Friday, August 8, 2014

Long Distance Relationship ?

Okay now terasa macam gian pulak nak menulis entry dalam blog ni hari2. Kui3...

Alkisahnya, semalam borak2 dengan someone ni. And bila dia tahu saya nak ber-long distance relationship (LDR), dia menentang gilos2 punya. Dia cakap bahaya. Zaman sekarang lelaki tak boleh dipercayai. (>,<)

Saya diam je sepanjang dia cerita. Setakat, "oooo, yeke?" "iskkkkk, biar betul?" "huishhhhh, dasat sangat tu.." Macam mak jemah tak saya? Haha.. Macam saja je nak simbah2 petrol bagi semangat dia membara2 sket cerita pasal lelaki-bernama-suami-tidak-boleh-dipercayai. Uhuhuhuks

Katanya, orang2 sekeliling dia yang ber-LDR ni, semua problem. Semua husband curang. Ada awek lain. Sampai ada yang akhirnya jatuh terjerumus ke kancah "itu" dan bercerai berai. And that is why katanya, dia akan sentiasa kerja di satu kawasan dengan husband dia. Johor, Terengganu and now KL. Dia akan try apply kerja dekat2 dengan tempat husband dia kerja, so that diorang still boleh tinggal 1 rumah sama2.

Balik dari kerja tu, saya cerita kat Ibnu, Ibnu rileks je.. Dia cakap dia takde masa nak melayan benda2 camtu. Huhuhu.

Tapi just to share my thoughts je la.. Mungkin ada orang berbeza pendapat dari saya, kalau ada, sila share nooo..

Ermmm, Okay, my points.

1. Tak dinafikan perkara itu memang terjadi. Dekat tempat Ibnu kerja sekarang pon ada colleague dia yang tengah mengayat syok bercinta dengan sorang minah vendor ni, walhal wife dia dok 1 rumah je lagi dengan dia. Means, diorang bukan LDR husband & wife. Tapi still, perkara suami curang tu berlaku. Why?

2. I trust my Ibnu. Walaupon saya selalu kecah lebih and buat merajuk atas sebab2 yang tak relevant (i.e. merajuk bila dia kata kat tak suka shopping kat KLCC sebab KLCC ni banyak awek seksi - which is benar kan?), deep down saya tahu Ibnu bukan a guy yang mudah sewenang2 nak mengorat orang. Pendek cerita, he's loyal. His standard is high. (Puji diri ke? ekekekekek :p) Nak curang tu, saya tak pernah terfikir la. Suka tengok perempuan cun, ermmmm, semua lelaki suka kot. Saya yang perempuan ni pon suka tengok perempuan cun. Tapi setakat tu je la. I know Ibnu pon sama. Tengok sekadar tengok. Taklah sampai nak dibuat bini kot.. Dia cintan kitorang (saya dan Amina) gila2 kottttt..... Ekekeke

3. After more than 5 years dalam oil n gas ni, saya perasan, perkara suami kahwin 2 atau lebih, samada isteri masih ada (bermadu) atau bercerai, memang macam perkara biasa. Tak tahu lah kenapa kan. Mungkin sebab si suami rasa dia berkemampuan? Atau memang si suami rasa dia nak meramaikan umat Nabi Muhammad? Atau si suami tak dapat tahan nepsu yang satu itu? Atau memang sebenarnya perempuan2 tu yang dok tergila2 terkejar2kan si suami orang? Dunno... Sekarang ni macam2 boleh jadik. Especially zaman nisbah perempuan lebih ramai dari lelaki ni...

Conclusion. Eceh baru 3 points dah nak conclude dah? Kekeke... Tah la, malas nak fikir benda ni sebenarnya. Rasa macam mengabehkan borehhhh ja if fikir "what if oneday this happens to our marriage?" Memang sampai ke sudah lah asyik nak berprasangka camtu kan. I'm a woman. I make friends. I got to know my husband. We got married. We have Amina. And should I think now "our marriage won't last long?" Nauzubillahiminzalik.

Nampak tak conclusion nya apa? Conclusionnya, jangan fikirkan benda2 negative macam tu... It's your life. It's your choice. Benda2 macam tu yang jadik, mesti ada reason. Think back. What has happened to the love of yours masa awal2 decide nak kahwin?

Mak saya pernah cakap, "Hubungan antara manusia ni ibarat pokok. Nak pokok yang subur, kena siram, kena bajai pokok tu, even kena cakap2 dengan pokok tu. Kena ada effort. InsyaAllah akan suburlah ia."

Bermadah sangat kan mak den tu kan... Tapi betul ape. Dah kalau lepas kahwin tu, si suami asyikkkk tengok youtube tengok tarian ke tengok wanita2 melagho, lepas tu si isteri dapat tahu, memang la berapi2 rumah tangga nya. And si isteri pulak, 24 jam main handphone, main fesbuk, memang la lama2 si suami pon boring. Macam dah takde kerja lain pulak kan. Sekali sekala nak melagho main handphone tu standard la kan. Tapi bukak youtube tengok benda mendatangkan dosa, tinggal2kan lah. Benda2 macam tu yang buat hubungan husband and wife ke laut.

So? Dua2 kena pandai main peranan. Dua2 kena sentiasa berkelakuan "in love". Appreciate each other. Puji each other. Usik2 each other. Buat lawak sama2. Buat house chores sama2. Sembahyang sama2. Mengaji sama2.

Kalau dok jauh? Dah ber-LDR, camana nak buat sama2? Well, di zaman terkini serba canggih dan moden ni, guna la teknologi yang ada. Phone canggih2 tapi tak guna kemudahan tu buat apa kan? Whatsapp pon jadik. Whatsapp la gambar2. Update each other selalu2. This is a must bila dah ber-LDR. Takleh malas2 nak kontek your spouse. Kata cinta, kan? Mesti automatic punya nak berkontek2 berhubung2 kan.. :) Update je, tengah buat apa, nak ke mana, anak tengah buat apa, etc. Videocall pon boleh kalau dah rindu sangat2. Setiap hari kena jugak cuba untuk keep in touch. Kalau selalu berhubung macam ni, yang jauh pon rasa dekatttt je. Kan kan? Plus, iman kena kental. Dugaan memang sentiasa ada. Tapi mesti always, back to basic. Muhasabah diri. Fikir sebelum action. Remember, nobody is perfect. Love your other half seikhlas hati. Terima semua baik buruk seadanya.

Apa yang penting, tepuk dada tanya iman. Nak buat benda yang tak elok, ingat2lah malaikat di bahu kiri dan kanan, juga Allah yang Maha Melihat. Ingat2 je la, dunia ni sementara je...

Okay dah tu je. Ngonge ngonge juge, moh kite mengaji. (^____^)




Love of my life. Will do anything for them. LDR pon LDR lah. Gambatte!

2 comments:

Anonymous said...



Awal lagi nak buat konklusion . Kena tunggu suami umur 40an... Baru kita buat konklu...

Anonymous said...

Aku dah lm x g klcc...sbb klcc pnuh gn bangla, mat,minah indon dll..xselesa i..aku rs laki hang mls nk g klcc sbb muka dia mcm mat indon kot..slalu kne usha gn minah indon...hahaha...

BUJANGTERLAJAK

Follow Us @munirahmohdali