nak masak sendiri bila depa mai rumah anak depa ni. Dulu beta happy sebab rasa fefeeling macam di Kedah bila makan masakan mak, tapi la ni beta rasa seperti terhina pina. Salah sendiri la kan. Huwaaaaaaaaaaaaaa.....

Oleh itu, *trenggg trengg trengggggggggggggggg - bunyi drum*, beta nekad nak masak sendiri untuk depa! Hiyakkkkkkkkkk! Bring it on!

Ni proposal menu yang nak dijamu.... Baru plan untuk 3 hari punya dinner.. Harap2 abah makan dengan gembiranya.... Uhuhuhukkksss....
  • Day 1
    • Mee goreng
    • Ayam goreng masak kicap
    • Daging masak kurma
    • Ikan bilis and tempe sambal kering
    • Sayur campur goreng
  • Day 2
    • Siakap sweet sour
    • Butter prawn floss
    • Gulai ayam
    • Ulam kacang panjang
    • Dessert : Corn in cup
  • Day 3
    • Daging ala thai
    • Sup tulang
    • Ayam goreng masak kunyit
    • Cendawan goreng tepung
    • Dessert : Agar agar santan
Siap study lagi apa tips nak bagi ikan kerapu digoreng rangup, siap youtube lagi cara2 nak buat udang butter flos, youtube cara2 nak fillet ikan style butterfly cut.... etc...

Okay now bila try nak recall step  by step memasak tu, terus rasa seram sejuk kaki tangan. Mampu kah? Berjaya kah? Sempat kah? Wuuwuwuuu...

Ni saya share video cara2 nak masak udang butter flos.... Tak tahu kenapa tak boleh search pulak. Just click je ek link video tu kat sini....

Kalau nak tahu detail resepi, boleh bukak link ni....

Agak2 nanti kalau iols masak butter prawn tu, boleh dapat rupa cenggini idokkk? We'll see ek....

Source : From blog dapur kak yah

Hmmm, okay lah rasanya tu je nak membebel for today. Owh and btw, benda paling best bila food yang dimasak tu dipuji oleh lakiku namanya Ibnu Nizar itu... Ibnu susah nak puji, selalunya dia kritik bila iols masak. Terlebih garam la, gula la, itu la, ini la.. Tapi maybe berkat dia kritik tu, now iols dah pandai sikit2 ejas rasa food. Ibnu siap cakap ayam masak kicap tu the best dia pernah makan. Ihiks2 kembang kuncup muntut iols. Siap cakap makan nasi goreng ala kampung tu sampai licin tak tinggal sebutir nasi pon, rasa nak jilat2 pinggan. *errrrrr, puji sikit2 je boleh tak....... T____T*

Let's see what my parents gonna say about the food later. Nevesnya nevesnya nevesnyaaaaa.......

No comments: