Friday, October 26, 2012

Berpantang selepas keguguran. Perlu ke?

Konfiussss....konfius....

Ada yang cakap, kalau keguguran kena pantang.... 14 hari.... 7 hari.... ada jugak cakap sampai separuh dari stended orang beranak berpantang (i.e. 20 hari lebih)....
Ada yang cakap, kalau keguguran tak perlu pantang pon sebenarnya....
Ada yang cakap, keguguran ni sama ja macam beranak, so kena pantang jugak macam orang beranak...
Ada yang cakap, kalau nak pantang, biar pantang betul2 dari awal. Kalau taknak pantang, takyah pantang dari awal.

Adoiii.... Menakutkan kay bila jadik perbezaan pendapat macam ni. Kita yang keguguran. Rahim kita yang dicuci. Kang..kang...ish, taknak fikir pelik2. Nauzubillahiminzalik! Mula2 aritu dah berpantang... Masuk hari kelima, datang jiran dia cakap takda pantang2 kalau kes gugur. Makcik tu cakap anak dia keguguran masa usia kandungan 5 bulan, tak pantang pon dan masih boleh mengandung lagi lepas tu. Kata makcik tu, makan ja macam biasa, cuma elak nenas dan benda2 sejuk. 

Haaa ni lagi satu. Benda sejuk?? Saya ni memang kuno sikit, makanan sejuk tu saya bayangkan macam yang dok dalam fridge tu... Aiskrim, air sejuk, etc. Kalau dah dimasak atas api/oven/etc, dah dikira bukan makanan sejuk. Hui333... Rupa2nya benda2 sejuk ni dia bagi contoh seperti petola (good, memang tak makan pon hehe), kobis (owhh okayy..), lobak putih masin (owh taktahu plak dia sejuk), dan macam2 lagi lah. Terbaru, tadi saya baru tahu, beehoon putih tu ponnnnn termasuk kategori sejuk. Dah selamat masuk perut pon time tu.. Okay, ni benda2 sejuk ni bab lain huhuhu.

Sambung cerita...

Kisahnya, lepas jiran tu cakap macamtu, memang bergelora la jiwa raga saya nak makan benda2 lain selain dari sup ikan haruan dan sup ayam dan lempeng tu... Hui222. Hari keenam, iman kuat lagi. Sabarrr sabarrrr.. Hari ketujuh, dah goyah. Mak pon goyah sama hahaha. Bantaiiii makan megi lah, oreo lah.. Hari kesembilan (semalam lah tu), tanpa sedar, dah tak pakai stokin, lepas tu siap boleh rilex2 macam orang lain. Lepak dapur tolong mak mana patut sikit2. Petang tu terrrrmakan pisang goreng. Sedar2 dah kenyang. Hahaha... Lepas tu jumpa mak, cakap, "Makkkkkkk (guna suara I merdu gemersik mengada2 haha), taknak pantang dah boleh? Tadi kaklong dah termakan pisang goreng sampai kenyang. Besok raya, nak raya taknak pantang dah boleh.....?" Sambil buat muka minta simpati yang comel. (Sapa nak muntah dipersilakan :p)

"Hmmm.... Bolehhh....." Mak cakap dalam nada suara kesian kat anak dia ni... Maka saya dalam hati berkata, ehehehe... "Mak faham perasaan kaklong...." Hehehehe lagi sekali dalam hati.....

Then harini raya.



Missing in picture : Abah (dah bukak baju raya), Atin (taknak raya sebab nak study for SPM next week), Ela & Mattit (raya di perantauan), dan... husbandkuuu Ibnu (kena kerja semalam, cuti dah guna last week hantar saya balik kampung hui333. Malam nanti baru dia sampai hihi).... p/s: Saya tak tahu Atin SPM next week, kalau tahu memang tak ikut diorang gi raya, temankan Atin je kat rumah... Hmm..


Bila pergi beraya rumah saudara mara, semuaaaaaaaaaaaaaaaa (taknak stop ni tekan a kalau boleh huhuhu) cakap kena pantang. "Eh, hang baik2 kaklong. Satni kena kancing gigi haaa...." Rumah next, cakap, "Uih tak boleh buat mainnnnnn.....Kena pantang samaaa macam orang beranak laaa..." dan etc etc etc never ending story. Sampai mak pon balik tadi terus cakap, pakai PB kaklong tuuuuu jangan tanggal2. Haha..

So? Now camana? Nak pantang ke taknak? Huwarghhhhhhh~~~~~

GOOGLE. Mr Google is informative enough. Harap2 jumpa jawapan untuk persoalan saya ni.... Jom tengok apa fakta2 yang ada...

Jumpa~!! Rakan2, pergi sini --> http://bidanbersalin.blogspot.com/2011/05/keguguran-dan-berpantang.html
Blog Kak Engku. Sangat informative. 

Saya sebenarnya dah 2x keguguran. Kali pertama blur222, diam2 je. Jumpa doc and doc tu pon cakap dah complete abortion. Tak perlu risau. Masa tu dalam 5 minggu so ingat takda pape sangat lah. Tak pantang langsung2! Memang sangat blurrr...

Yang 2nd ni, sebab dah 9 minggu, buat ERPOC. Ceritanya klik sini. Bila dah baca entry Kak Engku tu, ada wording2 yang mengingatkan saya kat doc perubatan modern. Doc kat PCMC cakap saya ada threatened abortion mula2 saya jumpa dia. Then, doc kat Columbia cakap saya dah jadik recurrence abortion. Dua2 wording ni ada mention dalam blog Kak Engku. So yes, saya agak konfiden now. Keguguran selepas 2 minggu hingga 3 bulan kehamilan, perlu pantang atau tak? Jawapannya........

SAYA KENA BERPANTANG, roughly dalam DUA MINGGU !! 

Kalau orang yang keguguran ketika usia kehamilan lebih 3 bulan, kena pantang samaaaa macam orang bersalin. Just FYI. :)

Okay, saya akan sambung pantang pemakanan lagi 1 minggu.... Walaupon tadi segala maknenek ketupat rendang serunding kuih2 bihun sup air sejuk dah ditelan puas2.. Dan semalam dah mengepam perut dengan buah mempelam, wedges, fries, kuih2. Tapi, abaikan je. Past is past. Tak tahu kan.. Now sambung berpantang balik. Mulai sekarang! Demi rahimku terchenta....... Pantang ehem2 dalam 30 hari. Tapi since saya now recurrence abortion, doc suruh saya pantang ehem2 selama 2 bulan atau 2 complete cycle period. 

Okayh, puas hati den.... Now nak gi cari stokin balik... Chaiyok2!!

16 comments:

Cik Ruby said...

huu good info. =)

guru bm said...

As salam,saya juga spt anda ,,ramai yg ckp tak perlu pantang selas gugur..jadi saya relaks je..hari ke5 selepas dnc saya dah ke kedai,memandu kereta..tuntutan terpaksa sebab suami sibuk..
Rasa meneyesal dan takut bila baca org pantang gila2.. Tapi apa nak buat,perkara dah lepas..saya cuba utk makan ubat dan berpantang semula..terima kasih atas perkongsian anda.

guru bm said...
This comment has been removed by the author.
Munirah Mohd Ali said...

Hi Guru BM. Sy fhm rasa tu. Mesti hati rasa serba x kena kan. Xpe, yang penting, teruskan berdoa pada Allah. Dia yang Maha Menentukan. Fikir yang baik2 je kay. InsyaAllah ada rezeki tak kemana. kan? Mak saya pernah jatuh tergelincir sampai 2 2 kaki terangkat ke atas masa pregnantkan sy, tp alhamdulillah, tak jadi benda2 yang x diingini. Banyak2kan berdoa ye. Sambil2 mencuba, try la amalkan minum susu HL + jus2/pati kurma. :)

Unknown said...

Hehe saje nak share. Saya amalkan minum madu insyaAllah madukan dah termaktub ubat segala penyakit kecuali mati...yakin dgn janji Allah insyaAllah sihat

Anonymous said...

kalau keguguran bawah kandungan bawah 3 minggu. kena berpantang berapa lama? berurut pun kena buat jugak ke?

Munirah Mohd Ali said...

Dear Ano, hmm.. sy pon x berapa tahu sgt.. tp seelok2nye pantang pon takpe jugak.. dalam 2 minggu cmtu. Urut tu optional kot.. Ikut la nak buat boleh, taknak pon takpe rasanya.. semoga cepat sembuh nooo... hv a good rest! :)

Anonymous said...

didy bru je keguguran 3 hr lps..1st day pkai stoking..tp mlm tpakse bkk sbela sbb mlm ade tabiat gentel bear.now stoking lupe taruk mne..kaki da mula sejuk,pggang da saket..pmkanan mmg didy jaga tp bab stokin la kn..oh ruma didy dgn mak x jauh.mcm 20mnt nek kreta.pas cuci kt hospital didy direct drive dr hospital smpi uma mak 1jam lbh smpi.da la pki slua pendek je.
p/s menyesal x pntg betul2 sbb skang area peranakan sngt pedih.

Anonymous said...

alhamdulillah suka baca blog nie.sbnrnya sy tgh cari info tuk keguguran yg tk cuci.sy 1st time n mmg zero.tanya mbr2 maklumla mbr2 ramai tktau.tnya mak mertua n mak bela sbb dyeorg tkde experience gugur.last week sy kegugur 4apr masa bdy n sgt sedeh n scan mmg doc ckp tkde apa dh n doc bg ubat turun darah n tkth dnc.doc nk bg mc tp sy tk sbb pikir keje blambak.bdk ofic bising n skrg tgh cari mcm mana nk bpantang..help mee

butikbengkungmoden said...

salam perkenalan. terima kasih atas perkgsian tips dan info dgn pembaca.

azlina hamdan said...

alhamdulillah.
tak jadi apa-apa walaupun tak berpantang dalam erti kata sebenar.
berpantang lepas bersalin pun beza2 juga..
katahanan badna kita tak sama macma orang lain.
dna orang lain pun tak sama macma kita..
apa2 pun.. jika berpantang lebih menjamin kesihatan.. kita follow je ...
hehehe..

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

Unknown said...

Sy baru saja keguguran usia 6 minggu. Perlu ke berpantag selama sebulan or just 2 minggu saja pantag tu.?

Anonymous said...

Sya baby 4weeks pun Hari tu gugur..lupa nk tnya nurse..kena pantang jg ke..tp sya x rsa sakit apa2..x mcm rasa baalin anak pertama..pas tu esoknya sya mnum sejuk2..risau pula x bpantang ni..ingat x perlu..mkn mcm org sihat je..

Anonymous said...

Tahun 2019 saya kgguran.. time tu prgnt 4bulan .. And pantang mmg mcm org bsalin and sya kena bentan sbb terlmpau aktif . kita xthu kn . thun ni 2021 sya kgguran usia kndungan 5mnggu .. soo rsa nya mnx2 pntng kali ni ok la

Unknown said...

Eh baru lagi ye... Mase Tu Ada keluar darah tak.?

Follow Us @munirahmohdali