Pages

Tuesday, November 6, 2012

Late lunch with love at The Loaf, Empire Subang

Hari Ahad lepas, dah elok2 kat rumah mertua, petang tu terasa nak keluar jalan2.
Plan-nya nak pergi shopping2, nak carik baju/skirt/tudung/anak tudung/apa2 ja lah.
Sebab rasa dah lama tak bershopping baju2 ni.
Tak tahu nak gi mana, last2 pergi Empire kat Subang tu sebab situ yang macam convenient sikit nak gi, dari rumah PIL kat Kemuning.

Sampai2 Empire, turun2, masuk2 dalam mall, dan2 takda mood nak shopping.
Mungkin akan rasa lagi best kalau dapat gi kedai2 biasa dalam bangunan tepi2 jalan, atau gi je terus Jalan TAR. Kan.. 
Then cakap kat Ibnu, awak nak gi mana saya ikut je lah. 
Tapi since perut meraung2 minta makanan, kitorang pon merayau2 dalam Empire nak cari tempat makan.
Nampak Serai yang penuh manusia tu. 

 Me : "Nak makan situ!"
Him : "Tak yah lah. Abah cakap situ stended biasa2 je makanan dia, bukannya sedap sangat. Mahal lak tu.
Erk. "Owh, okay.." Baru nak try. Huhuhu.

"Jom gi The Loaf jap. Nak try roti signature dia".

Sampai kat The Loaf. 
Masuk. 
Usya roti. 
Memula tak rasa nak dine-in kat situ pon. 
Ibnu just nak tapau, beli roti2 kat situ. 
Semua kitorang amek jenis oyaki bread.
Tapi, tengah beratur bayar, Ibnu kata situ pon ada a'la carte meal, kalau nak try. 
Saya okay-kan je lah. 
Perut dah mugai orang Kedah cakap.
Pusing2 kiri yang first nampak is spaghetti bolognese. 
Terus order. 
Spaggeti ni bukanlah favorite saya sangat, tapi memang kalau masuk kedai yang pelik2 sikit, last2 saya akan pilih spaggeti as penyelamat. 
Kalau tak pon, fish and chip. Haha.

Food saya sampai dulu. 
Then baru food Ibnu sampai.


Panini Smokin' Salmon
Food Ibnu. Ni gambar from website The Loaf. Gambar saya amek tak cun. Haha. Tapi 1 plate dia sebenarnya ada panini smoked salmon ni + cheese flakes + some chips + salads n dressings.

Tengok2 je food dia, nampak macam wowwwww. 
Presentation dia, wowww.. 
Apa benda ni? 
Ibnu dah seronok2 dah masa tu. 
Dia memang suka pon test2 makanan yang nampak menarik ni. 
Which is, sangatttt berbeza dengan saya. 
Eventhough saya suka tengok masterchef dan suka tengok makanan2 menarik, tapi nak try nak makan, errr, pass kat Ibnu je lah. Hehe.


Oyaki bread

'Oyaki' bread memang lembut! 
Konon2 appetizer. 
Roti2 oyaki yang kitorang amek, sangat lembuttttt dan memang mengancam lah rasa dia. 
Kalau dia sejenis kanimayo, memang kanimayo yang sedap. 
Kalau dia sejenis banana chocolate, memang terasa coklat yang tebal dan sedap dengan pisang yang lembut dan manis. 
Kiranya, pilih la ikut taste kegemaran korang, rasa dia memang betul2 terasa. 
Haha, komen jenis apa tah ni. Hehehe.

Spaggeti dia biasa je, just garlic bread dia tu sedap lain macam sikit. 
Ibnu punya meal, memang sedap. 
Saya rasa semulut je, sebab kurang suka smoked salmon. 
Saya lebih prefer grilled salmon. << Mengada.
Tapi gabungan smoked salmon dalam roti tu still sedap. 
Dalam tu ada asparagus, ada cheese sekali kot and apatah lagi. 
Presentation pon cun. 
Salad dia tengok fresh ja. 
Dressing pon nampak best.
Bila makan dengan chips2 dia sekali, lagi meriah ar dalam mulut. 
Memang kena ar gabungan tu dalam 1 meal. 
Ibnu makan laju gila. 
Sekejap je habis. 
Licin lincau.

