Pages

Sunday, November 4, 2012

My Top Three Wishlist :)

Kalini entry lebih bersifat personal dan semuanya adalah materialistik punya wish. Haha~ ;) 

Here we go. My ToP ThReE WiShLiSt! Harap2, dipermudahkan, jadi kenyataan. Ameen!


1. RUMAH

Yang ni, InsyaAllah, bakal jadik kenyataan tak lama lagi... Kami suami isteri dah buat sharing loan, nak beli rumah sub-sale kat Alam Impian, Shah Alam. Lepas kahwin, rasa nak duduk rumah sendiri. Boleh la betul2 rasa independant as husband and wife. Duduk rumah family ni, banyak menumpang kesenangan orang. Makan minum ada orang jaga, tv sofa heater semua dah ada. So, bila ada rumah sendiri, boleh la kitorang rasa sikit pahit manis perit jerih nak hidup berdikari dan nak men-complete-kan sesebuah rumah. :) 



2. KERETA FAMILI

Sekarang sorang pakai myvi, sorang pakai perdana. Dari segi transportation, memang bukan satu masalah untuk kitorang bergerak ke sana ke sini. Tapi, saya berangan nak ada kereta baru, yang lebih selesa untuk perjalanan jauh. Kesian myvi dok kerah keringat dia nak balik Kedah. Perdana Ibnu pulak, nak bawak untuk short distance okay lagi. Tapi nak bawak for long distance, memang kitorang tak berani jamin. Haha. Time to have a new car, a family car. Not necessarily besar, kecik pon okay, jenis sedan tu.



3. HAIWAN KESAYANGAN

A pet! To be exact, a cat, or ikan2 comel dalam akuarium. Really need them. Mungkin kucing kot. Nak yang paaaaaaaling comel! Hahaha... Nak yang gebu, yang tengok rasa macam nak geget2, nak gomol2 je. Muka bulat hidung tak mancung, kaki pendek, perot londeh. Hehe. And kucing pon manja... Ikan pon okay jugak. Compare dengan kucing, ikan mungkin tak susah sangat nak jaga. Eh, tapi kalau ada dua dua pon tak salah kan? Boleh la kucing jadik good friend dengan ikan! Hahaha.... ;p Good friend la sangat. Tetiba akuarium tu kosong, nak salahkan sapa? Hihi... Erm, tapi, nak jugak! Sure best ada pet... Kan? :)




Okayh, tu je.... Selain dari tu, sure la nak jadik isteri, anak, kakak, adik, kawan, dan yang penting, hamba Allah dan umat Muhammad yang disayangi dan dikasihi... Ameen, ameen ya Rabb! (", )

No comments: