Pages

Friday, November 2, 2012

Wedding Outdoor Photoshoot Part One - Jeti Semeling, Sungai Petani, Kedah

Ngeh3... Terasa kegedisan diri semakin menggunung. Baru2 ni dah dapat softcopy gambar2 wedding... Walaupon tak full, sebab battery laptop dan2 kiok masa tengah transfer gambar2 tu. Apa yang ada, boleh la dilayan dulu, buat lepaskan rindu zaman2 tu. Hehe. Tapi, tak banyak gambar yang diedit/diphotoshopkan/di-touchup2.. Just hoping yang outcome picture dalam printed album kitorang nanti tu biarlah ber-edit cun2. Baru nampak hasil seni seorang Official Photographer yang dah senior. Kann....

Ni nak cerita pasal outdoor photoshoot kitorang, petang2 lepas majlis nikah dah habis. Sebab ada 1 baju extra, so buat la special photoshoot untuk ada kenangan dengan baju ni... Kitorang pergi ke Jeti Semeling~ :) Dekat je dengan rumah. Rancangan awal nak pergi tasik kat Jitra, tapi macam jauh sikit and masa tak banyak, so cancel...

Kitorang sampai Jeti Semeling dah nak dekat pukul 6 petang rasanya. Atau 5 petang. Tak sure. Tapi rupanya tempat yang ada ala2 resort cuns tu dah tutup. Tapi kitorang selamberh masuk jugak situ curik2, tapi stay kat bahagian depan2 chalet je. Tak masuk pon ke dalam2 chalet tu. Tup2 ada pak guard halau. Sobssss. Tapi sempat la snap few pictures kat situ. Hehehe.


Cubaan meredah sebelum dihalau. Ngeh3

Lepas tu pergi laaaaa ke tempat lain yang boleh orang awam nak berlegar2, tak kacau dah la chalet tu. Kitorang pergi ke jeti. Snap2 bajet hollywood bollywood malaywood bagai, then tengok2 dah hampir maghrib. So rushing balik sebab nak kejar solat Maghrib. Tambah2 saya ni lagi la rumit, nak kena pakai make up remover etc sebab nak kasik make up tu betul2 tanggal. Jejoms layan gambar~ :)


Gaya sama ja~ Tak pandai posing. Pemalu konon. :p

Muka awak paling kiut... Silau ek? Hehehe

Bahumu sesedap bantal akemi ku~ Pernah ada bantal akemi ke?~~ Hehe :p

Tengok tu... Ada orang tengah berlakon jugak.

I am truly in love with this picture. Ohsem!
:)

Bab tak romantik2, sengal2 camni memang pandai hihi

Lepas tu gelak besar. Pening kepala OP. 

Cubaan senang. Melompat ja~

Lompat lagi lompat lagi. Jangan sampai roboh jeti sudah hihi

Versi gambar gelap. Dekat corner jeti. Nice view sangat kat sini.

Versi gambar cerah

Ni gambar berlari sebenarnya. Berapa kali dok ulang alik2 lari kat situ. Last skali gelak2 je lah... Sampai kucing pon jadik peminat dah ha... Hahaha

Gambar geli satuuuwwww :p

Okay, additional info yang saya dapat from Mr Google berkenaan dengan Jeti Semeling:
--- kawasan sekitar ini juga terdapat Galeri Sejarah, Galeri Biodiversiti, Auditorium, Restoren 8 beradik dan lain-lain gerai minum serta Dewan dan macam-macam lagilah kemudahan.So kawasan ni memang dipantau dan dijaga dengan elok. Kawasan ni rasanya takleh nak memancing. ---


Chalet kat Jeti Semeling. Source: Mr Google

My tips: Bakal2 pengantin silaaaaaaa lah please please puhleaseeeeeeee lah practice senyum and banyakkan camwhore and mintak orang ambil gambar kita and jadikan cermin tu as bestfriend. Or banyak usya magazine. Tak payah la nak bergambar macam orang dah kahwin, posing sana sini tapi memang kena practice raut wajah tu especially kalau kita ni jenis orang yang tak biasa nak control mimik muka. Nanti jadik macam kitorang, banyak gambar muka pecah. Hahahahaha... Papepon, I still enjoy those remarkable moments during our early days of marriage. Muka pecah pon pecah laaaaaa.... Hahaha :D

Besoknya, adalah hari majlis perkahwinan kitorang yang belah saya di Kedah. Besok petangnya tu pon masih sempat lagi curi2 masa pergi ber-outdoor photoshoot. Haha. Ni entry lain lah. Part two plaks. Hehehe~ :) 



1 comment:

Anonymous said...

[url=http://louboutinshop.co.uk]christian louboutin outlet[/url] You may get a fairly guarded reply, but they may admit that the appliance doesn't work as well as it used to. [url=http://dkgoose.com]Canada Goose Parka[/url] Nazzwxquu http://canadagoosesweden.com
dxulvp 926888 [url=http://www.canadagoosestorontofactory.ca]canada goose victoria jacket[/url] 560982 [url=http://www.officialcanadagooseparkas.ca]canada goose sale toronto[/url]