Pages

Wednesday, November 14, 2012

Selayang Park ~ Deepavali Holiday ~ Picnic day dengan family

2012 Deepavali Holiday~!!
Happy Deepavali to my Hindus friends yang celebrate deepavali!
Coooti cooootiii yeayyyy~~~
First time dengar orang dok main2 mercun and bunga api time hari raya deepavali.
Gamatnya macam serupa je dengan hari raya puasa.
Memula macam agak jakun/terkejut/blurr/tak-tahu-one-word paling sesuai nak describe feeling masa dok dengar bunyi / tengok bunga2 api tu...
Tak pernah tahu yang deepavali pon dicelebrate dengan bunga2 api. Hehehe...
Biasak arrr, orang kampung... 
Kat Yan Kedah tu, mana ada hindu rasanya. 
Kalau ada pon jauh dari rumah saya.
So, kira pengalaman baru la untuk tahu stail orang agama lain celebrate raya diorang. Hehe

Btw, dah coti kitorang adik2 beradik kat sini pakat dok plan la nak spend cuti tu dengan apa.
Sangap dok rumah katanya kalau tak buat activity pape.
Zoo? Movie? Aquaria? Potluck? 
Dalam banyak2 idea, last2 semua agree nak gi picnic and main layang2 kat Selayang Park...

Dah nama pon picnic kena la sediakan makan2 kan.
Kakak ipar saya buat nasi lemak, kari hijau ayam, sandwich telur mayo, tupperware corn (cupcorn tapi taruk dalam tupperware; besor sikit hihi), macaroni goreng, macam2 lagi lah.
Saya?
Buat sardin. Huwa huwa huwaaaa... Keh333
Ada durian crepe jugak!!
Oh seriously durian crepe ni macam trend baru yang tiba2 naik entah dari mana.
Huhu.
Tapi sedappp~~~~
Sesiapa belum cuba try la beli dari kawan2 yang buat durian crepe.
Kawan kakak ipar saya pon ada jual jugak.
Sedddaaaappppp~~~ Hehe

Kitorang sampai Selayang Park around pukul 10 lebih jugak la..
Tanah still lembab2 and lecak2 sebab baru lepas hujan kot pagi tadi.
Kasut saya kotor macam orang masuk bendang. Haha
Konon2 nak main layang2, tapi hangin sikit pon tarak.
Yela, orang main layang2 petang2, agak2 angin tu kuat sikit.
Tapi sekarang kan petang2 asyik hujan je, so kitorang gi la pagi2.
Rupanya angin pagi ni angin sepoi2 bahasa je...
So, main layang2 rendah2 je la..
Takat mana yang boleh. Hehe

Layan pics lah. 
Kalau saya membebel2 kat sini pon mau berjela2 entry ni.
Kalah essei SPM.
Haha.






Balik rumah, main dengan bot2 si Maira, nak tidurkan dia.
Tapi dia tidur 5 minit, lepas tu terjaga.
Bila dah passkan balik kat Mama dia, tak lama lepas tu saya yang tertidur - pengsan habis.
Bangun2 tidur, potpetpotpetpotpet dengan Ibnu.
Lepas tu potong rambut.
Ibnu potongkan.
So now rambut saya sangat22222 lah pendek!
Terpendek saya pernah ada kot?
Memang boyish habis.
Sebaik muka cute.
Muahhhaaahhahaa :p

Si botbot~ Muaxxx!


Okkei lah.
Tu je~
Seronok pulak sekali sekala gi picnic.
Lepas ni gi tasik lain pulak kot..
Hehe.


No comments: