Thursday, October 18, 2012

I lost my bean, We lost our bean :'(

“Looks like it is a confirmed miscarriage”.

Berulang-ulang Dr Iswaran cakap, bila dia scan our baby hari tu – Isnin, 15 Oktober 2012.

Brurrrrrrrrrrrrrrr, berderai2 air mata turun. Huhuhu. Tiba-tiba je tau. Tiba-tiba je air mata tu turun. Tak plan pon. Terus non-stop. Huhuhu.

*recall back hari-hari yang happy before tu*

Demam. Sakit tekak. Sakit2 badan. Masa tu baru seminggu start kerja kat ofis baru. Agaknya badan tengah nak adapt dengan new environment and new body clock kot. Yela, seminggu tu, tengah belajar adjust best timing untuk ke ofis dari rumah. Jauh jugak. Naik lrt lagi leceh. Naik kereta selesa sikit. Tapi amek masa dalam 45 minit hingga sejam jugaklah. So, bila dah demam2, sakit2, takdalah nak fikir lain selain daripada sebab baru nak mula hidup baru kat tempat baru.

Tapiiii, adalah satu malam tu, terasa macam “eh, macam dah lambat je period aku nih?” Lepas rasa ada keyakinan, beranikanlah diri buat self-urine test. Alhamdulillah, positiveeeee~!!! Happynyerrrrrrrr…. Hahaha. Bila inform Ibnu, mula2 tu dia blurr. Muka no feeling. Sebab baru bangun tidur kan. Huhu. Tapi, masa dok sembahyang subuh sama2 pagitu, dengar dia dok sob2222.. Nangis. Happy sangat la tu kan. Hehe. Syukurrrr…. Alhamdulillah…. Bahagia sangat rasa.

Demam and sakit2 tekak perut pinggang, masih ada. Mengeliat2 pusing kiri kanan bila sakit tu betul2 menyerang. Macam period pain. Serious. So, malam tu jugak gi redah satu klinik ni. Tapi doc cakap dia takley nak scan. Dia cadangkan pergi mana2 klinik keluarga. Dia just bagi ubat demam. Tapi saya tak berani nak makan. Buat dunno je dengan ubat tu. Besoknya pergi klinik keluarga kat Kota Kemuning. Doc scan. NOTHING. Kosong. Dalam rahim tak nampak apa2! Saya sendiri tengok. Masa tu dah nak nangis, tapi tahankan aje. Doc bagi 2 kemungkinan – satu, baby masih terlampau kecik walhal masa tu dah hampir 7 minggu, cuma mungkin proses persenyawaan tu baru berlaku dalam 2, 3 minggu. Kemungkinan kedua, mengandung luar rahim – nauzubillahimizalik. Minta dijauhkan. Dia suruh saya pergi ke Hospital Barakah kat Bandar Puteri.

Tak pergi. Lepas bincang dengan Ibnu, kitorang decide nak bagi masa sikit so that baby besar sikit. Biar masa scan tu dia nampak. Tapi selang tiga hari, ada bleeding sikit. Risau sangat2, terus pergi Prince Court Medical Center petang tu. Sebab dekat dengan ofis. Minta izin boss untuk ke hospital. Jumpa Dr Tan. Dr Seri dah penuh dah schedule sampai December. Tak kesah. Janji nak jumpa pakar. Dr Tan scan. Berdebar gilaaaaaaaaaaaaa…… Takut dia pon cakap tak nampak. Tapi Alhamdulillah…… Nampak!! Weee~~~ Cuma, Dr Tan kata, memang masih kecil compare dengan usia dia yang waktu tu dah 7 minggu. Nampak size macam baru 5 minggu. He said, “only time can tell”. Tapi first appointment pon dia dah terangkan panjang lebar tentang miscarriage. Katanya miscarriage is normal. It happens to one woman out of 10 women. And he said that the bleeding probably due to me having a threatened miscarriage. Bagi ubat untuk kuatkan rahim – duphaston.

Next appointment is seminggu lepas tu. Dr Tan cakap dia nak monitor baby growth. So yeayh next weeknyer kitorang menapak lagi ke situ. Bleeding dah takda. Sekali tu je hari Selasa tu. Lepas tu dah takda. Berdebarrrrrrrr lagi. What if baby tak grow? Cuwaksss…. Scan. Yeayyyyy Alhamdulillah, naik jadik 1.6cm. Naik sikit! Walaupon doc dah cakap, dia expect baby grow minimum jadik 2cm. But still, both Ibnu n I were happy! Naik jugakkan sikit. Baby is growing yeayyy… But doc said, the progress is still too slow. Let's meet again next week. Kitorang macam, errrmmmm takpalah, kita bagi our baby some time lagi sikit. Kita jumpa doc again next week punya wiken. Lagi pon tak nak mengganggu waktu ofis. Hehe.

Suddenly I was having this bleeding, sikit sangat tau. Macam secalit2 je stain tu. Tapi pekat n black in color. Tapi sikiiiittttt sangat2. Not worry enough. I just thought it was normal. But the bleeding went for four days already. And hari ketiga tu macam extra banyak plaks darahnya. So the fourth day we just walked in kat PCMC. Terjumpa Fasha Sandha dengan Jejai. Jadik mamarazzi tak bertauliah jap. Ni entry lain lah kui3... Btw, Dr Tan weren’t there. Dia dah habis duty pukul 1 petang. So we just said, any gynea would do. Risau sangat. Especially lepas borak-borak dengan sorang kakak yang memang agak rapat dengan saya. Selalu jadik tempat luahan perasaan saya. Hehe. Kak Lin. Dialah yang suruh jumpa doc. Katanya, better dapatkan kepastian doc. And dia pon cerita based on her experience.

Dr Iswaran. Dia willing untuk jumpa kami. Kitorang borak2. At first, he said that it is normal for a pregnant lady to experience some bleeding, sebab uri tu nak menempel kat dinding rahim. He scanned me, from below. Time tu muka dia berubah. Then he said, “Looks like it is a confirmed miscarriage. Yerp, u are miscarried. No blood supply to the baby. No heartbeat. I can hardly see your bean”.

ME NANGIHHHHHH on the spot.
Gambar senget.. tak reti nak betul kan dah... huhu. Masa ni doc kata ikut tarikh da nak masuk 8 minggu lebih, tapi size macam 5 minggu lagi. And gambar ni jugak doc confirmkan cakap dah miscarriage. Sebab hanya ada sacks je, tapi bean takda.... :'(

Hurm...... End of our happiness and excitement.. Belum ada rezeki... Belajar untuk redha... InsyaAllah....

3 comments:

Anonymous said...

No perfect word could express my feelings toward what happened to us, and especially to you. most importantly now, u must recover well, pray alot and ask for forgiveness alot. Allah lebih mengetahui apa yg Dia tetapkan. Sbg hamba, kita haruslah redha dgn ketetapannya. walaubagaimanapun,
kita mesti terus berusaha, usaha and usaha lagi. jangan sama sekali mengalah. i will always be with you.

Love,
Ibnu Nizar

Cik Ruby said...

sabar ye aunty. insyaAllah, ade lg rezeki untk aunty, uncle n fmly. =)

Munirah Mohd Ali said...

:'(

:')

thanks sayang..
thanks adawiyah.. :)

Follow Us @munirahmohdali