Air pulak.
Saya - iced lemon tea. << Borrrring~ I know. Hahaha.
Dia - Jus 'Glow'.
Glow tu is gabungan orange juice + ginger + cucumber.
Sedap ke?
Ibnu kata sedap.
Saya taknak rasa~~~~
Penakot apetah saya ni kan? :p


Roti2 jenis oyaki, his panini & moi spaggeti. And us! Dan air~ Hehehe. :)


Lepas tu baru perasan, banyakkkk lagi meal2 a'la carte lain dalam The Loaf. 
Nama pon pelik2 tak tahu la bahasa apa dia guna. 
And some mungkin perut saya boleh terima. 
Lasagna dia nampak best. 
Nanti next time nak try lasagna dia pulak. 
Ibnu cakap next time dia nak try Tun's Japanese Curry Chicken. 
So, mungkin akan ada 2nd time for kitorang makan dalam The Loaf lagi. Hehehe.

Ada orang cakap, The Loaf ni yang first dibuka di Langkawi. 
Owner dia is Tun Dr. Mahathir. 
Betul ek? 
Tapi, one thing for sure, sekali sekala nak rasa kelainan, nak makan yang berasaskan roti, mai ler The Loaf.
Roti dia memang terbaik! :)

Lepas perut dah puas, kitorang jalan2 and pergi kedai mainan.
Konon2 nak usya Hot Toys.
Tapi nampak Toys R Us dulu, so masuk situ dulu.
Nampak robot2 transformer yang kena buat sendiri tu, Ibnu nak.
Fine, hati memang dah lama ready untuk moment di-paw for his mainan.
Dah janji pon nak belikan Ibnu Hot Toys bila dapat first gaji kat tempat baru.
Tapi bila Ibnu kata, Hot Toys nanti lah, nak robot tu je dulu, mestila saya okay je kan.
Beza kot harga dia. Harharharrrrrrrr.


Some of the mainans. Yang lain dah dibuat main. Yang ni belum dikasik pada anak sedara yang lagi tiga orang ni.  Telephone & piano 2 in 1 tu bestttt... Sebab depan boleh main phone. Belakang boleh main piano. Ada bunyik2 dan lampu2, i loike~ Nanti makcik dia ni pulak kang yang main over. Ngeh3.


Hasilnya, 2 kotak robot transformer for him; and saya masuk dalam tu tak ingat orang lain dah.
Teringatkan anak2 sedara yang kecik2 tu je lah.
So rasa nak kasik kat diorang jugak something.
End of the day, hasil shopping kitorang di Empire was just the mainan2 from Toys R Us.
Owh dan free membership Toys R Us card for me! Hik3.
Memang nak jadik member dia free je pon.
Isi borang je~ Hehe.
Jadik member kumpul point je lah.
Takda diskaun pape.
Rebate mungkin kot bila sampai certain2 points... :)

Okayh, tu je! Till then dears~ (^___^)


Robot transformer yang dah berjaya dicantum2 oleh Ibnu & sempat lagi main tikam2 and dapat patung kartun comel dia tu. Hm, boys will always be boys.... Kan? Tadi pon ajak beli yang baru plaks walhal ada lagi 1 kotak tu dia belum bukak. Ish3333. Hihi.


3 comments:

ibnunizar said...

Uit. Morning babe! Nice to read yr blog. It more a diary to u isnt? Hehe. Eh.. Air sy minum dkt the loaf tu air apple cucumber la... Bukan oren. Sedaaaappp.. Rugi x minum ;)

ibnunizar said...

Uit. Morning babe! Nice to read yr blog. It more a diary to u isnt? Hehe. Eh.. Air sy minum dkt the loaf tu air apple cucumber la... Bukan oren. Sedaaaappp.. Rugi x minum ;)

FiraHamzah said...

kekeke..lawak gak entry nih bila baca tang awak tak berani cuba makanan pelik2.. :)
btw thanks yekk belikan askar2 saya mainan bunyi2 iteww..tadi pagi baru tengok dorang main, si Tia memanjang buat "call" kat abah dia..hahaha..comels! pastu pakat berebut 3 ekoq tuh nak main..takmo share2..mengada sungguh!
eh, makan kat Serai tuh best lah! mane ada biasa2..pandai je abah hamzah nih, akk suruh pavlova dia..u all should try! :P