Thursday, August 7, 2014

Raya 2014

Tahun ketiga beraya as suami isteri.

Tahun pertama beraya as ibu bapa :)

Kitorang konon2 buat sistem raya bergiliran. Agak2 boleh menten tak sistem bergiliran ni sampai dah raya tahun ke 10, ke 20 nanti? I doubt so... Haha...

Kegemilangan raya ni rasa2 macam masa zaman saya sekolah rendah - sekolah menengah - university.

Sebab semua mak abah yang uruskan. Bila sampai masa nanti mak abah yang bawak pi shopping. Setiap seorang anak lelaki akan dapat sepasang baju melayu and sepasang baju casual (seluar jeans + shirt or t-shirt). Setiap seorang anak perempuan akan dapat 2 pasang baju kurung, kecuali Aten yang si bongsu tu, mesti dia pon sibuk nak sepasang baju casual bila kitorang keluar shopping cari baju budak2 lelaki.

Rindunya zaman itu.... :')

Bila dah masuk university, dah dapat duit scholarship. So time tu, saya mesti akan ala2 sponsor beli apa2 for adik beradik and mak abah. Simple2 je.. T-shirt ke, butang baju melayu ke, brooch ke, tudung ke... Camtu2 je. Just nak bagi depa rasa happy... :)

And kitorang adik beradik akan cuba belikan baju for abah, sebab abah selalu takdak baju raya. Even baju melayu dia pon dia pakai ja apa yang ada. Huhu. Kumpul2 duit adik beradik and belikan abah sehelai shirt cun, selalunya brand crocodile tu la. Tak pon alain delon. Tu je yang "up" kat sungai petani mall zaman2 tu dulu... Kekeke..

Bila dah masuk dunia kerja, masa tu dok kat Terengganu, so Terengganu kan terkenal dengan kain sutera batik depa tu... Maka, agak rajin pi shopping belikan mak abah baju batik sorang sepasang... Yang penting, sama color! Awal2 abah meluat nak matchy2 dengan mak, tapi sekarang dah lali kot... Ahahaha... Plus, mak abah dua2 orang cikgu. Cikgu2 kan setiap khamis kena pakai baju batik. So double happiness for mak abah di situ. Hihi.

And masa tu, semangat raya is lebih kepada semangat nak belikan parents and adik2 baju2 raya for depa. And sort of macam dah jadik tradisi dah pon. Pastu bila adik2 pon da start masuk uni, dah ada scholar, pon pandai ja depa pi shopping2 raya, belikan at least sepasang baju raya for mak abah.

Bila dah kahwin ni, semangat raya tu ada tetap terasa, tapi taktahu kenapa kitorang laki bini x shopping raya pon. Pelik gak tapi itu yang jadik. Pastu first day - first year raya as husband and wife tu, Ibnu recycle pakai baju nikah. Saya pakai baju kurung mak bagi. Second day raya, pakai ja baju apa yang ada. Huhuhuhu.

Second year raya as husband and wife, saya tengah sarat pregnant. Baju puas cari kat isetan/parkson, sacc, tak jumpa. Pastu nak taknak angkut je la sehelai jubah biru kat pkns shah alam tu. Serba tak kena time tu, sebab perut bulat, badan dah besar, asal try baju ada je yang slack kat mana2. Sobsss. Ibnu pon angkut sepasang baju melayu kaler sedondon kat pkns tu. Untuk second day, pakai ja apa yang ada, since malas nak pusing cari baju lagi dah. Huhuhuuu...

Ni third year raya as husband and wife, semangat extra sebab ada si baby girl Amina Nawwarah tu. Baju dia kemain awal2 puasa dah beli, online je la. Tapi every week sampai pos laju kat opis ni ha. Baju mak bapak dia, beli kat kedah masa balik kampung beraya, yang penting kaler mesti nak sedondon dengan Amina. Sebab Amina ada 3 pasang baju traditional, maka mak bapak dia pon berpeluang nak ada 2 pasang baju raya baru, 1 pasang lagi pakai apa yang ada jaa... First time laki bini rasa pengalaman beraya dengan baju raya best sket. Kalau tak 2 tahun sebelum tu, sempoi cowboy ja redah apa yang ada.. Sebab Amina Nawwarah la ni! TQ Amina~~~ Ngeh333.

Tradisi belikan baju for mak abah masih diteruskan even lepas kawen ni pon, tapi ada tambahan belikan baju for ibu n abah kemuning sekali... Just this year je, tak bagi baju for ibu, tapi bagi handbag, sebab dah last minute sangat. Nasib dia suka.. Sebab tak tahu taste ibu camana, so main agak2 ja.. Heheh..

Ermmm panjangnya entri. Tapi semua pasal baju. Raya bermaksud = Baju raya?? Hapo2 ajo laaa... Hahaha....

Layan gambaq, zasssssssss..


Missing in picture: Atin si bongsu jadik photographer. Mustapa si nomot dua beraya di Sarawak belah isteri dia. Ela si nomot tiga beraya di Indonesia.


Makin kurus cik abang kita ni sejak2 puasa ni.....


Iols pakai baju yang kainnya Ibnu beli di Turkmenistan - hujung tahun 2012. Gila peram sekarang baru siap jadik baju. Ekekeke..


Atok yang suka nak amek hati Amina Nawwarah. Amina dengan muka ketatnya. Ngantok lettewww. Haha..


Nyai yang memang sayangkan cucunya lebih dari anak sulungnya ini. Pantang dengar Amina nangis, sebatu dia lari nak selamatkan cucunya tu. Walhal Amina bukak siren saja2 ja, manja2 ngantok nak tidoq.


Perbincangan komanwel


Atin si bongsu dengan A'an si nomot lima


Nyai, we love you muah muah


Bersama apit si baju merah si nomot empat


Suka pic ni sebab buat saya nampak slim sikit. Mihmihmihhh

Ni hari Jumaat, raya ke lima dah. Ada aqiqah anak member. Sakan Amina dok dalam boyan nooo.. Ni ibu tak tahu ni, member tu yang taruk dalam ni time dia tolong ngasuh Amina masa ibu tengah makan.

Focus tang kaki pls. Bersilang milang. Amina buat gaya macam dalam perut ibu agaknya. Ekekekek.


Ni open house rumah sedara kat sungai petani. Sedap wooo makan pulut durian dia. Durian dia memang terbaik untuk tahun 2014 ni. Perghhh sambil tulis ni pon, mencecer2 air liur teringat. Huhuhu...

Banyak lagi gambaq2, tapi cukup la banyak tu yang dah ditempek dalam blog ni. Tahun depan raya belah Ibnu pulak, Amina mungkin dah pandai jalan time tu. Ntah2 dah berlari pon. Bestnyaaa.

Puasa pon belum ganti dah start berangan raya tahun depan. Puasa enam pon tak start lagi. Ish3333 teghok hang ni. Kui333 :D

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua yang kebetulan membaca entri ni... Semoga kita semua panjang umur, boleh bertemu kembali dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan yaa~! :)



No comments:

Follow Us @munirahmohdali